Anda di halaman 1dari 39

Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak.

Soalan 1 – 18
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Pada papan iklan itu tertulis “Belilah Sijil Simpanan Premium untuk Menjamin Masa
Depan ____________.”
A kamu
B kami
C anda
D awak

2 Faiz bercakap ______________ lantang dan penuh bersemangat _______________


mesyuarat agung semalam.
A hingga … dalam
B dengan … dalam
C hingga … di
D dengan … di

Soalan 3 dan 4 berdasarkan gambar di bawah.

3 Mira _________________ adunan yang telah siap dibancuh dengan senduk.


A menuang
B mencurah
C meletak
D menyenduk
4 Mira menggunakan ________________ yang diperbuat daripada tembaga.
A acuan
B talam
C periuk
D bekas

5 Danial terpesona melihat sepasang burung merak yang _____________ di Zoo Negara.
A lawa
B cantik
C anggun
D jelita

6 Pilih mana-mana yang awak suka ____________ awak ingin yang mahal ______________
yang murah.
A waima … ataupun
B biarpun … mahupun
C sungguhpun … namun
D bukan sahaja … malahan juga

7 Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya _________________ sauh yang berat itu
di muara sungai.
A menghulurkan
B melontarkan
C meletakkan
D melabuhkan

8 Anjing liar itu ______________________ seketul tulang yang dijumpai di belakang sebuah
gerai.
A memakan
B mencengkam
C menggonggong
D menyepit

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.


9 Pak Abu berdiri ______________ gerai duriannya sambil menunggu pelanggan tiba.
A di belakang
B di penjuru
` C di depan
D di tepi

10 Husna merupakan murid yang ____________________ dipanggil oleh guru untuk diuji.
A lima
B kelima
C berlima
D kelima-lima

11 “Bawalah bertenang dan _____________ menangis lagi,” kata ibu kepada Ani.
A usah
B sila
C harap
D tolong

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.


12 Pak Jamal memikul _______________ pisang yang baru ditebang di kebunnya.
A sebiji
B sesisir
C sesikat
D setandan

13 Haziqah membeli se______________ jagung bakar di pasar malam.


A tongkol
B batang
C ketul
D kaki

14 Kerja-kerja _____________ sungai itu sedang giat dijalankan oleh kontraktor itu.
A memperdalam
B mendalam
C mendalami
D memperdalamkan

15 Para pelajar Kolej MARA Seremban berasa sungguh megah apabila berjaya menawan
__________________ Gunung Kinabalu.
A penjuru
B puncak
C bawah
D sisi
16 Dahi Fikri kelihatan _____________ memikirkan masalah yang menimpa dirinya.
A bergaris-garis
B bergerak-gerak
C berkerut-kerut
D berdenyut-denyut

17 Novel “Seindah Sakura” yang saya baca _____________________ tebal tetapi


_________________ menarik jalan ceritanya.
A sekali … nian
B terlalu … amat
C paling … benar
D terlalu … betul

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18 Bahagian hadapan kereta itu __________________ kerana terlanggar sebatang pokok


kelapa.
A remuk
B kemik
C hancur
D lekuk

19 Cikgu Yanti menegur murid-murid yang berjalan __________________ menyebabkan


mereka lewat masuk ke kelas.
A bagai keli kena ketuk
B bagai itik pulang petang
C bagai disalak anjing bertuah
D bagai sibuta mendapat tongkat

20 Setelah masa semakin suntuk, barulah Izzati hendak mengulang kaji pelajaran.
Pilih perkataan seerti bagi suntuk.
A cepat
B pendek
C singkat
D perlahan

21 Jentera itu sedang menggali lubang untuk membuat longkang.


Pilih perkataan berlawan bagi menggali.
A mengaut
B mengorek
C menampal
D menimbus

Soalan 22 – 23
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

22 I Kereta Proton Preve itu adalah kereta abang.


II Pemuda kerdil itu ialah bapa saudara saya.
III Surat itu adalah untuk kakaknya di luar Negara.
IV Fakta yang dikemukakan Hafizi ialah tidak benar.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I, II dan IV

23 I Air bah itu paras pinggang saya.


II Ibu meletakkan periuk itu di atas paras kayu.
III Peragawati itu mempunyai paras rupa yang menawan.
IV Penghulu mempunyai paras yang tinggi dalam masyarakat.

A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV

24 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Mengapakah Nizam tidak datang untuk aktiviti kokurikulum semalam?


A Ya, Nizam tidak datang kerana demam.
B Nizam tidak datang kerana demam.
C Nizam kerap tidak datang ke sekolah.
D Sudah tiga hari Nizam tidak datang ke sekolah.

Soalan 25 berdasarkan gambar di bawah.

25 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

A Bilakan awak akan dibenarkan menyertai lawatan itu?


B Siapakah yang tidak membenarkan awak menyertai lawatan itu?
C Siapakan yang tidak membenarkan saya menyertai lawatan itu?
D Mengapakah ibu tidak membenarkan awak menyertai lawatan itu?
Soalan 26 – 27
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26 Kakak melarang Siti bermain di tepi kolam itu.


A “Siti, larang adik itu bermain di tepi kolam,” kata kakak.
B “Siti, bahaya bermain di tepi kolam,” jerit kakaknya.
C “Jangan bermain di tepi kolam,” jerit Siti kepada kakak.
D “Usah bermain di tepi kolam,” kata kakak kepada Siti.
27 Pasukan Harimau Muda memukau penonton dengan permainan yang menarik.
A Para penonton tertarik oleh permainan pasukan Harimau Muda.
B Permainan yang menarik oleh pasukan Harimau Muda memukau penonton.
C Pasukan Harimau Muda menarik penonton dengan permainan memukau.
D Permainan memukau pasukan Harimau Muda menarik penonton.

Soalan 28 – 30
Pilih ayat-ayat yang betul.

28 A Ah, kamu rupa-rupanya!


B Aduhai, sakitnya kakiku ini!
C Eh, bagaimana keadaannya!
D Wah, cantiknya burung merak itu!

29 I Kek coklat itu suka saya makan.


II Baju kurung itu dijahit kakaknya.
III Buku itu ibu susun di atas meja.
IV Tikar itu Mak Kiah anyam semalam.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

30 I Penghawa dingin di makmal komputer itu rosak.


II Dia lupa akan janji temunya dengan doktor pakar semalam.
III Pekerja pasar raya menyimpan daging itu di bilik dingin beku.
IV Afiqah mendapat hadiah sehelai mini telekung berwarna biru.
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

Soalan 31 – 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

9.00 pagi
Ayah dan Pak Ngah masih berada di sisi kawah di belakang rumah. Beberapa orang
jiran dan penduduk kampung turut berada di situ untuk sama-sama membantu. Ibu
dan kakak sibuk menyiapkan pelamin dan bilik pengantin. Aku dan Farid sedang
mencuba-cuba mikrofon yang disewa daripada Persatuan Belia Taman Setia.

9.45 pagi
Nasi minyak dan nasi putih serta lauk-pauk sudah siap dimasak. Lagu “Selamat
Pengantin Baru” mula berkumandang di udara. Ayah masuk ke rumah untuk menyalin
pakaiannya. Pak Ngah mengarahkan aku dan anaknya, Farid mengemaskan,
menyusun dan mengelap kerusi meja di khemah tetamu.

10.15 pagi
Sanak saudara terdekat mula tiba. Ada antara mereka yang membawa hadiah untuk
Abang Long. Pada masa yang sama, dua puluh orang anggota kumpulan kompang
Sri Cahaya tiba. Ketibaan mereka memang kami nanti-nantikan. Mereka bersedia
untuk menyambut rombongan pengantin.

11.30 pagi
Para tetamu sudah memenuhi keempat-empat buah khemah yang telah disediakan.
Ayah ke hulu dan ke hilir melayan saudara mara, sahabat handai dan para jemputan.
Ayah kelihatan agak kekok dan gementar. Aku, Farid dan beberapa orang saudaraku
yang lain sibuk menghidangkan makanan.

12.00 tengah hari


Rombongan pengantin perempuan tiba. Pasangan pengantin disambut dengan
paluan kompang dan aksi pencak silat turut mengalu-alukan ketibaan “Raja Sehari”
itu. Pasangan ini kemudiannya diiringi ke khemah untuk menikmati hidangan yang
disediakan.
31 Apakah yang mungkin dilakukan oleh ayah dan Pak Ngah pada pukul 9.00
pagi?
A Melayan tetamu
B Mendirikan khemah
C Memasak lauk pauk
D Mencuci pinggan mangkuk

32 Berpandukan petikan di atas, siapakah Farid?


A Adik penulis
B Abang penulis
C Kawan penulis
D Sepupu penulis

33 Di manakah majlis kenduri kahwin tersebut diadakan?


A Di rumah Pak Ngah
B Di rumah keluarga pengantin lelaki
C Di Taman Setia
D Di rumah keluarga pengantin perempuan

34 Perkataan kekok dalam petikan di atas bermaksud


A janggal
B malu
C segan
D risau

35 Yang berikut benar tentang petikan di atas, kecuali


A rombongan pengantin tiba pada pukul 12.00 tengah hari.
B hidangan lauk-pauk dimasak oleh ibu dan kakak penulis.
C para jemputan terdiri daripada saudara mara dan sahabat handai.
D majlis tersebut turut diserikan oleh pasukan kompang Sri Cahaya.

Soalan 36 – 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Cikgu Amir ketawa melihat hadiah yang diterima oleh Cikgu Izyan. Cikgu Izyan
tidak menghiraukan lalu mengambil sepucuk surat yang terjatuh di atas bingkai
gambar.

“Eh, tadi Cikgu Amir ketawa! Kenapa Cikgu Izyan menangis pula?” Cikgu Arifin
kehairanan lalu mencapai surat yang dibaca Cikgu Izyan. Cikgu Arifin yang selesai
membaca surat itu merenungi hadiah yang terletak bersebelahan dengan sehelai
tudung sutera. “Oh, inilah hadiah yang paling murni! Hadiah yang ikhlas dan jujur. Lebih
baik daripada hadiah yang mahal-mahal tu jika untuk bermuka-muka.”

Cikgu Halimah juga turut terharu apabila membaca surat itu. “Cikgu Izyan…,”
kata Guru Besar. “Terimalah hadiah yang ikhlas dan jujur daripada murid cikgu tu. Saya
rasa kita patut membantunya.”

“Khairul murid yang baik, cikgu. Saya pernah melawat rumahnya. Dia memang
miskin, tetapi ibunya sangat bertanggungjawab. Pakaian sekolahnya sentiasa bersih.
Ayahnya pula kurang sihat. Khairul tu, faham pula dengan keadaan hidupnya.
Sepulang dari sekolah, dia ke kebun yang sekangkang kera di belakang rumah”.

“Oh, kalau begitu dia patut mendapat bantuan dari sekolah kita!” kata Cikgu
Halimah. “Saya ingin jadikan dia anak angkat saya, cikgu.” Cikgu Halimah merenung
Cikgu Izyan sambil tersenyum. “Hm, memang baik begitu! Sempena Hari Guru pada
tahun ini sepatutnya ada sesuatu kebaikan yang kita lakukan,” syor Cikgu Halimah.

“Insya-Allah, cikgu. Kami juga akan menuruti jejak Cikgu Izyan,” ujar Cikgu Arifin.
“Cikgu Izyan, maafkan saya kerana menyinggung perasaan cikgu tadi,” kata Cikgu
Amir. Cikgu Izyan tersenyum sambil memandang terung dan kacang panjang yang
diterimanya.
Hari itu, Cikgu Izyan pulang dengan suatu tekad. Beliau akan membantu
persekolahan Khairul.
36 Apakah hadiah yang diberikan oleh Khairul kepada Cikgu Izyan?
A Bingkai gambar
B Tudung sutera
C Kad ucapan
D Terung dan kacang panjang

37 Mengapakah Cikgu Izyan menangis?


A Khairul menjadi anak angkat Cikgu Halimah
B Terharu menerima hadiah daripada Khairul
C Tersinggung dengan sikap Cikgu Arifin
D Gembira akan keprihatinan Guru Besar terhadap muridnya

38 Khairul dan keluarganya menampung hidup dengan


A bantuan daripada Guru Besar dan pihak sekolah
B bantuan daripada keluarga angkatnya
C pendapatan ibunya sebagai pencuci pakaian
D hasil bercucuk tanam

39 Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan di atas


A Ayah Khairul sedang sakit
B Cikgu Izyan pernah melawat rumah Khairul
C Guru Besar mengambil Khairul sebagai anak angkatnya
D Cikgu Amir memohon maaf daripada Cikgu Izyan

40 Maksud frasa suatu tekad dalam petikan ialah


A bercita-cita
B hanya satu keazaman
C berhasrat tinggi
D senang hati

KERTAS SOALAN TAMAT


*****************************************************************

Soalan BM Penulisan

NAMA TAHUN

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KAMPUNG TENGAH, KLUANG


_______________________________________________

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013


BAHASA MELAYU - PENULISAN 012
TAHUN ENAM
Mei
1 1/4 minit Satu jam lima belas minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi tiga Kod


bahagian iaitu BAHAGIAN A, BAHAGIAN
B, danBAHAGIAN C. Pemeriksa:

2. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga No.


Bahagian Markah
bahagian. Soalan

3. Bagi BAHAGIAN B, kamu boleh memilih A


sama ada menjawab Soalan 1,Soalan 2,
atau Soalan 3.

4. Jawapan hendaklah ditulis pada B


ruangan yang disediakan. Sekiranya
helaian kertas jawapan tidak mencukupi,
sila dapatkan kertas jawapan tambahan
daripada pengawas peperiksaan. Kertas
jawapan tambahan (jika ada) hendaklah
diikat dan dihantar bersama-sama buku C
soalan.

JUMLAH MARKAH

60

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.
Bahagian A
(Masa yang dicadangkan: 15 minit)
(10 markah)

Gambar di bawah menunjukkan suasana di taman rekreasi.


Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah.

Bahagian A
Bahagian B 10
(Masa yang dicadangkan: 40 minit)
(30 markah)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis karangan kamu yang panjangnya
tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Setelah selesai aktiviti kokurikulum, aku terus mencapai basikalku untuk


pulang. Sedang aku mengayuh basikal, tiba-tiba aku terdengar suara jeritan
orang meminta tolong. Aku segera …
Mulakan cerita kamu dengan:
Aku segera …
ATAU
2. Kamu telah menyertai lawatan sambil belajar ke tempat menarik yang dianjurkan oleh
sekolah kamu. Kamu diminta menulis laporan mengenai lawatan tersebut.
Tulis laporan kamu selengkapnya.

ATAU

3. Kamu dan keluarga telah berkelah pada cuti hujung minggu yang lalu. Ceritakan
pengalaman kamu berkelah bersama keluarga.
Tulis karangan kamu selengkapnya.

Bahagian B

No. soalan:
30

Bahagian C
(Masa dicadangkan: 20 minit)
(20 markah)

Tulis lima nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ahad, 4 September

6.00 pagi
Faiz bangun awal pagi. Selesai mengemas tempat tidur, dia membersihkan diri.
Kemudian, dia bersembahyang dan berdoa agar diberi ketenangan ketika menjawab
soalan peperiksaan pada keesokan harinya.

7.00 pagi
Faiz meneliti jadual peperiksaan UPSR yang akan bermula esok. Dia mula menyusun
jadual untuk membuat ulang kaji. Nota-nota ringkas yang telah disediakan
dikumpulkan untuk memudahkannya mengulang kaji pelajaran.

4.00 petang
Faiz bersama-sama ayahnya ke sebatang sungai untuk memancing. Faiz berasa
begitu tenang dan terhibur. Fikirannya menjadi lapang.

8.00 malam
Selepas makan, Faiz menyusun dan memasukkan alat tulis ke dalam beg sekolahnya.
Setelah selesai membuat persediaan, Faiz bersalaman dengan ibu dan ayah sebelum
masuk tidur. Ibu bapa Faiz mendoakan agar Faiz dapat menjawab soalan peperiksaan
pada esok hari dengan sebaik-baiknya.

Bahagian C
KERTAS SOALAN TAMAT
20

Selamat Mencuba. Semoga Berjaya


Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa merupakan jenis peribahasa yang paling mudah dan ringkas.
Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata.
Simpulan bahasa dan maksudnya
A
ada angin berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika

ada hati mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu

air muka rupa atau wajah seseorang

ajak-ajak tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang


ayam

ada bakat mempunyai tokoh atau perwatakan

alas perut makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang
mengenyangkan

anak angkat anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri

anak bapa anak yang disayangi oleh bapa

anak buah orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara

anak emas anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya

angkat kaki meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab

atas angin negara-negara di sebelah barat

atas pagar tidak menyebelahi mana-mana pihak

ayam orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan


tambatan
B
bahasa pasar bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya

banyak mulut orang yang banyak bercakap

batu api orang yang suka menghasut

batu loncatan sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati

bau-bau bacang tali persaudaraan yang jauh

bawah angin negara-negara di sebelah timur

bahasa pasar bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya

banyak mulut orang yang banyak bercakap

batu api orang yang suka menghasut

batu loncatan sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati

bau-bau bacang tali persaudaraan yang jauh

bawah angin negara-negara di sebelah timur

bekas tangan hasil kerja tangan seseorang

beralih akal berubah fikiran atau pendapat

beralih angin pergi ke sesuatu tempat untuk berehat

bertikam lidah bertengkar; berdebat

besar hati bergembira atau berbangga akan sesuatu


besar kepala degil; sukar menerima pandangan orang lain

buah hati orang yang dikasihi atau dipuja

buah mulut sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai

bush tangan hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang

bulat hati bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad

buruk siku mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain

buta hati tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam

berat hati enggan; malas

berat mulut pendiam atau tidak suka bercakap banyak

berat tulang orang yang malas bekerja

berat sebelah tidak berlaku adil

berbelah bagi sukar untuk membuat keputusan

berhati batu degil dan sukar menerima nasihat

berhutang budi patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga

bermuka dua tidak jujur

C
cepat tangan suka mencuri

cahaya mata anak

cakar ayam ulisan yang buruk

campur tangan turut serta atau mencampuri urusan orang lain

cari jalan berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu

D
dalam tangan Sudah pasti akan diperoleh

darah daging anak kandung

durian runtuh keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka

G
gigit bibir berasa marah

gigit jari berasa kecewa atau hampa


gigit lidah tidak malu / tidak menghiraukan kecaman orang

gila judi suka judi

goyang kaki bersenang-senang tanpa perlu bekerja

gulung lengan baju bersedia untuk melakukan sesuatu kerja

gulung tikar menutup perniagaan kerana mengalami kerugian

gaji buta mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh

gatal mulut gemar bercerity tentang keburukan orang lain

gatal tangan gemar melakukan perkara yang bukan-bukan

gelap mata hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta

geli hati rasa hendak tertawa

H
habis akal (mati akal) bingung dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi

hangat-hangat tahi ayam tidak bersungguh-sungguh melakukan sesuatu

harga diri maruah atau kehormatan seseorang

harga mati (harga tetap) harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi

harga pokok harga asal sesuatu barangan

hati ayam penakut atau pengecut

hati batu degil atau keras hati


hati budi sifat atau perangai

hati busuk jahat dan dengki

hati jernih ikhlas

hati perut bertimbang rasa

hidung tinggi sombong atau tinggi diri

hilang akal tidak tahu apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri; pengsan; gila

I
ikat perut menahan lapar kerana berjimat

ikut angin mengikut pendapat orang ramai

ikut hati menurut kehendak hati

iri hati menyimpan perasaan dengki atau cemburu

isi dada perasaan dalam hati; kepandaian/ ilmu yang dimiliki

isi hati perasaan dalam hati

J
jaga diri memelihara tingkah laku dan adab sopan

jaga hati memelihara perasaan seseorang

jalan buntu tidak ada jalan penyelesaian

jalan keluar penyelesaian untuk sesuatu masalah


jalan tengah tidak memihak kepada sesiapa

jatuh air muka mendapat malu

jatuh hati suka/cinta akan seseorang

jatuh sakit tidak sihat/sering uzur/sakit

jauh hati merajuk

jejak langkah mencontoh perbuatan orang yang terdahulu

jiwa besar bercita-cita tinggi & berusaha untuk merealisasikan cita-citanya itu

jiwa hamba tidak yakin akan diri sendiri / tidak bercita-cita tinggi

jolok hati meninjau fikiran

jual mahal tidak mudah/tidak segera menerima atau menyetujui sesuatu

jual murah mudah/lekas menerima atau menyetujui sesuatu

K
kacang hantu orang yang jahat/nakal dan suka mengganggu orang lain

kaki ayam tidak berkasut atau berselipar

kaki bangku tidak berkebolehan bermain sebarang jenis permainan padang

kaki botol gemar/kuat minum minuman keras

kecil hati berasa tersinggung atau merajuk

kepala angin perangai yang tidak menentu


kepala batu degil dan tidak mendengar nasihat

kepala udang bodoh/dungu

kera sumbang orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain

khabar angin berita yang belum tentu benarnya

L
langkah kanan bernasib baik

langkah seribu cepat-cepat lari kerana ketakutan

lidah bercabang kata-kata yang tidak dapat dipercayai/selalu berubah-ubah

lipas kudung cepat membuat kerja

lintah darat mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan

M
makan angin bersiar-siar untuk berehat

makan suap menerima rasuah

malu-malu kucing berpura-pura malu di hadapan orang

mandi penuh bekerja kuat

mati katak mati dengan sia-sia

membabi buta melakukan sesuatu tanpa berfikir

membawa diri tahu menjaga diri


membuat jalan memberi laluan kepada orang lain

membuka tembelang menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain

memeras otak terlalu kuat berfikir atau belajar

menarik diri tidak turut serta; meletak jawatan

mencari jalan berusaha untuk melakukan sesuatu

mencuci mata gembira memperhatikan sesuatu yang indah

mencuit hati lucu; menggelikan hati

mengabui mata cuba memperdaya; menipu

Mengadu domba memperlagakan seseorang untuk memecah-belahkan persahabatan dan sebagainya.

mengambil angin bersiar-siar untuk berehat

mengambil berat memberi sepenuh perhatian

mengambil hati dapat memikat atau mempengaruhi

mengasah bakat latihan untuk mengembangkan bakat

muka tembok tidak berasa malu

mulut murai kuat bercakap atau berbuat bising

mulut tempayan tidak dapat menyimpan rahsia

murah hati suka menderma; tidak kedekut; pengasih

murah rezeki banyak mendapat rezeki


musang berbulu ayam orang jahat menyamar sebagai orang baik

makan budi menerima kebaikan orang lain

makan dalam pendiam tetapi banyak berfikir

Makan gaji bekerja dengan pihak lain untuk memperoleh upah

makan garam orang yang telah lama hidup dan banyak pengalamannya

mandi kerbau mandi dengan tidak membersihkan badan

Mandi peluh dibasahi oleh peluh

Perumpamaan
Perumpamaan merupakan jenis peribahasa yang maknanya tersirat di sebalik susunan
kata-kata yang membentuk perumpamaan itu. Biasanya kata-kata bagai, ibarat,
laksana, seperti, dan umpama terkandung dalam perumpamaan.

Perumpamaan dan maksudnya

Perumpamaan Maksud
Bagai aur dengan tebing tolong-menolong antara satu dengan yang lain
Bagai bunyi cempedak jatuh bunyi jatuh yang kuat
Bagai bulan dipagari bintang kecantikan gadis yang tiada bandingannya
Bagai diiris dengan sembilu perasaan yang sangat pedih
Bagai duri dalam daging sesuatu hal yang tidak menyenangkan
Bagai enau dalam belukar hanya mementingkan diri sendiri
melepaskan pucuk masing-masing
Bagai itik pulang petang berjalan lambat sekali
Bagai isi dengan kuku persahabatan yang sangat erat
Bagai kacang melupakan kulit orang yang tidak tahu mengenang budi
Bagai kumbang putus tali amat cepat; terlepas daripada sengsara
Bagai melepaskan batuk di tangga membuat sesuatu kerja sambil lewa saja
Bagai menatang minyak yang penuh mendidik anak dengan penuh belaian kasih
sayang
Bagai mencencang air membuat pekerjaan yang sia-sia
Bagai mural tercabut ekor seseorang yang becok mulutnya
Bagai si kudung mendapat cincin orang yang tidak dapat merasai nikmat atau
menggunakan kemudahan yang diperoleh
Bagai pinang dibelah dua/ Seperti pasangan yang sama padan dan sama cantik
cincin dengan permata
Bagai tikus membaiki labu merosakkan lagi barang yang dibaikinya
Seperti abu di atas tunggul/ Seperti kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin
telur di hujung tanduk
Seperd anak ayam kehilangan ibu berpecah dan hilang tempat bergantung
Seperti anjing dengan kucing adik-beradik yang suka bergaduh
Seperti anjing dengan bayang- orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa
bayang yang ada
Seperti api dalam sekam dendam; perbuatan jahat yang tersembunyi
Seperti ayam berak kapur muka pucat dan tidak bermaya
Seperti bertih digoreng bunyi bising atau percakapan yang tidak
berhenti-henti
Seperti cacing kepanasan tidak diam atau tenang; selalu gelisah
Seperti embun di hujung rumput kasih sayang yang tidak berkekalan
Seperti gergaji dua mata/ Seperti seseorang yang mengambil kesempatan
talam dua muka daripada pertelingkahan antara dua pihak
Seperti harimau menyembunyikan menyembunyikan kelebihan yang ada pada
kukunya dirinya
Seperti hujan jatuh ke pasir/ Seperti memberi nasihat kepada orang tetapi tidak
mencurahkan air ke daun keladi berkesan
Seperti katak di bawah tempurung orang yang cetek pengetahuannya mengenai
hal dunia luar
Seperti kera kena belacan tidak suka duduk diam
Seperti kera mendapat bunga seseorang yang tidak tahu menghargai
pemberian orang lain
Seperti kerbau dicucuk hidung seseorang yang lurus; menurut segala perintah
orang lain tanpa usul periksa
Seperti langit dengan bumi perbezaan yang amat ketara
Seperti mengajar itik berenang mengajar seseorang yang arif atau pandai
daripada kita
Seperti pahat dengan penukul orang yang hanya bekerja apabila diperintah
Seperti pungguk rindu akan bulan mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin
diperoleh
Seperti rusa masuk ke kampung berasa hairan dan tercengang-cenggang
apabila berada di tempat yang baru
Seperti tikus jatuh di beras memperoleh kekayaan yang tidak disangka-
sangka
Seperti ular kena palu jalan atau barisan yang bengkang-bengkok

Anda mungkin juga menyukai