Anda di halaman 1dari 21

MATA AYAH

Maksud:
Rangkap 1 Penyajak pulang ke kampung disambut oleh ayahnya yang telah tua dengan perasaan gembira Walaupun ayahnya gembira, penyajak dapat merasakan bahawa ayahnya itu hidup dalam penderitaan. Penyajak sedar bahawa ayahnya itu tidak mahu menunjukkan penderitaan yang ditanggung kepada penyajak yang pulang ke kampung untuk menikmati beras baru. Walaupun ayahnya sendiri telah rela menerima penderitaan tersebut sebagai sebahagian daripada kehidupan yang mesti dilalui, penyajak sangat sedih melihat penderitaan yang ditanggung oleh ayahnya.

Rangkap 2

Rangkap 3

Rangkap 4

Tema:
Pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.

Persoalan:
Peranan dan tanggungjawab anak untuk membalas jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban. Kegigihan seorang ayah untuk meneruskan penghidupan yang penuh penderitaan.

Bentuk:
o o o o Rima sajak ini bebas dan tidak terikat Bilangan kata: 4 hingga 10 Rima akhir abcb Empat baris dalam satu rangkap

Gaya bahasa & Unsur Bunyi:


Gaya bahasa Diksi Personifikasi Simile Asonansi Contoh Mataku tersenyum, matanya menyapa Kelibat senyum matanya masih jua ramah Bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang a- tapi matanya, mata yang menatapku i- garis-garis putih lesu melingkungi hitam suram Aliterasi m- mataku tersenyum, matanya menyapa k- meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk

Nilai:
1) Kesyukuran :- bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan 2) Bertanggungjawab :- Anak-anak bertanggungjawab untuk membantu ibu bapa dalam apa-apa bentuk sekalipun.

Pengajaran:
Anak-anak sepatutnya menjalinkan hubungan yang mesra dengan ibu bapa supaya mereka hidup gembira.

Masyarakat perlu prihatin dan membantu orang yang susah dan miskin.

SEUNTAI KATA UNTUK DIRASA


Maksud:
Rangkap 1 Seseorang yang mempunyai cita-cita dalam hidup, mereka hendaklah berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita tersebut. Jangan leka atau membiarkan masa itu berlalu begitu sahaja. Dalam usaha mengejar cita-cita tersebut, kita hendaklah mengamalkan prinsip hidup diam-diam ubi berisi, iaitu berusaha secara berterusan tanpa mengenal erti putus asa shingga berjaya. Bukan seperti ayam bertelur sebiji riuh sekampung yang cakap besar, berlagak ke sana ke mari tetapi gagal dalam semua perkara. Sekarang telah tiba masanya untuk kita mengubah sikap. Janganlah asyik berangan-angan atau cakap yang sia-sia, sebaliknya kita tumpukan perhatian dan kekuatan untuk menyusun strategi bagaimana hendak memperoleh kejayaan agar menjadi manusia yang berguna.

Rangkap 2

Rangkap 3

Tema: Semangat perjuangan untuk mencapai cita-cita dalam kehidupan. Persoalan:


Perancangan sangat penting untuk memastikan segala yang dirancang dapat dicapai. Kita mestilah mengamalkan falsafah hidup yang positif supaya segala tindakan yang diambil menjurus ke arah kesempurnaan.

Bentuk:
o o o o Rima sajak ini bebas dan tidak terikat Bilangan kata seimbang iaitu 4 kata Rima akhir aaba Empat baris dalam satu rangkap

Gaya bahasa & Unsur Bunyi:


Gaya bahasa Diksi Peribahasa Contoh Tiba saat berbunga merah Falsafah ubi diam berisi Ayam bertelur sekampung tahu Pengulangan Panas usah membakar dada Suara usah menggegar sahaja Asonansi a- panas usah membakar dada i- falsafah ubi diam berisi Aliterasi m- mengapa mesti kita begitu? s- suara usah menggegar sahaja

Nilai:
1) Berfikiran positif :- langkah pertama ke arah kejayaan ialah berfikir ke arah positif. 2) Selalu merancang :- orang yang berjaya adalah orang yang ada perancangan hidup.

Pengajaran:
Setiap orang mesti mempunyai cita-cita dalam hidup supaya mereka ada arah tujuan.

Orang yang mahu berjaya mestilah mengamalkan falsafah hidup yang mendorong mereka ke arah kejayaan.

BICARA BUAT GURU


Maksud:
Rangkap 1 Penyajak ingin mencontoh perjuangan gurunya yang selama ini telah banyak menabur budi. Penyajak ingin mencontohi juga perjuangan gurunya yang senantiasa mengasihi semua anak didik secara ikhlas di samping mengajar pelbagai ilmu pengetahuan sebagai bekalan hidup. Penyajak ingin berjuang bersama-sama dengan gurunya untuk mendidik anak bangsa dengan perasaan mesra dan rasa tanggungjawab untuk melahirkan masyarakat yang berjiwa besar. Penyajak ingin sekali merasai nikmat menjadi guru kerana tugas guru adalah paling mulia di sisi masyarakat. Gurulah yang mengasuh anak bangsa supaya menjadi orang yang berguna agar dapat berkhidmat untuk negara. Penyajak ingin menyatakan bahawa dia sangat merindui gurunya lebihlebih lagi apabila dia telah lama meninggalkan bangku sekolah. Kata-kata nasihat daripada gurunya senantiasa berasa bangga untuk berjabat tangan dengan gurunya itu setiap kali bertemu walaupun di tengah-tengah jalan.

Rangkap 2

Rangkap 3

Rangkap 4

Rangkap 5

Tema: Mengenang jasa guru yang telah banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat. Persoalan:
Pekerjaan sebagai guru sangat mulia di sisi masyarakat. Peranan guru sangat penting di kalangan masyarakat.

Bentuk:
o Rima sajak ini bebas dan tidak terikat o Bilangan kata tidak seimbang o Rima akhir aaaeed

Gaya bahasa & Unsur Bunyi:


Gaya bahasa Diksi Metafora Pengulangan Asonansi Contoh Menghirup secangkir kasih (r1,b4) Lagu mesra (r3,b2) Ingin sekali aku (r1,b1) (r2,b1)(r3,b1) a- berada di takhta muliamu u- bertepuk utuh pasakmu teguh Aliterasi k- ketika kauketemu mereka di jalanan s- bersapa mesra

Nilai:
1) Keikhlasan :- guru berkhidmat secara ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. 2) Hormat-menghormati :- guru harus dihormati dan disanjungi seumur hidup.

Pengajaran:
Memuliakan profesion perguruan di kalangan masyarakat kerana guru adalah pencetus minda dan pemangkin kemajuan negara.

PESAN TANGAN KEPADA JARI


Maksud:
Rangkap 1 Apabila memilih ketua, seharusnya pilihlah ketua yang dapat menyatupadukan rakyat agar dapat melahirkan masyarakat yang bekerjasama dan berjiwa cemerlang Jika seseorang itu telah menyandang jawatan pemimpin, maka jadilah seorang pemimpin yang baik supaya senantiasa menjadi kebanggan rakyat. Pemimpin yang berjiwa rakyat sudah pasti mendapat penghormatan dan layanan mesra daripada rakyat bahkan kebaikannya akan selalu dikenang. Kekalkanlah sikap kepimpinan kamu(pemimpin) selama ini supaya rakyat dapat hidup dalam keadaan harmoni. Pemimpin itu adalah modal yang menjadi ikutan rakyat. Pemimpin mestilah sentiasa berwaspada dalam sebarang tindakan. Pemikiran dan tindak tanduk mereka akan menjadi ikutan.

Rangkap 2

Rangkap 3

Rangkap 4

Rangkap 5

Tema: Nasib sesebuah negara bergantung kepada pemimpin. Persoalan:


Pemimpin mestilah menjalankan tanggungjawab untuk memenuhi kemajuan negara. Pemimpin yang berjiwa rakyat akan mendapat sokongan padu dan kerjasama dari rakyat.

Bentuk:
o o o o Rima sajak ini bebas dan tidak terikat Bilangan kata: 1-4 patah kata Rima akhir abacd Empat dan lima baris dalam satu rangkap

Gaya bahasa & Unsur Bunyi:


Gaya bahasa Diksi Contoh Sekali kau bergerak, Seluruh jasad, Ikut bertindak. Personifikasi Hiperbola Asonansi Peganglah kebaikan Melentur mimpi a- nescaya tak akan terlepas i- barisan diri Aliterasi r- pancuran mesra k- perkukuhkanlah letakmu

Nilai:
1) Berbudi pekerti mulia :- jadilah pemimpin yang berbudi pekerti mulia agar menjadi ikutan rakyat 2) Berhati-hati :- kita mestilah berhati-hati dalam memilih pemimpin.

Pengajaran:
Seorang yang telah dipilih menjadi pemimpin mestilah mengekalkan ciri kepimpinan yang ada dalam dirinya. Jasa pemimpin yang bertanggungjawab dan berdeikasi akan dikenang sepanjang hayat.

CINTA
Maksud:
Rangkap 1 Penyajak memerhatikan keadaan laut yang terbentang luas dan senantiasa bergelora seolah-olah dapat melatih dirinya menjadi lelaku yang berani menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Penyajak juga memerhatikan keadaan langit yang terbentang luas seolah-olah melatih ia menjadi berani merantau mencari pengalaman di negara orang. Hal ini sudah tentu dapat menjadikan penyajak lebih matang kerana telah terlepas daripada lingkungan adat. Penyajak juga memerhatikan gunung yang tinggi-tinggi kerana gunung tersebut akan melatih penyajak menjadi manusia yang tidak kenal erti putus asa. Penyajak akan menjadi lebih berani, kuat dan berkeyakinan tinggi.

Rangkap 2

Rangkap 3

Tema:
Memperbaiki kelemahan diri dari masa ke masa supaya menjadi manusia yang lebih berkeyakinan tinggi dalam menghadapi cabaran hidup.

Persoalan:
Manusia yang tidak mudah putus asa sebelum berjuang akan meraih kejayaan.

Manusia yang bijak dapat mengaitkan kejadian alam yang terbentang luas dengan
kehidupan manusia seharian.

Bentuk:
o o o o Rima sajak ini bebas dan tidak terikat Bilangan kata: 3-5 patah kata Rima akhir abbcc Lima baris dalam satu rangkap

Gaya bahasa & Unsur Bunyi:


Gaya bahasa Diksi Contoh Seorang pendaki gagah yang tidak cepat menyerah kalah Pengulangan Hiperbola Aku cinta padamu (r1,b1) (r2,b1) (r3,b1) Kerana aku bisa terbang bebas menjelajah dunia saujana Asonansi a- yang tidak cepat menyerah kalah i- wahai gunung yang tinggi Aliterasi b- kerana aku bisa terbang bebas j- menjelajah dunia saujana

Nilai:
1) Cintai alam semula jadi:- manusia patut memelihara alam semula jadi seperti laut, langit dan bumi. 2) Berani :- orang yang berani menghadapi cabaran hidup, lama-kelamaan akan menjadi bertambah yakin terhadap kebolehan sendiri.

Pengajaran:
Hidup mestilah berani,tabah dan cekal supaya dapat mengatasi segala masalah. Renunglah kejadian alam semula jadi kerana alam boleh menjadi guru kepada manusia.

RUANG
Maksud:
Rangkap 1 Tuhan telah memberi manusia ruang untuk hidup. Tuhan juga telah memberi manusia udara untuk bernafas. Tetapi, kehidupan manusia di bumi ini adalah tertakluk kepada hukum alam. Pada waktu siang manusia berasa sangat panas kerana matahari memancarkan cahayanya manakala pada waktu malam manusia berasa sejuk. Proses ini telah ditetapkan oleh pencipta alam,iaitu Tuhan. Tuhan telah banyak memberikan peluang kepada manusia di bumi ini untuk berusaha sungguh-sungguh supaya dapat memperoleh kejayaan mengikut haluan masing-masing. Walau bagaimanapun kejayaan yang telah diperoleh itu sebenarnya belum pasti dapat memberikan kebahagiaan kepadanya.

Rangkap 2

Tema: Manusia mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam


hidup.

Persoalan:
Kehidupan manusia tertakluk kepada hukum alam yang dirancang oleh Allah.

Kejayaan yang diperoleh seseorang itu belum pasti dapat mendatangkan kebahagiaan
kepada dirinya.

Bentuk:
o o o o Rima sajak ini bebas dan tidak terikat Bilangan kata: 3-8 patah kata Rima akhir aabbacbb Lima dan lapan baris dalam satu rangkap

Gaya bahasa & Unsur Bunyi:


Gaya bahasa Diksi Contoh Unutk kita menghambat kehidupan mendaki bukit-bukit harapan Metafora Personifikasi Asonansi Bukit-bukit harapan Udara dingin yang mencengkamku a- tuhan memberikan ruang dan udara u- yang cukup panjang untuk kita Aliterasi k- kerana kau telah menjanjikan t- untuk kita menghambat kehidupan

Nilai:
1) Bersyukur :- kita mestilah bersyukur kepada Tuhan yang telah memberikan kita kesempatan untuk hidup dan merasai nikmat dunia.

Pengajaran:
Kita hendaklah menyerahkan diri di samping bertawakal kepada Tuhan kerana segala yang berlaku di muka bumi tidak terlepas daripada hukum alam. Kita harus berusaha bersungguh-sungguh kerana Tuhan telah memberikan ruang dan tempat kepada manusia yang mahu akan kejayaan hidup di muka bumi ini.

PAK KADUK
Sinopsis:
Negeri Chempaka Seri diperintah oleh raja yang bernama Indera Sari. Baginda suka menyabung ayam. Dalam negeri Chempaka Seri, terdapat sepasang suami isteri yang miskin bernama Pak Kaduk dan Mak Siti. Pak Kaduk ingin mencuba nasib untuk mempertarungkan ayam sabungnya dengan ayam sabung raja. Pak Kaduk menyuruh isterinya membuat baju daripada kertas. Oleh sebab ingin cepat siap, Pak Kaduk meminta isterinya melekatkan bahagian-bahagian baju itu sahaja. Pak Kaduk membawa Si Kunani ke gelanggang untuk menyabung ayam. Pak Kaduk mempertaruhkan kampung halamannya. Raja Indera Sari bertukar ayam sabung dengan Pak Kaduk. Raja dan Pak Kaduk bersetuju untuk bertaruh dengan nilai 50 rial. Pertarungan bermula. Si Kunani menang. Pak Kaduk sangat gembira sehingga tidak menyedari bahawa baju kertasnya telah koyak. Orang ramai ketawa melihat Pak Kaduk yang bertelanjang bulat. Pak Kaduk berlari pulang ke rumah. Di rumah, Pak Kaduk dimarahi oleh Mak Siti.

Tema:
Sikap manusia yang suka mengambil tindakan secara terburu-buru dan tidak berfikir secara rasional sebelum mengambil sesuatu tindakan.

Persoalan:
Sikap tamak membawa mudarat.

Pemerintah yang tidak bertanggungjawab akan menyusahkan kehidupan rakyat.

Gaya bahasa :
Gaya bahasa Simile Bahasa klasik Bahasa istana Contoh Tampaknya Pak Kaduk seperti juara. Hatta, hina-dina, bulang, bena Tuanku, baginda, patik, duli

Watak: Watak utama ialah Pak Kaduk.


Watak sampingan pula ialah Raja Indera Sari.

Perwatakan:
Pak Kaduk
Seorang lelaki pertengahan umur. Mempunyai seorang isteri bernama Mak Siti. Miskin, bodoh, lurus dan tergopoh-gapah Raja negeri Chempaka Seri. Tidak bertanggungjawab. Suka menipu.

Raja Indera Sari

Latar:
Latar Tempat Latar Masa
Negeri Seri Chempaka Gelanggang tempat menyabung ayam Rumah Pak Kaduk di tepi sungai Zaman feudal, iaitu zaman pemerintahan beraja Rakyat Bekerja sebagai nelayan Mengabaikan syariat Islam Tidak bertanggungjawab dan tidak berwawasan Raja Zalim dan memperalat yang lemah

Latar Masyarakat

Nilai:
1) Adil:- Raja mesti memerintah dengan adil dan tidak memperalat rakyat untuk kepentingan diri sendiri. 2) Berwawasan :- raja yang memerintah mesti ada wawasan supaya negara akan maju.

Pengajaran:
Manusia mesti berfikir secara rasional sebelum bertindak supaya tidak rugi. Jangan berjudi kerana permainan tersebut tidak mendatangkan keuntungan.

PUTERA BESAR LAHIR KE DUNIA


Sinopsis:
Bujang Selamat mengaji al-Quran dan ilmu dunia sehingga khatam. Sementara itu, Tuan Puteri Nur Lela menunjukkan tanda-tanda hendak melahirkan anak setelah hamil dua belas bulan. Oleh itu, baginda sultan pun memerintahkan seluruh istana supaya menyiapkan kelengkapan yang perlu. Dalam keadaan sakit, Tuan Puteri Nur Lela berwasiat supaya baginda sultan memelihara Tuan Puteri Lindungan Bulan sehingga dewasa. Setelah dewasa hendaklah Tuan Puteri Lindungan Bulan dikahwinkan dengan Bujang Selamat. Tuan Puteri Nur Lela melahirkan seorang bayi bersama-sama dengan sebilah parang putting. Semasa melahirkan bayi tersebut, tiga bilah lantai dan tiga gelegar patah. Baginda sultan dan Tuan Puteri Lindungan Bulan pengsan kerana terlalu sedih atas kemangkatan Tuan Puteri Nur Lela. Apabila sedar daripada pengsan mereka menangis mengenangkan nasib malang yang menimpa mereka.

Tema:
Pengorbanan ibu untuk melahirkan anak ke dunia.

Persoalan: Kesakitan yang ditanggung oleh ibu ketika hendak melahirkan anak. Perkara-perkara yang ganjil yang dikagumi oleh masyarakat Melayu. Gaya bahasa :
Gaya bahasa Simile Contoh Huru-haralah bunyinya di dalam istana baginda laksana katak diharung ular. Selangkas, membakar rabun, walang hati Kalau diukur sama panjang

Bahasa klasik Peribahasa

Watak: Watak utama ialah Tuan Puteri Nur Lela.


Watak sampingan pula ialah Sultan, dan Bujang Selamat.

Perwatakan:
Tuan Puteri Nur Lela
Baginda adalah permaisuri Sultan. Mempunyai seorang puteri bernama Tuan Puteri Lindungan Bulan. Kuat semangat dan tegas Putera kepada adinda Sultan. Dipelihara oleh Sultan dan permaisuri. Berumur dua belas tahun dan telah khatam al-Quran.

Bujang Selamat

Latar:
Latar Tempat Latar Masa Latar Masyarakat
Istana, yakni tempat tinggal baginda sultan dan kerabatnya. Zaman feudal, iaitu zaman pemerintahan beraja Masyarakat yang sangat menghormati sultan. Orang-orang besar dan pegawai istana bertugas untuk membantu sultan.

Nilai:
1) Tolong menolong :- Sikap ini dapat meringankan sesuatu tugas dan memupuk semangat kerjasama. 2) Bertanggungjawab :- Sikap tanggungjawab sangat penting untuk memastikan rakyat dan keluarga hidup bahagia.

Pengajaran:
Kita perlu membalas jasa ibu bapa kerana mereka telah membesarkan kita sehingga dewasa. Ilmu sangat penting dituntut kerana orang yang berilmu dipandang mulia di sisi masyarakat.

PUTERI BULUH BETUNG


Sinopsis:
Raja Muhammad menebas hutan untuk membuka sebuah negeri. Baginda menemui seorang kanak-kanak perempuan dalam rebung buluh betung. Kanak-kanak itu diberi nama Puteri Buluh Betung. Rakyat Raja Muhammad membina kota dan istana untuk baginda. Baginda tinggal di negeri baru itu. Raja Muhammad memberitahu Raja Ahmad tentang asal-usul Puteri Buluh Betung. Raja Ahmad dengan rakyatnya membina istana dan kota juga. Raja Ahmad menemui seorang tua dalam hutan. Orang tua itu memberitahu baginda tentang seorang kanak-kanak lelaki di atas kepala gajah. Rakyat Raja Ahmad mengepung gajah untuk mendapatkan kanak-kanak tersebut. Mereka berjaya. Kanakkanak itu diberi nama Merah Gajah. Merah Gajah berkahwin dengan Puteri Buluh Betung. Raja Ahmad dan Raja Muhammad berasa gembira kerana mereka berbesan.

Tema: Penemuan kanak-kanak secara luar biasa dalam hutan rimba. Seorang kanak-kanak
perempuan ditemui dalam rebung buluh dan seorang kanak-kanak lelaki pula ditemui sedang duduk di atas kepala gajah.

Persoalan: Masyarakat Melayu amat memuliakan raja dan mematuhi segala perintah raja. Masyarakat Melayu mengagumi perkara-perkara ganjil yang berlaku di sekeliling
mereka.

Gaya bahasa :
Gaya bahasa Simile Contoh Maka dipeliharakan baginda seperti anak segala raja dengan inang pengasuhnya serta dengan dayang-dayang lengkap dengan pakaiannya. Menjelis

Bahasa klasik

Watak: Watak utama ialah Raja Muhammad.


Watak sampingan pula ialah Raja Ahmad.

Perwatakan:
Raja Muhammad
Baginda seorang raja yang luar biasa. Baginda seorang yang sukakan kanak-kanak. Mempunyai seorang permaisuri tetapi belum memperoleh anak. Seorang yang penyayang. Baginda seorang yang bijak mengatasi sesuatu masalah. Raja Ahmad dimuliakan dan dihormati oleh rakyatnya.

Raja Ahmad

Latar:
Latar Tempat Latar Masa Latar Masyarakat
Istana, yakni tempat tinggal Raja Muhammad dan Raja Ahmad. Khamis dan Jumaat,iaitu ketika rakyat membuat persiapan. Masyarakat istana,yakni raja serta kerabatnya yang dimuliakan rakyat jelata. Rakyat biasa, termasuk anggota tentera yang menjunjung titah raja.

Nilai:
1) Kerjasama :- Rakyat dan Raja Muhammad bersama-sama menebas hutan untuk membuka negeri baru dan membina istana serta kota. 2) Taat kepada pemimpin :- Rakyat Raja Muhammad menebas hutan apabila diarahkan berbuat demikian.

Pengajaran:
Kita perlu berfikir dengan bijak untuk mengatasi sesuatu masalah. Kita perlu memupuk perasaan kasih dan sayang sesama manusia dan makhluk lain.

CERITA KERA DENGAN BUAYA


Sinopsis:
Buaya dan kera bersahabat baik. Kera selalu menjatuhkan buah kedempung untuk buaya. Oleh sebab itu, kedua-dua binatang tersebut berikrar untuk bersahabat buat selamalamanya. Isteri buaya menyuruh seekor buaya suruhan memberitahu suaminya supaya pulang kerana ia sakit. Buaya suruhan memberitahukan hal tersebut kepada si suami. Si suami tidak mahu pulang. Oleh itu, buaya suruhan menyatakan bahawa ubat isterinya ialah hati kera. Buaya memujuk kera supaya menemaninya pulang untuk menemui keluarganya. Kera bersetuju. Di tengah perjalanan, kera diberitahu niat buaya yang sebenarnya. Kera segera berikhtiar untuk melepaskan diri. Dia menyatakan bahawa hatinya disangkutkan di pohon kedempung. Lantas buaya pun menghantar kera pulang ke tepi sungai. Kera melompat pada dahan pohon kedempung apabila sampai di darat. Kemudian dia menceritakan kisah Raja Singa dengan Keldai dengan tujuan menyindir buaya. Hubungan kera dengan buaya terputus. Buaya tidak dapat makan buah kedempung lagi. Buaya sangat menyesal. Akhirnya ia mati.

Tema: Kesetiaan kepada janji dan sikap setia kawan yang tidak berpanjangan kerana ada
pihak yang mementingkan diri sendiri.

Persoalan: Orang yang mungkir janji akan hilang harga diri. Orang yang bodoh sering diperdaya oleh orang yang cerdik. Gaya bahasa :
Gaya bahasa Diksi Bahasa klasik Bahasa istana Contoh Benara yang bermaksud tukang cuci atau tukang dobi. Alkisah, maka Titah, tuanku, patik

Watak: Watak utama ialah kera.


Watak sampingan pula ialah buaya.

Perwatakan:
Kera
Kera mempunyai sifat baik hati. Kera mengambil berat tentang hal kawan. Dia bijak, cepat bertindak dan berfikiran tajam. Mempunyai isteri dan anak yang tinggal di kuala sungai. Buaya yang mementingkan diri sendiri. Buaya yang agak bodoh, malas dan tidak mahu berdikari.

Buaya

Latar:
Latar Tempat Latar Masa Latar Masyarakat
Daratan,di pohon kedempung dan di dalam hutan. Waktu siang. Kumpulan binatang yang beraksi dan bersifat seperti manusia.

Nilai:
1) Cepat bertindak :- kita hendaklah cepat bertindak apabila menghadapi sesuatu masalah. 2) Berhati-hati memilih kawan :- elakkan daripada berkawan dengan orang yang jahat.

Pengajaran:
Jangan mudah mempercayai pujuk rayu orang lain. Jangan memungkiri janji kerana akibatnya akan memakan diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai