Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROGRAM KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)

SJKC NAAM KHEUNG

1. PANITIA : Bahasa Melayu Tahun 5


2. TARIKH / HARI : 12-3-2020 MASA : 1:30PM.
3. TEMPAT : Pusat Sumber
4. PERJUMPAAN KALI KE : 1
5. GURU YANG TERLIBAT : i. Stephanie
ii. Florina Gukin

6. STRATEGI PLC : Study Group

7. Perkara penting yang dibincangkan / dipersetujui ( isu dan masalah yang dihadapi ) :
i. Masalah guru tidak dapat membimbing murid menguasai kemahiran ayat tunggal dan majmuk.
ii. Guru tidak faham melaksanakan pengajaran melalui proses kolaboratif dalam
menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan pdpc.
iii. Berbincang masalah kesukaran guru mencari pendekatan ,keadah,strategi dan
teknik pengajaran yang berkesan untuk menarik minat murid terhadap
pelajaran.
iv. Memperkenalkan dan merancangkan alat bantu mengajar yang bersesuaian.

8. Tindakan yang perlu diambil / cadangan dan penambahbaikan :


i. sesi perkongsian dan pengalaman guru.
ii. Menjalankan bimbingan rakan sekerja setiap minggu.
iii. Mengadakan induksi dan pementoran guru baharu yang kurang pengalaman mengajar.
iv. Mewujudkan kumpulan penyelesai masalah antara guru-guru Bahasa Melayu.

9. Lampiran- rph / bahan sumber / latihan , gambar dan dokumen yang berkaitan

1)LAMPIRAN- RPH
Latihan
Pisahkan setiap ayat di bawah menjadi dua ayat tunggal.
1. Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa.
2. Golongan remaja mahupun golongan tua hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi
negara ini.
3. Barangan buatan Malaysia bukan sahaja bermutu, malah dapat bersaing dengan barang luar negara.
4. Peperangan menyebabkan kehidupan huru-hara dan banyak harta benda akan musnah.
5. Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memudahkan seseorang menyelesaikan
masalah.
6. Pendatang asing di negara ini banyak memberikan kebaikan dan keburukan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


( Stephanie Bita Anak Naul ) ( NIK AB AZIZ BIN NIK LAH )
KETUA PANITIA

Anda mungkin juga menyukai