Anda di halaman 1dari 7

SOALAN BAHASA MELAYU PERALIHAN

Pilih jawapan yang betul.

1. Berikut adalah Kata Nama Khas kecuali ________ .

A Hospital Columbia
B Sekolah Rendah Jalan Timur
C Restoran Kapal Pecah
D pasar tani

2. Berikut merupakan Kata Nama Am _________.

A Haikal
B Butik Agsana
C sekolah
D Pen Stabilo.

3. _________ Perdana Menteri Malaysia?

A Siapakah
B Apakah
C Diakah
D Berapakah

4. ______ harga basikal itu ?

A Bagaimanakah
B Bilakah
C Berapakah
D Mengapakah

5. Muthusamy, Chong Hang, Haikal

Perkataan di atas merupakan golongan kata______

A Kata kerja
B Kata nama
C Kata sendi
D Kata adjektif
6. cantik, busuk, panjang

Perkataan di atas merupakan golongan kata _______

A Kata kerja
B Kata nama
C Kata sendi
D Kata adjektif

7. Saya, beta, aku

Perkataan di atas merupakan golongan kata _____

A Kata ganti nama pertama


B Kata ganti nama kedua
C Kata ganti nama ketiga
D Kata ganti nama tunjuk

8. Yang manakah merupakan ejaan yang betul bagi gambar di bawah :  

A raya jalan
B rayajalan
C jalan raya
D jalanraya

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

9. Borang penyertaan pertandingan melukis hendaklah dihantar _______ kepada


guru kelas.

A pantas
B segera
C lambat
D laju

10. Puan Chong ialah Guru Besar sekolah saya. _________ seorang yang gigih dah
baik hati.
A Saudara
B Tuanku
C Beliau
D Dia

11. Emak memasukkan ______ garam ke dalam masakkannya.

A sesudu
B secupuk
C sebutir
D secubit

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Seorang pelanggan pasar raya sedang menggunakan _________ setelah


keletihan membelih-belah.

A kerusi urut
B kerusi roda
C kerusi rehat
D kerusi malas

13. Asam jawa biasanya digunakan untuk menghilangkan bau _______ ikan air
tawar.

A busuk
B hanyir
C hangit
D masin

14. Nenek ______ kuih pau di dalam sebuah periuk pengukus.

A menjerang
B menanak
C mengukus
D menggoreng

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.


15. Bumi yang berbentuk _______ membolehkan serombong kapal kelihatan
terlebih dahulu apabila kita melihat dari tepi pantai.

A bulat
B sfera
C segi empat
D segi tiga

Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

16. Adik tidur _______ di atas sofa kerana keletihan bermain di padang.

A tertiarap
B tersandar
C terkapar
D terlentang

17. Amin berasa _______ apabila melalui lorong yang gelap itu.

A haru
B sayu
C gerun
D cemas

18. “______ berasa sedih kerana tidak boleh pulang ke rumah nenek,’’ kata
pasangan kembar itu kepada rakan mereka.

A Saya
B Kita
C Awak
D Kami

Soalan 19 dan 20.

Pilih ayat yang betul.

19. I Murid-murid meminjam buku pada waktu rehat.


II Banyak buku-buku tersusun dengan rapi di atas rak.
III Ah Heng Mendapat markah yang terpaling tinggi sekali.
IV Perpustakaan dibuka dari pukul 8.00 pagi hingg 1.00 petang.

A I dan IV
B I dan III
C II dan III
D I, II dan III

20. Pilih ayat yang betul.

A Ah, kamu rupa-rupanya yang mencuri pensel saya.


B Aduhai, sakitnya kakiku ini !
C Wah, cantiknya buruk merak itu !
D Cis, jangan makan biskut itu.

21. Avinasha kelihatan _______________ berbaju tradisional kaum India.

A langsing
B kacak
C cantik
D lemah

22. Telefon pintar itu baru sahaja _______________ oleh King Han.

A dicari
B dibeli
C dibasuh
D ditulis

23. Abang Zaki mengambil gambar kami _______________ menggunakan kamera


Nixon.

A di
B pada
C dengan
D kepada
24. Pilih jawapan yang tepat.

A Ramai peserta-peserta sedang berkumpul sebelum majlis itu bermula.


B Annisa dan Sim Pau sedang bermain manakala di taman.
C Sayur-mayur itu masam rasanya.
D Riana sedang menghiris bawang dengan menggunakan sebilah pisau
yang tajam.

25. Penduduk kampung menyambut kedatangan rombongan pelancong dari Korea


itu dengan  ____________.

A bekas tangan
B tangan terbuka
C buah tangan
D panjang tangan

26. Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar yang diberi.

A seperti rusa masuk kampung


B malu bertanya sesat jalan
C ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
D yang baik dipakai, yang buruk dibuang

Soalan 27 hingga 30 berdasarkan petikan di bawah.

Hari ini ibu Nadira akan mengadakan majlis sambutan hari lahirnya. Nadira telah menjemput
rakan-rakannya ke majlis tersebut. Sebelum itu, Nadira membantu ibunya menghias rumah.
Rakan-rakan Nadira yang terdiri daripada pelbagai bangsa datang dengan membawa
hadiah. Mereka disambut dengan mesra oleh Nadira sekeluarga. Mereka dijamu dengan
pelbagai juadah yang enak. Rakan-rakannya makan dengan sopan dan tertib serta tidak
berebut-rebut.

Setelah selesai menjamu selera, Nadira mengajak rakannya ke biliknya. Mereka kagum
melihat keadaan bilik Nadira yang kemas dan teratur. Nadira memberitahu bahawa dia sendiri
yang mengemas biliknya.
27. Siapakah yang menyambut hari lahirnya?

A Nadira
B Jiran Nadira
C Ibu Nadira
D Rakan Nadira

28. Selepas menjamu selera, Nadira mengajak rakannya ke...

A kedai membeli gula-gula dan buah limau.


B taman permainan.
C rumah rakannya.
D biliknya

29. Apakah sikap yang ada pada Nadira?

A Rajin
B Kedekut
C Garang
D Suka menunjuk-nunjuk

30. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A Nadira mengemas biliknya sendiri.


B Rakan-rakannya makan dengan gelojoh.
C Rakan Nadira menjemputnya ke majlis hari lahir.
D Rakan Nadira menghadiahkannya gula-gula dan buah limau.

Anda mungkin juga menyukai