Anda di halaman 1dari 42

Koleksi Soalan Esei Percubaan

NEGERI KELANTAN
1) Usaha untuk membangunkan negara amat bergantung kepada remaja yang
bersahsiah terpuji.
Jelaskan peranan yang perlu dimainkan untuk melahirkan remaja yang
bersahsiah mulia.
A) Remaja bersahsiah mullia mampu membangunkan sesebuah Negara. Oleh sebab
itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah murni anakanak mereka. Bincangkan.
Dalam meniti arus kemodenan ini, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting
dalam membentuk sahsiah peribadi anak-anak supaya menjadi seorang anak yang
berwawasan dan berkaliber. Anak-anak ataupun digelar sebagai remaja ini mampu
membangunkan sesebuah Negara jika mereka mempunyai sahsiah yang mulia dalam
diri mereka. Perkara ini sering menjadi bahan perbincangan dalam kalangan ibu bapa
dan pemimpin Negara. Titik permulaan dalam membentuk sahsiah mulia dalam diri
anak-anak ini ialah bermulanya daripada bimbingan ibu bapa. Jika seseorang ibu bapa
itu berjaya membentuk sahsiah anak-anak mereka dengan baik. Maka, tidak hairanlah
pada suatu hari nanti anak-anak mereka menjadi seorang pemimpin Negara dan
mampu memimpin semua anak-anak muda dalam membentuk sahsiah diri. Oleh itu,
ibu bapa haruslah memainkan peranan dari sekarang sebelum nasi menjadi bubur.
Antara peranan yang harus dilaksanakan oleh ibu bapa ialah dengan menjadi suri
teladan kepada anak-anak kerana ibu bapa yang mencerminkan sahsiah peribadi
anak-anak. Seseorang ibu bapa itu haruslah menunjukkan sikap yang positif kepada
anak-anak. Sebagai contoh, bertutur dengan bahasa yang sopan, tidak bergaduh
antara suami isteri di hadapan anak-anak, tidak merokok di hadapan anak-anak dan
sebagainya. Dengan berbuat demikian, anak-anak pasti akan mengikut dan
menjadikan ibu bapa mereka sebagai suri teladan kepada mereka. Hal ini persis
dengan kata pepatah bagaimana acuan, begitulah kuihnya yang membawa maksud
seseorang anak akan meniru perangai dan kelakuan ibu bapa mereka. Oleh itu,
sahsiah mulia anak-anak dapat dibentuk melalui sahsiah ibu bapa. Jika ibu bapa itu
bersikap baik anak-anak juga akan menjadi baik, manakala jika ibu bapa itu bersikap
buruk, anak-anak juga akan turut bersikap buruk.
Selain itu, didikan agama amat penting dalam membentuk dan mencorak sahsiah
yang mulia dalam diri anak-anak. Ibu bapa haruslah memainkan peranan dengan
memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak kerana dengan adanya
ilmu agama yang kukuh, anak-anak dapat membezakan antara perkara yang baik dan
buruk. Dengan itu, anak-anak tidak akan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat
seperti melepak, merokok, merempit dan sebagainya. Jika ibu bapa ingin mencorak
sahsiah yang baik dalam diri anak-anak. Ibu bapa perlulah memberikan didikan agama
kepada mereka sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Anak-anak ini ibaratkan kain putih, ibu bapa yang mencorak anak-anak
menjadi insan mulia dan jika terlambat memberi didikan agama yang baik kepada
anak-anak, pasti kain putih itu akan menjadi hitam dan sukar untuk dibentuk. Oleh itu,
ibu bapa haruslah memberi didikan agama sebelum terlambat.
Di samping itu, kasih sayang juga merupakan salah satu faktor yang dapat
membentuk sahsiah diri anak-anak. Ibu bapa sewajarnya memberikan kasih sayang
yang secukupnya kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh kerana
anak-anak ini dahagakan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ibu
bapa haruslah memberikan kasih sayang dengan cara beriadah bersama-sama, solat
berjemaah, makan bersama-sama dan sebagainya. Kesannya, anak-anak tidak akan
memberontak dan mereka akan tenang apabila ibu bapa menyayangi mereka. Namun

begitu, masih terdapat golongan ibu bapa yang tidak memberi kasih sayang kepada
anak-anak kerana alpa akan tanggungjawab yang dipikul. Ini akan menyebabkan anakanak mudah memberontak dan mula melangkah ke dunia yang penuh dengan
kemaksiatan. Oleh itu, ibu bapa perlulah memberikan kasih sayang yang secukupnya
tidak kira dengan apapun cara kerana kasih sayang ibu bapa amatlah berharga bagi
anak-anak.

Sebagai penutup wacana, ibu bapa haruslah bijak memainkan peranan mereka dalam
membimbing anak-anak membentuk sahsiah diri yang mulia kerana ibu bapa
merupakan orang yang paling dekat dan lebih mengenali anak-anak. Saya berharap
ibu bapa tidak leka akan tanggungjawab mereka dalam membimbing anak-anak
bersahsiah mulia agar harapan ibu bapa dan pemimpin Negara dalam membentuk
sahsiah yang baik dalam diri anak-anak akan tercapai.
B. Cara-cara yang berkesan untuk melahirkan insan yang cemerlang
Pada alaf digital yang mendepani ombak globalisasi ini, negara kita telah pesat
membangun dan bangunan yang mencakar langit telah didirikan bagai cendawan
tumbuh selepas hujan. Namun demikian, pembangunan kerohanian tidak mengalami
transformasi yang ketara secara anjakan paradigma. Untuk merealisasikan wawasan
2020, Misi Nasional atau Satu Malaysia, kerajaan perlu menjanakan pembangunan
kerohanian untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, terutamanya golongan
remaja kerana mereka merupakan tonggak negara yang bakal menerajui cerucuk
kepimpinan di negara kita. Dalam konteks ini, modal insan yang cemerlang
memerlukan ciri-ciri yang unik, iaitu berintelek, berakhlak mulia, kreatif dan kritis,
berbadan sihat serta memiliki kepimpinan. William J. Siegel berkata, Manusia tidak
meracang untuk gagal tetapi mereka gagal merancang. Oleh itu, semua pihak yang
terlibat perlu merancangkan tindakan-tindakan yang efektif untuk melahirkan insan
yang cemerlang dalam kalangan rakyat Malaysia.
Untuk mencambahkan insan yang cemerlang, ibu bapa memainkan peranan yang
prioriti. Menurut Hadis, anak dibaratkan kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu
bapanya. Lantaran itu, ibu bapa yang bertanggungjawab dan memiliki ilmu
keibubapaan berupaya mencanai insan yang gemilang. Terlebih dahulu, ibu bapa perlu
menitikberatkan pencapaian akademik anak mereka. Selain menemani anak mereka
mengulang kaji dan membuat latihan, ibu bapa juga perlu menjadi role model atau
suri teladan kepada anak mereka dalam amalan membaca kerana ke mana
tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Amalan membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi,
persis peribahasa melentur buluh biarlah dari rebung. Banyak membaca luasnya
ilmunya. Ibu bapa tidak patut lokek atau kedekut untuk memberikan pujian kepada
anak atas sesuatu kejayaan. Hal ini dapat memberikan dorongan kepada mereka
untuk mendaki lereng yang penuh dengan onak dan duri hingga mencapai kejayaan
yang cemerlang. Hal ini selaras dengan kata-kata El Leseur, Tanpa semangat tidak
ada pekerjaan besar yang dapat dilakukan. Tegasnya ibu bapa perlu berusaha
membimbing anak mereka ke arah kecemerlangan akademik.
Bagaimanapun, kecemerlangan akademik atau intelek tidak akan membawa sebarang
makna jika tidak dilengkapi dengan sahsiah yang mulia. Ternyata, banyak golongan
yang terdidik turut melibatkan diri dalam pelbagai jenayah kolar putih atau gejala
sosial terutamanya pengagihan dadah dan kegiatan maksiat bagai melukut di tepi
gantang. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memastikan anak mereka menerima
ajaran agama dan nilai-nilai murni di rumah. Ibu bapa perlu membimbing anak mereka
menjalankan solat sembahyang dan mengaji kitab-kitab suci. Golongan muda perlu
memiliki keimanan yang teguh untuk menjauhi segala godaan dan nafsu. Pemuda dan
pemudi yang berbudi bahasa, bertanggungjawab dan berjati diri dapat melahirkan
masyarakat sakinat yang diidam-idamkan. Dengan kata lain, ibu bapa hendak

membentuk anak remaja yang berakhlak mulia untuk melahirkan masyarakat


penyayang menjelang wawasan 2020.
Untuk melunaskan hasrat negara, modal insan yang kreatif dan kritis merupakan
komponen yang signifikan. Pihak sekolah berperanan penting untuk melahirkan insan
yang kreatif dan kritis. Sukatan pelajaran dan kokurikulum sekolah perlu mengalami
reformasi dan keluar dari kepompong yang tradisi dan statik. Dalam dunia ICT,
pendapatan Google, Facebook dan Microsoft telah mengatasi pendapatan negara kita.
Produk yang dijual oleh mereka ialah kreativiti dan ilmu mereka. Hal ini telah
membuktikan bahawa ilmu yang dimiliki tidak akan berguna jika tidak dicampuri
dengan imaginasi yang berani dan praktikal yang berterusan. Ekoran daripada itu,
pihak sekolah perlu menggalakkan pelajar mengemukakan idea mereka. Pertandingan
reka cipta robotik, laman web dan fesyen serta lain-lain lagi perlu diadakan . Secara
tidak langsung, pihak sekolah dan warga didik tidak boleh lagi bergantung pada buku
teks sahaja tetapi perlu bersikap terbuka untuk melatih anak buah mereka untuk
mencetuskan idea yang kreatif dan kritis.
Di samping itu, ibu bapa dan pihak sekolah perlu memastikan generasi muda kita
memiliki badan yang sihat dan cergas. Pihak sekolah perlu memberikan ilmu
pengetahuan tentang cara-cara menjaga kesihatan kerana mencegah lebih baik
daripada mengubati. Pendidikan Jasmani di sekolah perlu dititikberatkan. Kementerian
Pelajaran telah menetap setiap pelajar perlu bergiat dalam satu sukan. Hal ini
merupakan tindakan yang bijaksana. Ibu bapa perlu memastikan anak mereka
senantiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan pemakanan seimbang seperti
kriteria dalam piramid makanan. Sehubungan dengan itu, putera dan puteri yang
sedang berjuang dalam medan ilmu dapat menjauhi penyakit kronik dan penyakit
berjangkit. Badan cergas otak cerdas. Fizikal yang sihat akan membentuk semangat
kental dan waja diri untuk menghadapi pancaroba dalam gelombang globalisasi.
Natijahnya, ibu bapa dan pihak sekolah perlu menitikberatkan kesihatan dan kekuatan
fizikal anak muda kita.
Sementelahan, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang terancang untuk
melahirkan pemimpin yang berwibawa . Apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang
berwibawa? Tidak lain tidak bukan pemimpin yang berketerampilan perlu bersikap
disiplin, tanggungjawab, amanah, dapat bekerjasama, berinteraksi dan
bermusyawarah dengan orang lain serta berupaya berucap di khalayak ramai. Dalam
situasi ini, pihak sekolah perlu menyediakan satu ruang yang kondusif kepada pelajar
untuk menonjolkan kepimpinan mereka. Setiap pelajar perlu diberikan peluang untuk
menjadi ahli jawatankuasa dalam kelas, persatuan kokurikulum dan pasukan
beruniform. Menurut kata-kata mutiara, Anda memerlukan sebanyak mungkin
pengalaman getir untuk menziarahi keunggulan anda. Justeru itu, guru sebagai
penasihat harus membimbing pelajar untuk menjadi pemimpin tanpa banyak campur
tangan. Seperti peribahasa, bumi mana tidak ditimpa hujan, pelajar yang bersalah
atau bersilap perlu diberi peluang untuk membaiki diri mereka sehingga
meminimumkan kelemahan mereka. Kepimpinan seseorang insan akan berputik
setelah dibimbing, diasak, dilatih dan diberi peluang. Hakikatnya, sekolah merupakan
medan yang kondusif untuk membuahkan modal insan yang bercirikan kepimpinan.
Kesimpulan, bak kata peribahasa, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara,
golongan muda perlu dicanai supaya menjadi modal insan yang cemerlang. Ibu bapa
dan guru memainkan peranan yang terpenting untuk mencapai aspirasi tersebut.
Adakah pada tahun 2057, negara kita telah memiliki saintis yang memperoleh hadiah
Nobel? Adakah negara kita akan memiliki usahawan seperti Bill Gates? Adakah negara
kita akan memiliki olahragawan yang akan memiliki pingat emas dalam Sukan
Olimpik? Hasrat tersebut akan tercapai jika masyarakat kita mengalami anjakan
paradigma dari segi pembangunan kerohanian untuk melahirkan model insan yang
cemerlang seperti tema Hari kebangsaan, 1 Malaysia Menjana Transformasi.
2) Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
Huraikan kepentingan amalan membaca.

A.
Pada era globalisasi ini, pendidikan dalam semua lapisan masyarakat semakin
penting dan diutamakan. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak
berkuasa dalam memupuk amalan membaca namun, budaya membaca dalam
masyarakat masih rendah lagi. Melalui pembacaan, seseorang dapat memperoleh
pelbagai ilmu pengetahuan yang secara tidak langsung dapat membantu memajukan
negara. Dengan ini, isu budaya membaca dalam kalangan masyarakat tidak boleh
dipandang ringan. Jika budaya tersebut dibiarkan begitu sahaja hasrat masyarakat
untuk menjadikan negara kita negara maju pasti akan terganggu. Pengamalan budaya
membaca dalam kalangan masyarakat akan mendatangkan pelbagai faedah terhadap
diri kita. Oleh itu, semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya
membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan membaca, seseorang akan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana terdapat berbagai-bagai maklumat
termasuk isu semasa dan pengetahuan tentang kehidupan harian yang terdapat di
dalam buku, majalah dan surat khabar. Terdapat banyak bahan bacaan telah
dipasarkan di pasaran. Ibu bapa haruslah sanggup membelikan bahan bacaan yang
sesuai untuk anak-anak dan diri sendiri. Dengan membaca, seseorang dapat
meneroka pelbagai ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan kerana
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Sewajarnya masyarakat rajin berusaha dalam
memupuk amalan membaca dan seterusnya menjayakan kempen-kempen yang telah
dianjurkan oleh kerajaan tentang amalan membaca. Pembacaan yang luas juga dapat
memupuk nilai-nilai murni dalam diri seseorang. Oleh itu, masyarakat hendaklah rajin
membaca supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Selain itu, membaca akan membantu menambahkan perbendaharaan kata yang kita
miliki. Hal ini kerana dengan membaca kita akan menemukan pelbagai jenis perkataan
baharu. Jika kita membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan bidang Sains kita
akan mengenali lebih banyak istilah atau kosa kata baharu dalam bidang berkenaan
seperti Anemia dan X-ray. Malah, apabila seseorang telah mengenali banyak
perbendaharaan kata, mereka akan dapat bertutur dengan lancar dalam bahasa
berkenaan. Individu itu juga akan dapat menguasai sesuatu bahasa dengan mudah.
Penguasaan perbendaharaan kata sangat berguna dalam menongkah arus globalisasi
kini. Persaingan antara masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu juga akan menjadi
lebih mudah. Dengan ini, kita haruslah rajin membaca supaya dapat menambahkan
perbendaharan kata dalam minda kita.
Tambahan pula, budaya membaca dapat membantu pelajar lulus dengan keputusan
yang cemerlang. Hal ini demikian kerana pembacaan bahan bacaan yang banyak
dapat menambahkan pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran. Terdapat juga
mata pelajaran tertentu yang memerlukan pembacaan yang banyak. Sebagai contoh,
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Mata pelajaran tersebut memerlukan
pembacaan yang luas kerana kita akan dapat maklumat atau isu semasa yang amat
berguna dalam penulisan esei. Pembacaan boleh dilakukan di perpustakaan mahupun
di rumah. Dengan ini, perpustakaan hendaklah dinaik taraf dengan kemudahan yang
lebih selesa seperti meja, kerusi, penghawa dingin dan kemudahan ICT supaya pelajarpelajar dapat menjalankan pembacaan mereka dalam keadaan yang kondusif. Secara
eksplisit, pelajar akan mengingati lebih banyak ilmu pengetahuan daripada bahan
bacaan tersebut. Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang rajin membaca. Oleh itu,
semua pelajar hendaklah menjadikan tabiat membaca sebagai rutin harian agar
mendapat keputusan yang cemerlang.
Membaca juga dapat memenuhi masa lapang kita. Masa lapang ialah masa senggang
antara dua pekerjaan. Masa lapang perlu diisi dengan perkara yang berfaedah. Kita

boleh menjadikan amalan membaca sebagai hobi kita. Selain membaca, kita boleh
menjadikan perkara lain sebagai hobi sekiranya perkara itu berfaedah. Terdapat 24
jam diperuntukkan kepada seseorang, namun masa yang singkat itu sememangnya
tidak cukup untuk kita melaksanakan pelbagai aktiviti. Dengan ini, kita haruslah
menggunakan masa lapang dengan efisien kerana masa itu emas. Sekiranya
seseorang itu tidak mempunyai masa untuk membaca, mereka boleh membaca ketika
menunggu bas. Oleh itu, sebagai insan yang begitu mengutamakan masa mereka
seharusnya mengisi masa dengan amalan membaca.
Di samping itu, budaya membaca dapat membantu memajukan negara. Hal ini
demikian kerana tokoh-tokoh yang pakar dalam bidang tertentu dapat membantu
meningkatkan ekonomi negara kita. Lanjutan itu, negara kita dapat membangun
dengan pesat. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah menyebabkan
banyak ciptaan baharu direka. Sebagai contoh, Negara Jepun yang maju dalam bidang
sains dan teknologi telah mencipta pelbagai jenis barangan yang berfungsi secara
automatik. Membaca akan menambahkan ilmu pengetahuan kita dan ilmu-ilmu yang
diperoleh ini bolehlah digunakan dalam memajukan sektor-sektor tertentu seperti
sektor pelancongan. Apabila sektor-sektor dibangunkan, ekonomi negara kita akan
pesat membangun seperti Cendawan Tumbuh Selepas Hujan. Secara umumnya,
negara kita akan layak bersaing dengan negara maju yang lain. Kemajuan negara pula
perlu disusuli dengan budaya menulis buku. Oleh itu, kita hendaklah rajin membaca
supaya tanah air kita dapat dibangunkan dan dimajukan. Malah, kita dapat hidup
dalam keadaan yang lebih baik.
Kesimpulannya, budaya membaca banyak mempunyai faedah kepada individu
mahupun negara. Melalui membaca kita akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan
kita. Ilmu pengetahuan yang diperoleh itu bukan sahaja dapat membantu seseorang
mendapat keputusan yang cemerlang malah dapat memajukan negara. Walaupun
pada hari ini pelbagai prakarsa telah dilaksanakan untuk memupuk amalan membaca
namun, usaha tersebut diumpamakan hujan jatuh ke pasir. Ibu bapa mempunyai
tanggungjawab yang besar dalam memupuk budaya membaca. Hal ini disebabkan
budaya membaca perlu dipupuk sejak anak-anak kecil lagi kerana Melentur Buluh
Biarlah dari Rebungnya. Ibu bapa juga bertanggungjawab menjadi suri teladan kepada
anak-anak dengan banyak membaca buku. Selain itu, pihak kerajaan perlu
menyediakan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan supaya kita dapat membaca
dengan selesa. Kempen-kempen membaca juga perlu dipergiat. Jika usaha-usaha
memupuk budaya membaca giat dijalankan, negara Malaysia pasti akan menjadi
negara yang maju. Oleh itu, semua orang wajiblah membaca dan berusaha
meningkatkan budaya membaca agar masyarakat yang celik ilmu dapat dilahirkan.

B. (langkah-langkah memupuk amalan membaca)


Slogan "Membaca Jambatan Ilmu" dapat ditakrifkan sebagai aktiviti pembacaan yang
akan menghubungkan manusia dengan pelbagai cabang ilmu yang terdapat di dunia.
Selain itu, slogan tersebut turut menegaskan bahawa kita mestilah membaca bagi
mendapatkan ilmu pengetahuan. Slogan tersebut amatlah wajar untuk kita jadikan
sebagai motto atau azimat dalam kehidupan seharian bagi menghidupkan lagi budaya
membaca dalam kalangan masyarakat di negara kita. Namun begitu, pada era
pascaglobalisasi ini, mausia semakin lama semakin kurang mengambil berat akan
kepentingan membaca. Ramai daripada kalangan kita terutamanya golongan remaja
yang hanya bersikap acuh tak acuh adan memandang enteng terhadap amalan
membaca. Persoalannya, apa gunanya jika slogan " Membaca Jambatan Ilmu " kerap
meniti di bibir-bibir kita sedangkan slogan tersebut langsung tidak terzahir oleh
perbuatan dan amalan seharian kita? Oleh itu, perancangan yang pragmatik serta
inisiatif yang relevan haruslah kita aplikasikan bagi menjadikan membaca sebagai

amalan hidup kita.


Langkah prima yang dapat kita implimentasikan ialah menanam minat untuk
membaca dalam diri kita. Pepatah Melayu ada mengatakan, ' tak kenal maka tak cinta'
. Prinsip yang sama boleh dikaitkan dengan amalan membaca kerana kita tidak akan
dapat membiasakan diri dengan amalan membaca sebagai salah satu aktiviti dalam
rutin harian kita sekiranya minat untuk membaca tidak dipupuk. Persoalannya,
bagaimanakah caranya untuk menyemai minat untuk membaca dalam diri kita serta
keluarga kita? Kecenderungan untuk membaca pelbagai jenis bahan bacaan berbeza
yang terdapat di sekeliling kita seperti buku cerita, majalah, surat khabar, jurnal dan
juga karya sastera warisan bangsa kita sendiri. Selain itu, ibu bapa pula seharusnya
memainkan peranan masing-masing dengan aktif bagi menyemai minat membaca
dalam diri anak-anak sejak kecil lagi bak kata pepatah, ' melentur buluh biarlah dari
rebungnya ' . Apabila diri kita sudah terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan
yang berbeza, kita akan dapat mengenalpasti genre bahan bacaan yang sepadan
dengan minat dan kecenderungan kita sendiri. Dengan ini, sudah tidak dapat dinafikan
bahawa memupuk minat membaca akan menyumbang terhadap keberkesanan
pengaplikasian amalan membaca dalam kehidupan seharian.
Selain itu, kita juga seharusnya mengisi masa lapang dengan melakukan
aktiviti yang berfaedah seperti membaca. Pada zaman kini, sebilangan besar daripada
masyarakat di negara kita gemar atau cenderung untuk memenuhi waktu senggang
mereka dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak, bermain
permainan video, berpelesaran di pusat-pusat beli belah dan melibatkan diri dengan
gejala sosial yang membimbangkan. Hal ini biasanya terjadi dalam kalangan remaja
yang belum dewasa akibat desakan nafsu dan keinginan diri untuk menggapai
kebebasan bukan seperti ' burung di dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung' .
Bagi mengatasi hal ini, ibu bapa hendaklah meluangkan masa yang lebih berkualiti
bersama anak-anak di samping mendorong mereka untuk menjadikan amalan
membaca sebagai aktiviti bagi memanfaatkan masa lapang mereka secara optimum.
Di samping itu, ibu bapa juga sewajarnya menjadi teladan yang baik untuk dicontohi
oleh anak-anak dengan turut menjadikan amalan membaca sebagai aktiviti wajib
semasa waktu senggang. Dengan ini, anak akan meniru perbuatan kedua-dua orang
tua mereka bak kata pepatah, ' ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi' .
Inisiatif berikutnya ialah membawa buku ke mana-mana sahaja. Perbuatan ini
sebenarnya mudah dan tidak sukar sama sekali untuk dipraktikkan. Namun begitu,
amalan ini diabaikan oleh masyarakat di negara kita. Sekiranya kita melihat penduduk
di negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat, mereka sudah sekian lama
mengimplimentasikan amalan ini dalam kehidupan mereka. Oleh itu, tidak hairanlah
sekiranya masyarakat di negara-negara tersebut sangat bertamadun dari pelbagai
sudut seperti lahiriah, rohaniah dan juga ekonomi negara. Jadi, sampai bilakah kita
ingin berdiam diri dan terus berada di takuk lama? Kita sewajarnya mencontohi
perbuatan mereka kerana perbuatan tersebut akan mendatangkan faedah yang besar
kepada diri, masyarakat dan negara bak kata pepatah, ' yang baik dijadikan tauladan,
yang buruk dijadikan sempadan' . Oleh yang demikian, kita mestilah membiasakan diri
dengan membawa bersama sebuah buku ke mana-mana tempat sahaja yang kita
pergi agar waktu senggang kita akan dapat dimanfaatkan dengan pembacaan ilmiah
biarpun sekejap.
Di samping itu, kita mestilah melazimkan diri untuk berkunjung ke pesta buku.
Pesta buku adalah bertujuan untuk memapar dan mempromosikan karya-karya baharu
kepada khalayak ramai. Di pesta buku juga biasanya terdapat potongan harga yang
menarik bagi judul-judul buku yang terpilih. Dengan ini, kita akan dapat menjimatkan
wang yang sedia ada selain dapat membeli judul-judul buku yang terbaharu di
pasaran. Selain itu, kita juga berpeluang untuk bertemu dengan penulis-penulis buku

yang terkenal dan masyhur seperti A. Samad Said, Ain Maisarah dan ramai lagi.
Peluang keemasan seperti ini tidak seharusnya kita lepaskan kerana melalui
pertemuan tersebut kita akan dapat berbual-bicara dengan pengarang buku yang kita
minati. Dengan ini, minat kita terhadap membaca akan bertambah di samping dapat
meluangkan masa bersama-sama insan tersayang dengan berkunjung ke pesta buku
bersama-sama.
Pertukaran bahan-bahan bacaan dengan rakan turut dapat mendorong kita
untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup. Dalam kehidupan, kita tidak akan
dapat lari daripada fitrah manusia yang memerlukan rakan dan sahabat bagi
meneruskan kehidupan. Oleh itu, kita hendaklah saling berganding bahu bersama
rakan-rakan kita bagi menggalakkan antara satu sama lain untuk memupuk minat
membaca. Hal ini dapat dilakukan dengan bertukar-tukar buku dan meluangkan masa
bersama untuk berbincang mengenai judul buku yang disukai oleh diri masing-masing.
Dengan ini, secara tidak langsung dapat mengelakkan diri kita dan rakan-rakan
daripada terjebak dengan gejala negatif seperti merokok, pergaulan bebas,
vandalisme dan lain-lain. Tambahan pula, talian persahabatan antara kita dan rakanrakan akan dapat dieratkan ' bagai isi dengan kuku ' . Tuntasnya, rakan-rakan dapat
menjadi pemangkin untuk membantu kita dalam usaha untuk menjadikan membaca
sebagai amalan hidup.
Bagi menggulung segala pernyataan di atas, sudah terang lagi bersuluh
bahawa amalan membaca sememangnya penting dan perlu diamalkan dalam
kehidupan. Hal ini demikian kerana dengan membaca, kita akan memperoleh pelbagai
ilmu pengetahuan yang akan dapat memacu diri kita ke puncak jaya. Oleh itu, pihakpihak seperti ibu bapa, guru, sasterawan serta Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBDP )
seharusnya saling bekerjasama bagai ' aur dengan tebing ' bagi menjamin kejayaan
usaha murni ini. Sekiranya membaca dapat dijadikan sebagai amalan hidup dalam diri
segenap lapisan masyarakat di negara kita, maka visi kudsi negara iaitu ingin
melahirkan modal insan pertama dan menjadikan negara kita sebagai sebuah negara
maju akan dapat dicapai.

3)Nyatakan Usaha usaha yang boleh dilakukan untuk menunjukkan rasa cinta
akan negara.
A. Huraikan peranan ibu bapa bagi memupuk semangat patriotik dalam jiwa anakanak itu.
Rakyat yang patriotik diibaratkan seorang individu yang sanggup mengorbankan
dirinya untuk kepentingan negara tanpa banyak alasan. Antara tindakan yang dilihat
sebagai cinta akan negara meliputi amalan bekerja dengan rajin, tidak menimbulkan
masalah seperti terlibat dalam jenayah, dan membantu rakyat lain yang miskin. Pihak
media massa terutama akhbar telah menggunakan konsep patriotik ini dalam banyak
karya penulisan mereka sebagai cubaan untuk menanam semangat ini dalam jiwa
rakyat. Sebenarnya, ibu bapa mempunyai peranan besar untuk memastikan
semangat ini dimiliki oleh anak-anak generasi muda Malaysia.
Tindakan yang paling mudah ialah ibu bapa sering membawa anak melancong ke
tempat bersejarah di negara ini terutama ketika musim cuti sekolah. Anak akan lebih
mengerti perjuangan tokoh negara seperti Dato Bahaman dan Mat Kilau apabila
mereka dapat melihat sendiri kawasan pertempuran yang berlaku antara pejuang
negara dengan penjajah British itu. Mereka boleh membaca penulisan yang biasanya
menerangkan serba ringkas perjuangan pejuang ini di kawasan bersejarah itu lalu

menimbulkan rasa bangga dan berterima kasih atas perjuangan tokoh tersebut. Jadi,
anak akan lebih tinggi semangat cinta akan negaranya apabila sering melawat tempat
bersejarah di negara ini.
Selain itu, ibu bapa sendiri hendaklah memaparkan semangat nasionalisme yang
tinggi kepada anak sendiri kerana kita tidak mahu digelar umpama ketam mengajar
anaknya berjalan lurus pula. Pemaparan teladan ini dilakukan menerusi percakapan,
tindakan, penghayatan dan sebagainya yang menjurus ke arah pengorbanan negara
terhadap kehidupan mereka selama ini. Anak telah diyakini akan meniru kelakukan
orang tua mereka bak kata pepatah bapa borek anak rintik terutama apabila sering
didedahkan dengan kelakuan patriotik sebegini. Jadi, teladan ibubapalah yang
membawa penyemaian benih nasionalisme dalam jiwa remaja kita tersebut.
Negara kita menyambut kemerdekaan setiap tanggal 31 Ogos dan seharusnya ibu
bapa membawa anak untuk sama-sama melihat sambutan hari kebangsaan ini.
Biasanya, kawasan sambutan ini akan dipenuhi dengan pelbagai acara yang cuba
meniupkan semangat cinta akan negara ini dalam hati mereka yang hadir itu. Suasana
yang penuh dengan semangat nasionalisme ini pasti menimbulkan rasa bangga dalam
hati anak yang menontonnya itu. Oleh itu, amalan membawa anak ke tempat
sambutan hari kebangsaan boleh memupuk rasa cinta akan negara.
Malah, ibu bapa zaman moden ini boleh menggunakan teknologi untuk menghuraikan
semangat patriotik kepada anak mereka. Penggunaan teknologi seperti internet dan
telefon pintar membolehkan ibu bapa menyalurkan lebih banyak informasi tentang
sejarah negara dengan satu sentuhan sahaja. Ibu bapa boleh melayari internet untuk
mendapatkan maklumat tentang sejarah negara yang kadangkala begitu
mengelirukan itu juga. Sesungguhnya, penggunaan teknologi sebegini mampu
memudahkan tugas ibu bapa untuk memastikan anak mereka memiliki rasa cinta akan
negara.
Malahan, semangat cinta dan sanggup berkorban demi negara ini boleh disemai
dalam jiwa anak menerusi amalan penceritaan ibu bapa. Kisah dahulu ketika negara
belum mengalami kemodenan harus diterangkan kepada pelajar agar mereka
memahami erti pengorbanan pejuang dan pemimpin negara yang telah membawa
perubahan besar itu. Anak yang selalu mendengar itu akan mula perlahan-lahan
menghargai jasa pejuang negara terdahulu lalu memasang impian untuk turut
membuat jasa kepada bangsa dan nusa pula. Lantaran itu, ibu bapa yang bijak akan
sering bercerita mengenai perubahan pembangunan negara supaya anak memahami
kehidupan yang dialami sekarang berpunca daripada pengorbanan orang terdahulu.
Konklusinya, usaha memupuk semangat cinta akan negara ini memang menjadi tugas
ibu bapa. Golongan ini perlulah mahir menggunakan peluang dan situasi yang wujud
untuk memudahkan anak memahami makna pengorbanan rakyat yang sebenarnya.
Jika ibu bapa masih mengamalkan sikap lepas tangan dalam menangani isu semangat
cinta akan negara ini sudah pasti generasi muda kita akan hilang rasa hormat
terhadap negara. Kita harus sedar semua yang berlaku pada masa hadapan berpunca
daripada pengorbanan orang terdahulu.
B. Sejak akhir-akhir ini, isu semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan
masyarakat di negara kita pada masa kini sering diperkatakan. Perkara ini amat
membimbangkan apabila terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan
sambutan hari kebangsaan. Contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan
bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan.
Justeru., langkah-langkah yang berkesan perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah
ini supaya tidak menjadi duri dalam daging yang akan menjejaskan kemakmuran
negara kita.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Antranya ialah
memupuk semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan
semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu,

melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Contohnya , pihak sekolah boleh


mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian
Lagu Negara ku semasa perhimpunan dan sebagainya. Sekiranya semangat patriotik
dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan
dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat
melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan
perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat
patriotik dalam sanubari anak anak. Ibu bapa harus sentiasa menanamkan
kesedaran tetang pentingnya memelihara kedulatan dan kemerdekaan negara sejak
anak-anak masih kecl lagi. Ibu bapa juga mesti menjadi contoh teladan yang baik
kepada anak-anak. Contohnya, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-sama
anak-anak ketika sambutan hari kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga
boleh melawat tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan
sebagainya. Oleh itu anak-anak telah mendapat pendedahan dan kesedaran tentang
semangat cinta akan tanah air daripada ibu bapa sejak kecil.
Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen
secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan
semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu,
Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan
radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah
menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik
seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu
media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti Bukit Kepong,
Paloh, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan
negara.semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di
negara kita.
Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan
warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang
berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki
semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan
negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding
dengan negara-negara maju yang lain. Justeru, semua pihak perlulah berganding bahu
dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan
disuburkan dalam kalangan masyarakat.
SBP
1. Remaja perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran untuk mendepani
pelbagai cabaran pada masa kini.
Huraikan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh remaja sebagai
persedian untuk menghadapi cabaran globalisasi.
Kemahiran remaja bermaksud kelebihan yang dimiliki oleh seseorang remaja itu
melalui pendidikan yang diterimanya. Remaja yang berkemahiran boleh mengharungi
cabaran kehidupan dengan lebih baik dan mudah terutama apabila mereka dewasa
kelak. Pihak media massa juga sering menguar-uarkan kepentingan remaja memiliki
kemahiran ini dengan menyiarkan pelbagai berita tentang kemahiran ini. Jadi, apakah
kemahiran-kemahiran yang harus dikuasai oleh remaja kita itu semua?

Kemahiran utama yang harus dimiliki oleh remaja kita ialah mempunyai kebolehan
berbicara dalam dwibahasa itu. Mereka boleh menguasai bahasa asing ini dengan
memasuki kelas bahasa secara peribadi atau berbual-bual dengan rakan yang
berlainan keturunan itu ketika berada di sekolah. Kemampuan berbahasa selain
bahasa ibunda ini memberikan satu keyakinan diri kepada remaja dan peluang untuk
memperoleh sesuatu kerjaya pada masa depan juga lebih cerah. Ringkasnya,
kemampuan untuk bercakap dalam pelbagai bahasa boleh menjadikan diri remaja itu
lebih berketerampilan dalam menjalani kehidupan masyarakat moden itu.
Selain itu, remaja yang bijak akan memahirkan diri mereka dalam teknik
berkomunikasi yang betul. Kebolehan bertutur ini boleh dikuasai dengan baik
menerusi amalan bertutur dengan rakan, guru, dan masyarakat secara umum tanpa
mengira situasinya. Kebolehan berkomunikasi bukan sahaja memudahkan remaja
meluahkan perasaan mereka tetapi juga kreativiti tertentu dan memahami situasi
yang sedang berlaku di depan mereka itu. Jelaslah, kemahiran berkomunikasi ini akan
membawa remaja mengharungi kehidupannya dengan lebih yakin terutama alam
kerjaya yang penuh celaru tersebut.
Aspek kemahiran kepemimpinan juga penting dikuasai oleh remaja dalam era
globalisasi ini. Kelebihan aspek ini dikuasai apabila remaja menyertai pelbagai aktiviti
yang dianjurkan oleh pihak sekolah terutamanya aktiviti berunsur persatuan dan
pasukan beruniform itu. Remaja akan dididik cara untuk menguruskan sesuatu projek
dengan lancar dan efektif sambil memahami ciri-ciri manusia secara umumnya. Jadi,
remaja akan mampu untuk meneruskan kehidupan masa depan mereka dengan penuh
keyakinan kerana sedar diri mereka memiliki kemahiran yang diperlukan tersebut.
Dunia zaman ini dikuasai oleh kemajuan teknologi komunikasi berunsurkan komputer,
telefon bimbit, dan satelit yang harus difahami oleh remaja. Mereka hendaklah
membiasakan diri menggunakan peralatan komputer dan sebagainya untuk
memastikan pengetahuan mereka terhadap teknologi komunikasi moden begitu
mendalam. Kelebihan dalam situasi ini memudahkan remaja untuk melakukan
pelbagai perkara terutama yang melibatkan penggunaan teknologi komputer pada
masa depan itu. Lantaran itu, remaja tidak akan tersisih daripada pelbagai kejadian
yang melanda dunia ini apabila mereka menguasai kemahiran dalam teknologi
komunikasi tersebut.
Akhir sekali, remaja hendaklah memiliki kemahiran berfikir secara rasional dan logik
dalam menyelesaikan sesuatu masalah itu. Kemahiran ini mampu dikuasai apabila
remaja diajar agar melihat semua sudut pandangan sebelum membuat keputusan
terhadap sesuatu isu yang melanda diri mereka itu oleh pihak ibu bapa dan guru.
Pemikiran rasional ini akan menjadikan remaja tidak akan melakukan sesuatu yang
bertentangan dengan budaya, undang-undang, dan perasaan pihak lain di negara ini.
Akibatnya, suasana harmoni di negara ini akan terus wujud kerana rakyat kita mampu
untuk menyelesaikan semua kemelut yang berbangkit secara rasional dan mengikut
fakta yang sahih itu.
Natijahnya, semua kemahiran yang dihuraikan tadi perlulah dimiliki oleh remaja kita
tanpa banyak dalih pula. Pihak ibu bapa dan sekolah perlulah merangka pelbagai
aktiviti yang bersesuaian supaya generasi muda itu menerima latihan yang betul
untuk menguasai semua kemahiran itu. Kegagalan kita sebagai masyarakat untuk
menyediakan remaja dalam mengharungi cabaran hidup masa depan merupakan satu
kesalahan yang sukar untuk dimaafkan. Bak kata pepatah pemuda harapan negara,
pemudi tiang negara yang membuktikan betapa tingginya harapan masyarakat
terhadap kemampuan remaja kita untuk meneruskan perjuangan memajukan negara
ini menjadi sebuah negara moden kelak.

2. Gaya hidup sihat mempengaruhu kejayaan seseorag dalam perlbagai aspek


kehidupan.
Jelaskan peranan ibu bapa untuk memastikan ahli keluarga mereka
mengamalkan gaya hidup sihat.
A. PENDAHULUAN:
TEMA:
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) - kesihatan adalah keadaan yang
sempurna, sihat dari segi fizikal, mental, rohani dan sosial
aset yang paling berharga untuk mencapai kesempurnaan hidup
Hadis nabi ada menyebut agar kita menjaga masa sihat kita sebelum datang
waktu sakit
Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun dengan tajaan WHO
ISU
era modenisasi dan urbanisasi amalan gaya hidup sihat masih tidak
dittitkberatkan terutamanya dalam kalangan muda-mudi negara
memandang remeh sehingga mengundang pelbagai penyakit berbahaya
seperti obesti, kencing manis, darah tinggi dan sebangainya - kira-kira 38 peratus
daripada remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun diklasifikasikan sebagai
terlebih berat
membimbangkan kerana mereka bakal memimpin negara
ARAHAN peranan ibu bapa sebelum kudis menjadi tokak / bisul menjadi nanah
ISI 1 MENYEDIAKAN PEMAKANAN SEIMBANG
M anak-anak memerlukan tenaga yang mencukupi untuk membolehkan otak
berfungsi dengan baik menjamin tumbesaran yang sihat mempunyai daya tahanan
yang tinggi daripada serangan penyakit
BA menyediakan makanan mengikut piramid makanan yang disyorkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia - memberikan pemakanan seimbang yang mencakupi
karbohidrat, protein, vitamin dan garam mineral kepada anak-anak secara konsisten
dapat mencegah serangan penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis ketika
mereka dewsa kelak manjauhi makanan segera - Mantan Menteri Kesihatan, Datuk
Seri Dr. Chua Soi Lek mengandaikan makanan segera umpama bom jangka yang boleh
meledak menjadi penyakit kronik apabila diambil sejak usia muda
K membina pesonaliti yang cergas dan meyakinkan membudayakan amalan ini
sehingga dewasa alah bisa tegal biasa mengurangkan kos perubatan ibu bapa
PENEGAS?
ISI 2 BERIADAH ATAU BERSENAM
M - mengeluarkan peluh yang mengandungi toksin daripada badan dan dalam pada

masa yang sama mampu menstabilkan degupan jantung pada purata 80 ke 100
degupan per minit membakar lemak-lemak yang berlebihan dan melancarkan
pengaliran darah ke otak badan cergas otak cerdas
BA mengamalkan aktiviti riadah pada setiap hujung minggu bersama dengan anak
secara berdisiplin tidak seperti melepaskan batuk di tangga berjoging, berjalan kaki
dan bermain permainan seperti badminton mengamalkan dasar 10 000 langkah
setiap hari dalam mengekalkan ketahanan jasmani
K meningkatkan kesihatan mengurangkan kadar kematian - Mereka yang
dilaporkan mempunyai tahap aktiviti fizikal dan kecergasan tinggi mengalami
pengurangan risiko kematian sebanyak 20 hingga 35 peratus mengeratkan
hubungan silaturahim isi dengan kuku mengurangkan masalah sosial serampang
dua mata
PENEGAS
ISI 3 - TIDUR DAN REHAT SECUKUPNYA
M merupakan cara berehat yang efektif Surah an-Naba, Allah berfirman bahawa
Kami jadikan tidurmu untuk rehat - kembali bertenaga untuk melaksanakan tugasan
harian dengan sempurna terutamanya dalam pembelajaran mereka
BA perlu tidur dengan cukup iaitu 9 hingga 8 jam sehari menetapkan waktu tidur
iaitu sekitar pukul 9 malam tidak menggalakkan anak-anak menonton televisyen
sehingga larut malam
K menjamin kesihatan yang baik meningkatkan pencapaian akademik
memberikan fokus terhadap pengajaran guru di sekolah mengurangkan tekanan dan
penyakit sakit kepala Berdasarkan kajian, manusia yang memperoleh tidur optimum
akan lebih peka, memiliki tahap memori yang lebih baik dan boleh menyelesaikan
sesuatu masalah secara berkesan.
PENEGAS ?
ISI 4 MENJALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN
M kesihatan merupakan kunci kebahagiaan dan kekayaan seseorang
Kebahagiaan paling utama adalah dalam kesihatan(George William Curtis) - dapat
mencegah penyakit dari peringkat awal mencegah lebih baik daripada mengubati
mengesan penyakit berbahaya seperti kencing manis, tekanan darah inggi, kegagalan
buah pinggang dan kanser yang bersarang dalam diam
BA membawa anak-anak berjumpa dengan doktor sekurang-kurang setahun sekali
secara berkala menjalani ujian darah dan air kencing, pemeriksaan gig dan
pemeriksaan tahap kolesterol
K - mengetahui tahap kesihatan seseorang tetapi juga dijadikan asas bagi memantau
keberkesanan rawatan yang diterima seseorang pesakit. - memberikan pelbagai
maklumat penting untuk diagnosis, rawatan dan kaedah pencegahan bagi satu-satu
penyakit. mengurangkan kadar kematian
PENEGAS???
ISI 5 MENJAGA KEBERSIHAN
M Kebersihan dan kesihatan diri merupakan aspek yang penting dalam kehidupan
kita. Kebersihan diri perlu dijaga bagi memastikan kita terhindar dari kuman dan
seterusnya dari penyakit yang berbahaya. merangkumi kebersihan diri dan
persekitaran termasuklah tempat tinggal
BA mengajar anak-anak menitikberatkan kebersihan diri seperti mandi dan basuh
tangan dengan bersih tidak dijangkiti penyakit kulit seperti panau, kayap, dan
sebagainya - kuman, bakteria dan pelbagai lagi mikroorganisma yang membawa
pelbagai penyakit berjangkit yang merbahaya sangat suka tinggal di tempat yang
kotor mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan rumah supaya bebas daripada
pembiakan nyamuk aedes demam denggi yang boleh meragut nyawa
K menjamin keselamatan nyawa mengurangkan kematian - Menteri Kesihatan,
Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, 38 kematian akibat denggi dilaporkan di

seluruh negara bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini berbanding lapan kematian
dalam tempoh sama tahun lalu menjana pembangunan negara
PENEGAS???
PENUTUP
K langkah yang berkesan daripada ibu bapa amat penting Harta yang penting
dalam diri manusia ialah kesihatannya bukannya wang ringgit kerana kita boleh hidup
tanpa wang tetapi tanpa kesihatan, nyawa kita akan melayang - melahirkan keluarga
yang sihat dan harmoni
CDGN kerjasama semua pihak juga diperlukan...... tanpa kerjasama ......
HARAPAN modal insan yang berkualiti dapat dilahirkan untuk meningkatkan
produktiviti negara bersaing di peringkat global duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi - Rakyat Sihat, Negara Maju
B. Peranan ibu bapa untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan
keluarga (Karangan terbuka )
Kemilau danau menyilau mata,
Tempat putera menahan ikan,
Lafaz Bismillah pembuka kata,
Gelanggang syarahan hamba mulakan.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi
Majlis, Yang Berusaha Pegawai Jabatan Kesihatan Daerah, barisan hakim yang arif lagi
saksama yang sentiasa berpegang pada neraca keadilan, rakan-rakan yang
bertanding yang tidak sekali-kali saya gerun dan warga dewan yang budiman sekalian.
Hadirnya saya di atas pentas yang tersergam indah dan pada pagi yang nirmala ini
adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Peranan Ibu Bapa untuk
Memupuk Amalan Gaya Hidup Sihat dalam Kalangan Keluarga".
Warga dewan yang budiman,
Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang
membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara
contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa
mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu
tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan pada era moden yang begitu
banyak tekanan ini, gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai
segera terutamanya dalam kalangan keluarga. Oleh itu, terdapat pelbagai peranan
yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mencapai matlamat ini.
Hadirin sekalian,
Peranan dominan ibu bapa ialah mereka perlu memupuk satu amalan diet
pemakanan yang seimbang dalam kehidupan keluarganya. Dalam keadaan kehidupan
sebenar, kebanyakan ahli keluarga suka mengambil satu jenis makanan sahaja seperti
hanya memakan daging tanpa mengambil sayur dalam diet mereka. Ketiadaan diet
yang seimbanglah atau hanya menumpukan pemakanan mereka terhadap satu aspek
sahaja menyukarkan seseorang untuk mencapai matlamat gaya hidup yang baik ini.
Jadi, ibu bapa perlu menyediakan menu pemakanan yang seimbang mengikut piramid
pemakanan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Jelaslah, diet yang
seimbang membolehkan kita semua mencapai satu kehidupan yang ceria kerana
semua zat yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang baik itu.
Selain itu, ibu bapa juga perlu melakukan aktiviti senaman atau riadah bersama
ahli keluarga secara berkala. Aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan
kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Ibu bapa

boleh menjalankan aktiviti berjalan atau melakukan aktiviti bersukan bersama-sama


keluarga u ketika hujung minggu. Aktiviti senaman sudah lama diakui oleh pakar
perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih stabil dan baik
serta menjadikan sistem imunisasi mereka lebih tinggi. Maka, semakin kerap senaman
dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang
cerdas datangnya daripada badan yang cergas. Hal ini dapat disinonimkan dengan
peribahasa yang berbunyi badan cergas, otak cerdas. Oleh itu, komitmen ibu bapa
untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga supaya dapat menjalankan aktiviti
senaman bersama dapat turut memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan
ahli keluarga.
Hadirin yang saya hormati,
Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlu menitikberatkan penjagaan kebersihan
dalam kalangan ahli keluarga. Penjagaan kebersihan turut berperanan besar untuk
menghalang penularan penyakit. Diri seseorang haruslah bersih dan kawasan tempat
tinggal juga perlu dipantau tahap kebersihannya. Malah, kawasan sekeliling turut
diberi perhatian untuk memastikan semuanya dalam keadaan bersih daripada
penyakit. Semua tindakan ibu bapa ini akan memastikan seseorang itu tidak diserang
penyakit berbahaya seperti taun dan denggi. Dengan ini, kehidupan yang ceria dan
sihat dapat dicapai. Ringkasnya. penjagaan kebersihan yang dititikberatkan oleh ibu
bapa mampu memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan ahli keluarga.
Ibu bapa juga harus membawa ahli keluarganya menjalani pemeriksaan doktor
dengan kerap. Pemeriksaan doktor setahun sekali memang digalakkan tetapi
pemeriksaan ini boleh ditingkatkan jika seseorang itu mempunyai sejarah keluarga
yang berisiko tinggi. Tindakan ini menyebabkan sesuatu penyakit dapat dikesan lebih
awal dan menerima rawatan yang sewajarnya. Malahan, kecepatan mengesan
penyakit akan dapat menghalang seseorang ahli keluarga itu menderita dengan lebih
teruk dan kehidupan akan menjadi lebih bermakna. Tegasnya, ibu bapa yang
menitikberatkan aspek penjagaan kesihatan dengan membawa ahli keluarga
menjalani pemeriksaan doktor dapat memupuk amalan gaya hidup sihat dalam
keluarga.
Warga dewan yang saya sanjungi,
Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, peranan ibu bapa
amat signifikan dalam memupuk amalan murni untuk menzahirkan gaya hidup yang
sihat. Penjagaan kesihatan merupakan satu tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh
semua orang. Penjagaan kesihatan zaman ini juga dianggap menelan belanja yang
banyak kerana kesihatan telah dijadikan sebagai satu kegiatan ekonomi. Seseorang itu
perlulah bijak dalam menangani isu ini supaya tidak tertipu kerana tidak ada harta
yang mampu membeli kesihatan yang baik. Sebelum kaki melangkah pergi, sebelum
kata penutup bicara, sekali lagi saya tegaskan bahawa harta yang penting dalam diri
manusia ialah kesihatannya bukannya wang ringgit kerana kita boleh hidup tanpa
wang tetapi tanpa kesihatan, nyawa kita akan melayang.
Sekian, terima kasih.
3. Kebanjiran pendatang asing di beberapa buah negara dunia menimbulkan
pelbagai masalah.
Bincangkan.
A.Masalah kedatangan pendatang asing di negara kita.
Setiap tahun negara kita menerima kedatangan pekerja asing yang bertali arus
sama ada secara sah atau tidak sah kerana ekonomi negara ini yang bertambah
pesat, bak kata pepatah "ada gula, adalah semut". Mereka bekerja dalam pelbagai

sektor seperti perindustrian, pertanian dan juga pembinaan. Kebanyakan pendatang


asing datang dari Indonesia, Myanmar, Filipina, Bangladesh, Nepal dan terdapat juga
sebahagiannya yang datang dari negara Afrika. Kebanjiran mereka di negara ini telah
mendatangkan pelbagai impak negatif.
Dari sudut ekonomi, telah berlakunya masalah pengangguran dalam kalangan
rakyat tempatan. Hal ini disebabkan oleh sikap sesetengah majikan yang lebih
mengutamakan pekerja asing berbanding pekerja tempatan kerana pekerja asing
sanggup menerima upah yang lebih rendah berbanding rakyat tempatan. Namun,
pekerja tempatan sebenarnya bukanlah memilih sangat kerja atau terlalu
mementingkan upah yang tinggi tetapi disebabkan kos sara hidup yang semakin lama
semakin tinggi menyebabkan pekerja tempatan meminta upah yang lebih tinggi
supaya mereka turut dapat merasa nikmat kemajuan yang ada di negara ini. Namun
sikap sesetengah majikan yang lebih mengutamakan keuntungan mereka sahaja
tanpa rasa tanggungjawab sosial terhadap rakyat tempatan menyebabkan mereka
lebih menutamakan pekerja asing dan menganaktirikan pekerja tempatan. Sikap
majikan seperti ini adalah seperti "anak diriba diletakkan, kera di hutan disusukan"
dan akhirnya majoriti pekerja dalam sesuatu sektor itu telah dikuasai pekerja asing
terutamanya sektor pembinaan.
Implikasi dari sudut sosial pula boleh dilihat dengan bertambahnya kegiatan
jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing. Ramai dari kalangan pendatang asing
ini yang terlibat dengan kegiatan ragut, pecah rumah, samun terutamanya di
kawasan-kawasan yang berhampiran dengan rumah kongsi. Pada tahun 2007,
sebanyak 2019 kes jenayah dilaporkan yang melibatkan pendatang asing. Selain itu,
kehadiran mereka ke negara ini secara tidak langsung membawa masuk budaya
mereka yang sebahagiannya bertentangan dengan norma hidup masyarakat
tempatan. Contohnya mereka mengamalkan pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan malah ada yang tinggal serumah tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Ada
pula yang tanpa segan silu meneguk arak di kawasan perumahan yang sebahagian
besar penduduknya penduduk tempatan. Di bandar-bandar besar pula kebanjiran
pendatang asing ini juga telah menimbulkan masalah setinggan disebabkan sewa
rumah yang tinggi menyebabkan mereka menceroboh tanah-tanah kerajaan dan
mendirikan rumah setinggan.
Kehadiran pendatang asing ini juga menyebabkan merebaknya beberapa kes
penyakit berjangkit. Mereka membawa sekali penyakit ke negara seperti kala azar
atau demam hitam yang dipercayai dibawa oleh pendatang dari India, Bangladesh dan
Myanmar. Menurut rekod Persatuan Perubatan Malaysia (MMU), penyakit berjangkit
seperti batuk kering, malaria dan H1N1 adalah disebabkan interaksi rakyat tempatan
dengan pendatang asing. Hal ini akan menyebabkan turunnya taraf kesihatan rakyat
Malaysia.
Hal ini baru masalah penyakit berjangkit, belum lagi masalah "penyakit hati".
Berapa banyakkah anak gadis Melayu yang jatuh hati dengan ketampanan dan
keromantikan 'Mat Bangla' hingga ada isteri yang meminta cerai dari suami kerana
terpikat dengan mereka. Walaupun berkomunikasi seperti itik dengan ayam, tetapi
apabila hati dah tertawan yang pahit pun manis rasanya bila ditelan. Anak gadis
Melayu pula ramai yang hilang akal warasnya apabila sanggup berkorban apa sahaja
asalkan dapat bersama orang yang disayang walaupun umur baru setahun jagung dan
keperluan hidup pun masih ditanggung ibu bapa tetapi itulah penangan pendatang
asing ini.
Natijahnya, kebanjiran pendatang asing yang tidak terkawal ke negara ini lebih
banyak mendatangkan impak negatif dari yang positif. Oleh yang demikian, semua
pihak mestilah ikhlas dan berganding bahu dalam menangani masalah kebanjiran

pendatang asing ke negara ini. Kerajaan hendaklah berusaha untuk menghadkan


kemasukan pekerja dari luar dan perlu mengutamakan pekerja tempatan. Sudah tiba
masanya Malaysia mengalihkan tumpuan pelaburannya kepada teknologi yang lebih
tinggi dan berkaitan industri berintensifkan modal supaya pergantungan kepada
pekerja asing dapat dikurangkan.
B. Kesan Kemasukan Pendatang Asing dan Langkah-langkah Mengawal Kemasukan
Pendatang Asing.
Saban hari kedatangan pekerja asing ke negara kita semakin meningkat bagaikan
cendawan yang tumbuh selepas hujan. Merujuk kamus, pekerja asing bermaksud
tenaga kerja yang datang dari negara lain seperti Indonesia, Bangladesh, Filipina,
Thailand, dan sebagainya. Negara kita dianggap sebagai lombong emas kerana
negara kita mempunyai banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor pekerjaan
seperti sektor pertanian, perkilangan, pembinaan dan perladangan. Dasar kerajaan
yang membuka lebih luas peluang pelaburan dan memberi layanan serta kemudahan
kepada pelabur asing untuk membina kilang mereka di negara ini turut merancakkan
kedatangan
mereka
lagi.
Walupun
kehadiran
mereka
dapat
membantu
membangunkan ekonomi negara, namun terdapat beberapa kesan negatif apabila
pekerja asing masuk ke negara kita secara tidak terkawal. Oleh yang demikian,
langkah-langkah pengawalan harus diambil secara berkesan seperti menarik rambut
dalam tepung, rambut tidak terputus manakala tepung tidak berserak memandangkan
hal ini melibatkan hubungan diplomatik antara negara.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa kemasukan pekerja asing
menyebabkan peluang pekerjaan penduduk tempatan tersekat berikutan dengan
sikap majikan di negara ini yang gemar mengupah pekerja asing kerana kadar upah
mereka jauh lebih murah berbanding mengupah pekerja-pekerja tempatan yang lebih
mahal. Sikap tidak memilih pekerja haruslah wujud dalam peribadi pekerja tempatan.
Jika mentaliti sedemikian diteruskan tanpa mengubah sebarang persepsi, hidup
penduduk tempatan tersepit. Sikap majikan yang ibarat peribahasa kera di hutan
disusui, anak di rumah mati kelaparan akan memberi impak negatif kepada rakyat
tempatan. Buktinya, hampir 2.1 juta rakyat tempatan hilang peluang pekerjaan dan
kadar pengangguran semakin meningkat dalam kalangan pekerja tempatan.
Sudah terang lagi bersuluh, kemasukan pekerja asing tanpa kawalan menyebabkan
peningkatan kadar jenayah di negara ini. Pelbagai jenayah akan dilakukan oleh
pekerja tempatan berikutan tidak mempunyai gaji yang mencukupi dan tidak
mempunyai pekerjaan. Tambahan pula, kos sara hidup pada era globalisasi ini
semakin meningkat sebagai akibat kemelut ekonomi global. Kejadian pecah rumah,
kecurian, rogol, rusuhan, dan lain-lain mungkin akan berlaku jika tiada sebarang usaha
diimplementasikan oleh pihak kerajaan. Peningkatan kadar jenayah ini juga
melibatkan pekerja asing yang masuk ke Malaysia tetapi tidak mendapat pekerjaan
seperti yang diharapkan sedangkan mereka memerlukan wang untuk meneruskan
kelangsungan hidup. Buktinya, mantan Ketua polis Negara ( KPN) Tan Sri Musa Hassan
mengakui pendatang asing yang melebihi 2.4 juta orang di negara ini menyumbang
kepada peningkatan kadar jenayah.
Di samping itu, kemasukan pekerja asing ini juga turut memberi kesan terhadap
ekonomi negara kita. Pengaliran keluar mata wang negara pada kadar yang banyak
pada setiap bulan bakal merugikan negara dari segi tukaran wang asing dan
menguntungkan negara asal pekerja asing ini. Sistem transaksi canggih di bank-bank
negara kita menyumbang kepada proses pertukaran wang dapat dilakukan dengan
mudah dan cepat serta perkhidmatan yang murah. Menurut statistik, sebanyak RM
9.124 juta telah dihantar ke negara asal pekerja asing antara bulan Januari hingga Jun

setiap tahun. Hal ini akan membebankan kewangan negara. Bukan itu sahaja,
sebanyak RM1.169 juta digunakan sehari oleh kerajaan sebagai kos untuk penahanan
pendatang asing tanpa izin (PATI ) amat merugikan negara sekali gus mengganggu
gugat kerancakan ekonomi di negara kita.
Setiap penyakit ada penawarnya, begitu jugalah setiap masalah mempunyai jalan
penyelesaiannya yang tersendiri. Jika masalah kemasukan pendatang asing ini
ditangani secara efektif, pastinya kadar kemasukan pendatang asing ini mampu
dikurangkan. Terdapat beberapa langkah yang dapat diimplementasikan oleh pihak
kerajaan serta majikan. Pihak majikan khasnya, perlu mengehadkan kebergantungan
kepada buruh asing kerana mampu menimbulkan pelbagai masalah sosial dan
keselamatan. Pengambilan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu hendaklah
mengikut sumber negara yang diluluskan kerajaan. Pihak berkuasa akan mampu
memantau kehadiran dan pergerakan warga asing di negara ini. Dengan
mengehadkan penyertaan pekerja asing dalam sektor perladangan dan pembantu
rumah, mudahlah rakyat serta pihak berkuasa mempersoal dan mengambil tindakan
segera ke atas kehadiran rakyat asing yang tiada permit kerja dalam sektor-sektor
yang ditetapkan oleh kerajaan. Jelasnya, pihak ejen dan majikan yang mengambil
pekerja asing perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan sekali gus
membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Seterusnya, penguatkuasaan undang-undang haruslah dilakukan dengan lebih tegas.
Sikap seperti melepaskan batuk di tangga tidak seharusnya diamalkan oleh pihak
yang bertanggungjawab. Hal ini kerana banyak pekerja asing terdiri daripada
pendatang haram yang menyusup masuk dengan menggunakan dokumen palsu. Akta
imigresen perlulah lebih tegas agar pendatang haram ini tidak berani bertindak lebih
jauh. Perairan negara juga haruslah dikawal sepanjang masa untuk mengelakkan
mereka menyusup melalui jalan laut. Jika semua pihak yang berkenaan memainkan
tanggungjawab secara berkesan, tidak mustahil masalah kemasukan pendatang asing
dapat diatasi dari akar umbinya.
Tuntas bicara, walaupun kedatangan pekerja asing ini ada kebaikannya namun, pihak
kerajaan haruslah mengkaji segala aspek dari segi ekonomi, politik, dan sosial demi
kesejahteraan dan pembangunan negara kita selaras dengan wawasan 2020.
Tanggungjawab ini bukan sahaja terletak pada bahu pihak kerajaan semata-mata
sebaliknya menuntut kerjasama dan sokongan semua pihak. Sesungguhnya,
peribahasa bukit sama didaki, lurah sama dituruni wajar diamalkan oleh semua pihak
waima pihak kerajaan, majikan mahupun rakyat negara ini yang mempunyai
peranannya yang tersendiri. Hal ini sangat penting bagi memastikan implikasi negatif
akibat kemasukan pekerjaan asing secara berleluasa ke negara kita dapat diatasi
melalui pelbagai langkah yang dirancang dan diimplementasikan secara bijak dan
berkesan sekali gus dapat mencapai matlamatnya.
KEDAH
1. Penggunaan telefon bimbit seolah-olah menjadi kemestian dalam kalangan
pelajar walaupun mendatangkan pelbagai implikasi
Jelaskan implikasi penggunaan alat komuknikasi tersebut kepada pelajar.
A. Alaxander Graham Bell merupakan insan yang bertanggungjawab mencipta alat
telekomunikasi yang dinamakan sebagai telefon. Sejajar dengan dunia yang pesat
berkembang ini, telefon kini lebih mobil dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
Rekaannya juga semakin menarik perhatian ramai umumnya remaja yang sentiasa
mengejar kelainan. Jika diperhalusi, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan
pelajar ini mendatangkan impak yang pelbagai kepada remaja.

Kita pastinya boleh menggunakan telefon bimbit yang dimiliki untuk menghubungi
insan tersayang yang berada jauh di mata tetapi dekat di hati. Mendengar suara ibu
dan bapa pastinya membuatkan jiwa kita tenang lebih-lebih lagi mereka merupakan
insan yang paling mengenali diri kita. Oleh hal yang demikian, penggunaan telefon
bimbit oleh para pelajar pastinya meningkatkan motivasi mereka untuk terus belajar
lebih-lebih lagi untuk para pelajar yang tinggal di asrama yang jauh daripada keluarga.
Lain daripada itu, kita boleh menggunakan telefon bimbit untuk bertanyakan hal-hal
yang berkaitan persekolahan. Sebagai contohnya, rakan-rakan rapat boleh dihubungi
dengan segera waima kita tidak berada di sekolahpun jika mereka mempunyai telefon
selular ini. Secara tidak langsung, segala perkara penting yang disampaikan oleh guru
ketika kita tidak boleh hadir ke sekolah dapat diketahui dengan segera melalui
penggunaan telefon bimbit. Hubungan dengan rakan-rakan juga akan menjadi erat
dan bertambah mesra.
Selain itu, kita juga boleh membuat capaian Internet melalui telefon bimbit pintar
yang terdapat di pasaran kini. Hal ini benar-benar membuatkan dunia berada di
hujung jari kita. Dengan menekan butang-butang tertentu di telefon bimbit, segala
maklumat yang ingin diketahui boleh didapati dengan mudah dan cepat. Justeru, kita
tidak perlu lagi menunggu-nunggu untuk mendapatkan sesuatu maklumat kerana
masa itu emas. Sudah terang lagi bersuluh, telefon bimbit memudahkan pelajar
mendapatkan maklumat dengan segera.
Walau bagaimanapun, penggunaan telefon bimbit juga mendatangkan kesan negatif
kepada pelajar. Misalannya, mereka lebih mudah merakam atau menyimpan videovideo mahupun gambar-gambar lucah dalam alat telekomunikasi itu. Perkara ini
memang tidak boleh dinafikan lebih-lebih lagi apabila cerita mengisahkan klip-klip
video ini pernah tersiar di layar perak iaitu filem Klip 3GP. Penyebaran video-video
seperti yang dimaksudkan ini bukan mudah untuk dibanteras tetapi tidak mustahil
untuk diperangi.
Di samping itu, penggunaan telefon bimbit juga boleh melalaikan remaja. Lihat sahaja
situasi masa ini apabila golongan remaja tidak boleh berpisah dengan kembar
mereka itu walaupun sedetik. Ditambah pula dengan pelbagai aplikasi yang kurang
penting dan permainan yang melekakan dalam telefon mudah alih itu pastinya
membuang masa para remaja dengan sia-sia. Walhal, masa senggang para remaja
perlu diisi dengan ilmu yang bakal menerangi masa depan mereka.
Izharnya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja memberikan seribu satu
faedah kepada sesiapa sahaja. Kita perlu bijak menggunakan apa-apa sahaja gajet
atau alat yang dicipta dalam dunia serba canggih ini dengan cara yang betul. Jika
tidak digunakan untuk kebaikan, perkara ini mampu merosakkan masa depan dan
fikiran remaja itu sendiri. Sewajarnya, para remaja yang merupakan tonggak negara
pada masa hadapan lebih bijak dalam memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara
sebelum dilakukan bak peribahasa tepuk dada tanyalah selera.
B. Pada suatu masa dahulu, telefon bimbit dianggap sebagai barangan mewah yang
tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan orang selain bentuknya yang besar dah sukar
dibawa. Namun, selepas kita memasuki alaf baru, pengguna telefon bimbit meningkat
bak cendawan tumbuh selepas hujan disebabkan harganya yang jauh lebih murah
selain bentuknya yang lebih kecil dan senang dibawa ke mana-mana. Kini, tidak
hairanlah hampir semua penduduk dunia mempunyai sekurang-kurangnya sebuah

telefon bimbit. Pelajar sekolah pula tidak ketinggalan dalam perlumbaan mengejar
kecanggihan malah ada juga yang telah pun mempunyai telefon pintar. Persoalannya,
adakah telefon bimbit memberi implikasi baik ataupun impak negatif terhadap
masyarakat?
Penggunaan telefon bimbit sudah semestinya banyak membantu dalam komunikasi
harian. Kita tidak perlu lagi bersusah-payah untuk pergi ke rumah seseorang untuk
berkongsi ataupun menyampaikan maklumat. Bukan itu sahaja, keselamatan
seseorang individu juga akan lebih terjamin kerana telefon bimbit mudah digunakan
bagi mendail pihak polis atau sesiapa sahaja dalam masa kecemasan. Perkara
sebegini amat penting terutamanya bagi seseorang pelajar yang berada dalam
kecemasan. Perkongsian matlumat tentang pelajaran atau kerja rumah juga dapat
dilakukan dengan lebih mudah dengan adanya telefon bimbit.
Selain itu, penggunaan telefon bimbit juga dapat merapatkan silaturahim sama ada
dengan rakan atau sanak saudara terutamanya yang berada jauh di perantauan. Kita
dapat menelefon orang tersayang bagi mengubati rindu dengan kos yang tidak terlalu
mahal. Lebih-lebih lagi, dengan teknologi 3G, kita dapat membuat membuat panggilan
video kepada orang tersayang. Teknologi sebegini amat penting bagi mengubati rindu
selain mengukuhkan silaturahim dalam kalangan sanak-saudara.
Malangnya, disebalik kebaikan telefon bimbit, ada udang di sebalik batu di sebalik
penggunaannya. Hal ini demikian kerana telefon bimbit dapat memberikan impak
negatif terhadap penggunanya. Pertama, kebanyakan orang yang menggunakan
telefon bimbit tidak menggunakannya untuk kebaikan. Hal ini demikian kerana ramai
yang menggunakan khidmat pesanan ringkas untuk tujuan menghantar pesanan
ringkas yang tidak berguna seperti memikat seseorang, menghantar pesanan sekadar
menghilangkan kebosanan dan sebagainya. Perkara ini akan membawa kepada
pembaziran dan seterusnya meningkatkan kos sara hidup.Bukan itu sahaja, pelajar
sekolah juga dapat menggunakan telefon bimbit untuk meniru dalam peperiksaan,
menganjurkan aktiviti jenayah dan juga menyebarkan video lucah di sekolah. Perkara
sebegini akan menyebabkan keruntuhan moral yang teruk bagi generasi muda negara
ini.
Di samping itu, sikap remaja zaman sekarang yang suka bersaing dalam mengejar
kecanggihan juga amat membimbangkan. Hal ini demikian kerana bukan mereka yang
menanggung kesusahan tetapi ibu bapa yang perlu bermandi peluh dalam
merealisasikan hasrat anak mereka memiliki telefon bimbit canggih. Bagi golongan
yang berpendapatan menengah rendah, sudah pasti perkara ini menjadi beban
kepada mereka. Bagi golongan menengah atas pula, mereka sering memanjakan anak
mereka dengan membelikan telefon pintar atau telefon canggih lain sehingga
mengabaikan tanggungjawab demi pekerjaan semata-mata.
Seterusnya, mengikut kajian terbaru daripada 31 saintis daripada 14 negara-negara
maju termasuk Amerika Syarikat, penggunaan telefon bimbit yang berlebihan dapat
mendatangkan penyakit barah otak. Hal ini demikian kerana gelombang
elektromagnet yang terhasil daripada telefon bimbit apabila terkena pada sel-sel otak
untuk masa yang berlarutan akan menyebabkan mutasi genetik terhadap sel-sel otak
tersebut dan seterusnya menyebabkan kanser otak. Perkara sebegini amat
membimbangkan terutama kepada usahawan ataupun khidmat pelanggan yang perlu
menggunakan telefon untuk jangka masa yang panjang dalam sehari demi pekerjaan
mereka.
Tuntasnya, walaupun terdapat banyak kebaikan yang boleh kita terima daripada
penggunaan telefon bimbit, kita juga akan menerima kesan negatif daripada
penggunaan telefon bimbit jika tidak digunakan secara berhati-hati. Jadi, seseorang

perlu bijak dalam menggunakan telefon bimbit agar tidak terlibat dalam kancah
pembaziran, jenayah ataupun dihidapi penyakit kronik.

2. Keluarga sepatutnya menjadi insitutusi yang selamat. Namun begitu kejadian


penderaan kanak-kanak oleh ahli keluarga masih berleluasa.
Berikan saranan anda tentang peranan insitutsi keluarga bagi membenteras
gejala ini.
A. Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap
pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah
keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiap
pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah
tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih
sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah mendengar
pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa
sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Penderapendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara
pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.
Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini.
Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di
tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan
mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat
anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan
perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan
mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah
merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran
matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau
sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu.
Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah
kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang
melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap
anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah
semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini
amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada
usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah
kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan
fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Mintalah
pertolongandaripada Allah supaya hati kita lebih tenang.
Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah
tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan
gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan
tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya
pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi
mangsa pergaduhan.
Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah
kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di
dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam
menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika
berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang

baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi
terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan
kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya
dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita.
Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera.
Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen "Keluarga
Bahagia" bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya
setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segalagalanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya
kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen
ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anakanak.
Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti
mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yangmendera
kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh
menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka
hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.
Pihak-pihakyang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi
memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan
rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi
menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah
tangga. Mereka aka:n lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan
kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan
kanak-kanak akan dapat diatasi.
Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang
keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk
menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan
keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah yang sangat suci
dan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi
seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan
negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila
meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanakkanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita
dapat di akhirat nanti.

B. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak itu seperti kain putih. Dia
dilahirkan dalam keadaan bersih dan tidak berdosa, dan kedua-dua ibu bapa
merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mencorakkan kain putih tersebut. Ini
menunjukkan peranan ibu bapa yang begitu afdal dalam menentukan anak yang
dilahirkan menjadi insan yang sempurna. Si anak perlulah diberi kasih sayang yang
secukupnya. mereka haruslah dibelai, didodoi, dan diberi segenap perhatian. Walau
bagaimanapun, apa yang berlaku, harapkan pagar dan pagar makan padi. Pada
hakikatnya, kenyataan ini mempunyai kebenarannya. Ini telah terbukti apabila
sesetengah ibu bapa terlibat dalam penderaan kanak-kanak. Jika diselak dada akhbar
sesekali kita akan digemparkan dengan berita penderaan kanak-kanak yang
dipaparkan di dada akhbar. Mengapakah fenomena negatif ini akan berlaku? Adakah
ibu bapa telah melupakan tanggungjawab mereka dalam mencorakkan kain putih
tersebut? Kita semua haruslah mengkaji masalah ini secara mendalam dan berusaha
dengan giat bagi mengatasi masalah yang semakin kronik dan melarat ini dengan
konsep jika tiada angin yang bertiup masakan pokok akan bergoyang dan dengan
keyakinan bahawa setiap penyakit pasti ada penawarnya.

Salah satu punca berlakunya fenomena negatif ini adalah kerana masalah dalaman
sesebuah keluarga. Kajian menunjukkan penderaan sering dilakukan oleh orang yang
berdekatan atau mempunyai pertalian darah dengan anak-anak yang menjadi
mangsa. Contohnya, pihak yang biasanya menjadi titik permulaan kepada penderaan
kanak-kanak termasuklah ibu bapa, ayah dan ibu tiri, ataupun ibu dan bapa saudara.
Dalam banyak kes, penderaan dilakukan oleh ibu bapa yang menghadapi konflik
kekeluargaan seperti hubungan yang rapuh antara suami dan isteri akibat daripada
campur tangan pihak ketiga. Apabila keadaan ini berlaku, produktiviti terhadap kerja
ibu bapa tentulah akan merosot. Mereka seterusnya akan diberi tekanan oleh majikan
supaya meningkatkan produktiviti. Kalau tidak, ibu bapa akan menghadapi risiko untuk
dipecat oleh majikan. Dalam perjalanan pulang ke rumah pula, ibu bapa terpaksa
menghadapi masalah kesesakan jalan raya yang akan menambahkan ketegangan
mereka. Apabila sampai di rumah pula, ibu bapa terpaksa menghadapi karenah anakanak yang selalunya menginginkan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa.
Semua masalah yang bertali arus ini amat menekan perasaan. Keadaan ini menjadi
lebih serius apabila ditambah pula dengan kenaikan harga minyak belakangan ini
yang menyebabkan kos kehidupan semakin tinggi. Apabila tertekan, ibu bapa pula
akan menjadikan anak-anak sebagai tempat melepaskan geram dan anak-anak itu
didera.
Selain itu, sejarah hitam ibu bapa pada masa kecil juga menjadi satu punca
berlakunya penderaan kanak-kanak. Kajian menunjukkan bahawa penderaan kanakkanak sering dilakukan oleh orang yang pernah menjadi mangsa penderaan semasa
mereka dalam alam kanak-kanak dahulu. Keadaan ini berlaku kerana ibu bapa
beranggapan bahawa mereka pernah menjadi mangsa penderaan dan anak-anak
mereka pun patut mengalami kesakitan dan penderitaan yang pernah dialami oleh
mereka. Biasanya, keadaan ini akan berlaku kerana ibu bapa mengalami penyakit
mental dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Penderaan yang berterusan pada
peringkat umur yang rendah sememangnya akan meninggalkan kesan trauma yang
mendalam dalam jiwa anak-anak. Di samping itu, ibu bapa juga berpendapat mereka
dapat memuaskan diri dari segi psikologi apabila mendera anak-anak. Semua ini telah
menyebabkan titik permulaan di mana si anak akan dimarahi, ditengking dan tidak
dihiraukan ataupun dipedulikan. Keadaan ini akan menjadi lebih kronik apabila ibu dan
bapa mengamalkan salah guna bahan berbahaya seperti dadah dan minuman keras
untuk mencari ketenangan. Apabila ibu bapa berada dalam keadaan mabuk akibat
meminum minuman beralkohol atau berkhayal akibat penyalahgunaan dadah ,
mereka tidak akan menyedari akan pembuatan mereka sendiri apabila mendera anakanak mereka. Anak merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya. Adalah
menjadi tanggungjawab setiap insan menjaga dan membimbing anak tersebut ke arah
yang benar.
Selain itu, kesempitan hidup yang dihadapi oleh sesebuah keluarga juga menjadi
antara faktor berlakunya penderaan kanak-kanak. Ini kerana ibu bapa tidak mampu
menanggung perbelanjaan membesarkan si anak dan terpaksa menyerahkan anak
kepada orang lain, misalnya saudara terdekat untuk menjaga dan membesarkannya
dengan janji akan memberikan kadar upah wang yang tertentu pada setiap bulan.
Maka, saudara tersebut pula berjanji untuk menjaga si anak dengan harapan akan
mendapat upah wang seperti yang dijanjikan pada setiap bulan. Walau
bagaimanapun, apabila ibu bapa gagal untuk memberi upah wang seperti yang
dijanjikan, maka saudara yang tidak memberi pertimbangan pula akan menyebabkan
si anak menghadapi akibatnya. Kadang-kala, penjaga akan memukul si anak dengan
tali pinggang, mencucuk si anak dengan puntung rokok ataupun membiarkan si anak
dalam keadaan kelaparan. Yang menyedihkan lagi , terdapat sesetengah penjaga akan
mengejutkan masyarakat apabila si anak tersebut dianiaya melalui keganasan

seksual. Apabila si anak bertemu dengan ibu bapa semula, ibu bapa yang prihatin
akan mendapati bahawa tubuh si anak menjadi lebam dan lemah dan seterusnya akan
melaporkan kejadian ini kepada pihak polis. Walau bagaimanapun, sesetengah ibu
bapa pula tidak mempedulikan hal ini kerana tidak mahu menjejaskan hubungan
kekeluargaan antara mereka dengan saudara mereka.
Di samping itu, kurangnya pendidikan agama dalam kalangan pasangan suami isteri
juga merupakan antara penyebab masalah penderaan kanak-kanak. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa kebanyakan ibu bapa ada memperoleh didikan agama. Walau
bagaimanapun, tidak ramai dala kalangan ibu bapa yang mengamalkan ajaran agama
mereka. Keimanan ibu bapa pula akan menjadi tidak utuh akibat daripada
penghayatan agama yang tidak kuat. Jika penghayatan agama kuat, tidak mungkin ibu
bapa akan berkelakuan bagai haruan makan anak dan sanggup mendera darah daging
sendiri. Sebagai orang dewasa, ibu bapa perlulah berfikir dengan alasan dan bukti
yang nyata dan haruslah mencurahkan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya
terhadap anak-anak dan bukannya melepaskan geram kepada mereka. Kajian
menunjukkan mereka yang sanggup mendera darah daging sendiri merupakan
pasangan muda. Ini kerana pasangan muda menganggap bahawa hidup mereka masih
remaja dan tidak berfikir secara logik ataupun rasional. Selain itu, mereka pun belum
bersedia untuk memikul dan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa.
Di samping itu, orang muda pula sering berdarah panas dan mudah naik marah
dengan kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan oleh anak-anak seperti merosakkan
harta benda rumah, menangis sepanjang waktu , menconteng buku, dan sebagainya.
Ini akan menyebabkan kesabaran ibu bapa mula cair dan anak-anak pula akan
menjadi sasaran kemarahan ibu bapa.
Konklusinya, punca berlakunya kes-kes penganiayaan terhadap kanak-kanak ini
bermula dari rumah. Ibu bapa sepatutnya membela, memberi naungan dan
memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna. Ibu
bapa juga haruslah berusaha untuk mencurahkan kasih sayang dan perhatian yang
secukupnya kepada anak-anak di samping menanam sikap sayang-menyayangi antara
mereka. Selain itu, semua pihak seperti ibu bapa, guru-guru, kerajaan serta
masyarakat juga perlulah bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah ini. Setiap
pihak perlulah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ini dan bukannya
menuding jari ke arah pihak lain. Sebenarnya, pelbagai usaha telah diambil untuk
mengatasi fenomena negatif sebelum ini tetapi usaha tersebut bagai hujan jatuh ke
pasir kerana usaha yang diambil tidak berterusan serta tidak berkekalan. Oleh itu,
usaha baik yang diambil oleh setiap pihak perlulah dilakukan secara konsisten dan
bukanlah hangat-hangat tahi ayam sahaja.

3. Jiran sepakat membawa berkat untuk mengembalikan semangat kejiranan yang


kian longar dalam kalangan masyarakat di negara ini. Anda ingin menulis
sebuah rencana yang bertajuk langkah-langkah memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat.
Tuliskan rencana anda itu selengkapnya.
A.
Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di
hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau
di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran
sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang

akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat". Jadi, kita perlulah
mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan
sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.
Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui
aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang
tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan
dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan
seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat
digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa tak kenal maka tak
cinta. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah
membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan
sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan
sesama jiran.
Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa
sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan
memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara
rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman
dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam
masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah
yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya
Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah
terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu
mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat
lagi.
Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti
ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam
aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan
sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan
sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah
diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang
sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran
dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin
membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa
Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam
aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah
membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur.
Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli.
Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti
Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung,
Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan
Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan
taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat
kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang
mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.
Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam

kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat


kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui
aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita.
Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa
jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau
kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata
memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah
berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika
kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala
kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu,
sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita
itu.
Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk
setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak
mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah
Melayu bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Jika hal ini
dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan
perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan
akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa
berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara
kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

4. Aktiviti pemerdagangan manusia di peringkat global sangat membimbangkan


dan mendatangkan kesan negatif kepada negara yang terlibat.
Bincangkan.
A. Era globalisasi yang sarat dengan pelbagai cabaran zahir dan maya ini, terbit satu
masalah yang kian membimbangkan masyarakat dunia iaitu jenayah pemerdagangan
manusia. Isu yang semakin berleluasa ini sering melibatkan golongan wanita dan
kanak-kanak. Namun begitu, pendedahan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) barubaru ini menunjukkan bahawa golongan remaja turut dijadikan mangsa jenayah
pemerdagangan manusia. Hal ini sungguh membimbangkan kerana situasi tersebut
mampu menyebabkan gejala negatif yang lain turut menjadi serius. Misalnya, mangsa
jenayah pemerdagangan manusia sering dijadikan sebagai pelacur, buruh paksa,
hamba seks dan pengemis upahan. Malah, menurut Jabatan Siasatan Jenayah PDRM,
sebanyak dua puluh tujuh sindiket pemerdagangan manusia yang bergiat aktif di
Malaysia berjaya ditumpaskan sepanjang enam bulan pertama tahun ini. Penumpasan
sindiket-sindiket tersebut telah menyelamatkan ratusan individu yang menjadi
mangsa mereka. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa jenayah pemerdagangan
manusia sememangnya semakin serius dan perlu diatasi dengan segera. Hakikatnya,
jenayah pemerdagangan manusia hanya boleh diatasi jika kita memahami faktorfaktor berlakunya jenayah tersebut.
Pertama sekali, kewujudan korupsi dan unsur rasuah dalam kalangan pegawai
kerajaan menyebabkan jenayah ini sukar ditangani. Sindiket pemerdagangan manusia
sering memanfaatkan kewujudan pegawai kerajaan yang mudah dirasuah untuk
memudahkan pelaksanaan modus operandi mereka. Misalnya, pegawai imigresen
yang menjaga sempadan negara boleh dilepasi dengan mudah oleh ejen-ejen sindiket
pemerdagangan manusia bersama mangsa mereka hanya dengan menghulurkan

beberapa helai wang kertas lima puluh ringgit kepada mereka. Keadaan kini
bertambah keruh apabila pegawai-pegawai kerajaan sendiri bertindak membantu
sindiket pemerdagangan manusia. Contohnya, mereka mencari individu yang
berpotensi untuk diperdagangkan dan menyerahkan insan-insan yang tidak berdosa
itu kepada ejen pemerdagangan manusia. Hal ini amat menyedihkan kerana pihak
yang patut memainkan peranan untuk mengatasi jenayah pemerdagangan manusia
bertindak sebaliknya ibarat kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. Maka,
jenayah tersebut pasti sukar ditangani jika wujud pegawai-pegawai kerajaan yang
berkorupsi.
Selain itu, jurang ekonomi antara negara-negara jiran turut menjadi faktor jenayah
pemerdagangan manusia. Rakyat negara yang miskin sudah tentu ingin menambah
baik taraf hidup mereka dengan apa jua cara yang mudah. Oleh itu, mereka memilih
untuk bekerja di negara jiran yang lebih kaya tetapi kekurangan tenaga kerja. Namun
begitu, terdapat pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan terhadap mereka
dengan menaburkan janji-janji manis seperti pekerjaan, tempat tinggal dan kehidupan
yang lebih baik. Malangnya, selepas individu-individu tersebut dibawa ke luar negara,
mereka dijual kepada pihak lain dan dijadikan hamba seks dan buruh paksa. Situasi ini
terbukti berlaku apabila statistik Jabatan Siasatan Jenayah PDRM menunjukkan
hampir kesemua individu yang berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa
sindiket pemerdagangan manusia berasal dari negara-negara jiran yang
berpendapatan rendah seperti Myanmar, Vietnam dan Laos. Keadaan ini membuktikan
bahawa jurang ekonomi antara negara-negara serantau turut menjadi faktor wujudnya
jenayah pemerdagangan manusia.
Di samping itu, tahap kesedaran masyarakat terhadap isu pemerdagangan manusia
yang rendah juga menyebabkan jenayah tersebut terus berleluasa. Masyarakat yang
bersikap seperti katak di bawah tempurung menjadi punca yang memangkin
kewujudan pelbagai jenayah merentasi sempadan. Masyarakat kini sering bersikap
seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan tidak peka
terhadap situasi di sekeliling mereka. Umpamaanya, terdapatkah individu pada hari ini
yang melihat pengemis kanak-kanak cacat sanggup bersikap proaktif dan
membawanya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat? Keengganan masyarakat untuk
mengambil tahu tentang isu semasalah menyebabkan situasi seperti ini berlaku. Lebih
membimbangkan lagi apabila masyarakat mendiamkan diri meskipun tahu tetang
kewujudan sindiket pemerdagangan manusia di kawasan tempat tinggal mereka.
Misalnya, pihak PDRM berjaya menangkap seorang lelaki di sebuah rumah bersama
tiga puluh orang wanita warganegara Vietnam yang dikurung di dalam sebuah bilik.
Siasatan lanjut mendapati lelaki itu terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia
sejak lima tahun yang lalu dan menjadikan rumahnya sebagai tempat menjalankan
urusan sindiketnya itu. Sekiranya masyarakat di kawasan perumahan itu bersikap
proaktif, pasti sindiket tersebut terbongkar lebih awal. Malangnya, sikap mereka yang
kurang peka terhadap situasi di sekeliling memudahkan lelaki itu untuk menjalankan
sindiketnya selama separuh dekad. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat
yang mendiamkan diri akan menyebabkan jenayah pemerdagangan manusia terus
melarat.
Faktor-faktor jenayah pemerdagangan manusia sememangnya sukar diatasi. Walau
bagaimanapun, jika pihak kerajaan mewujudkan undang-undang yang dapat
menjatuhkan hukuman yang lebih berat terhadap dalang sindiket pemerdagangan
manusia, pasti jenayah tersebut dapat ditangani. Kejayaan Akta dadah Berbahaya
dalam mengekalkan jumlah kes penyeludupan dadah pada tahap yang rendah harus
dijadikan contoh untuk mewujudkan mekanisme yang sama demi mengurangkan kes
pemerdagangan manusia. Hukuman penjara sahaja tidak memadai buat pesalah yang

sanggup menjalankan urusan jual beli manusia. Hukuman mati mandatori patut
dikenakan terhadap mereka supaya dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat.
Pada masa yang sama, pihak kerajaan perlu mewujudkan mekanisme yang tepat
untuk menyifarkan kes rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan. Jika kes rasuah
dapat disifarkan, sudah tentu pelaksanaan undang-undang menjadi lebih berkesan
sekali gus mengurangkan kes pemerdagangan manusia.
Seterusnya, pemimpin-pemimpin negara serantau perlu bekerjasama untuk
mengurangkan jurang ekonomi. Komuniti ASEAN yang bakal diwujudkan pada tahun
2015 patut dizahirkan kerana langkah tersebut diyakini mampu mengurangkan
jenayah merentasi sempadan apabila negara-negara di Asia Tenggara menjalin
kerjasama politik, ekonomi dan sosial. Sekiranya negara-negara serantau membangun
secara serentak, keperluan rakyat sesebuah negara untuk bekerja di negara jiran akan
berkurang. Secara tidak langsung, keadaan ini seterusnya akan mengurangkan
pemerdagangan manusia.
Selain itu, masyarakat pula perlu bersikap proaktif dan melaporkan gerak-geri yang
mencurigakan di sekeliling mereka. Mereka harus bekerjasama dan memastikan
kawasan tempat tinggal mereka tidak dijadikan sebagai markas pemerdagangan
manusia. Contohnya, Persatuan Rukun Tetangga perlu sentiasa menjalankan pelbagai
langkah untuk membanteras perlakuan jenayah di kawasan perumahan mereka.
Masyarakat tidak perlu takut untuk melaporkan jenayah pemerdagangan manusia
kepad pihak berkuasa kerana identiti mereka akan dirahsiakan. Maka, sekiranya rakyat
Malaysia bersikap proaktif, pasti jenayah pemerdagangan manusia mampu diatasi
dengan mudah.
Tuntasnya, sememangnya terdapat pelbagai faktor berlakunya jenayah
pemerdagangan manusia dan pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan untuk
mengatasi jenayah tersebut. Namun begitu, langkah-langkah tersebut hanya akan
membuahkan hasilnya jika pihak kerajaan dan masyarakat berganding bahu kerana
sesungguhnya bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Semoga dengan
penyifaran jenayah pemerdagangan manusia, kita dapat menzahirkan Wawasan 2020
dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia.
B. Salah satu kesan aktiviti pemerdagangan manusia adalah mencemarkan imej
negara di mata dunia. Pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan masalah
tersebut.
Aktiviti pemerdagangan manusia bermaksud segala bentuk eksploitasi sama ada
untuk tujuan seks, kerja paksa, perhambaan bahkan turut melibatkan pemindahan
organ manusia. Aktiviti ini mendatangkan pelbagai kesan negatif dan pelbagai usaha
perlu dijalankan untuk mengurangkan aktiviti ini.
Kesan
1. Mencemarkan imej negara di mata dunia
Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu
permerdagangan manusia mencemarkan imej negara di mata dunia.
Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang.
Negara dianggaap sebagai sarang jenayah.
2. Mengancam keselamatan dan keamanan negara
Jenayah yang semakin berleluasa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan
kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran , pusat
hiburan dan rumah urut dan sebagainya.
Sindiket atau mereka yang terlibat juga melakukan aktiviti jenayah lain untuk

mengumpulkan kekayaan.
3. Menjejaskan hubungan diplomatik antara negara
Penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isuisu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara.
Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa
tidak puas hati antara negara yang terlibat
4. Peningkatan masalah sosial
Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat
seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya.
Penularan penyakit berjangkit
Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya
kembali menular dalam kalangan masyarakat
Langkah-langkah
1. Penguatkuasaan undang-undang
Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000
Akta Antipermerdagangan Orang 2007
2. Memperketat kemasukan pelancong asing serta mengawal pintu masuk sempadan
dengan lebih teliti
Kawalan kemasukan pelancong asing . Menutup peluang penyeludupan manusia
berlaku
Kawalan menggunakan Akta Imigresen untuk mengesan kemasukan secara haram.
3. Koordinasi antara kementerian
Penguatkuasaan yang bersepadu antara kementerian dapat membantu
mengurangkan aktiviti ini. Contohnya koordinasi antara Kementerian Pelancongan dan
Kementerian Dalam Negeri bagi membersihkan imej Negara.
Aktiviti ini perlu dibanteras untuk memelihara ketenteraman dan keselamatan negara.
PULAU PINANG
1. Setiap murid perlu menghormati dan menghargai jasa guru di sekolah.
Huraikan pendapat anda dalam usaha menghargai jasa guru di sekolah.
A. 1. Menjaga tutur kata dan adab ketika berhadapan dengan guru
- guru merupakan lubuk akal lautan ilmu
- budi bahasa amalan terpuji
- perlulah sentiasa bermuka manis sambil mengucapkan selamat sejahtera atau
memberi salam ketika berhadapan atau berselisih dengan guru tanpa mengira
keadaan
- tidak membuat bising sehingga mengganggu guru menjalankan tugasnya di dalam
kelas
- memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya semasa pengajaran guru dan sentiasa
mengambil peluang bertanya dan berbincang tentang pelajaran
- perlu menjaga tatasusila, tidak meninggikan suara dan memandang guru serta rakan
dengan mesra
2. Berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah
- sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam
gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah
- berpakaian seragam dengan kemas dengan rambut bersisir rapi

- memudahkan tugas guru untuk mengajar seterusnya mendidik pelajar agar berjaya
dengan cemerlang
- kerjasama erat antara guru dengan pelajar dalam mematuhi peraturan yang
ditetapkan pasti menjadi pemangkin kecemerlangan akademik serta sahsiah pelajar
(bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat)
- mematuhi disiplin mencerminkan penghormatan pelajar kepada guru
3. Prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru
- mengingati dan menghargai jasa guru walaupun mereka tidak berkhidmat sebagai
seorang tenaga pengajar
- meraikan sambutan Hari Guru pada setiap tanggal 16 Mei
- memberikan hadiah kepada guru yang mengajar kita sebagai tanda penghargaan
atas segala usaha dan titik peluh yang dicurahkan
- hadiah yang diberikan tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata
tetapi mestilah disertakan dengan hati yang tulus lagi ikhlas
- jika tidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna
buat para guru.
4. Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit
- guru juga menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan seperti ditimpa
kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan sebagainya
- perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda
melahirkan rasa simpati ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya
- membawa buah tangan sebagai tanda kita bersimpati terhadap mereka
- mengutip derma bagi meringankan beban yang mereka tanggung
- frasa guru, jasamu dikenang, budimu disanjung bukanlah sekadar omongan kosong
kerana pengorbanan guru sentiasa dikenang oleh para pelajar.
5. Mendoakan kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik kita
- Mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka
kembali ke rahmatullah
- mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala
bahaya
- mereka akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dengan sempurna
jika mereka yang telah meninggal dunia, kita perlulah mendoakan agar dosadosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh
B. Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Demikianlah indahnya bait-bait puisi yang diungkapkan oleh Datuk Usman
Awang mantan Sasterawan Negara pada tahun 1979 yang bertajuk Guru Oh Guru.
Ternyata puisi tersebut mengiktiraf insan mulia bergelar guru sebagai insan yang
bertungkus-lumus mencurahkan bakti demi mendidik anak bangsa agar menjadi
generasi yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelektual dan sosial
seterusnya menjadi insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Malah, kejayaan
yang dikecapi oleh pelbagai golongan pada masa kini bermula daripada pengorbanan
seorang guru yang dengan lembut dan sabarnya mendidik dan mencurahkan ilmu
kepada anak-anak didiknya. Justeru, memang tidak dapat disangkal lagi golongan
guru merupakan barisan hadapan yang sangat penting dalam usaha menyediakan
rakyat yang berpendidikan dan berakhlak mulia yang mampu menerajui tampuk
kepimpinan negara ke arah kemajuan. Seterusnya generasi inilah yang bakal memacu

pembangunan negara agar negara berada pada landasan yang tepat dan dapat duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain yang maju. Begitulah
besarnya peranan, jasa dan pengorbanan seorang insan bergelar guru. Oleh itu,
apakah cara dan wadah yang paling bermakna dapat dilakukan oleh seseorang pelajar
untuk menghargai jasa dan pengorbanan gurunya?
Memang tidak dapat dinafikan, golongan pelajar merupakan individu yang paling
hampir dan amat mendambakan ilmu daripada guru untuk bekalan menempuhi
pelbagai ranjau dan liku kehidupan. Bermula di peringkat tadika sehinggalah ke
menara gading, ilmu pengetahuan ditimba tidak putus-putus bagai air sungai yang
mengalir. Bahkan ketika di sekolah, seorang guru umpama ibu dan ayah kepada
pelajar yang mendidik dan mengawasi pelajar sejurus selepas sesi persekolahan
bermula sehinggalah usai sesi persekolahan. Juseru pelajar mesti bergaul dengan
guru persis seperti mereka bergaul dengan ibu bapa di rumah. Sebagai pelajar,
mereka perlu berkelakuan baik terhadap guru walaupun di mana-mana mereka
berada. Pelajar harus senantiasa menghormati guru, bersopan-santun dan berbudi
pekerti mulia apabila berhadapan dengan guru mereka. Sebagai contoh, perbuatan
memberi salam, mengucapkan salam sejahtera, serta ucapan terima kasih perlulah
sentiasa bermain di bibir seorang pelajar. Bahasa yang sopan dengan nada suara
yang lemah lembut semasa berkomunikasi adalah amat dituntut daripada pelajar
kerana adalah tidak wajar seseorang pelajar meninggikan suara di hadapan gurunya.
Hormatilah guru sebagaimana kita menghormati ibu bapa. Semasa di dalam kelas,
pelajar yang menghormati guru tidak sesekali membuat bising sehingga mengganggu
guru yang menjalankan tugasnya. Segala arahan dan suruhan guru dipatuhi.
Tegasnya, berbudi bahasa serta beradab sopan merupakan amalan terpuji bagi
menghargai guru yang mengajar serta mendidik kita.
Selain itu, kejayaan yang cemerlang seseorang pelajar dalam pelbagai bidang
sama ada kurikulum mahupun kokurikulum juga satu cara menghargai jasa seorang
guru. Guru mana yang tidak gembira apabila anak didiknya mengukir kejayaan dalam
peperiksaan. Hati guru yang mana yang tidak berbunga bangga apabila anak
didiknya cemerlang dalam peperiksaan. Justeru, Belajar bersungguh-sungguh bukan
sahaja penting untuk kecemerlangan diri tetapi dalam masa yang sama mampu
menggembirakan hati seorang guru serta turut dapat mengharumkan nama sekolah.
Kecemerlangan yang diperoleh secara langsung dapat menyejukkan hati guru yang
mengajar para pelajarnya. Sebagai contoh, pelajar perlu bertungkus-lumus dan berhati
waja untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam semua peperiksaan yang
diduduki seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah
(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia(STPM).
Kejayaan yang tercipta diumpamakan sebagai hadiah berharga serta memastikan
jerih payah guru tidak sia-sia dan berlalu begitu sahaja ibarat mencurahkan air ke
daun keladi ataupun mencurahkan garam ke laut. Dalam hal ini, pelajar seharusnya
sedar bahawa guru tidak pernah meminta apa-apa balasan daripada kejayaan yang
tercipta tetapi cukup sekadar ucapan terima kasih.

Di samping mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik, para pelajar


seharusnya tidak melanggar disiplin serta melibatkan diri dengan kegiatan negatif
yang boleh merosakkan nama baik guru dan sekolah. Fenomena ini perlulah diberikan
perhatian oleh para pelajar kerana pelbagai perkara negatif yang dilakukan oleh
pelajar sama ada di sekolah atau di luar kawasan sekolah seolah-olah
menggambarkan kegagalan guru mendidik para pelajarnya. Antara ciri pelajar
berdisiplin ialah mereka sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa,
tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah. Walaupun

sesetengah kes dianggap terpencil, tetapi tetap digunakan utnuk menghukum semua
guru di seluruh negara seperti kata peribahasa kerana nila setitik, rosak susu
sebelanga. Oleh itu, untuk mengelakkan pandangan sinis masyarakat terhadap tugas
dan peranan yang dimainkan guru, para pelajar perlulah sentiasa mengamalkan
perbuatan yang positif serta menjauhkan diri daripad terlibat dengan gejala negatif
selepas tamat masa persekolahan. jelaslah, pelajar yang mematuhi disiplin umpama
memberikan penghormatan kepada guru yang telah banyak berjasa.
Seterusnya, pelajar perlu prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru.
Amalan mengingati dan menghargai jasa guru adalah amalan mulia. para guru akan
merasakan bahawa jasa mereka dihargai walaupun mereka tidak lagi berkhidmat
sebagai pendidik. Kita boleh menghargai jasa guru dengan meraikan sambutan Hari
Guru pada tanggal 16 Mei setiap tahun. Dalam hal ini sambutan Hari Guru perlulah
diraikan sebaik mungkin dan tidak sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.
Semasa sambutan Hari Guru, para pelajar boleh mengambil kesempatan untuk
memberikan sedikit hadiah atau cenderamata kepada guru-guru yang mengajar
mereka sebagai menyatakan terima kasih kepada insan yang diibaratkan lebah yang
menghimpunkan madu kepada mereka. Hadiah yang diberikan tidak semestinya
berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertai dengan hati yang
tulus lagi ikhlas. Jika tidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru sudah
cukup bermakna buat para guru. Sesungguhnya guru tidak pernah menagih apa-apa
jua balasan daripada anak didiknya walaupun telah banyak ilmu dicurahkan kepada
bakal pemimpin negara pada masa depan ini.
Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan atau sakit juga cara kita
menghargai jasa dan pengorbanan para guru. Sebagai manusia tentunya para guru
menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Tamsilnya guru mungkin ditimpa
kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan sebagainya. Sebagai murid, kita
perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda
melahirkan perasaan simpati ibarat cubit peha kanan peha kira terasa sakitnya. Ketika
menziarahi mereka sakit, kita perlulah membawa buah tangan sebagai tanda kita
bersimpati terhadap mereka. Jika mereka mengalami kemalangan atau bencana alam,
kita perlu mengutip derma bagi meringankan beban yang mereka tanggung. Jelaslah
bahawa frasa 'guru, jasamu dikenang, budimu disanjung' bukanlah sekadar omongan
kosong kerana pengorbanan guru sentiasa dikenang oleh para pelajar. Dengan
berbuat demikian kita dapat mengurangkan beban dan masalah yang dihadapi guru.
Mudah-mudahan Tuhan akan memberikan ganjaran atas kebaikan yang kita berikan.
Selain itu, kita juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan
kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik kita. Mendoakan kesejahteraan
guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah
membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka. Kita perlulah mendoakan mereka
agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya. Hal ini kerana
jika guru sihat sudah tentu mereka akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dan
generasi seterusnya dengan sempurna. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, kita
perlulah mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera di
alam barzakh. Sesungguhnya harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama dan sudah tentu jasa serta pengorbanan guru akan terus
dikenang sepanjang masa. Dalam hal ini, tidak rugi sekiranya kita berdoa untuk
kebahagiaan dan kesejahteraan orang lain apatah lagi guru yang telah banyak berjasa
kepada kita. Sesungguhnya guru, 'jasamu seharum limau kasturi yang terus mewangi
mengiringi kejayaan seseorang anak didikmu'.
Konklusinya, guru merupakan insan mulia yang sepatutnya dihargai oleh
setiap insan. Sudah terang lagi bersuluh, jasa dan pengorbanan seseorang guru sukar

untuk dibalas walau dengan menghadiahkan mereka segunung intan. Tanpa guru
siapalah kita kerana gurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan. Tanpa jasa
dan pengorbanan guru yang berkaliber dan tidak pernah mengaku kalah dalam
perjuangan mereka, nescaya sukar untuk pemimpin atasan melaksanakan visi dan
misinya bagi mencapai wawasan negara maju pada tahun 2020. Justeru, marilah kita
bersama-sama menghargai jasa guru agar ilmu yang kita peroleh daripadanya
mendapat keberkatan daripada Tuhan. Untuk itu marilah kita renung bait-bait puisi di
bawah.
Guru,
kau ibarat dian yang membakar diri
melahirkan insan yang lestari
tanpa mengira waktu dan hari
segala ilmu dicurah dan diberi
kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi
tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.
SPM JULAI 2015
1. Kelebihan menguasai lebih dari satu bahasa.
Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung sejak
zaman dahulu lagi. Dalam mendepani era globalisasi ini,kemampuan menguasai dan
berkomunikasi dalam pelbagai bahasa merupakan suatu kelebihan kepada seseorang.
Lantaran itu, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) misalnya, memberikan peluang kepada
para pelajar untuk mempelajari lima bahasa antarabangsa iaitu, bahasa Peranchis,
Jerman, Jepun, Cina dan Arab melalui pembelajaran bahasa antarabangsa. Tanpa
kemampuan dan kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa, agak sukar seseorang
untuk berkomunikasi khususnya dengan individu yang berlainan bangsa. Oleh itu,
banyak kepentingan akan diperoleh oleh seseorang dengan menguasai pelbagai
bahasa lain selain bahasa ibunda.
Kebaikan pertama menguasai pelbagai bahasa ialah seseorang lebih mudah untuk
berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini demikian kerana seseorang
akan lebih berkeyakinan untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja. Sebagai contoh,
dengan menguasai bahasa Inggeris, seseorang boleh memberitahu tempat-tempat
menarik serta keistimewaan yang terdapat di negara kita kepada pelancong yang
datang ke negara kita. Faedah daripada itu, para pelancong berasa lebih dihargai
malah akan lebih tertarik untuk berkunjung ke negara kita. Seseorang juga akan lebih
memahami psikologi serta penutur jati individu tertentu. Sebaliknya, tanpa menguasai
pelbagai bahasa seseorang sukar untuk menolong walaupun masih mempunyai niat
untuk membantu. Impak daripada itu, para pelancong akan berfikiran negatif dan
berkemungkinan menganggap kita tidak peramah dan bersikap sombong. Jelas
bahawa, dengan menguasai pelbagai kita mudah berkomunikasi dengan lebih
berkesan untuk bertukar fikiran serta maklumat antara satu sama lain.
Selain itu, dengan menguasai pelbagai bahasa seseorang lebih mudah untuk
memperoleh ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana pelbagai ilmu pengetahuan
yang terdapat di dunia ini ditulis dalam pelbagai bahasa, khususnya bahasa Inggeris
yang menjadi bahasa utama dunia. Dengan memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan
seseorang akan lebih dihormati, dipandang tinggi serta tidak dianggap bagai katak di
bawah tempurung. Sebagai contoh, untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang
agama Islam seseorang wajib menguasai bahasa Arab yang merupakan bahasa kitab
suci Al-Quran. Sementara itu, bagi golongan pelajar mereka lebih mudah untuk
membuat rujukan sama ada melalui buku-buku atau Internet. Kemahiran menguasai
bahasa Inggeris misalnya, sering kali menjadi halangan kepada pelajar Bumiputera di

pusat pengajian tinggi untuk menghasilkan kajian serta bahan ilmiah yang berkualiti.
Tegasnya, memiliki kemahiran bahasa Inggeris yang baik sama ada mendengar,
bercakap, membaca atau menulis adalah amat perlu sejajar dengan usaha kerajaan
Malaysia membangunkan modal insan di negara ini.
Seterusnya, seseorang lebih mudah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi, baik di pusat pengajian tinggi awam atau swasta. Tambahan lagi
kemampuan menguasai dan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa menjadi semakin
penting sekiranya seseorang hendak melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hal ini
demikian kerana hampir semua pusat pengajian tinggi menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kekuatannya
sebagai bahasa komunikasi masyarakat dunia. Hal ini dikukuhkan lagi apabila
seseorang ingin melanjutkan pelajaran di negara-negara maju seperti Jepun dan
Peranchis yang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri sebagai bahasa
pengantar utama. Tamsilnya, untuk melanjutkan pelajaran di negeri matahari terbit,
Jepun pelajar perlulah mengikuti kurusus untuk menguasai bahasa Jepun terlebih
dahulu sebagai pakej untuk terpilih untuk mengikuti pengajian di sana. Jelas terbukti
bahawa penguasaan pelbagai bahasa memberikan kemudahan kepada setiap orang
untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di samping mudah untuk
memahami budaya dan gaya hidup sesuatu masyarakat yang ditemui.
Akhir sekali, tidak dapat dinafikan bahawa dengan menguasai pelbagai bahasa
seseorang lebih mudah untuk memperoleh peluang pekerjaan. Hal ini disebabkan
seseorang pekerja yang berkemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa dianggap
mempunyai banyak kelebihan serta keistimewaan kerana mampu bertutur dengan
pelbagai pihak. Sebagai contoh, di Malaysia seseorang yang boleh bertutur dalam
bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Mandarin memiliki ciri-ciri pekerja yang digemari
dan disukai majikan kerana masyarakat majmuk yang terdapat di negara kita. Di
samping itu, dengan menguasai pelbagai bahasa membolehkan seseorang itu,
menceburkan diri dalam bidang penterjemahan atau jurubahasa dalam bidang
kehakiman dan juga sektor pelancongan. Bidang terjemahan dikatakan mempunyai
masa depan yang cerah kerana mempunyai permintaan yang tinggi. Begitu juga
dalam bidang pelancongan yang amat memerlukan khidmat pemandu pelancong
asing yang boleh menguasai bahasa asing. Sesungguhnya, penguasaan pelbagai
bahasa dan kemahiran berkomunikasi menjadi suatu kriteria dan pertimbangan utama
majikan dalam memilih ciri pekerja yang berkualiti.
Intihanya, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan subjek bahasa
tambahan di peringkat sekolah perlulah dipuji bagi memperkasakan lagi modal insan
yang bakal dilahirkan. Oleh itu, semua pihak khususnya ibu bapa bukan sahaja perlu
menerimanya secara positif malahan memberikan sokongan tanpa wujud perasaan
berbelah bahagi. Semua individu khususnya golongan pelajar perlulah merebut
peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan kerana kemahiran bertutur dalam
pelbagai bahasa akan memberikan nilai tambah sekali gus menyediakan masyarakat
yang mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi untuk bersaing di peringkat
global. Justeru, tepuk dada tanya selera, adakah kita ingin menjadi individu yang
hanya memahami bahasa ibunda atau mampu menguasai pelbagai bahasa yang
pastinya memberikan kelebihan kepada kita kelak.
2. Yang tua dihormati, Yang muda disayangi.
Keluarga bahagia adalah menjadi impian semua orang. Matlamat Rumahku Syurgaku
menjadi hasrat semua keluarga. Keluarga bahagia menjadi terminal untuk
membangunkan sebuah masyarakat yang sihat sama ada dalam aspek mental, fizikal,
emosi mahupun sahsiah. Namun demikian, bukan semua impian untuk melahirkan
sebuah keluarga yang harmoni boleh mencapai matlamat. Sekiranya semua impian

boleh dicapai dengan begitu mudah, nescaya tiadalah keluarga yang pincang dan
terbentur kecundang ditelan gelombang. Walaupun, tanggungjawab membangunkan
keluarga yang harmoni terletak atas kebijaksanaan ibu bapa, namun anak-anak turut
tidak terkecuali. Oleh yang demikian, bagi merealisasikan matlamat keluarga yang
harmoni, anak-anak haruslah bersikap positif dan turut memainkan peranan agar
keluarga yang dibina menjadi keluarga progresif, harmoni, dan sejahtera.
Strategi penting untuk menjayakan matlamat di atas, anak-anak hendaklah menjadi
seorang insan yang patuh kepada agama dan taat kepada ibu bapa. Hal ini demikian
kerana sikap tersebut amat dituntut sama ada di sisi agama mahu pun budaya. Oleh
itu, jadilah anak-anak penawar hati dan pelunak perasaan kepada ibu dan ayah.
Hormati dan taatilah ibu bapa kerana kesejahteraan dunia dan akhirat adalah dengan
redha ibu bapa. Apabila ibu bapa dipatuhi manakala perintah Tuhan ditaati nescaya
lahirlah insan sempurna sama ada peribadi mahupun nurani . Sesungguhnya, inilah
watak yang menjadi resepi lengkap untuk mewujudkan keharmonian dalam harapan
menjadikan Rumahku Syurgaku.
Selain itu, anak-anak yang baik adalah yang mulia budi perkerti dan bermoral tinggi.
Budi pekerti dan moral sentiasa menjadi pakaian peribadi. Apabila elok pekerti
nescaya terserlahlah nilai-nilai insani. Sudah sewajarnya, anak-anak mencerminkan
diri dengan akhlak dan sopan santun, bak kata Imam al Ghazali, Hendak mengenal
diri lihatlah pada cermin, hendak mengenal peribadi bercerminlah pada wajah. Oleh
itu, hiasilah diri dengan kelembutan hati dan kesederhanaan sikap sebagai penyuluh
pekerti kita. Hormatilah setiap ahli keluarga dengan yang tua dihormati, manakala
yang muda disayangi. Seandainya, karekter seperti ini kekal diperkasakan, insya-Allah
lahirlah sebuah keluarga yang harmoni, ibarat di air yang bening terpancar bayang
yang jernih.
Sikap ringan tulang dan keletah yang ada pada sesetengah anak merupakan kriteria
yang amat baik untuk membentuk keluarga yang harmoni. Anak-anak seperti ini tidak
pernah berkira sama ada tenaga mahupun penat lelah dalam memberi khidmat
kepada keluarga. Mereka mudah mesra dan cepat peka terhadap segala kerenah
dalam keluarga. Ketiadaan mereka di rumah amat dirasa oleh semua ahli keluarga.
Malahan ada ketika wujud salah faham apabila anak-anak seperti ini dianggap anak
emas pula. Sepatutnya inilah sikap yang wajar ditunjukkan oleh anak-anak sebagai
tanda membalas budi ibu bapa di samping mengikat hubungan mawaddah dengan
ahli keluarga yang lain. Sebagai anak, ingatlah akan kelahiran kita ke dunia adalah
atas limpahan darah, peluh dan air mata seorang ibu. Dengan hal yang demikian,
balasi ibu bapa dengan sikap ringan tulang demi sebuah keluarga yang harmoni dan
prihatin.
Resam hidup, patah tumbuh hilang berganti. Sampai waktu ibu bapa akan berlalu
pergi, justeru anak-anak pula yang mengambil giliran. Memahami situasi hukum alam
itu, anak-anak wajar bersedia untuk mengambil tanggungjawab. Tanggungjawab
seperti menjaga rumah tangga, menghubungkan silaturahim dengan adik beradik dan
menjaga maruah serta nama keluarga amatlah dituntut oleh mana-mana masyarakat
pun. Seandainya, nilai-nilai murni ini boleh diperkasakan sudah pasti keharmonian
dalam rumah tangga akan terbentuk. Anak-anak seyogia perlu berpandangan jauh
kerana segala sikap mereka menjadi cermin kepada ibu bapa kerana mengenal batang
(perdu) lihatlah pada daunnya. Janganlah terjadi seperti segelintir anak-anak yang
lupa diri ibarat buah melayang jauh, tampuk dilupakan. Oleh itu, sebagai anak yang
baik bersedialah untuk mengambil tanggungjawab untuk mengharmonikan keluarga.
Bertolak ansur dan saling memahami menjadi sebahagian resepi untuk melahirkan
sebuah keluarga yang harmoni. Oleh hal yang demikian, dalam kalangan anak-anak
wujudkan sikap saling bertoleransi supaya keluarga beroleh aman dan tenteram.

Daripada sikap bertoleransi akan lahirlah perasaan saling menyayangi dan saling
menghargai antara satu sama lain. Tiada masalah salah faham dan salah anggap
kononnya ada yang lebih istimewa dan ada pula yang terpinggir. Sesama adik-beradik
jalinan hormat dan kasih ibarat isi dengan kuku. Sebarang perbuatan yang boleh
menyakiti darah daging sendiri tidak lebih daripada cubit peha kiri peha kanan pun
sakit juga. Seandainya wujud salah faham pun, carilah jalan penyelesaian kerana
perselisihan dalam kalangan adik-beradik ibarat air dicencang tidak akan putus. Oleh
itu, setiap ahli keluarga bertanggungjawab untuk menjaga dan memupuk institusi
yang tertua dalam sejarah manusia ini agar terus subur dengan sifat kasih sayang,
harmoni dan penuh mawaddah.
Sesungguhnya, keluarga yang harmoni menjadi teras kepada masyarakat yang
dinamik. Sikap penyayang ibu bapa dan tingkah laku yang positif dalam kalangan
anak-anak menjadi wadah utama untuk membina keluarga yang harmoni. Oleh itu,
sebagai anak, berilah sumbangan yang terbaik agar keluarga memperoleh
kebahagiaan. Ingatlah pada pesanan, Keluarga bahagia penjana kecemerlangan
ummah.
SOALAN ULANGKAJI AFTERSCHOOL 2015
1. Ciri-ciri Pelajar Bestari/Bijak/cemerlang
Berderap seiring berjalan pulang,
Mawar disisip hiasan si dara,
Remaja kini berperibadi cemerlang,
Menjadi tunjang aspirasi negara.
Pantun di atas menerangkan bagaimana seorang pelajar yang cemerlang dapat
memberikan kebaikan kepada negara. Hal ini demikian kerana pelajar cemerlang
mampu merealisasikan aspirasi negara dan seterusnya bakal menerajui tampuk
pemerintahan negara. Sehubungan dengan itu, setiap pelajar perlu mengambil inisiatif
untuk menjadi pelajar yang cemerlang, bak kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya. Bagi menjadi pelajar yang cemerlang, pelbagai
kriteria yang positif perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.
Ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah mempunyai
sahsiah dan peribadi yang unggul. Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang
unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika
bersama keluarga, guru mahupun rakan-rakan.Sebagai contoh, pelajar yang
cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka juga sentiasa
berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sifat sombong dan
angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang cemerlang.
Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih dalam
pergaulan dengan membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi akademik kerana
menyedari bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Allah. Sahsiah dan peribadi
pelajar yang cemerlang yang unggul disenangi oleh orang di sekelilingnya kerana
mereka tetap bergaul mesra kerana tidak bersikap seperti kera sumbang. Oleh itu,
jelaslah bahawa pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul.
Seterusnya, pelajar yang cemerlang sentiasa mengikut ajaran agama. Setiap agama di
dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam,
Kristian, Hindu mahupun Buddha. Pelajar yang cemerlang sentiasa menjadikan agama
sebagai panduan hidup. Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam
membentuk diri pelajar yang cemerlang seperti kata seorang cendekiawan, permulaan
hidup seseorang manusia adalah mengenal Tuhan dan agamanya. Pelajar yang
cemerlang akan sentiasa mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang
dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar Islam yang cemerlang

sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah iaitu dengan menunaikan


solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, jelaslah bahawa
agama menjadi pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong
daripada matlamat sebenar hidup di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Selain itu, pelajar yang cemerlang sentiasa menyedari hakikat bahawa masa itu emas
dan tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya. Mereka sentiasa mengisi masa
terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku,
mengulang kaji pelajaran, dan beriadah. Mereka juga menyediakan jadual aktiviti
harian yang fleksibel agar aktiviti yang mereka lakukan seimbang daripada aspek
jasmani dan rohani. Penyediaan jadual aktiviti harian amat penting bagi memastikan
pelajar tidak hanya menghabiskan masa selama 24 jam di meja belajar sahaja. Pelajar
yang cemerlang juga sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka dengan
membaca buku sekiranya mempunyai masa yang terluang. Hal ini demikian kerana,
mereka menyedari melalui pembacaan, mereka akan dapat meluaskan horizon
pemikiran mereka dan seterusnya menjadikan diri mereka seorang pelajar yang
cemerlang. Mereka juga sentiasa menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak
menangguhkannya. Mereka juga tidak mengamalkan sikap seperti pahat dengan
penukul dalam proses menuntut ilmu. Oleh hal yang demikian, jelaslah kepada kita
semua bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa bijak dalam mengisi setiap saat dan
minit dalam kehidupan mereka agar tidak berakhir dengan penyesalan.
Di samping itu, ciri pelajar yang cemerlang termasuklah sentiasa memberikan
tumpuan ketika guru sedang mengajar. Hal ini demikian kerana, perhatian dan
tumpuan yang diberikan menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang
cemerlang di samping meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang dipelajari.
Sebagai contoh, seseorang pelajar haruslah memberi sepenuh perhatian dan fokus
ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Mereka harus
menghargai setiap detik waktu dalam proses tersebut kerana masa itu ibarat pedang,
jika kita tidak memotongnya,maka ia akan memotong kita. Tumpuan dan perhatian
pelajar di dalam kelas sahaja menjadi salah satu ciri pelajar cemerlang malahan dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari.
Tambahan lagi, sekiranya mereka menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka,
mereka akan disenangi oleh para guru. Para guru akan berasa senang hati ketika
mengajar seterusnya memberi keberkatan kepada pelajar tersebut untuk memperoleh
kejayaan dalam pelajaran, peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa
akan datang. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang cemerlang
sentiasa memberikan tumpuan semasa guru sedang megajar di dalam kelas.
Bukan itu sahaja, pelajar yang cemerlang juga mempunyai wawasan hidup. Hal ini
demikian kerana wawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa dapat mencapai
segala cita-cita dalam hidup mereka. Sebagai contoh, mereka yang cemerlang
sentiasa mempunyai sasaran dalam peperiksaan dan berusaha bersungguh-sungguh
untuk mencapainya. Selain itu, wawasan hidup mampu mengajar mereka erti
berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup berikutan mereka akan lebih teliti dan
kreatif dalam menyusun masa belajar dan melakukan aktiviti seharian. Wawasan
hidup merupakan ciri dominan pada diri pelajar cemerlang kerana apabila mereka
berwawasan, mereka sentiasa berusaha gigih kerana yang bulat tidak datang
bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Pelajar yang mempunyai wawasan juga
lebih mengetahui hala tuju kehidupan serta tidak mudah berputus asa dalam
kehidupan mereka. Walaupun mereka mungkin menemui kegagalan dalam sesuatu
perkara, mereka tidak akan mudah bersedih malahan menjadikan kegagalan tersebut
sebagai batu loncatan untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan.
Wawasan hidup juga mampu menjauhkan diri daripada sifat menangguhkan kerja
dalam kalangan pelajar cemerlang. Setiap pekerjaan haruslah dilakukan hingga

selesai, bak kata peribahasa, alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal
lengan. Sifat negatif tersebut tidak akan lagi menjadi penghalang kepada diri mereka
dalam menempa kejayaan hidup. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar
yang berwawasan merupakan pelajar yang cemerlang.
Sementara itu, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, setiap pelajar
hendaklah sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini demikian
kerana, melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan para pelajar akan
terserlah dan dapat terus digilap untuk mencapai kejayaan. Tamsilannya, para pelajar
akan sentiasa melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang diadakan oleh unit
beruniform, serta kelab dan persatuan seperti berkawad dan berkhemah. Dalam
konteks ini, para pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan mereka malah
turut dapat mencerdaskan otak mereka kerana otak yang cerdas lahir daripada badan
yang cergas. Para pelajar juga haruslah menyertai sebarang pertandingan bagi
mengenal pasti potensi diri sama ada melalui unit beruniform mahupun akademik.
Contohnya, pelajar yang cemerlang akan menyertai pertandingan yang dapat menguji
minda serta pemikiran mereka seperti pertandingan perbahasan, forum dan catur.
Oleh hal yang demikian, setiap pelajar perlu bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum
untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan seimbang.
Intihanya, kriteria-kriteria yang positif perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi
melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua skop kehidupan. Pelajar yang
cemerlang mampu berfikir luar daripada kotak pemikiran dan seterusnya mampu
merealisasikan aspirasi negara. Hal ini demikan kerana, pelajar yang cemerlang
merupakan pemacu jentera negara dan akan menerajui tampuk pemerintahan negara
pada masa hadapan. Oleh itu, generasi pelajar yang cemerlang perlu dipupuk sejak
kecil lagi bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
2. Pencemaran alam
A. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Menjelang abad ke-21, apabila masyarakat kita semakin maju, kita dapati bahawa
tapak bumi ini telah menjadi mangsa dalam arus permodenan ini. Sering meniti dari
bibir ke bibir masyarakat mengenai isu pencemaran alam sekitar iaitu pencemaran air,
udara dan darat. Antaranya, isu jerebu yang mengancam negara kita sejak beberapa
tahun kebelakangan telah menjadi topik hangat yang dibincang dari kedai kopi hingga
ke parlimen. Kalau tidak kerana angin, masakan pokok bergoyang. Sikap manusia
zaman moden yang asyik mengejar fata morgana sehingga mengabaikan isu
pencemaran alam sekitar, merupakan faktor yang menyebabkan keadaan ini semakin
merosot. Sekiranya keadaan ini dibiarkan, manusialah yang akan menerima padahnya
pada suatu hari nanti. Memandangkan keadaan ini, maka pelbagai langkah drastik
perlulah diambil sebelum nasi menjadi bubur. Persoalannya, apakah langkah yang
boleh diambil untuk mengatasi pencemaran alam sekitar? Jawapannya terletak pada
kita semua. Tidak kira siapa, yang pastinya semua pihak mempunyai tanggungjawab
untuk mengatasi masalah ini.
Pepatah Melayu ada mengatakan tiada penyakit yang tiada penawarnya. Usaha
untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ini sepatutnya dimulakan daripada institusi
keluarga. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting. Mereka
sebagai orang terdekat kepada anak-anak sepatutnya mendidik mereka untuk
menghargai dan mencintai alam sekitar sejak dari kecil lagi. Hal ini selaras dengan
peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa
haruslah sentiasa mendedahkan anak-anak tentang isu-isu pencemaran alam sekitar
yang terkini untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Mendidik sahaja tidak cukup, ibu bapa juga harus menjadi teladan kepada anak-anak

mereka. Contohnya, mereka tidak sepatutnya membuang sampah di merata-rata


tempat dan melakukan pembakaran terbuka yang boleh mencemarkan udara. Dalam
hal ini, sikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul tidak harus diamalkan
oleh ibu bapa, iaitu mengajar anak menjaga kebersihan alam sedangkan mereka
sendiri tidak berbuat demikian. Sebaliknya, jika ibu bapa sendiri menjadi teladan,
maka anak-anak juga akan terpengaruh dan terikut-ikut sikap ibu bapa. Dengan ini,
nescaya pencemaran alam sekitar akan dapat diatasi.
Sekolah dapat diibaratkan sebagai rumah kedua kepada para pelajar. Oleh itu, pihak
sekolah juga berperanan besar dalam usaha mengatasi pencemaran alam sekitar.
Antara langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah termasuklah mengadakan
kem kesedaran untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan
para pelajar. Melalui mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
dan Pendidikan Moral, pendidikan alam sekitar secara langsung dapat diberi kepada
para pelajar. Contohnya, guru-guru boleh memberi tugas tertentu kepada pelajar
seperti meminta mereka mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan isu
pencemaran alam sekitar dan menyuruh mereka membaca artikel tersebut di dalam
kelas. Secara tidak langsung, mereka dapat disedarkan tentang kesan buruk yang
dibawa oleh pencemaran alam sekitar. Dengan wujudnya kesedaran ini, barulah
mereka akan mencurahkan usaha untuk menjaga alam sekitar ini. Semasa di sekolah,
usaha ini juga boleh dilakukan melalui penubuhan Kelab Alam Sekitar. Tamsilnya,
Kelab Alam Sekitar boleh mengadakan pelbagai program seperti ceramah dan gotongroyong membersihkan kawasan sekolah dengan tujuan mendedahkan pelajar dengan
aktiviti alam sekitar secara intensif. Lantaran itu, tidaklah keterlaluan jika dikatakan
bahawa usaha pihak sekolah juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran
alam sekitar.
Perancangan dan pengurusan sisa yang sistematik juga merupakan salah satu langkah
yang dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dengan efektif. Masyarakat
perlulah mempraktikkan program 3R dalam kehidupan seharian iaitu program yang
dikenali sebagai Reduce, Reuse, Recycle. Reduce ialah usaha mengurangkan
penggunaan bahan sumber yang terhad. Dalam erti kata lain, masyarakat haruslah
berjimat cermat dalam menggunakan bahan sumber yang saban hari kian
berkurangan seperti petroleum dan arang batu. Reuse pula ialah usaha
menggunakan semula bahan-bahan buangan secara terus atau mengubah fungsi
bahan tersebut dengan mereka cipta barangan baru. Hal ini dilakukan untuk
menjimatkan bahan sumber sekali gus mengurangkan sampah sarap yang boleh
menyebabkan pencemaran alam sekitar. Dalam pada itu, masyarakat perlu
mempraktikkan amalan kitar semula iaitu mengguna semula bahan baru. Contohnya,
masyarakat boleh menjual surat khabar dan majalah lama untuk dikitar semula. Hal ini
bukan sahaja dapat mengurangkan sampah malah dapat menjimatkan kos untuk
pelupusan sampah. Bak kata pepatah, berjimat sebelum kena, ingat sebelum habis.
Oleh itu, masyarakat haruslah sentiasa peka terhadap isu-isu pencemaran alam
sekitar untuk mengelakkan pencemaran daripada menjadi semakin serius.
Dalam pada itu, statistik menunjukkan bahawa pencemaran alam sekitar
kebanyakannya berpunca daripada pengeluaran asap ke udara dan sisa-sisa toksik ke
dalam sungai. Menyedari kesan-kesan negatif yang dibawa oleh pencemaran alam ini,
pihak berkuasa telah menguatkuasakan undang-undang untuk menangani masalah
yang dibaratkan sebagai duri dalam daging negara yang sedang membangun. Dengan
ini, kabinet telah memutuskan bahawa hukuman mandatori lima tahun penjara
terhadap Ketua Pegawai Eksekutif dan presiden sesebuah syarikat yang melanggar
undang-undang alam sekitar. Mereka akan diberi amaran terlebih dahulu dan surat
yang berkaitan dengan larangan melepaskan asap hitam dan sisa toksik. Namun, jika
keadaan mencurahkan air ke daun keladi berlaku, tindakan yang tegas akan dikenakan
terhadap mereka seperti yang diputuskan oleh kabinet. Pengusaha-pengusaha kilang

haruslah menapis asap hitam dan menggunakan alternatif lain untuk menghapuskan
sisa-sisa toksik kilang. Mereka tidak harus mengorbankan alam sekitar demi
kesenangan diri. Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkuasa untuk mendakwa pihak yang
mencemarkan alam sekitar dan disyaki menjejaskan kualiti alam sekitar. Dengan itu,
diharapkan pencemaran alam sekitar dapat diatasi dengan penguatkuasaan akta dan
undang-undang alam sekitar.
Kesimpulannya, masalah pencemaran alam sekitar di negara kita haruslah ditangani
dengan segera dan usaha ini memerlukan kerjasama padu daripada semua pihak.
Alam sekitar telah dianugerahkan dan diamanahkan oleh Tuhan kepada manusia.
Manusia haruslah menjaganya dengan penuh tanggungjawab kerana alam sekitar
tidak sepatutnya dikorbankan dalam arus pemodenan dan pembangunan sesebuah
negara. Seandainya masalah ini dibiarkan, kesannya akan memudaratkan manusia itu
sendiri walaupun hidup dalam kemewahan. Adakah pemodenan negara lebih penting
daripada keindahan alam sekitar? Adakah kita menginginkan kemewahan hidup
semata-mata tanpa mengharapkan kesihatan? Tepuk dada tanyalah selera. Dengan
itu, penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada pencemaran memerlukan
kerjasama, kesedaran dan keprihatinan daripada setiap lapisan masyarakat. Mudahmudahan generasi akan datang dapat menikmati keindahan dan kelstarian alam
sekitar yang dianugerahkan kepada manusia.
MRSM
1. Jelaskan kesan-kesan tabiat mementingkan Jenam produk kepada remaja.
Pengaruh Jenama Terhadap Remaja
by Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Pengaruh jenama memainkan peranan yang amat penting dalam
mencorakkan perbelanjaan harian pengguna. Dalam hal ini, golongan
remaja dikatakan mudah terpengaruh dengan penggunaan sesuatu jenama.
Apabila sesuatu jenama terkenal berada di pasaran, para remaja akan
berusaha membelinya dan apabila ia menjadi ikutan ramai, maka
terbentuklah budaya mengagung-agungkan sesuatu jenama itu. Ramai
remaja ingin memiliki seluar jeans, kemeja, t-shirt, jam tangan dan kasut
berjenama. Antara jenama yang sering menjadi tumpuan remaja
termasuklah Calvin Klein, Donna Karan New York (DKNY), Giorgio Armani,
Guess dan sebagainya.
Remaja dikatakan sanggup membelanjakan wang untuk mendapatkan
sesuatu jenama yang mereka inginkan tanpa memikirkan kesannya.
Pemberian wang berlebihan kepada remaja secara tidak langsung mendidik
para remaja ke arah gejala perbelanjaan yang tidak sihat. Ini akan memberi
kesan yang buruk terhadap corak perbelanjaan remaja di mana mereka akan
mengamalkan sikap boros dan tidak berjimat cermat. Ibu bapa yang terlalu
memanjakan anak-anak dengan memberi kebebasan yang melampau
kepada anak-anak mereka juga mendorong remaja mengamalkan
perbelanjaan yang tidak sihat.
Soalnya ialah had kebebasan perbelanjaan di kalangan anak-anak perlu
diberi perhatian. Di sini, peranan ibu bapa adalah amat penting. Ibu bapa
harus sedar tentang setiap sen yang dibelanjakan dan diberikan kepada
anak-anak mereka perlu dibelanjakan dengan sebijaknya. Tegasnya,
pendidikan asas kepenggunaan harus dipraktikkan.
Dalam pada itu, aspek pengaruh rakan sebaya turut memainkan peranan

penting. Selain ibu bapa, orang yang paling dekat dengan remaja ialah
rakan sebaya mereka. Apa yang dilakukan oleh rakan remaja akan diikuti
oleh remaja yang lain. Memandangkan pengaruh rakan sebaya amat kuat
dalam mencorakkan perbelanjaan harian remaja berkenaan, ibu bapa
seharusnya membuat pengawasan terhadap anak-anak mereka dalam soal
perbelanjaan harian.
Dalam pada itu, gejala terlalu mementingkan sesuatu jenama dan corak
perbelanjaan yang tidak sihat di kalangan remaja juga mempunyai kaitan
rapat dengan sistem pendidikan di negara kita. Pada masa sekarang tidak
ada mata pelajaran khusus tentang kepenggunaan yang diajarkan di
sekolah-sekolah. Keahlian kelab-kelab pengguna sekolah juga bukanlah
sesuatu yang diwajibkan. Hanya para pelajar yang berminat sahaja yang
akan menyertainya. Oleh itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang
mendalami pengetahuan dalam bidang kepenggunaan ini.
Justeru itu, untuk memastikan aspek kepenggunaan dipupuk dari peringkat
awal umur seseorang, pendidikan kepenggunaan harus ditetapkan dalam
sistem pendidikan negara kita. Ini secara langsung akan melahirkan seorang
pengguna yang berwibawa dan pintar dalam mencorak perbelanjaannya.
Iklan juga memainkan peranan dalam mempengaruhi remaja supaya
membeli jenama-jenama terkenal dan mahal. Iklan-iklan berjenama ini
biasanya menampilkan gaya hidup yang menarik. Iklan sebegini sebenarnya
amat berjaya menarik minat remaja membeli barangan berjenama
berkenaan. Disebabkan iklan mempunyai daya penarik, golongan remaja
mudah terpengaruh untuk membeli barangan yang berjenama mahal
walaupun barangan itu bukan merupakan suatu keperluan.
Oleh itu untuk membendung gejala ini, iklan-iklan juga seharusnya dapat
mendidik pengguna dan bukan hanya memikirkan untuk mengaut
keuntungan berlebihan semata-mata.
Secara keseluruhannya, aspek pengaruh jenama di kalangan pengguna
remaja harus diberi perhatian dari peringkat awal perkembangan anak-anak.
Kita tidak ingin melahirkan pengguna yang sangat mementingkan jenama
semata-mata sedangkan barangan yang tidak berjenama mahal juga
mempunyai kualiti dan mutu yang sama. Pengguna harus dididik untuk bijak
memilih agar tidak mudah terpengaruh dengan jenama sahaja. Barangan
berjenama terkenal biasanya dikaitkan dengan barangan yang menawarkan
harga yang mahal, bermutu tinggi dan tahan lama. Bagaimanapun, perlu
diingatkan bahawa barangan yang tidak berjenama terkenal tidak
semestinya mempunyai kualiti dan mutu yang rendah. Apa yang penting
ialah pengguna harus bijak memilih dan dapat membelanjakan wang
mereka dengan bijak.
Dalam hal ini, ibu bapa harus memainkan peranan yang sewajarnya untuk
mendidik anak-anak remaja mereka aspek kepenggunaan yang baik dan
rasional. Walau bagaimanapun untuk mencapai hasrat melahirkan pengguna
yang bijak ini, semua pihak perlu berganding bahu merealisasikannya.
Perlu ditekankan di sini bahawa kebebasan, keunggulan, gaya dan mutu
hanyalah kualiti atau sifat barang-barang berkenaan dan bukannya sifat
pemakainya. Janganlah terkeliru dengan iklan dan jenama sahaja

CERAMAH: PUNCA DAN LANGKAH MENGATASI PENYAKIT DEMAM DENGGI


.....Selamat sejahtera saya ucapkan buat Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Keamanan Kampung (JKKK) Kampung

Selayang Pandang, Encik Hamid bin Jalil, seterusnya penduduk kampung sekalian.
Hadirin yang dihormati,
.....Saya berasa cukup bertuah kerana dapat bertemu dengan penduduk kampung
yang sudi meluangkan masa untuk mendengar ceramah saya yang bertajuk Punca
dan Langkah Mengatasi Penyakit Demam Denggi. Saya cukup yakin, penduduk
kampung ini cukup arif dengan perkataan demam denggi dan nyamuk aedes. Spesis
nyamuk aedes cukup mudah untuk dikenali, iaitu mempunyai kaki dan badan yang
berjalur hitam putih selain aktif pada waktu pagi dan petang. Nyamuk ini boleh
menyebarkan wabak demam denggi hanya melalui gigitan. Kes demam denggi pernah
menjadi serius pada tahun 2010 dengan mencatatkan kematian sebanyak hingga 45
kes sehingga Oktober tahun tersebut.
.....Persoalannya, bagaimanakah kita tahu bahawa diri kita mahupun orang terdekat
dijangkiti wabak ini? Pertama, mereka yang dijangkiti akan diserang demam panas
secara mengejut. Selain itu, terdapat juga binti-bintik merah dan sakit sendi di seluruh
anggota badan pesakit. Mereka yang dihinggapi penyakit ini juga akan sering loya dan
muntah-muntah. Oleh itu, tidak hairanlah jika mereka hilang selera makan dan kuantiti
air dalam tubuh. Jika keadaan ini berlarutan, maka tidak mustahil mereka akan kurus
kering. Realitinya, pesakit hanya akan menganggap demam itu adalah biasa.
Tanggapan ini menyebabkan mereka membiarkannya tanpa menyedari bahawa
penyakit itu boleh membawa maut jika lambat diselamatkan.
Sidang dewan yang dikasihi,
.....Apakah pula punca-punca yang menyebabkan wabak denggi mudah merebak?
Realitinya, persekitaran yang kotor dengan tin-tin, botol-botol, tayar kereta dan
tempurung kelapa menjadi sarang buat pemangsa ini. Untuk makluman, telur nyamuk
aedes boleh bertahan selama seminggu sekiranya air dalam bekas-bekas tersebut
telah kering. Bayangkan, adakah dalam seminggu itu hujan tidak turun? Selain itu,
kawasan yang ditakungi air seperti pasu bunga, kolah, dan saluran di bumbung juga
menjadi kawasan pembiakan pilihan nyamuk aedes.
.....Jadi, apakah yang perlu kita lakukan untuk mencegah wabak denggi ini? Langkah
mudah, luangkan masa 10 minit seperti yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah. Antara tempat yang
perlu diberikan perhatian ialah longkang, saluran hujan, kolah, dan pasu bunga.
Bahan-bahan terbuang seperti tin, botol, tayar kereta dan tempurung kelapa elok
ditanam. Bagi barang yang boleh menakung air dan masih berguna, pastikan
diletakkan dalam keadaan terbalik. Apa salahnya jika keluarga meluangkan masa
untuk membersihkan persekitaran rumah?
Hadirin yang dimuliakan,

.....Selain itu, kita perlu memberikan kerjasama kepada pihak yang datang
menyembur racun atau fogging di kawasan perumahan. Adakah anda tahu bilakah
semburan akan dilakukan? Sebaik sahaja menerima aduan berhubung kes denggi di
tempat anda, semburan akan dilakukan secara berkala. Hal ini bagi memastikan telur
nyamuk aedes akan musnah dengan semburan racun tersebut. Oleh itu, pastikan
anda menutup pintu dan tingkap bagi mengelakkan asap semburan itu masuk ke
dalam rumah. Siapa tahu anda nyamuk aedes sedang membiak di sekitar tempat
tinggal anda tanpa pengetahuan sendiri? Jadi, tindakan ini akan boleh menyelamatkan
anda seisi keluarga.

.....Bagi individu yang mengalam simptom-simptom yang disebutkan, usah takut untuk
datang merujuk ke hospital atau klinik berhampiran. Doktor akan mengambil sampel
darah dan mengujinya sama ada anda benar-benar dihinggapi wabak tersebut atau
tidak. Suntikan vaksin pelali dapat menguatkan daya tahan tubuh dan antibodi bagi
melawan serangan wabak denggi. Jika pesakit berada dalam kondisi tidak stabil, maka
dia akan ditahan dan dirawat di hospital selama beberapa minggu. Keadaan ini
membolehkan pesakit melawan vektor penyakit denggi melalui suntikan yang
diberikan oleh doktor.
Saudara dan saudari sekalian,
.....Bagi pengguna yang mempunyai kolah dan tempat yang ditakungi dengan air,
penggunaan ubat jentik-jentik juga berkesan. Ubat yang mudah larut ini boleh didapati
daripada klinik dan hospital yang berhampiran. Di samping meletakkannya ke dalam
kolah, ubat ini juga sesuai diletakkan di saluran hujan. Bagi penduduk yang alah
dengan gigitan nyamuk, penggunaan kelambu juga amatlah digalakkan. Kelambu juga
dapat mengelakkan gigitan nyamuk seterusnya mengelakkan ahli keluarga menjadi
korban virus denggi ini. Benarlah kata peribahasa, sebelum nasi menjadi bubur,
eloklah kita berjaga-jaga kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.
.....Sesungguhnya, angka kes yang dilaporkan pasti akan meningkat dari sehari ke
sehari andainya tiada langkah proaktif yang dilakukan di rumah. Tiada guna Kempen
Hapuskan Aedes jika masyarakat memandang enteng akan pelaksanaannya. Ingatlah,
10 minit penentu sama ada selamat atau tidak anda sekeluarga. Saya akhiri ceramah
saya dengan serangkap pantun:
.....Subur merimbun cili api,
........Dipetik sedahan oleh kera;
.....Kalau persekitaran dijaga rapi,
........Denggi dihindar, diri sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai