Anda di halaman 1dari 4

LATIHAN KATA KERJA

1. Mak Cik Hasnah sedang ___________bawang di dapur.


A menumbuk C memukul
B mengetuk D memalu

2. Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.


A memicit C memerah
B melenyek D menindih

3. Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.


A merenggut C merampas
B menyambar D mengambil

4. Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan ______pameran lukisan.
A melaksanakan C mengadakan
B menjalankan D melahirkan

5. Kampung Berlian dan Kampung Permata _________oleh sebatang sungai.


A terbelah C terpecah
B terpisah D terbahagi

6. Ular sawa itu __________ seekor kambing.


A melulur
C mengunyah
B meneguk
D menghisap

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah

7. Lilian .......... buku cerita yang dipinjamnya kepada Tan.


A memberikan C memulangkan
B menyerahkan D menghulurkan

8. Banduan itu terpaksa ......... di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.
A menetap C meringkuk
B menginap D menumpang
9. Syarikat Tonggak Maju mampu ......... projek kerajaan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit.
A menganjurkan C meningkatkan
B melaksanakan D mengadakan

10. Bekalan air di kawasan kami sering___________ .


A terkandas C terpotong
B terganggu D terhalang

11. Elina ........ perca-perca kain itu pada selimut yang koyak.
A melekatkan C mencantumkan
B menampalkan D meletakkan

12. Murid-murid Tahun Enam Mawar ketawa berdekah-dekah apabila mendengar celoteh guru kelas
mereka yang __________ hati.
A menggeletek C menggores
B menyentuh D mencuit
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Setelah menanak nasi, ibu ________ ikan senangin untuk dimasak kari.
A menghiris C mencincang
B menyiang D menyiat

14. Pak Long Ahmad tidak berselera ___________ nasi walaupun sesuap kerana dia demam.
A menjamah C mencubit
B menyuap D menelan

15. Hasil eksperimen itu akan _________ dalam kumpulan masing-masing terlebih dahulu sebelum
diserahkan kepada beliau.
A diumumkan C dibahaskan
B dinyatakan D dibincangkan

16. Rosman __________ jalanya ke dalam anak sungai itu.


A membalingkan C menebarkan
B melemparkan D mencampakkan
17. Alia duduk ___________dengan santunnya sambil melayan tetamunya.
A bersila C bersimpuh
B berlunjur D bertinggung

18. Ibu bapa perlu _________anak-anak mereka supaya berjaya dalam hidup.
A membimbing C mengajar
B memandu D mengawasi

19. Tukang kayu itu sedang ________mata gergaji dengan pengikir.


A mengikis C mengasah
B mengikir D mengilat

20. Pendekar Harimau Berantai __________sebilah keris pada pinggangnya.


A melekat C membubuh
B menyisip D menyangkut

Soalan 21 berdasarkan gambar di bawah

21. Sebagai pengurus syarikat, Puan Nelly sentiasa __________ pakaian yang kemas dan berjenama
untuk __________ imejnya.
A melaram ... mengekalkan C memakai ... menghangatkan
B menyarung ... melonjakkan D menampilkan ... menaikkan

22. Normila menjerit ketakutan apabila terlihat seekor lipan sedang __________ di atas tilam.
A merayap C memanjat
B menjalar D menyelinap
23. Syarikat Seri Maju berhasrat untuk meneruskan pembinaan projek perumahan yang _______ itu.
A terhenti C terkandas
B terbantut D terbengkalai

24. Adunan gula dan mentega itu __________ setelah dipukul dengan alat pemukul elektrik.
A mengembang C menebal
B menguncup D menipis
25. Kerajaan Terengganu menjadikan aktiviti ___________ sotong sebagai salah satu aktiviti yang
dapat menarik pelancong asing.
A menjala C mencandat
B memukat D memancing

26. Pemain bola sepak pasukan Selangor __________.piala yang dimenangi oleh mereka sambil
mengelilingi stadium.
A menjunjung C menatang
B menjulang D memikul

27. Razali membantu orang buta itu melintas jalan dengan __________tangannya.
A menarik
C mengheret
B menuntun
D meruntun

28. Pihak polis sedang ___________pergerakan kongsi gelap yang sering membuat kekacauan di
dalam bandar itu.
A mengintai C mengamati
B memerhati D mengintip

29. Penyakit selesema burung itu __________akan ___________dengan cepat.


A dibimbangi.....menjalar C digusari....menjangkit
B diyakini....menular D dikhuatiri....merebak

30. Nelayan itu _____jalanya yang ________.


A menjahit....berlubang C menyirat....terkoyak
B menganyam....tertembuk D menekat....tertiris

31. Pengarah syarikat itu _________ saham Puncak Emas kerana beliau ingin mengembangkan
perniagaannya.
C membeli
A menawar
D menjual
B membida

32. Puan Sarina _________doh karipap sebelum mencanainya.


A merata C menguli
B melumur D menggaul

33. Farhan _________ kakaknya apabila disuruh mengemas bilik tidur yang berselerak itu.
A membantah C merungut
B membentak D mengamuk

34. Budak itu _________oleh ayahnya sebanyak dua kali kerana berbohong.
A dihentam C digasak
B disebat D ditindas

Anda mungkin juga menyukai