Anda di halaman 1dari 4

SAJAK LEBAH DAN MADU

RANGKAP 1
Di pohon sana,
pada dahan pohon tualang
lihatlah lebah-lebah
sudah membuat sarang
serangga yang cergas
sentiasa hidup sepakat
sikap yang terpuji
Maksud : Lebah serangga yang cergas dan mengamalkan hidup bermasyarakat
RANGKAP 2
Ada ratu ada pekerja
berkumpul dan bekerjasama
madu manisnya
penawar penyakit manusia
Maksud : Lebah ada pembahagian tugas yang jelas, namun tetap bekerjasama. Lebah menghasilkan madu
yang berguna untuk manusia
RANGKAP 3
Lebah-lebah
pada dahan pohon tualang
kau membuat aku sedar
harus selalu berusaha
dan meninggalkan jasa
seperti madumu yang istimewa.
Maksud : Kumpulan lebah menarik perhatian penyajak untuk menjadikannya sebagai contoh, iaitu selalu
berusaha dan berbuat jasa kepada semua.
Tema
Kesedaran untuk mencontohi lebah yang sentiasa bekerjasama, dan sepakat, selain berjasa kepada hidupan lain.

Persoalan
1 Ketekunan dalam melakukan sesuatu pekerjaan
2 Permuafakatan dalam sebarang pekerjaan
3 Kerajinan dalam menyempurnakan sesuatu tugasan

4 Ketaatan terhadap pemimpin


5 Kebijaksanaan dalam mengatur organisasi
6 Hidup berjasa sesama makhluk
7 Kepekaan terhadap sifat terpuji makhluk lain

Nilai
1. Bekerjasama - Kerjasama yang terjalin antara lebah sehingga mampu membuat sarang pada dahan pokok
tualang.
2. Kerajinan - Kerajinan lebah dalam usaha membuat sarang dan menghasilkan madu.
3. Bersatu padu - Hidup lebah yang sentiasa bermuafakat dan bersatu padu telah membawa kejayaan.
4. Berjasa - Lebah berjasa besar kepada manusia kerana madunya menjadi penawar kepada penyakit.
5. Taat kepada pemimpin - Pekerja lebah mematuhi arahan ratu sebagai pemerintah.

Pengajaran
1. Kita hendaklah tekun dalam melakukan sesuatu pekerjaan
2. Kita hendaklah sentiasa bermuafakat dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan
3. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua
4. Kita hendaklah bijak dalam memimpin
5. Kita wajiblah hidup berjasa sesama makhluk
6. Kita hendaklah mencontohi sifat-sifat terpuji yang dimiliki oleh makhluk lain

Hari Persekolahan
Di halaman diari ini aku amati selembar tulisan,
tentang perjuangan bertitis air mata mengalir
namun tak sederas darah yang tumpah
Di naungan panji yang megah
kutegakkan cinta dan kasih sayang
anak bertuah bumi merdeka
pada semarak ulang tahun
diulit riang bersalut hiba
Dataran Merdeka menyambut suka
gagah perbarisan anak-anak Malaysia
menghayun langkah menongkah persada
riang di naungan nusa, makmur setiap ketika
sampai bila-bila.
Maksud
Rangkap 1 :

Rangkap 2 :

Perjuangan para perjuang dahulu amat hebat hingga menitiskan darah

Penyajak menanamkan rasa cinta pada negara dan menyaksikan sambutan ulang tahun
kemerdekaan negara yang gemilang dengan perasaan bangga. Penyajak
mengharapkan negara akan makmur sampai bila-bila.

Tema
Semangat nasionalisme dalam jiwa rakyat Malaysia
Persoalan
a) perjuangan pejuang dahulu untuk menegakkan kemerdekaan negara amat disanjungi
b) perasaan bangga menjadi anak Malaysia yang merdeka
c) banyak pengorbanan yang diperlukan dalam menuntut kemerdekaan
Nada
Patriotik
Bentuk dan ciri-ciri sajak
a) bebas
b) terdiri daripada dua rangkap
c) rangkap pertama mempunyai dua baris dan rangkap kedua mempunai sepuluh baris
d) bilangan katanya tiga hingga tujuh patah kata sebaris
e) terdiri daripada tiga hingga enam belas suku kata sebaris
f) rima akhir bagi rangkap pertama ialah abcad dan rangkap kedua ialah abcdcccccc
a)
b)

Gaya bahasa
asonansi
aliterasi

c) sinkope
d) personifikasi
e) metafora
Nilai
a) nilai pengorbanan
b) nilai perjuangan
c) nilai cinta akan negara
d) nilai gigih
e) nilai mengenang jasa
a)
b)
c)
d)

Pengajaran
kita hendaklah berjuang bersungguh-sungguh demi menegakkan kedaulatan negara
janganlah kita lupa akan jasa perjuangan orang terdahulu yang membawa Malaysia kea rah negara
merdeka
kita seharusnya berasa bangga dan bertuah kerana dilahirkan dalam negara yang merdeka, aman
dan makmur
kita hendaklah memiliki semangat cinta akan tanah air

Anda mungkin juga menyukai