Anda di halaman 1dari 10

LATIHAN KATA KERJA

LATIHAN 1

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-
ayat di bawah.

1) Puan Hidayah____________ kari ayam dan rendang daging untuk hidangan


makan malam.
A menggoreng C menjerang
B memasak D memotong

2) Kapal terbang itu akan _________ dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz
Shah pada pukul 10.45 malam.
A berlepas C bertolak
B berangkat D berjalan

3) Kami________terbahak-bahak apabila menonton rancangan Maharaja Lawak.


A menangis C ketawa
B menjerit D melompat

4) Encik Ramu__________rumahnya dengan lampu berwarna-warni untuk


menyambut Deepavali.
A membakar C menconteng
B membersihkan D menghiasi

5) Mangsa-mangsa kebakaran itu telah_____ke tempat yang telah disediakan.


A berpindah C berlari
B bermain D berdiri

6) Encik Khusairi_________ sanak saudaranya datang ke majilis perkahwinan anak


sulungnya.
A meminta C mengangkut
B menjemput D menghantar

7) Kami sekeluarga ______di tepi pantai sambil melihat kanak-kanak bermain


layang-layang.
A berpindah C berehat
B beradu D berlatih

8) Pemandu bas mini itu_______ dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan


para penumpang.
A membawa C mengangkut
B memandu D menunggang

9) Budak-budak itu__________ bertempiaran apabila ternampak seekor anjing


berlari ke arah mereka.
A duduk C tidur
B turun D lari
10)Ular sawa yang _____ayam-ayam Mak Limah berjaya ditangkap oleh penduduk
kampung.
A membunuh C mengulung
B mematuk D memakan

JAWAPAN LATIHAN 1

1) B
2) A
3) C
4) D
5) A
6) B
7) C
8) B
9) D
10) D

LATIHAN 2

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling
sesuai.

1 Amira ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.


A merintih B mengeluh
C mengenang D mengerang

2 Badan Nabil__________kerana ketakutan.


A menggeliat B menggeletar
C menggelupur D menggelepar

3 Peminta sedekah itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.


A dihalang B dibuang
C dihalau D ditindas

4 Mak Cik Gayah sedang ___________bawang di dapur.


A menumbuk B mengetuk
C memukul D memalu

5 Kakak ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.


A memicit B melenyek
C memerah D menindih

6 Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.


A merenggut B menyambar
C merampas D mengambil
7 Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Kampar akan ______pameran
lukisan.
A melaksanakan B menjalankan
C mengadakan D melahirkan

8 Kampung Kelam dan Kampung Batang Pinang _________oleh sebatang sungai.


A terbelah B terpisah
C terpecah D terbahagi

9 Ular sawa itu __________ seekor kambing.


A menelan B meneguk
C mengunyah D menghisap

10 Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.


A merancang B menimbang
C melaksana D melihat

JAWAPAN LATIHAN 2

1) D
2) B
3) C
4) A
5) C
6) B
7) C
8) B
9) A
10) A

LATIHAN 3

1) Mak Esah __________ ayam yang telah dipotong itu dengan garam dan kunyit
sebelum menggorengnya.
A) menabur B) melumur
C) memalit D) mencalit

2) Saya ___________ kerjasama yang sepenuhnya daripada semua pihak, kata


Tuan Ismail.
A) mengharapkan B) menginginkan
C) meletakkan D) melepaskan

3) Keluarga Pak Mail telah ___________ di kampung ini sejak dua puluh tahun
yang lalu.
A) bermastautin B) berziarah
C) bertukar D) bernaung

4) Malaysia banyak ______________ barangan elektrik untuk dieksport ke luar


Negara.
A) memperoleh B) mendapatkan
C) menyediakan D) menghasilkan

5) Pekerja itu sedang tekun __________ kain dengan corak batik di bengkel
tersebut.
A) menekan B) menekap
C) mengecop D) mengecap

6) Nenek _____________ sayur kacang panjang untuk hidangan tengah hari nanti.
A) menjerang B) mengukus
C) mencelur D) merebus

7) Selain puisi, satu bidang lagi yang ___________ nama Dato Dr Usman Awang
ialah drama.
A) mewangikan B) mengharumkan
C) mengindahkan D) menelokkan

8) Majlis perasmian pembukaan pasar raya baru itu ___________ dengan upacara
memotong reben.
A) di habisi B) disudahi
C) didahului D) dilapisi

9) Kerja-kerja meracun perlu dilakukan untuk _____________ tanaman daripada


serangan penyakit dan serangga.
A) memusnahkan B) membiarkan
C) menghindarkan D) menghilangkan

10) Mengapakah kamu selalu ____________ dengan adik kamu? tanya Pak Ali
kepada Hassan.
A) berkasar B) bermasam
C) beradab D) bertampar

JAWAPAN LATIHAN 3

1) B
2) A
3) A
4) D
5) D
6) C
7) B
8) C
9) C
10) A

Latihan kata kerja


KATA KERJA

1. Nana membantu ibunya ______ adunan biskut gajus dengan acuan kuih berbentuk bunga.
A menekap B mencanai C menerap D mencalit
2. Ayam-ayam hutan itu ______ tanah untuk mencari makanan.
A menggali B menguis C menanam D menimbus

3. Farid membantu ayahnya _______ buah sukun yang sudah tua di dusun.
A mengait B mencantas C memotong D memetik

4. Sotong yang telah dibersihkan akan ______ di atas para-para sehingga kering.
A disimpan B diperam C dihimpun D dijemur

5. Mangsa peperangan itu tidur dengan ______ gebar usang.


A bertilamkan B beratapkan C berselimutkan D berbantalkan

6. Burung serindit itu _______ di atas bumbung rumah datuk.


A hinggap B duduk C turun D gugur

7. Naim _______ tali kasutnya dengan kemas sebelum turun bermain bola di padang.
A menarik B mengikat C menyentuh D memegang

8. Lauk-pauk kenduri malam kelmarin telah ______ oleh ibu.


A dipersiap B diperbuat C diperoleh D diperhangat

9. Wahida _______ apabila dimarahi oleh wanita yang tidak dikenali semasa membeli buku.
A tergagap B terlupa C tercengang D tersenyum

10. Apabila hari petang, barulah petani itu ______ ke rumah masing-masing.
A pulang B bangun C runtuh D duduk

11. Shahrul _______ kesejukan kerana kehujanan dalam perjalanan pulang dari sekolah.
A mengecut B meracau C menggoyang D menggigil

12. Penjualan mercun dan bunga api ______ keras oleh kerajaan Malaysia.
A dibantah B ditentang C dilarang D dihalang

13. Dari beranda rumah nenek, Eda dapat melihat ombak _______ di pantai.
A menguning B memutih C membiru D menghitam

14. Puan Idah _______ tepung itu bulat-bulat sebelum memasukkannya ke dalam air yang mendidih.
A mencanai B mengisar C menguli D menggentel

15.Ali ______ segulung dawai di kedai itu.


A membeli B menjual C membuat D menarik

16.Motosikal yang rosak itu sedang ______ oleh mekanik.


A dimusnah B dibaiki C ditarik D dibakar

17.Kerja-kerja _______ sungai itu sudah dimulakan.


A mendalami B dalami C dalaman D mendalamkan

18.Kami sekeluarga _______ di Hotel Seri Malaysia selama dua hari sahaja.
A menginap B pergi C singgah D hinggap

19.Baju-baju yang kotor itu saya ______ di dalam baldi.


A basuh B pungut C rendam D siram

20.Lukisan yang _______ itu memikat hati saya.


A dipamer B pameran C mempamerkan D pamerkan

21.Mutu permainan bola sepak negara kita perlu ______ lagi.


A ditingkatkan B ditinggikan C diagungkan D dinaikkan

22.Pak Jait _______ lubang belakang rumahnya untuk menanam bangkai kucing.
A menimbus B menutup C menggali D mengerjakan

23.Cikgu Ridzuan ______ mata pelajaran Matematik.


A memberitahu B mengajar C melaporkan D menyampaikan

24.Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan , kita perlulah _______ terlebih dahulu.


A menimbang B melihat C merancang D melaksana

25. Petani itu _______ tempat duduknya dengan tikar buruk.


A menyapu B melapis C melapik D menutup

26. Pada musim kemarau debu di tanah merah itu berterbangan apabila ______ angin.
A diusik B ditiup C dihembus D dialir

27. Khairul _______ di kawasan rehat dan rawat Tapah untuk membeli buah jambu.
A hinggap B datang C pulang D singgah

28. Emak Endon ______ sejenak setelah mendengar berita sedih itu.
A terduduk B tertewas C terbaring D terjatuh

29. Dari serambi itu Diana dapat melihat ombak _______ di pantai.
A menguning B menghijau C memutih D membiru

30. Mereka ______ ke kampung sehari sebelum menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri.
A pulang B bangun C pergi D duduk

31. Kak Piah duduk ______ di atas pangkin itu untuk meluruskan kakinya setelah penat bekerja di
sawah.
A berbaring B berlunjur C beradab D bergerak

32. Pasukan bahas Sekolah Kebangsaan Seri Emas telah _______ kemenangan lagi pada tahun ini.
A berpesta B bersatu C bersorak D beroleh

33. Adik mengikut ibu ______ bil elektrik air di pejabat pos.
A membayar B membeli C meminta D memungut

34. Uteh _______ rotan-rotan itu dengan akar-akar kayu yang banyak terdapat di Bukit Raja.
A mengolah B mengheret C mengikat D membelit

35. Pekerja-pekerja itu _______ ranting-ranting pokok teh supaya pokok itu tidak tinggi dan tumbuh
merendang.
A memanjat B memangkas C merumput D memetik

36. Ibu ______ barang perak dan tembaga peninggalan nenek dengan baik di dalam almari
perhiasan.
A menyorok B menyembunyi C menghias D menyimpan

37. Kilang yang menghasilkan serunding segera itu menggunakan teknologi moden untuk _______
daging.
A mempelopor B memproses C menyembelih D mempopular
38. Mak Cik Nab sudah tidak sanggup melihat sampah yang ______ di kawasan lapang di hadapan
rumahnya.
A membiak B mengumpul C membukit D membesar

39. Petani itu _______ padi yang telah dianginnya di halaman rumah.
A menjemur B menjual C mencabut D menjamu

40. Aniza menoleh ke belakang apabila terasa ada seseorang yang ______ bahunya.
A mencucuk B menjunjung C merotan D mencuit

41. Pada masa senggang, Aidil gemar memetik gitar sambil _______.
A bernyanyi B berjoget C bertandang D berkelana

42. Setelah berbalas-balas tembakan selama lima jam, akhirnya gerombolan pengganas itu pun
_______ ke
sempadan.
A berdagang B beransur C berundur D berulang

43. Pihak Petronas menggunakan teknologi canggih untuk ______ minyak di luar perairan
Terengganu.
A meenggerudi B menggilis C mengambil D mengapung

44. Permintaan terhadap barangan buatan Malaysia telah _______ sejak kebelakangan ini.
A melompat B meninggi C meningkat D menaik

45. Setelah menamatkan perkhidmatannya dengan angkatan tentera, Salih mencuba _______
jagung pula.
A berpadang B berlaut C bersawah D berladang

46. Pada musim ini , poko buah-buahan di dusun datuk ______ dengan lebat.
A berdaun B berbuah C beranting D bercabang

47. Mangsa rompakan itu tidak dapat _______ wajah perompak itu kerana dia memakai topeng.
A memasti B menyamar C mengehad D mengecam

48. Tukang cat itu ______ rumah banglo dengan warna coklat muda.
A mewarna B melukis C mengecat D mengelap

49. Suhaimi _______ dalam jurusan kedoktoran di Universiti Kebangsaan Malaysia.


A berilmu B bertapa C belajar D berajar

50. Badrul telah ______ harta peninggalan kedua-dua orang tuanya hingga habis.
A memperoleh B memperkacang C memperkemas D mempercepat

51. Rakyat Malaysia amat ______ melihat penderitaan hidup anak-anak pelarian Kosovo itu.
A terasa B terkilan C terpegun D terharu

52. Kewujudan sekolah bestari adalah _______ dengan kepesatan multimedia di negara kita.
A sejalan B seiring C sejurus D selanjut

53. Jika daun pokok semalu ______ daun pokok itu akan menguncup.
A disogok B ditanam C disentuh D ditolak

54. Pendudk di kampung itu bangun memberontak apabila hidup mereka _______ oleh pihak yang
tidak
bertanggungjawab.
A ditindas B ditikam C dipijak D disepak

55. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar _______ supaya tahan lama.


A diasing B dikeras C ditanam D diawet

56. Kebanyakan sungai di negara kita ______ akibat sisa buangan industri seperti sisa toksik.
A terbahaya B tercemar C terasing D terkawal

57. Janganlah kamu berasa _______ dengan gurauan abang itu, kata ayah kepada adik.
A tersinggung B termalu C terdiam D tergirang

58. Hati Rozita pasti ______ apabila melintasi rumah usang pusaka neneknya yang terbiar tanpa
penghuni.
A terpedaya B terpegun C terpukau D terusik

59. Rantai leher itu perlu _______ sebelum dibentuk menjadi rantai leher baru.
A digilis B dilebur C dikerat D dilentur

60. Baju kebaya yang dipakai oleh seniwati itu ______ darah ikan.
A sehitam B semerah C seputih D sebiru

61. Pihak polis telah berjaya _______ kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan.
A menewaskan B menumpaskan C menumbangkan D menunjukkan

62. Puan Jun telah selamat _______ bayi kembar lelaki di Hospital Teluk Intan.
A menerbitkan B melemparkan C melarikan D melahirkan

63. Muzium Keseniaan Islam ______ pelbagai barang tamadun Islam yang dibawa dari seluruh dunia.
A mempamerkan B membesarkan C mempopularkan D membiasakan

64. Dewan Bahasa dan Pustaka telah _______ novel penulis Inggeris yang terkenal itu ke dalam
bahasa Melayu.
A membukukan B menerbitkan C menjadikan D menterjemahkan

65. Jabatan Parit dan Saliran telah melancarkan program untuk _______ sungai itu.
A meluruskan B mencetekkan C mengindahkan D mengharumkan

66. Jabatan Imigresen akan ______ kemasukan pendatang asing yang bekerja sebagai pembantu
rumah.
A mengehadkan B mengesahkan C mengecamkan D mengesyorkan

67. Jurupandu ekspedisi mendaki gunung itu telah _______ kepada para peserta supaya berhenti
rehat di anak
sungai itu.
A mengepinkan B mengecamkan C mengesyorkan D mengekhaskan

68. Peserta perkhemahan itu sedang sibuk ______ khemah masing-masing di kawasan lapang
tersebut.
A meneguhkan B memancangkan C mendirikan D membangunkan

69. Anak seniman terkenal itu telah _______ kisah hidup ayahnya.
A membukukan B membiarkan C memberikan D memberatkan

70. Adik begitu tekun ______ lukisan yang dilukisnya itu dengan pensel warna.
A menurunkan B melembabkan C memasukkan D mewarnakan
71. Pasukan pengakap terpaksa ______ sunagi yang cetek itu kerana titi yang ada telah reput.
A mengharungi B memasuki C melalui D menjalani

72. Budiman _______ kepakaran ayahnya membuat barang-barang tembaga.


A merindui B mendugai C merasai D mewarisi

73. Sekumpulan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia telah ______ kaedah terbaru untuk
merawat penyakit
AIDS.
A mencampuri B menemui C membelanjai D membaiki

74. Fauziah akan _______ latihan industri selama tiga bulan di kilang Sony.
A menjalani B menikmati C memasuki D merasai

75. Kita mestilah sentiasa _______ nikmat dan rezeki yang dikurniai Tuhan kepada kita.
A mencucuri B menjauhi C mencampuri D mensyukuri

76. Masyarakat peribumi di kawasan pedalaman masih menggunakan khidmat pawing untuk ______
penyakit.
A mengubati B mengawasi C menghalangi D mengekori

77. Ibu tua itu amat _______ selendang sutera yang dihadiahkan oleh anaknya yang berada di luar
negeri.
A merindui B menguliti C menyayangi D memayungi

78. Encik Sharul akan ______ adiknya ketika ayah dan ibu mereka menunaikan haji di Mekah.
A membelanjai B membanjiri C membalasi D membasahi

79. Lampu gasoline telah _______ ruang tamu rumah pusaka peninggalan datuk.
A mengemudi B mengaburi C mendalangi D menerangi

80. Peristiwa ngeri yang mengorbankan kedua-dua orang tua Suzi masih ______ hidupnya.
A menghidapi B menghantui C mengulangi D menggauli

81. Ayah _______ air kopi yang masih panas itu perlahan-lahan.
A menyedut B menuang C menghisap D meneguk

82. Pak Abu ______ ranting-ranting pokok di hadapan rumahnya.


A menebang B memangkin C menarah D mengerat

83. Petani itu _______ dua buah bakul yang berisi buah durian.
A mengandar B menjinjing C menjunjung D menggalas

84. Ular sawa yang besar itu sedang ______ seekor anak kambing.
A mencarik B melarik C melulur D menggigit

85. Emak sedang _______ air panas di dapur.


A menjerang B merebus C mengukus D menanak

86. Pelukis jalanan itu asyik ______ potret seorang gadis.


A mencorak B melorek C melakar D menconteng

87. Beberapa ekor tikus telah _______ buku-buku di bilik itu hingga koyak.
A memakan B mengerit C menelan D menggigit
88. Lagu Negaraku ______ diudara sebelum siaran televisyen tamat.
A bersiar B berbunyi C berbisik D berkumandang

89. Perempuan itu sedang _______ anaknya sambil berjalan.


A meriba B menjunjung C mengelek D mengheret

90. Selaku mandor di ladang getah, tugasnya ialah ______ pekerja-pekerja di situ.
A memeriksa B menyemak C menyelia D menyusun

91. Ibu _______ tepung itu bulat-bulat sebelum memasukkannya ke dalam air yang mendidih.
A menguli B menggentel C mencanai D mengisar

92. Ayah ______ di atas sofa setelah pulang dari kerja kerana terlalu letih.
A terjaga B terlalai C tersenyum D tertidur

93. Pada tahun ini pokok-pokok rambutan di dusun ayah _______ lebat.
A berbuah B berakar C berbulu D berdaun

94. Datuk dan nenek selalu ______ petang di beranda rumah sambil berbual-bual.
A makan B sarapan C minum D main

95. Anak-anak yang meningkat remaja perlu _______ supaya tidak terlibat dengan perbuatan yang
tidak baik.
A dikerah B dibimbing C dipujuk D dipuja

96. Kerja-kerja ______ kain songket memerlukan minat dan ketelitian.


A menekat B menenun C melukis D mencetak

97. Pelayan restoran makanan segera itu berjalan sambil _______ sedulang hidangan.
A mengandar B membimbit C mengangkut D menatang

98. Jururawat terpaksa memujuk kanak-kanak itu kerana dia tidak mahu ______ ubat itu.
A menghirup B menyuap C menelan D mengunyah

99. Mak Wan sedang tekun _______ kain songket.


A menyulam B menenun C menganyam D mengait

100.Liana ______ air kelapa muda di dalam kelapa itu dengan menggunakan straw.
A menelan B meneguk C menyedut D merasa

Anda mungkin juga menyukai