Anda di halaman 1dari 15

Nama : _____________________________________ Tarikh : ______________

011

011
Bahasa
Melayu
JUSA 2009
Set 6
50 minit

JABATAN PELAJARAN PERAK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

_____________________________________________

MODUL JUSA 2009

011 – BAHASA MELAYU SK

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif
yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak.

011 2009 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak


Arahan Am
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada
satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf
yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih.

Soalan 1 hingga Soalan 19


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “Kemaskan semua peralatan perkhemahan ___________ sekarang, __________ akan


beredar sebentar lagi,” kerah kem komandan kepada peserta perkhemahan itu.
A kita ... awak

B kalian … kita

C kamu ... kami

D awak … kami

2 Syarikat telekomunikasi yang terkenal itu melabur berjuta-juta ringgit bagi


menyediakan rangkaian __________ perhubungan ke seluruh negara.
A pekerjaan

B perjalanan

C perdagangan

D perkhidmatan

3 Liza memanggil suaminya apabila dia terdengar tikus __________ di belakang


almari.
A berdesir

B berdecit

C berderau

D berdehem

2
Soalan 4 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

4 Mak Cik Azizah sedang __________ tikar mengkuang untuk dijual di pasar tani.
A memilin

B menenun

C menyulam

D menganyam

Soalan 5 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

5 Sejak terlantar di hospital, badannya semakin __________ kerana hilang selera


makan

A kecil

B nipis

C susut

D kempis

3
6 Lidahnya menjadi __________ apabila dia disoal berkali-kali oleh anggota polis itu.
A kelu

B kelat

C keras

D kejang

7 Wau dan gasing adalah __________ permainan tradisional yang sangat digemari
oleh penduduk di pantai timur.
A umpama

B seperti

C antara

D bagi

8 __________ diadakan sesi kaunseling, __________ tahap disiplin pelajar yang


bermasalah tidak berubah.
A Jika … tetapi

B Walaupun … dan

C Meskipun … namun

D Oleh sebab … tetapi

9 Pak Mat hanya memerhati monyet yang mencuri pisangnya itu melompat
__________ satu dahan __________ satu dahan yang lain.
A dari … ke

B pada … ke

C dari … kepada

D daripada … ke

4
Soalan 10 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

10 Sungai itu __________ akibat sikap segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab.

A dicemari
B tercemar
C dicemarkan
D mencemarkan

11 “Susur galur __________ sebelah ayah saya berasal dari Jordan. Oleh sebab itu, wajah
saya kearab-araban,” terang penyanyi itu apabila ditanya oleh wartawan.

A diturun

B keturunan

C menurunkan

D berketurunan

12 Polis trafik telah menahan pemandu lori yang membawa buah kelapa sawit itu
kerana dia tidak memiliki __________ memandu.
A permit

B lesen

C tiket

D kad

5
13 Antara tujuan __________ itu adalah untuk mengetahui punca keciciran dalam kalangan
pelajar luar bandar.

A kaji selidik

B soal siasat

C soal jawab

D maklum balas

Soalan 14 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

14 Terdapat dua __________ rumah dan tiga __________ pokok kelapa di kawasan
bendang itu.
A pintu ... pohon
B buah ... batang
C deret ... rumpun
D biji ... perdu

15 Tukang masak memasukkan __________ garam ke dalam __________ gulai daging


itu.
A sebuku … seperiuk

B secubit … sekawah

C segenggam … sekawah

D segenggam … semangkuk

6
16 Impian abang untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading akhirnya tercapai
setelah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM, ibarat
__________.
A bulan jatuh ke riba

B sirih pulang ke gagang

C cincin dengan permata

D menatang minyak yang penuh

17 Selepas kematian ibu bapanya, Ahmad Sajari merantau untuk __________ di ibu kota.
A mengikut hati

B mengikut jejak

C mengadu untung

D mengadu domba

18 Di Seri Menanti, baginda akan __________ di istana hinggap buat semalam dua.

A bersiram

B bertakhta

C bersantap

D bersemayam

19 Ada __________ yang menyatakan bahawa penyelia kilang itu akan meletakkan
jawatan pada bulan depan.

A desas-desus

B celas-celus

C sorak-sorai

D kelut-melut

7
20 Cocok benar dengan susuk tubuhnya apabila Munirah mengenakan baju kebaya nyonya.

Perkataan serti bagi cocok dan susuk ialah

A sesuai … rupa

B padan … bentuk

C elok … potongan

D anggun …. bentuk

21 Liana membantu ibunya mengasingkan bahan masakan itu ke dalam mangkuk.

Perkataan berlawan bagi mengasingkan ialah

A menguli

B mengacau

C menyisihkan

D menggaulkan

Soalan 22 berdasarkan Gambar 5

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

Gambar 5

22 Apakah yang dilakukan oleh Encik Raju?

A Encik Raju berkunjung ke rumah keluarganya.

B Encik Raju menunggu ketibaan rakan-rakannya.

C Encik Raju menghidangkan juadah yang istimewa.

D Encik Raju mempelawa tetamunya menikmati juadah.

8
23 Jumlah mangsa banjir di Johor yang telah dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat
kepada sepuluh ribu orang.

Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di atas.

A Di manakah mangsa banjir di Johor seramai sepuluh ribu orang ditempatkan?


B Mengapakah mangsa banjir di Johor seramai sepuluh ribu orang dipindahkan?
C Berapakah jumlah mangsa banjir di Johor yang telah dipindahkan ke pusat-pusat
pemindahan?
D Adakah jumlah mangsa banjir di Johor yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan
meningkat kepada sepuluh ribu orang?

Soalan 24 dan Soalan 25

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

24 Lagu yang dinyanyikan oleh biduanita itu dicipta oleh komposer terkenal.

A Komposer terkenal mencipta lagu yang dinyanyikan oleh biduanita itu.

B Lagu ciptaan komposer itu dinyanyikan oleh biduanita yang terkenal.

C Lagu ciptaan biduanita itu dinyanyikan oleh komposer terkenal.

D Lagu terkenal nyanyian biduanita itu dicipta oleh komposer.

25 Kementerian Pelajaran berhasrat melancarkan strategi baharu yang lebih menyeluruh


agar semua murid dapat memanfaatkan penggunaan komputer di sekolah.
A Strategi lain akan dilaksana oleh Kementerian Pelajaran supaya murid dapat
menggunakan komputer secara menyeluruh.
B Kementerian Pelajaran telah melancarkan strategi yang lebih menyeluruh supaya
penggunaan komputer dapat dimanfaatkan oleh murid di sekolah.
C Kementerian Pelajaran berhasrat melancarkan kaedah baharu yang lebih meluas
supaya penggunaan komputer di sekolah dapat dimanfaatkan oleh murid.
D Kaedah lain yang lebih menyeluruh akan dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran
berhubung dengan penggunaan komputer dalam kalangan murid di sekolah.

9
Soalan 26 dan Soalan 27

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

26 I Air bah itu sampai ke paras pinggang saya.

II Semua peragawati mempunyai paras yang cantik.

III Bangunan yang baru dibina itu dua puluh paras tingginya.

IV Tok Sidang mempunyai paras yang tinggi dalam masyarakat.

A I dan II sahaja

B II dan III sahaja

C I, II dan III sahaja

D I, III dan IV sahaja

27 I Salimah menjerit apabila ulat itu menjalar ke arahnya.

II Wabak taun telah menjalar ke daerah selatan pulau itu.

III Kacang panjang sejenis tumbuhan yang hidup menjalar.

IV Jiran saya telah membeli sebuah kereta yang besar menjalar.

A I dan III sahaja


B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, III dan IV sahaja

28 I Emak memasukkan sos cili ke dalam botol itu


II Abang memakai baju panjang tangan sewaktu ke pejabat.
III Adik kelihatan sungguh comel apabila mengenakan telekung mini.
IV Kelihatan ramai kanak-kanak bermain sepak bola di taman permainan petang itu.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

10
29 I Sikap kepala besar menjadi punca dia disisih oleh rakan-rakannya.
II Duta Besar Mesir itu telah bertugas di Malaysia sejak dua tahun yang lalu.
III Kapur batu merupakan bahan utama untuk membuat batu marmar dan
simen.
IV Pita suara itu merupakan satu daripada bahan bukti kes pecah amanah
tersebut.

A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II dan IV sahaja

Soalan 30

Pilih ayat-ayat yang betul.

30 I Kereta itu melanggar pokok lalu menjunam ke dalam gaung.


II Beberapa orang anggota jawatankuasa mempertikaikan keputusan itu.
III Mereka menyerahkan bungkusan plastik itu pada polis yang bertugas.
IV Saya belum pernah berjumpa dengan orang yang sombong seperti awak.

A I dan III sahaja


B II dan IV sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II dan III sahaja

11
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Persatuan Kajian Tempatan,


Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang,
Jalan Astana,
93500 Petra Jaya, Kuching.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang,
Jalan Astana,
93500 Petra Jaya, Kuching. 14 FEBRUARI 2006.

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan ke Kota Samarahan

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Kajian Tempatan


memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kota Samarahan.

2. Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu program tahunan persatuan. Tujuan
lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua anggota persatuan tentang
sektor pertanian yang dijalankan oleh penduduk setempat dan cara kehidupan seharian
mereka.

3. Kota Samarahan juga sememangnya terkenal dalam kalangan penduduk setempat


sebagai sebuah kawasan penanaman nanas Sarawak yang terbesar di Malaysia.

4. Untuk makluman tuan, kami telah merancang untuk mengadakan lawatan sambil
belajar tersebut seperti maklumat di bawah ini.

Tarikh lawatan : 20 Mei 2006


Hari : Sabtu
Peserta : 45 orang murid
Guru Pengiring : 4 orang

5. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan memberikan kebenaran kepada
kami untuk mengadakan lawatan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,


Farhana Aqilah
(FARHANA AQILAH BINTI FAUZI)
Setiausaha,
Persatuan Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang,
Jalan Astana, Kucing.

12
31 Persatuan Kajian Tempatan ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke
A Kota Setia.

B Kota Belud.

C Kota Bharu.

D Kota Samarahan.

32 Lawatan sambil belajar itu bertujuan untuk memberikan


A pendedahan tentang sektor pertanian.

B pengajaran tentang kehidupan para petani.

C penerangan cara menanam nanas Sarawak.

D pendedahan tentang kehidupan penduduk di Sarawak.

33 Apakah sumbangan sektor pertanian di Kota Samarahan kepada negara?


A Menyumbang kepada ekonomi negara.

B Memberikan perkhidmatan pertanian kepada negara.

C Membuka peluang kepada petani untuk bercucuk tanam.

D Menyediakan peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

34 Jika bilangan murid lelaki yang menyertai lawatan itu seramai 22 orang, berapakah
bilangan murid perempuan?
A 21 orang.

B 22 orang.

C 23 orang.

D 24 orang.

35 Kota Samarahan terkenal dalam kalangan penduduk kerana kawasan tersebut

merupakan kawasan
A pertanian yang terbesar di Malaysia.

B penempatan penduduk yang terdiri daripada petani.

C pertanian yang subur dan kaya dengan hasil ekonomi.

D penanaman nanas Sarawak yang terbesar di Malaysia.

13
Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Matahari yang memancar pada pagi itu sudah terasa bahangnya. Di tengah padang bola
sepak, kelihatan Aiman bersama-sama sepuluh orang rakannya yang gagal dalam Ujian
Pengesanan Matematik sedang berlari mengelilingi padang sebanyak tiga pusingan. Setelah
menjalani hukuman, Aiman masuk ke dalam kelas Enam Mawar dengan muka mencuka.
Hatinya bertambah sakit apabila beberapa orang rakan sekelas mengejek-ngejeknya.
Sewaktu Aiman melayani perasaannya pada suatu petang, tiba-tiba matanya
terpandang ke arah pokok pisang yang tumbuh berdekatan dengan pangkin tempat dia
berehat. Seekor siput babi kelihatan sedang mengesot memanjat anak pokok pisang. Apabila
tiba di pertengahan pokok, siput babi itu tergelongsor ke bawah. Kemudian, siput babi itu cuba
memanjat pokok itu sekali lagi tetapi gagal. Setelah mencuba beberapa kali, siput babi itu
akhirnya berjaya juga sampai ke pucuk pokok pisang lalu memakan pucuk pisang tersebut.
Lahirlah perasaan insaf di hati Aiman setelah melihat kesungguhan siput babi itu.
“Aku berjanji tidak akan gagal lagi dalam ujian Matematik,” janji Aiman kepada dirinya.
Rentetan peristiwa itu, Aiman telah mengubah sikapnya. Aiman rajin menghadiri kelas
bimbingan pada sebelah petang. Aiman juga rajin membuat latihan Matematik. Dia berasa
gembira kerana kebelakangan ini prestasinya dalam ujian Matematik dan mata pelajaran lain
telah meningkat.
Tiga hari sebelum cuti akhir tahun, keputusan UPSR pun diumumkan. “Tahniah, Mohd
Aiman, kamu berjaya mendapat 5A!” ujar Cikgu Harun sambil menghulurkan slip keputusan
UPSR. Aiman bertuah kerana sedar sebelum terlambat. Bagi memperoleh sesuatu kejayaan,
seseorang itu perlu berusaha dengan gigih. Bak kata pepatah, “Jika tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya”.

Jadikanlah kegagalan semalam sebagai perintis kejayaan akan datang. Begitulah


penjelasan serba ringkas daripada Aiman apabila ditanya oleh kawan-kawannya.

36 Aiman dan kawan-kawannya berlari mengelilingi padang kerana


A mereka didenda oleh guru Matematik.

B mereka tidak menyiapkan kerja sekolah.

C mereka sedang menjalani latihan sukan.

D masa itu ialah waktu Pendidikan Jasmani.

14
37 Pernyataan yang berikut adalah benar tentang Aiman kecuali
A bijak dalam pelajaran.

B berubah sikap setelah didenda oleh gurunya.

C seorang murid yang keras hati dan sukar untuk berubah.

D mudah terasa apabila diejek oleh kawan-kawan sekelasnya.

38 Aiman insaf setelah dia

A didenda berlari mengeliling padang.

B diejek dan disindir oleh kawan-kawan sekelasnya.

C melihat kegigihan siput babi memanjat pokok pisang.

D dinasihati oleh ibu bapanya.

39 Yang berikut merupakan faktor yang membawa kejayaan kepada Aiman, kecuali

A culas.

B rajin.

C tekal.

D gigih.

40 Pepatah “jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya” sesuai digantikan
dengan

A harapkan pagar, pagar makan padi.

B enggang sama enggang, pipit sama pipit.

C belakang parang jika diasah lagikan tajam.

D kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

KERTAS SOALAN TAMAT

15

Anda mungkin juga menyukai