Anda di halaman 1dari 2

DIARI LAMA

Di halaman diari ini aku amati selembar tulisan,


tentang perjuangan bertitis air mata mengalir
namun tak sederas darah yang tumpah
Di naungan panji yang megah
kutegakkan cinta dan kasih sayang
anak bertuah bumi merdeka
pada semarak ulang tahun
diulit riang bersalut hiba
Dataran Merdeka menyambut suka
gagah perbarisan anak-anak Malaysia
menghayun langkah menongkah persada
riang di naungan nusa, makmur setiap ketika
sampai bila-bila.
Maksud
Rangkap 1 :
Rangkap 2 :

Perjuangan para perjuang dahulu amat hebat hingga menitiskan darah


Penyajak menanamkan rasa cinta pada negara dan menyaksikan sambutan ulang
tahun kemerdekaan negara yang gemilang dengan perasaan bangga. Penyajak
mengharapkan negara akan makmur sampai bila-bila.

Tema
Semangat nasionalisme dalam jiwa rakyat Malaysia
Persoalan
a) perjuangan pejuang dahulu untuk menegakkan kemerdekaan negara amat disanjungi
b) perasaan bangga menjadi anak Malaysia yang merdeka
c) banyak pengorbanan yang diperlukan dalam menuntut kemerdekaan
Nada
Patriotik
Bentuk dan ciri-ciri sajak
a) bebas
b) terdiri daripada dua rangkap
c) rangkap pertama mempunyai dua baris dan rangkap kedua mempunai sepuluh baris
d) bilangan katanya tiga hingga tujuh patah kata sebaris
e) terdiri daripada tiga hingga enam belas suku kata sebaris
f) rima akhir bagi rangkap pertama ialah abcad dan rangkap kedua ialah abcdcccccc
Gaya bahasa
a) asonansi
b) aliterasi
c) sinkope
d) personifikasi
e) metafora
Nilai
a) nilai pengorbanan
b) nilai perjuangan
c) nilai cinta akan negara

d)
e)

nilai gigih
nilai mengenang jasa

Pengajaran
kita hendaklah berjuang bersungguh-sungguh demi menegakkan kedaulatan negara
janganlah kita lupa akan jasa perjuangan orang terdahulu yang membawa Malaysia kea rah
negara merdeka
c) kita seharusnya berasa bangga dan bertuah kerana dilahirkan dalam negara yang merdeka,
aman dan makmur
d) kita hendaklah memiliki semangat cinta akan tanah air
a)
b)

Anda mungkin juga menyukai