Anda di halaman 1dari 5

BAHAGIAN A

[20 markah]
Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. "Biarlah __________ sahaja yang menyelesaikan masalah itu. Jangan terlalu berharap
kepada Tok Penghulu kerana __________ agak sibuk," kata Reza dan Kiman.
A kami ... beliau C mereka ... kamu
B saya ... kalian D kita ... dia

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2.

Ayah sedang __________ rumput di halaman rumah yang sudah panjang itu.
A mengerat C menyabit
B menebang D mencantas

3. Mak Seha terpaksa duduk ____________ ketika makan kerana kakinya tidak dapat
dibengkokkan.
A bersantai C berlunjur
B bersimpuh D berbongkok

4. Seni ukiran yang dibuat oleh lelaki cacat itu amat __________ dan sentiasa mendapat
pujian orang ramai yang mengunjungi bengkelnya.
A halus C licin
B tajam D lembut

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

1
5. Pak Andak berdiri sambil memegang __________ yang berisi wang.
A deduit C kekandi
B beberat D tetebeng

6. Semenjak pergaduhan itu, Azura dan Hafisah tidak __________ .


A bertegur sapa C bersoal jawab
B beramah mesra D bertolak ansur

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7. Pemidato kedua membacakan dua __________ pantun lama bagi mengakhiri


__________ dalam pertandingan bahas peringkat daerah itu.
A baris ... olahan C patah ... kupasan
B kerat ... ulasan D rangkap ... hujahan

8. Kakak menasihati adik ___________ belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.


A supaya C kerana
B hingga D manakala

9. Pihak berkuasa _____________ kegiataan jual beli barangan kawalan dari semasa ke
semasa.
A mengawal C melihat
B memantau D menyelidik

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

2
10. Badri menjolok __________ kelapa di kebunnya menggunakan __________ buluh.
A sebiji ... seruas C setandan ... sebatang
B sebutir ... sebilah D segugus ... sepuntung

11. Beberapa _____________ buah mangga yang dibelinya di pasar raya itu rosak dan
busuk.
A pasang C butir
B biji D gugus

12. Apabila ada masa lapang kita akan berbincang lagi tentang projek itu.
Pilih perkataan seerti bagi lapang.
A senggang C rehat
B kosong D cuti

13. Kehidupan Pak Uda sentiasa terasing dalam masyarakat kampungnya.


Pilih perkataan berlawan bagi terasing.

A bermastautin C menyeluruh
B bercampur D melepak

14. Naim segera __________ setelah menyedari kehadiran Sukiman yang selalu
membulinya.
A angkat diri C angkat kaki
B angkat bakul D angkat muka

15. Sejak kecil lagi mereka seperti _______________ kerana setiap kali berjumpa mereka
pasti bergaduh.
A gergaji dua mata C kacang lupakan kulit
B anjing dengan kucing D kumbang putus tali

16. Omar menggunakan wang yang diberikan oleh ayah ______________


membeli sebuah kamus.
A untuk C lalu
B agar D demi

3
Soalan 17 hingga Soalan 20
Baca catatan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.

Isnin, 30 Disember 2014


5.30 petang - Aku di bawa ke hospital oleh Cikgu Sazali dan terus ke bilik kecemasan
Terlantar kesakitan. Aku diperiksa oleh doktor yang bertugas. Aku berasa
5.45 petang - sedih kerana tidak dbenarkan pulang
”Berlatih lompat jauh, ya?” Doktor Raja bertanya. Aku mengangguk
6.15 petang - sahaja. Hidungku dicuci. Aku berasa sakit, namun kutahankan juga
Kakiku dix-ray. Lega rasanya kerana kakiku tidak patah. Ibu dan ayahku
datang. Aku berasa gembira.
7.00 malam -
Aku dibawa ke wad kanak-kanak oleh jururawat yang bertugas.
Sebelum tidur, aku diberikan ubat.
7.30 malam -

8.00 malam -
Selasa, 31 Disember 2014
8.30 pagi - Hidungku diperiksa lagi. Sejenis ubat dititikkan ke dalam hidung.
Hidungku berasa sungguh pedih.
10.00 pagi - Ibu dan ayah datang. Aku berasa gembira kerana dibenarkan pulang pada
pagi ini.
11.00 pagi - Ibu ke kaunter farmasi. Ayah membuat bayaran di kanunter pembayaran.
Aku sampai di rumah. Seronok rasanya dapat menyambut Tahun Baharu
11.15 pagi - bersama keluarga.

17. Pernyataan di bawah menyebabkan penulis gembira, kecuali


A akan menyambut Tahun Baharu
B Hidung penulis telah sembuh
C Ibu bapa penulis datang melawat di wad hospital
D Penulis bermalam di wad kanak-kanak di hospital

4
18. Penulis tidak mungkin berumur __________
A 7 tahun 7 bulan
B 10 tahun 9 bulan
C 11 tahun 11 bulan
D 15 tahun 1 bulan

19. Mengapakah kaki penulis dix-ray ?


A Dikhuatiri otot kejang
B Dikhuatiri tulang patah
C Dikhuatiri urat bengkak
D Dikhuatiri terseliuh

20. Apakah yang akan diberikan oleh jururarawat di kaunter farmasi kepada ibu ?
A Kapas dan ubat titik
B Ubat batuk dan ubat demam
C Ubat titik dan ubat batuk
D Pembalut luka dan kapas

20

Anda mungkin juga menyukai