Anda di halaman 1dari 22

Pilih jawapan yang paling tepat.

1) Pak Salleh _______ buah rambutan yang masak itu dengan sebatang galah.
A menolak B memukul
C menjolok D merentap

2) Shanrizal sedang menaikkan bendera Jalur Gemilang di hadapan pejabat sekolah hingga
_______ tiang.
A penjuru B puncak
C hulu D atas

3) Encik Daud bersetuju ______ harga buah epal dan cempedak yang ditawarkan oleh Pak Mail.
A dengan B kepada
C untuk D daripada

4) Ketua kerani itu menerima ________ ke majlis sambutan Hari Kecemerlangan Sekolah Jenis
Kebangsaan (Cina) Taman Permaisuri.
A surat akuan B surat kiriman
C surat tawaran D surat jemputan
5) Rama-rama menggunakan ________ untuk mengesan keadaan di sekelilingnya.
A rerambut B sesungut
C sesendi D jejari

6) Pak Din duduk di atas bangku plastik sambil ________ kelapa yang diminta oleh pelanggan di
kedai runcitnya.
A menekan B memarut
C memulas D meramas

7) Encik Wong sedang menaip kertas kerjanya dengan computer riba ________ anak lelakinya
sedang membaca buku.
A hingga B supaya
C malahan D manakala

8) Aktiviti gotong-royong membina pondok bacaan yang dilakukan oleh penduduk Kampung
Cempaka itu dapat ______ penduduk setempat.
A mencampuradukkan
B menunjukajarkan
C menitikberatkan
D menyatupadukan
9) Pak Rahim memandu kereta pacuan empat rodanya dengan perlahan kerana jalan raya
menuju ke Estet Kemuning itu ________.
A bengkang-bengkok
B senget-menget
C simpang-siur
D lekak-lekuk

10) Chee Keong memakai topi keledar ________ hendak menunggang motosikal berkuasa tinggi
ke pejabat.
A lalu B sambil
C kerana D supaya

11) Cikgu Wong dan Kuhan sedang menaik tali jaring bola tampar di tepi pantai itu.
Pilih perkataan berlawan bagi menarik.
A melepas B mendorong
C menyorong D menghulur

12) Burung helang itu hendak menyambar anak-anak Si Merah yang berkeliaran di hadapan
reban.
Pilih perkataan seerti bagi menyambar.
A merampas B menangkap
C menyetap D meragut
13) Puan Marlia bertanya kepada jurujual di Butik Embun itu,” Bolehkah ________ mencuba
baju kebaya ini?”
A dia B saya
C kami D mereka

14) Bunga iris yang berwarna biru boleh ditanam ________ rizomnya.
A dari B pada
C dengan D daripada

15) Adik Amin ketakutan apabilameluhat singa itu _____________seekor anak kambing.
A membaham B menggigit
C mengunyah D memamah

16) Kasihan sungguh orang tua itu kerana badannya ____________.


A condong B bongkok
C senget D bengkok

17) Televisyen yang baru dibeli oleh ayah diletakkan di __________almari hiasan.
A sebelah B sedut
C seberang D hadapan
18)Cikgu Din menggunakan ________untuk menjaga masa dalam pertandingan syarahan itu.

A jam randik B jam loceng

C jam dinding D jam pasir

19) Tiga ekor burung punai sedang ________ di atas bumbung pondok di tepi sawah.
A duduk B hinggap
C berpijak D berlunjur

20) Air di dalam tempayan itu ________ kerana adik terlupa hendak menutup kepala paip.
A meruap B membuak
C memercik D melimpah

21) Pak Deli menunggang motosikalnya dengan berhati-hati semsa menuruni Bukit Padang
Terendak yang ________ itu.
A senget B landai C curam
D tegak

22) Jayakumar sedang berlari sambil ________ baton kepada Mazlan yang berada di
hadapannya.
A menyangkutkan B menghulurkan
C memasukkan D mengalungkan

23) Jan Nee dan kawan-kawannya sungguh tertarik apabila melihat beberapa ________ buah
anggur yang berbuah dengan lebat di Ladang Anggur Perdana itu.
A ikat B gugus
C cekak D tandan

24) Anggota polis yang menjalankan operasi mencegah pendatang tanpa izin itu sedang
mengadakan ________ terhadap buruh-buruh yang tinggal di rumah kongsi tersebut.
A kaji selidik B pandu uji
C soal siasat D soal selidik

25) Wak Karman ________ di tengah panas matahari untuk menanam anak pokok pisang emas
itu.
A ringan tulang B berputih tulang
C mencuri tulang D membanting tulang

26) Pekerja-pekerja Majlis Perbandaran Selayang itu sedang menanam tumbuhan ________
sebagai hiasan di sepanjang Jalan Mulia itu.
A renek B kerdil
C ketot D halus
27)Puan Ratna sedang ________ kulit buah limau bali itu untuk dijadikan pencuci mulut selepas
makan tengah hari.

A menetak B menghiris

C memotong D mengupas

28) Adik hanya berjaya mengisi ________ sahaja air ke dalam botol itu semasa sukaneka itu.
A sebahagian B sesetengah
C separuh D separa

29) ________ itu sedang bertungkus lumus memindahkan mangsa-mangsa banjir itu ke pusat
pemindahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.
A Sukarelawan B Angkasawan
C Peragawati D Seniwan

30) Pemain penyerang pasukan Datuk Bahaman yang cedera itu ________ ke luar padag untuk
diberikan rawatan.
A dijunjung B dipangku
C dijulang D diusung
31) Pada musim kemarau, Pak Sahak akan ________ air dari sungai untuk menyiram sayur-
sayuran di kebunnya.
A menatang B menjinjing C mengelek
D mengandar

32) Rahayu dan abangnya membantu ibu mereka ________ daging ayam itu untuk membuat
sate.
A mencolok B menjolok
C merodok D mencucuk

33) Pak Cik Harun menggunakan sebatang galah yang panjang untuk ________ buah kelapa
sawit yang telah masak di kebunnya.
A mencantas B mengait
C memetik D mengambil

34) Mak Cik Temah sedang ________ buluh untuk membuat nyiru dengan berhati-hati supaya
tangannya tidak terluka.
A menghiris B mengikis
C melarik D meraut

35)Penjaga gol hoki pasukan Malaysia sedang ________ bola yang dipukul Pakistan daripada
membolosi pintu golnya.

A menampan B menyerang
C mengasak D mengelecek

36) Mak Lijah lebih gemar ________ pulut menggunakan dapur kayu kerana rasanya yang lebih
enak.
A merebus B mencelur
C mengukus D menjerang

37) Pihak polis terpaksa menutup Jalan Pinang itu kerana sebuah lori telah ________ di jalan
tersebut.
A terpelanting B terbaring
C terbalik D terentang

38) Pesawat MAS itu ________ dengan lajunya di atas landasan sebaik-baik sahaja mendapat
arahan daripada menara kawalan.
A berlungsur B melungsur
C melungsuri D melungsurkan

39) Pemain penyerang pasukan Kedah itu sedang ________ bola untuk mengelirukan penjaga
gol pasukan Selangor.
A melaga-laga B mengacu-acu
C melibas-libas D mengacah-acah
40) Orang ramai di dalam bank itu segera ________ apabila perompak itu melepaskan
tembakan.
A menurun B menyendiri
C meniarap D meneletang

41) Datuk saya membuang janggutnya dengan ________ yang berwarna biru.
A pisau dapur B pisau cukur
C pisau toreh D pisau meja

42) Cikgu Lim ________ tangan budak yang hamper terjatuh itu.
A menolak B menjolok
C menarik D memukul

43) Mak Minah meminta cucunya mengurut ________ tengkuknya yang berasa lenguh.
A atas B bawah
C hadapan D belakang
44) Suntikan itu bertujuan untuk meningkatkan ________ badan.
A daya tahan B daya cipta
C daya kuda D daya seribu

45) Mak Busu _______ hantaran untuk majlis perkahwinan anak sulungnya.
A menganyam B mengubah

C menggubah D menenun

46) Ular itu menyorok di dalam lubang di ________ pokok.


A dalam B samping
C pangkal D antara

47) Pengerusi PIBG sedang pingat emas itu kepada pemenang acara lontar peluru.
A menghulurkan B mengalungkan
C menyangkutkan D memasukkan

48) Pak Uda mempertahankan diri daripada serangan penjahat dengan sebatang ________.
A tongkat kayu B tongkat kail
C tongkat ampai D tongkat ali
49) Beberapa orang pekerja pembinaan sedang memasang ________ pada bumbung rumah itu.
A bebiri B lelabah
C tetupai D kekuda

50) Nenek saya ________ kelapa untuk mendapatkan santannya.


A meramas B mencnai
C menggentel D menguli

51) Kah Meng melambai-lambai tangan apabila terpandang akan guru kelasnya yang berada di
________ sungai.
A hulu B seberang
C selekoh D hilir

52) Terdapat banyak ________ di dalam kapal yang karam di dasar laut itu.
A harta karun B harta benda
C harta pusaka D harta milik
53) Kak Timah menggunakan penyapu untuk membuang sawang di ________ rumahnya.
A sesungut B bebola
C lelangit D reriang

54) Datuk cuba menhilangkan kelenguhan pada kakinya dengan duduk ________.
A bersila B berlunjur
C bersimpuh D bercangkung

55) ________ hendak ke mana?


A Aku B Saya
C Engkau D kalian

56)Walaupun berjawatan tinggi, Encik Lim tidak pernah memandang rendah ________
pekerjapekerjanya.

A seperti B kepada

C dengan D tentang
57) Lebih daripada lima ribu orang peserta mengambil bahagian dalam ________ Hari
Kebangsaan pada setiap tahun.
A diarak B berarak
C mengarak D perarakan

58) Ayah saya membuang ________ itu dengan menggunakan sebatang penyapu habuk.
A jejari B sesiku
C lelangit D sesawang

59) Murid-murid lelaki itu sedang ________ di kantin pada waktu rehat.
A bersiar B berkejar
C berbual D bertugas

60) Kim Seng menggunakan sebatang sudu untuk _________ tudung tin biskut yang tertutup
rapat itu.
A mengumpil B mencabut
C mengorek D menyodok
61) Sook Moi sedang ________ sebuah lagu di majlis perpisahan itu.
A menciptakan B mendendangkan
C menghadiahkan D melarikan

62) Rumah neneknya terletak di ________ taman permainan dengan dewan.


A antara B hujung
C penjuru D belakang

63) Pertandingan ________ peringkat antarabangsa diadakan di Kuala Terengganu.


A kapal terbang B kapal selam
C kapal perang D kapal layar

64)Guru Besar memberikan amaran kepada Zaki dan Kamarul kerana ________ kerap ponteng
sekolah.

A dia B kita

C saya D mereka
65) Pak Dollah ________ beberapa biji buah durian yang telah gugur di dusunnya.
A memetik B menjolok
C mengambil D memungut

66) Tong sampah itu diletakkan di ________ pagar.


A atas B luar
C dalam D tengah

67) Ah Seong jatuh tersungkur kerana _________ batu itu.


A tersepak B bersepak
C menyepak D disepak

68) “ _______ minum air kopi ini, datuk," kata Lily.


A Tolong B Harap
C Jemput D Minta
69) Johan ________ kerana rakan-rakannya memberikan hadiah semasa hari jadinya.
A besar hati B makan hati
C tawar hati D buta hati

70 ________ itu mengedarkan risalah tentang barangan jualannya kepada orang ramai.

A Jurutera B Jurujual

C Juruacara D Jurucakap

71) Kakak saya ________ apabila melihat cacing di dalam bekas itu.

A terhuyung-hayang
B lintang-pukang
C geli-geleman
D sedu-sedan

72)Mak Cik Ani sedang ________ air di dapur.

A menjinjing B membancuh

C menyimbah D menjerang

73) Peserta-peserta Pertandingan Kayak itu terpaksa _________ arus sungai yang deras.
A melalui B melayari
C mengalami D mengharungi

74) ________ pegawai polis sedang menjalankan siasatan di sebuah bank yang telah dirompak.
A Segerombolan B Sepasukan
C Seangkatan D Sekawan

75) “ ________ tidak dibenarkan mengambil gambar di sini,” kata pegawai keselamatan itu
kepada beberapa orang pengunjung.
A Kita B Tuan
C Awak D Kalian

76) Si Comel, kucing kesayangan Lina sedang ________ anaknya yang baru lahir.
A menggonggong B menggigit
C membawa D menghidu

77) Encik Ranjit memandu keretanya dengan perlahan semasa menaiki bukit yang _______.
A curam B senget
C tegak D cerun
78) Puan Nancy ________ kari kepala ikan sementara menanti kepulangan suaminya.
A merebus B menanak
C memasak D menumis

79) Pokok labu yang ditanam datuk ________ ke luar pagar kebunnya.
A merangkak B menyusur
C menjulur D menjalar

80) Sze Pei segera ke dapur apabila terbau masakan yang sudah ________.
A busuk B hapak
C hangit D tengik

81) Doktor sedang memeriksa ________ telinga adik yang berdarah.


A jejari B sesiku
C lelangit D gegendang
82) Kanak-kanak itu terjatuh dari basikal, ________ mengalami kecederaan pada bahagian lutut.
A dia B saya
C hamba D beliau

83) Pihak polis marin telah ________ kawalan di perairan Selat Melaka.
A ketat B pengetat
C keketatan D memperketat

84) Apabila kakak senyum ________ barisan giginya yang putih dan bersih itu.
A serlah B pameran
C terserlah D mempamerkan

85) Azmi ________ daripada tidur apabila terdengar kokokan ayam jantannya.
A menjaga B berjaga
C terjaga D dijaga

86) Pelajar itu sedang ________ ayahnya menggunakan telefon awam.


A mendekati B memaklumi
C memberitahu D menghubungi
87) Ah Seng mengumpul baki duit belanja sekolahnya setiap hari kerana dia tahu bahawa
A sediakan payung sebelum hujan
B sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
C ke mana tunpahnya kuah kalau tidak ke nasi
D bapa borek anak rintik

Jawapan

1 C 21 C 41 B 61 B 81 D
2 D 22 B 42 C 62 A 82 A
3 A 23 B 43 D 63 D 83 D
4 D 24 C 44 A 64 D 84 C
5 B 25 D 45 C 65 D 85 C
6 B 26 A 46 C 66 B 86 D
7 D 27 D 47 B 67 A 87 B
8 D 28 C 48 A 68 C
9 D 29 A 49 D 69 A
10 C 30 D 50 A 70 B
11 A 31 D 51 B 71 C
12 B 32 D 52 A 72 D
13 B 33 B 53 C 73 D
14 C 34 D 54 B 74 B
15 C 35 A 55 C 75 B
16 B 36 C 56 B 76 A
17 B 37 C 57 D 77 D
18 A 38 B 58 D 78 C
19 B 39 C 59 C 79 C
20 D 40 C 60 A 80 C

Anda mungkin juga menyukai