Anda di halaman 1dari 3

Nama: _____________________________ Hari: Selasa

Kelas: 4 Al-Jazari Tarikh: 12 Oktober 2021

Tajuk: Latihan Pengukuhan : KATA KERJA TAK TRANSITIF

a. Menerangkan perbuatan yang dilakukan oleh pelaku terhadap dirinya sendiri.

b. Tidak memerlukan objek atau penyambut.

c. Terbahagi kepada dua:

i- Tanpa pelengkap - dapat berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut:- Contoh:- Laili bermain./ Padi
menguning. /Budak itu tertawa. /Pelajar itu pulang.

ii- Berpelengkap - mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Contoh:- Laili
keluar dari kelas. / Sofia menjadi guru. / Penyakitnya beransur pulih.

Arahan: Pilih jawapan yang betul.

1. Badan Nabilah__________kerana ketakutan.

A menggeliat B menggeletar C menggelupur D menggelepar

2. Pengemis itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.

A dihalang B dibuang C dihalau D ditindas

3. Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.

A merenggut B menyambar C merampas D mengambil

4. Kampung Berlian dan Kampung Permata _________oleh sebatang sungai.

A terbelah B terpisah C terpecah D terbahagi

5. Ular sawa itu __________ seekor kambing.

A melulur B meneguk C mengunyah D menghisap

6. Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.

A merancang B menimbang C melaksana D melihat


Nama: _____________________________ Hari: Selasa
Kelas: 4 Al-Jazari Tarikh: 12 Oktober 2021

7. Mulut adik _________ semasa mendengar cerita yang disampaikan oleh nenekp

A tertutup B tersengih C terlopong D terkatup

8. Banduan itu terpaksa _________ di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.

A menetap B menginap C meringkuk D menumpang

9. Adik _________ kerana memakai kasut tumit tinggi ibu.

A terjatuh B tertimpa C terhantuk D terhempas

10. Bekalan air di kawasan kami sering___________ .

A terkandas B terganggu C terpotong D terhalang

11. Chong Ming __________ sebaik-baik sahaja dia terjaga daripada tidur.

A mendengkur B mendepang C menggeliat D menganga

12. Kenny jatuh terduduk apabila __________ kulit pisang.

A terpijak B terpegang C tersentuh D terlangkah

13. Hasil eksperimen itu akan _________ dalam kumpulan masing-masing terlebih dahulu sebelum
diserahkan kepada beliau.

A diumumkan B dinyatakan C dibahaskan D dibincangkan

14. Alia duduk ___________dengan santunnya sambil melayan tetamunya.

A bersila B berlunjur C bersimpuh D bertinggung

15. Hati Puteri Nur Ashikin ________ apabila mendengar kisah sedih yang menimpa pemuda malang itu.

A terdiam B tercalar C tersayat D tersentuh


Nama: _____________________________ Hari: Selasa
Kelas: 4 Al-Jazari Tarikh: 12 Oktober 2021

16. Kak Wan mengeluarkan pai ayam yang telah _________ nya dari ketuhar.

A dibakar B disalai C didiang D dikukus

17. Semua murid di dalam kelas Enam Bestari __________ untuk mendapat 5A dalam Ujian Penilaian
Sekolah Rendah.

A berebut B bersaing C berjuang D berlawan

18. Syarikat Seri Maju berhasrat untuk meneruskan pembinaan projek perumahan yang __________itu.

A terhenti B terbantut C terkandas D terbengkalai

19. Remaja yang __________ dalam gejala sosial itu akan diberi kaunseling.

A terjerumus B tersungkur C tertiarap D terjatuh

20. Pasukan kriket sekolah mereka telah __________ oleh pasukan lawan.

A dimusnahkan B dimenangkan C ditewaskan D dihapuskan

Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya.

Anda mungkin juga menyukai