Anda di halaman 1dari 16

Nama : _______________________________ Kelas: ______

011
Bahasa Melayu
Oktober 2013
50 minit

011 – BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN


Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B,


C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.
Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang
disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang


telah dibuat. Kemudian, hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak dan 1 halaman kosong


Soalan 1 hingga 18
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “Saya harap ____________ dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan


tersebut dengan baik,” kata Cikgu Halimah kepada Guru Besar.
A kami
B kalian
C mereka
D kamu

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2 Rakyat Bentan berasa sedih apabila mengetahui Sultan Mansor sedang


____________ di istana.
A beradu
B gering
C masyghul
D bersemayam
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Ibu menyandar beberapa ____________ tikar di penjuru rumah.


A gelung
B gulung
C bidang
D keping

4 Amira menggantikan langsir yang sudah ____________ warnanya kerana sudah


tiga tahun tidak diganti.
A lama
B pudar
C buruk
D kusam

5 Azizi menghidap demam campak. _____________ dia tidak hadir ke sekolah


beberapa hari.
A Semenjak itu
B Di samping itu
C Oleh sebab itu
D Demikian juga
6 Murid-murid Tahun Lima Bestari ketawa _____________ apabila mendengar
cerita yang melucukan itu.
A berdekah-dekah
B berderai-derai
C tersipu-sipu
D terkial-kial

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7 Pak Mail sedang ____________ rumput yang panjang di belakang rumahnya.


A mengerat
B menebas
C memotong
D mencantas

8 Sesetengah murid tidak dapat mematuhi ____________ yang telah ditetapkan


oleh pihak sekolah.
A tatabahasa
B tatasusila
C tatacara
D tatatertib
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9 Pekerja ladang teh sedang ____________ bakul yang berisi daun teh.
A memikul
B menjinjing
C menggalas
D mengandar

10 Setiap pagi ayah makan beberapa ____________ roti dan dua ____________
kuih karipap sebelum ke pejabat.
A cebis ... biji
B buku ... butir
C keping ... butir
D keping ... biji

11 Lalang di tepi jalan raya ____________apabila ditiup angin.


A meliang-liuk
B berbuai-buai
C melambai-lambai
D bergoyang-goyang
Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12 Saudara pengantin perempuan sedang ____________ air mawar kepada


pasangan pengantin di atas pelamin.
A menjirus
B merenjis
C memercik
D menyiram

13 Harga tiga ____________ jagung bakar yang dijual di pasar tani itu adalah
RM4.50.
A biji
B batang
C tongkol
D tangkai

14 Kita perlu pandai berkomunikasi jika ingin menjadi seorang ____________.


A juruteknik
B juruhebah
C juruiring
D juruhias
15 Kaki pemain badminton yang terseliuh itu semakin ____________selepas diurut.
A membesar
B menegang
C mengembang
D membengkak

16 Layang-layang yang putus tali itu tersangkut _____________ wayar telefon.


A pada
B kepada
C ke
D di

17 Mak Cik Jah ialah _____________ kecil-kecilan di Pasar Awam Jitra sejak
beberapa tahun lalu lagi.
A meniaga
B berniaga
C peniaga
D perniagaan

18 Pihak polis ____________ gerak-geri lelaki yang membuang sisa toksik ke


dalam sungai.
A menjulur
B menjenguk
C menjengah
D mengintip
19 Mak Limah sedang mengangin padi untuk mendapatkan padi yang bernas
sahaja.
Pilih perkataan seerti bagi bernas.
A berisi
B bersih
C bernilai
D bermutu

20 Ahmad hanya menundukkan kepalanya apabila ditanya tentang kejadian


semalam.
Pilih perkataan berlawan bagi menundukkan.
A memalingkan
B mendongakkan
C mengganggukkan
D menggelengkan

Soalan 21 – 22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21 I Bangunan itu jatuh semasa berlakunya gempa bumi.


II Jambatan itu jatuh waktu banjir melanda kampung ini.
III Harga saham di BSKL jatuh dengan tiba-tiba.
IV Hari raya Aidilfitri jatuh pada 9 Ogos.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
22 I Inilah alamat tempat tinggal Yasin.
II Daud menyimpan batu geliga itu sebagai alamat.
III Bayi yang baru lahir itu mempunyai alamat pada bahunya.
IV Kalau langit mendung, alamat hari hendak hujan.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

23 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Mengapakah penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dapat membentuk disiplin


diri murid?
A Para murid dapat mencapai prestasi yang baik dalam pelajaran.
B Menghadiri aktiviti kokurikulum menyebabkan murid tiada masa untuk
beriadah.
C Aktiviti kokurikulum dapat melatih murid menggunakan masa dengan
berfaedah.
D Setiap murid dapat mengharumkan nama sekolah apabila menyertai
aktiviti yang ada.

24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Kutipan derma itu adalah untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir.


A Apakah tujuan kutipan derma itu dibuat?
B Siapakah yang akan menerima kutipan derma itu?
C Adakah kutipan derma itu akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa
banjir?
D Bagaimanakah kutipan derma itu akan diserahkan kepada mangsa-
mangsa banjir?
Soalan 25 dan 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25 Perlawanan bola sepak itu akan ditangguhkan pada minggu hadapan kerana
hujan lebat.
A Perlawanan bola sepak pada minggu hadapan akan ditangguhkan kerana
hujan lebat.
B Hujan lebat menyebabkan perlawanan bola sepak itu ditangguhkan pada
minggu hadapan.
C Hujan lebat pada minggu hadapan menyebabkan perlawanan bola sepak
ditangguhkan.
D Pada minggu hadapan, perlawanan bola sepak yang ditangguhkan akan
dilangsungkan walaupun hujan lebat.

26 “Azizah, tolong lipatkan baju-baju ini,” kata Puan Alina.


A Puan Alina dan Azizah melipat baju-baju itu.
B Puan Alina menolong melipat baju-baju Azizah .
C Puan Alina menyuruh Azizah melipat baju-baju itu.
D Puan Alina disuruh oleh Azizah melipat baju-baju itu.

Soalan 27 dan 28.


Pilih ayat yang betul.

27 A Banglo yang terletak di atas bukit itu tinggi nilainya.


B Perjalanan ke dusun datuk mengambil masa satu setengah jam.
C Di hujung minggu, kami selalu bergotong-royong mengemas rumah.
D Semua murid-murid diingatkan supaya belajar bersungguh-sungguh.
28 I Salim tergopoh-gapah ke sekolah sehingga terlupa memakai stoking.
II Beberapa helai kad manila digunakan untuk menyiapkan projek itu.
III Dia tersangat baik sekali sehingga semua orang suka padanya.
IV Indah nian pemandangan di tepi pantai pada waktu senja.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Soalan 29 dan 30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29 Noni berasa sedih apabila mengetahui dia bukan ____________ keluarga Datuk
Effendi.
A darah raja
B darah daging
C darah manis
D darah muda

30 Jangan jadi ____________ semasa kamu sampai di Kuala Lumpur nanti.


A seperti anjing menyalak bukit
B seperti kera mendapat bunga
C seperti rusa masuk kampung
D seperti ular kena palu
Soalan 31 hingga 35
Baca resipi di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

BERGEDEL SIJORI

Bahan-bahannya:
 400 gram ubi kentang
 Dua biji kuning telur
 70 gram mentega
 Satu sudu serbuk buah pala
 Garam dan lada sulah secukupnya

Cara membuatnya;

i. Basuh dan kupas kulit ubi kentang


ii. Masak kentang dalam air yang dicampur garam. Setelah ubi kentang
empuk, toskan.
iii. Lenyek ubi kentang dan kemudian letakkan di atas kuali leper.
iv. Masukkan kuning telur dan kacau hingga rata, campurkan sedikit garam,
serbuk lada sulah, mentega dan serbuk buah pala.
v. Bakar di atas dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit
mentega.
vi. Setelah masak, sapu dengan kuning telur dan hidangkan.

31 Ubi kentang perlu dimasak sehingga empuk untuk


A memudahkan kentang dilenyek.
B memudahkan proses membakar.
C menghilangkan bau busuk.
D mengelakkan rasa masin.
32 Bahan-bahan di bawah diperlukan untuk membuat Bergedel Sijori, kecuali
A garam.
B mentega.
C ubi kentang.
D buah pala.

33 Sekiranya 800 gram ubi kentang digunakan untuk membuat bergedel, berapa
bijikah kuning telur diperlukan?
A Dua
B Tiga
C Empat
D Lima

34 Perkataan empuk dalam resepi di atas bermaksud


A lelas
B lemau
C lemah
D lembut

35 Mengapakah dulang pembakar perlu disapu dengan sedikit mentega?


A Supaya bergedel tersebut tidak melekat pada dulang pembakar
B Untuk menambahkan kelazatan bergedel tersebut
C Untuk mencantikkan lagi bergedel tersebut
D Supaya bergedel tersebut cepat masak
Soalan 36 hingga 40
Baca catatan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

12 Mac 2013
Aku ke Pantai Puteri untuk mengambil angin setelah penat mengulang kaji pelajaran.
Tiba-tiba aku terpandang iklan tentang pertandingan bola sepak pantai. Aku meneliti
maklumat yang tertera. Pertandingan tersebut akan diadakan di Pantai Chenang. Aku
hanya mempunyai masa dua minggu sahaja lagi.

13 Mac 2013
Aku menghebahkan iklan itu kepada pasukan bola sepakku. Malangnya, Azmi menarik
diri atas kecederaan kakinya. Aku kehilangan benteng terakhir yang menjaga gawang
daripada dibolosi. Kini aku hanya ada lima pemain lagi. Azlan bersetuju untuk memikul
amanah menggantikan tempat Azmi. Zaini pula bertindak sebagai pemain penyerang.
Aku harus segera ke Balai Raya Kampung Kundur untuk mengisi borang penyertaan.

14 Mac 2013
Sementara menunggu hari pertandingan, kami berlatih di Pantai Kampung Kundur.
Setiap petang kami berlatih selama dua jam. Kami perlu mengekalkan tahap
kecergasan bagi menghadapi pihak lawan. Aku tidak sabar untuk memperagakan aksi
pada hari pertandingan. Aku berharap Azmi akan cepat sembuh dan dapat menyertai
pasukan kami. Kami ingin muncul sebagai juara.

36 Pertandingan bola sepak pantai akan berlangsung di


A Pantai Puteri.
B Pantai Chenang.
C Balai Raya Kampung Kundur.
D Pantai Kampung Kundur.
37 Siapakah penjaga gol utama pasukan penulis?
A Aku
B Azlan
C Zaini
D Azmi

38 Pertandingan bola sepak pantai dijangka berlangsung pada


A 22 Mac 2013.
B 24 Mac 2013.
C 26 Mac 2013.
D 28 Mac 2013.

39 Rangkai kata memperagakan aksi bermaksud


A mempamerkan bakat.
B mencungkil bakat.
C mengasah bakat.
D menguji bakat.

40 Berapakah jumlah pemain bola sepak pasukan penulis yang akan menyertai
pertandingan pada hari tersebut?
A Empat orang
B Lima orang
C Enam orang
D Tujuh orang

*** KERTAS SOALAN TAMAT ***

Anda mungkin juga menyukai