Anda di halaman 1dari 5

TANDA BACA

Tanda Baca Fungsi Contoh Ayat


Tanda Titik (.) Digunakan setelah ayat Ibu memasak di dapur.
lengkap
Digunakan untuk Dia juga dikenali dengan nama K.A. Canggih
memendekkan nama
Digunakan untuk memisahkan Saya juga mempunyai wang sebanyak
ringgit dengan sen RM105.50
Tanda Soal Digunakan pada akhir kalimat Boleh kamu terangkan nama kamu
tanya.
Digunakan pada ayat yang Dia dilahirkan pada tahun 1962 (?)
diragui kebenarannya , tetapi
tanda soal perlu dikurungkan
Tanda Koma (,) Digunakan untuk memisahkan (i) Kamu disuruh menjaga adik , bukan
unsur-unsur dalam ayat. menonton televisyen.
(ii) Kamal lantas menjawab , “Bukan saya
yang mencuri.”
Digunakan untuk memisahkan Kedai itu menjual barang dapur seperti ikan
perkataan yang sama jenis. kering , bawang, garam , dan asam.
Tanda Digunakan untuk memisahkan Hidup tolong-menolong memang amalan
Sempang (-) kat ganda masyarakat Malaysia.
Untuk menunjukkan susunan Sila perhatikan perbezaan perkataan r-a-s-m-i
atau ejaan sesuatu perkataan dengan r-e-s-m-i.
Digunakan pada nombor Sila dail nombor 06-3877185.
telefon
Percantuman perkataan dengan Dia menduduki tempat yang ke-31 dalam
huruf acara jogathon.
Percantuman perkataan dengan Segala apa yang berlaku , dia berserah
huruf besar. kepada-Nya.
Tanda Seru (!) Digunakan untuk pernyataan Pergi kau dari sini !
yang berupa seruan seperti
perintah.
Untuk menyatakan perasaan Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
gembira
Untuk menyatakan perasaan Cis , rupanya awaklah pencuri itu !
marah
Untuk menyakan perasaan Aduhai , malang sungguh nasibku !
sedih.
Menyatakan perasaan hairan Wah , cantiknya pemandangan di tepi pantai
ini.
Tanda Petik (“ “) Digunakan untuk mengapit “ Memang saya kurang gemar bercakap
cakap ajuk. dengannya,” kata Faizal .
Diguna untuk mengapit judul Antara surat khabar yang dibacanya ialah “
buku , lagu, surat khabar , Berita Harian “.
judul puisi dan sebagainya
Digunakan untuk mengapit Dia menyemak kamus untuk mencari maksud
istilah khusus atau perkataan perkataan “reliance”
bahasa Inggeris
Tanda Petik Digunakan untuk ungkapan “Waktu kami menelefon , saya sedang
Tungggal ( ' ' ) yang sudah diapit tanda petik menonton filem ' Mawar Putih Mawar
Merah' , “
Tanda Titik Untuk menerangkan tambahan Sila catatkan barang-barang yang berikut :
Bertindih ( : ) bahan yang dibincangkan. khemah , lampu picit , lilin , dan selimut.
Menulis dialog Hamid : Apa kahbar Tina ?
Tanda Koma Digunakan untuk memisahkan Terus berusaha ; jangan mengaku kalah ,
Bertitik ( ; ) dua rangkai kata utama dalam akhirnya pasti berjaya.
sesuatu ayat atau menunjukkan
tempat berhenti yang panjang ,
tetapi lebih lemah dari titik.
Tanda ini digunakan untuk
menggantikan dan , tetapi ,
atau , namun , dan lalu
Tanda Penyingkat Tanda penyingkat digunakan Temasya Hari Keluarga '97 telah berjaya
( ' ) untuk menunjukkan diadakan .
penghilang kata atau huruf /
angka awal .
Tanda Pisah (– ) Digunakan untuk (i) Selesai menonton drama itu , pelbagai
menunjukkan perubahan perasaan menyentuh hatinya – sedih , marah ,
fikiran , atau tanda berhenti geram , dan gembira.
secara mendadak. Cara (ii) Saya menuntut di sekolah sri Petaling dari
menulis tanda pisah adalah dua tahun 1991 – 1996 .
kali panjang tanda sempang. (iii) Nama , wang , dan kuasa – semua
menjadi impiannya .
Elipsis (...) Elipsis ialah tanda tiga titik (i) Tolonglah..... saya tidak berduit... .
(…) yang digunakan untuk (ii) Baca buku itu … . Baca berulang kali... .
menunjukkan pengguguran (iii) Adik saya sudah pandai menyebut A, B,
beberapa perkataan yang ….
disengajakan daripada sesuatu
ayat atau kutipan. Bagi
pengguguran selepas akhir
ayat , perlulah empat titik . Ini
kerana titik pertama tanda
noktah , tiga titik lagi tanda
elipsis
Tanda Kurung ( ) Tanda kurung dignakan untuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan
mengapit keterangan atau menganjurkan Seminar Keusahawanan pada
penjelasan tambahan . hujung minggu ini.
Tanda Miring ( / ) Digunakan sebagai pengganti (I) Dia tinggal di Jalan 25/13A , Shah Alam.
dan , atau , per , dan (ii) Tuan / Puan dijemput hadir.
penomboran kod surat. (iii) Dalam fail PIBG/SSP (42) 1997.
Tanda Kurung Digunakan untuk mengapit [ Hal ini telah dijelaskan (lihat BAB 14)
Siku [ ] huruf , kata , atau kelompok dengan berkesa.]
kata sebagai tambahan atau
pembetulan kepada kalimat
yang ditulis oelh orang lain.
Tanda ini mengapit keterangan
dalam kalimat penjelas yang
mempunyai tanda kurung.

Latihan :

Tulis semula ayat di bawah dengan tanda baca yang sesuai .

1. cis , berani engkau menentang aku


2. tolong tolong rumah saya dijilat api
3. zaini berpesan bacalah novel teguh untuk mengetahui keadaan hidup kaum nelayan
4. siapakah yang tidak menyertai kegiatan kokurikulum semalam tanya cikgu
5. sesiapa yang berminat untuk mengikut lawatan sambil belajar ke kuala lumpur sila hubungi
cikgu janet lee
6. siapa yang mendorong saudara untuk terus bermain bola sepak tanya wartawan itu
7. aku terpandang sesuatu di dalam parit eh anak kucing apakah yang perlu akau lakukan
8. cuba lagi amin jangan lekas putus asa orang yang lekas putus asa takkan berjaya dalam
kehidupan kata ayah memberi peransang
9. nasihat kakak kepada Samad kita perlu bersabar menghadapi cabaran , samad kakak tidak
menghalang samad hendak merantau terpulanglah
10. kita jangan suka jaga tepi kain orng tidak baik tahu nasihat ibuku
11. oleh hal yang demikian semasa menggunakan lebuh raya sebagai tempat latihan persatuan
lumba basikal mestilah meminta kerjasama polis untuk mengawal keadaan
12. adik terang hati baru berusia setahun sudah pandai baca a b c
13. saya hendak pergi ke kedai pak hitam untuk membeli barang awak hendak ikut
14. mamat mengapa lewat bangun lambat ya sindir cikgu najib
15. kata ibu tolong ambilkan secawan kopi panas
16. wah cantik betul baju yang awak beli itu kata abang kepada kakak
17. ramlan berkata maniam ah seng kata akan berpindah pada minggu hadapan betulkah
18. sejak kebelakangan ini ayah kelihatan resah dan tidak lalu makan mengapa ayah berkeadaan
begitu
19. sudah awak semua jangan bermainmain sewaktu saya mengajar faham kata puan sakinah
20. bapa saya mempunyaai dusun yang luas kata hayati
21. kata ibu ambilkan seawan kopi panas
22. esok dia bercadang untuk melaporkan kehilangan cicitnya itu di balai polis
23. walaupun dia sibuk dengan kerjanya dia tetap datang ke majlis itu
24. dia membeli novel kasih ibu di kedai buku itu
25. mak cik ros meminta abang membeli roti kacang goreng gula gula dan kerepek pisang
CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

Cakap Ajuk
Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis secara bulat-bulat sebagaimana diucapkan
tanpa mengubah maksud. Tanda petik ( “ “ ) digunakan dalam cakap ajuk.

Cakap Pindah
Cakap pindah ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan gaya bahasa sendiri tanpa
mengubah maksud asal.

Perkara Cakap Ajuk Cakap Pindah


Kata ganti nama aku, saya, patik, kami, kita dia, ia, beliau, baginda, mereka
diri pertama
Kata ganti nama Anda, awak, kau, kamu, sekalian Saya, dia, -nya, kami, mereka
diri kedua
Kata ganti nama Dia, beliau, mereka Dia, beliau, mereka
diri ketiga
Kata ganti nama Ini Itu
tunjuk
Kata ganti nama Sini Situ,sana
tempat
Keterangan cara Begini, demikian ini Begitu, demikian itu
Keterangan Sekarang, tadi, malam tadi, semalam hari ini, Masa itu, ketika itu, tadinya itu,
masa esok malam lepas, hari semalamnya,
esoknya, hari itu, keesokan
harinya

Contoh Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

 “Saya tetap pergi ke rumah Ali,” kata  Samad berkata yang dia tetap pergi ke
Samad rumah Ali
 “Tolong cucikan baju saya,” pinta Alisa  Alisa meminta Amida menolong
kepada Amida mencuci bajunya
 “Wah, cantiknya baju kamu!” puji  Melani memuji kecantikan baju
Melani kepada rakannya. rakannya.
Latihan
A. Tukarkan Cakap Ajuk di bawah kepada Cakap Pindah.

1. “ Janganlah bermain di tepi sungai itu kerana airnya deras , “ pesan nenek kepada
cucunya yang baru balik dari bandar.
2. “ Amboi , ramai betul tetamu yang hadir ke majlis kenduri kesyukuran awak ni !” Kata
Liana kepada ibunya.
3. “ Salina , bilakah buku-buku ini akan awak hantar ke bilik guru ? “ Tanya cikgu Ani .
4. Kata Julia kepada kakak saudaranya , “ Bagaimana keadaan keluaga kita di kampung ?”
5. “ Sekarang awak seronoklah dapat durian runtuh tetapi jangan lupa simpan wang bonus
itu untuk hari esok ,” kata kakak kepada adiknya.
6. Pak Ahmad berkata kepada isternya , “ Jangan risau , nanti baliklah anak manja awak
tu . “
7. “ Malam tadi hujan lebat sangat . Mungkin banjir akan berlaku jika hujan berterusan
begini ,” ujar pak Leman kepada jirannya.
8. “ Di manakah Suzy beli barang-barang antik yang berkualiti tinggi ni ? Tentu harganya
mahal juga , “ soal ibu kepada Kak Maria.
9. Jerit Puan Halimah kepada anaknya yang baru keluar rumah “ Tolong, belikan ibu roti
dan bawang merah , sebelum kamu pergi bermain! ”
10. “ Halim , ibu suruh kamu ke rumah jiran sebelah untuk mengambil suratnya ,” pesan
abang kepadanya.

B. Tukarkan Cakap Pindah ini kepada Cakap Pindah.

1. Liana berpesan kepada ibu agar membawa barang-barang keperluannya jika datang
lagi ke sini.
2. Milah merungut mengatakan perjalanan ke rumah sahabat ibunya mengambil masa
dan tidak akan mengikutnya lagi jika mereka ke sana.
3. Pengemis itu mengeluh kerana perutnya sangat lapar kerana hari ini tiada orang
menghulurkan wang kepadanya.
4. Orang tua itu menjerit meminta tolong kerana rumahnya telah dimasuki oleh
perompak dan cucunya telah dicederakan.
5. Salah seorang anggota keselamatan telah menyeru agar orang kampung segera
berkemas dan menyelamatkan diri kerana gunung Merapi akan memuntahkan
laharnya.
6. Doktor itu berpesan kepada pesakitnya agar menjaga pemakanannya kerana sakit
yang dialaminya berpunca daripada gaya makan yang tidak seimbang.
7. Tuan rumah itu telah menghalau penyewa rumah itu kerana gagal membayar sewa
rumah selama enam bulan.
8. Alia menjerit keseronokan kerana mendapat 5A dalam UPSR yang lalu .
9. Mak Munah memuji wajah pengantin perempuan yang begitu berseri apabila
memakai pakaian tradisional.
10. Abang Suraya meminta menghantar bakal tunangnya ke rumah nenek untuk
diperkenalkan kerana dia hendak pergi ke tempat kerja kerana ada tugasan yang
perlu diselesaikan dengan segera.

Anda mungkin juga menyukai