Anda di halaman 1dari 9

LATIHAN ULANG KAJI TATABAHASA

BAHASA MELAYU
NAMA : ______________________________________________ KELAS: 4 AL-JAZARI
HARI : _____________________________________________ TARIKH: _______________________________

Tugasan ini mempunyai 4 bahagian iaitu A, B, C dan D. Jawab semua soalan.


A. KATA GANTI NAMA DIRI

1. " ..................... mahu semua rakyat hidup dalam keadaan yang aman dan bersatu padu,"
titah sultan.

A Aku
B Beta
C Dia
D Saya

2. "Ibu, duit _______ hilang," kata Azie kepada ibunya.

A kita
B kami
C saya
D mereka

3. “ _____akan menurut perintah, tuanku,” kata Hang Tuah kepada Sultan Ahmad.

A Baginda
B Hamba
C Patik
D Beta

4. Sultan Kedah akan menghadiri majlis itu. ______ akan diiringi oleh Menteri Besar
Kedah.

A Tuanku
B Baginda
C Kekanda
D Paduka Ayahanda

5. "Sungguh cantik tempat di pergunungan ini, ..............," kata Demang kepada Sultan
Muzaffar Syah.

A patik
B hamba
C tuanku
D baginda

BAHASA MELAYU 4 AL-JAZARI CIKGU SAFTUYAH


6. “Bolehkah ____ tunjukkan jalan ke Perpustakaan Negara?” kata Diana kepada gadis itu.

A mereka
B kalian
C kamu
D dia

7. " ________ akan pergi berburu petang esok," kata Tun Lela kepada Hang Nadim.

A Kami
B Saya
C Hamba
D Mereka

8 "Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya," kata Mira kepada kawan-
kawannya.

A dia
B awak
C beliau
D kalian

9. _____ seorang wakil rakyat yang sentiasa menyelesaikan masalah penduduk di


kawasan ini.

A Hamba
B Beliau
C Baginda
D Mereka

10. “Lebih baik __________ segera pergi menelefon pihak bomba,” arah Haiza kepada
kawannya apabila ternampak kebakaran.

A dia
B kamu
C saya
D mereka

BAHASA MELAYU 4 AL-JAZARI CIKGU SAFTUYAH


B. KATA KERJA

Gambar di bawah berdasarkan soalan 1

1. Mak Iti sedang ___________ ikan itu sebelum digoreng.

A memotong
B menyiang
C menoreh
D menetak

2. Pak Halim __________________ jalanya ke laut untuk menangkap ikan

A melayangkan
B menebarkan
C mencampakkan
D menghumbankan

3. Abang Jalil __________________ buluh itu hingga licin untuk dibuat lelayang.

A mengetam
B menyisik
C melicin
D menghiris

4. Pak Syukur __________________ daun rumbia ke bahagian atap yang bocor.

A menyisipkan
B memasukkan
C melekatkan
D menyumbatkan

5. Kak Adila_____________ nasi lembik itu sebelum menyuapkannya ke mulut adik.

A mengepal
B menggentel
C mengacau
D menggenggam

BAHASA MELAYU 4 AL-JAZARI CIKGU SAFTUYAH


6. Tentera telah _____________musuh dari arah laut.

A membedal
B membebel
C membedil
D memarang

7. Seekor kambing __________pada sebatang pokok.

A diikat
B dililit
C diletak
D ditambat

8. Ahli Jawatankuasa Program Hari Anugarah Kecemerlangan itu sedang __________


untuk menyusun program tersebut supaya berjalan lancar.

A bergaduh
B berbincang
C bertumbuk
D bertekak

Gambar di bawah berdasarkan soalan 9

9. Mak Cik Ilah sedang ___________ daun pisang.

A membakar
B menjemur
C melayur
D memanggang

10. Pihak polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk __________________ para
penunjuk perasaan itu.

A meredakan
B menamatkan
C menyuraikan
D menghalau

BAHASA MELAYU 4 AL-JAZARI CIKGU SAFTUYAH


C. KATA ADJEKTIF

1. Perahu kecil itu __________ dengan buah kelapa dan buah cempedak yang baru dipetik

dari kebun Lebai Man.

A muat
B ketat
C berat
D sarat

2. Pokok nanas banyak ditanam Pontian di negeri Johor yang mempunyai tanah
__________.

A gersang
B lembut
C gambut
D kering

3 . Kaki Pak Darus digigit pacat, darah _________________ meleleh di kakinya.


A merah pekat
B merah cair
C putih pekat
D putih digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.

4 . Kain samping yang __________ buatannya itu hasil tenunan tangan.

A licin
B kecil
C halus
D lembut

5. Semenjak bergelar ibu tunggal, Puan Zarina terpaksa bekerja __________ untuk menyara
empat orang anaknya .

A keras
B cepat
C lambat
D jarang

6. Pakaian pengemis itu kelihatan _______________ sekali.

A comot
B cantik

BAHASA MELAYU 4 AL-JAZARI CIKGU SAFTUYAH


C lama
D kusut
7. Semua bajunya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.

A ketat
B besar
C singkat
D longgar

8. Buah-buahan tempatan sungguh ____________ dan berpatutan pula harganya.

A kelat
B pahit
C manis
D masam

9. Malam itu sungguh _____________________ kerana tiada kenderaan yang lalu-lalang.

A gelap
B nyaman
C hening
D bising

10. Sikap ibu yang ________________ memberikan dorongan itu menambahkan lagi
semangat saya untuk berusaha.

A lupa
B malu
C jarang
D sering

BAHASA MELAYU 4 AL-JAZARI CIKGU SAFTUYAH


D. KATA BILANGAN

1. Kamilia amat menggemari telur ayam masak _________

A. semua
B. separuh
C. seluruh
D. sesetengah

2. Hazim gemar mengumpul ___________ jenis setem.

A pelbagai-bagai
B berbagai-bagai
C seluruh
D segala

Gambar di bawah berdasarkan soalan 3

3. Cef terkemuka itu menyediakan ______ jenis kuih tempatan yang terdapat di Malaysia.

A semua
B separuh
C pelbagai
D berbagai

4. Gopal mendapat tempat _______ dalam pertandingan lari 100 meter dalam sukan
tahunan.

A satu
B johan
C kesatu
D pertama

5. Pilih frasa yang betul.

A Tiap pelajar
B Tiga penjahat
C Para guru-guru
BAHASA MELAYU 4 AL-JAZARI CIKGU SAFTUYAH
D Satu jam setengah

6. __________ orang penjenayah itu telah diberkas oleh pihak polis .

A Ketiga-tiga
B Ketiga
C Kesatu
D Semua

7. _____________helai kertas melayang apabila Dira menghempas fail ke atas mejanya.

A Ribuan
B Seluruh
C Setengah
D Beberapa

8. Pak Seman akhirnya meninggal dunia setelah _______ menderita penyakit kanser hati..

A bertahun-tahun
B berkurun-kurun
C berabad-abad
D berhari-hari

9. ___________ cenderamata dijual di _______gerai itu semasa kempen belilah barang


tempatan.

A Pelbagai ...... setiap


B Berbagai ..... semua
C Beberapa .... setiap
D Berbagai ..... beberapa

10. Yang manakah betul?

A Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan China akibat sindrom


selesema burung.

B Beribu-ribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan China akibat sindrom


selesema burung.

C Beribu-ribu ekor ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan China akibat


sindrom selesema burung

BAHASA MELAYU 4 AL-JAZARI CIKGU SAFTUYAH


BAHASA MELAYU 4 AL-JAZARI CIKGU SAFTUYAH

Anda mungkin juga menyukai