Anda di halaman 1dari 10

SULIT

BAHAGIAN A

[20 markah]

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A,B,C dan D. Bagi setiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan
pada kertas jawapan

Soalan 1 hingga 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai

1 “Tolong belikan _______________ sebuku roti dan dua kotak susu segar,” kata Yusof
dan Asyraf kepada Rayyan.
A kita
B kami
C saya
D mereka

2 “________________ dan sahabat yang lain rela berkorban demi kedaulatan negeri
Melaka,” sembah Hang Tuah kepada Sultan Mansur Shah.
A Beta
B Patik
C Tuanku
D Tuan hamba

3 Puteri dan keluarganya akan ________________ ke rumah baharu minggu hadapan.


A berpindah
B dipindahkan
C memindahkan
D memperpindah

4 Badan abang berasa _____________ sakit setelah terjatuh dari motosikal pada petang
semalam.
A betul
B amat
C benar
D sekali

5 ___________ menggunakan mesin daftar tunai untuk menerima bayaran daripada


pelanggan yang datang ke kedai itu.
A Jurutera
B Jururawat
C Juruwang
D Juruacara

1
SULIT

6 Lelaki kurang siuman yang bersuara____________ itu memang amat ditakuti oleh
kanak-kanak.
A lunak
B garau
C gagah
D garang

7 “Walaupun buku itu sangat ___________ tetapi isinya kurang padat,” kata Lechumy
kepada Izzatul.
A tebal
B kusam
C usang
D panjang

8 Afdal memang _________ kerana dia sangat disayangi oleh kedua-dua ibu bapanya.
A anak emas
B anak angkat
C anak pungut
D anak tunggal

9 Puan Hasnah mengutip baju-baju kotor itu________ memasukkannya ke dalam mesin


basuh.

A lalu
B atau
C serta
D untuk
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10 Pada zaman __________ , kehidupan manusia sangat bergantung pada alam sekitar.
A prakata
B prasekolah
C prasejarah
D prauniversiti
11 Rumah saya menjadi _____________ semalam kerana bekalan elektrik terputus.
A kelam-kabut
B gelap-gelita
C samar-samar
D hitam-legam

2
SULIT

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12 Rambut pengemis itu ___________ dan badannya berbau busuk.


A kusut-masai
B koyak-rabak
C lintang-pukang
D compang-camping

13. Hubungan Syahir dengan Hazim memang akrab sejak kecil lagi.
Pilih perkataan sinonim bagi perkataan bergaris

A elok
B baik
C bagus
D rapat
14 Balai raya itu dibina oleh penduduk kampung .
Pilih perkataan antonim bagi perkataan bergaris.

A dibiarkan
B dijatuhkan
C dirosakkan
D dirobohkan

15. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
“ Terima kasih kerana menolong saya," kata Mak Limah kepada Puan Suraya.
A Mak Limah dan Puan Suraya mengucapkan terima kasih kepada saya.
B Mak Limah berterima kasih kepada Puan Suraya kerana menolong saya.
C Puan Suraya mengucapkan terima kasih kepada Mak Limah kerana
menolongnya.
D Mak Limah mengucapkan terima kasih kepada Puan Suraya atas
pertolongannya.

16. Pilih ayat yang betul.

A Ah, kakiku terpijak kaca!


B Oh, kamu rupanya di sini!
C Wah, terimalah tumbukanku ini!
D Hai, barulah aku sedar akan segala kesilapanku ini!

3
SULIT

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan dengan teliti dan jawab soala-soalan yang diberi.

Hari ini ialah 31 Ogos. Awal pagi lagi, saya sekeluarga sudah bersiap kerana teruja mahu
menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan yang gilang-gemilang di Dataran Merdeka.
Sewaktu kami tiba, orang ramai sudah memenuhi tempat duduk. Pemimpin-pemimpin
negara yang tiba disambut dengan alunan muzik yang dimainkan oleh kumpulan
pancaragam.
Upacara bermula dengan ucapan daripada Perdana Menteri. Kemudian, upacara
perbarisan bermula. Acara ini disertai oleh pasukan berpakaian seragam seperti polis,
tentera, kadet dan sebagainya. Selepas itu, acara perarakan kereta berhias bermula.
Acara terakhir pada hari itu ialah persembahan tarian tradisional oleh beratus-
ratus orang pelajar. Pelbagai jenis tarian tradisional masyarakat Malaysia
dipersembahkan. Acara ini sangat menarik perhatian para penonton.
Kami berpuas hati dengan persembahan pada hari ini. Selain itu, kami berasa
bangga kerana tinggal di sebuah negara yang merdeka. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

17. Sambutan Hari Kemerdekaan diadakan pada _________

A 30 Ogos
B 31 Ogos
C 1 September
D 2 September

18. Bagaimanakah ketibaan pemimpin-pemimpin negara disambut apabila tiba di


Dataran Merdeka?

A Upacara bermula
B Alunan muzik dimainkan oleh kumpulan muzik
C Alunan muzik dimainkan oleh kumpulan pancaragam
D Orang ramai sudah memenuhi tempat duduk

19. Siapakah yang memulakan ucapan pada hari tersebut ?

A Polis
B Guru Besar
C Menteri Besar
D Perdana Menteri

20. Perkataan gilang-gemilang dalam petikan bermaksud ______

A indah
B cantik
C meriah
D gembira

4
SULIT

BAHAGIAN B
[30 markah]
Soalan 21

a. Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam
petikan yang diberikan.

sehelai sepotong sekeping sebuah

butir sebidang biji secubit

Pada hujung minggu yang lepas, ibu bapa Husna mengadakan Hari Keluarga. Ibu Husna

menyusun beberapa __________ gelas di atas _____________ dulang lalu diletakkan di

atas meja. Kakak Husna, Qasrena pula mengelap pinggan-pinggan yang telah dicuci dengan

____________ tuala bersih. Setelah selesai menghidangkan makanan, mereka pun

menjemput sanak saudara menikmati juadah. Husna mengambil _____________ betik lalu

menghulurkannya kepada Mak Long. Mereka menjamu selera dengan gembira.

(4 markah)

b. Tandakan ( √ ) bagi kata perintah yang betul bagi mengisi tempat kosong dalam ayat-
ayat di bawah.

i. _____________ datang ke majlis rumah terbuka di rumah saya esok.

Tolong Jemput Minta

ii. ______________ berebut-rebut ketika membeli makanan di kantin.

Usah Sila Harap

(2 markah)

5
SULIT

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya :
________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

Jawapan : Kebaikan amalan menabung ialah dapat memupuk sikap berjimat-cermat.


( 2 markah )

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Hana, ibu mahu kamu memotong


Ibu
sayur itu dengan berhati-hati.

Hanaa

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

( 2 markah )

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

6
SULIT

( 2 markah )

Soalan 23
Baca perbualan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Amar : Selamat petang, Tok Wan. Apa Tok Wan buat itu?
Tok Wan : Oh, Amar! Selamat petang. Tok sedang membaja anak-anak pokok cili dan
pokok bunga ini.
Amar : Saya lihat tanaman Tok Wan subur-subur belaka. Apakah faedah yang boleh
kita dapat dengan berkebun, tok?
Tok Wan : Dengan berkebun, badan kita akan menjadi sihat kerana dapat mengeluarkan
peluh. Kita juga dapat berjimat- cermat kerana tidak perlu membeli cili di
pasar.
Amar : Oh, begitu! Saya juga terasa mahu berkebun.
Tok Wan : Bagus, Amar. Berkebun juga dapat memupuk sikap cinta akan alam sekitar.
Amar : Berkebun memang baik. Kalau begitu, saya minta diri dahulu. Saya hendak
mengajak ayah saya membeli benih pokok. Jumpa lagi, tok.
Tok Wan : Baiklah. Selamat jalan.

a. Apakah yang sedang dilakukan oleh Tok Wan?

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

(2 markah)

b. Tuliskan BETUL bagi penyataan yang betul dan SALAH bagi penyataan yang
salah berdasarkan petikan.
Pernyataan BETUL / SALAH
Dapat berjimat cermat BETUL
Mendapat pendapatan yang lumayan
Badan kita akan menjadi lebih sihat
Dapat memupuk sikap cinta akan alam sekitar
(3 markah)

c. Perkataan berkebun dalam petikan bermaksud _____________________________


7
SULIT

(1 markah)

Soalan 24

Baca iklan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU PERINGKAT SEKOLAH

Anjuran : Panitia Bahasa Melayu SK Pantai Permai

Matlamat : * Mencungkil bakat murid dalam pengetahuan dan kemahiran


berbahasa

* Menanamkan rasa cinta murid terhadap bahasa rasmi negara

Tarikh : 20 Februari 2020

Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari

Tempat : Dewan Ibnu Sina

a. Pertandingan mendeklamasikan sajak ini dianjurkan oleh _________________________

________________________________________________________________

( 1 markah )

b. Selain mencungkil bakat murid dalam pengetahuan dan kemahiran berbahasa, apakah
tujuan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu?
________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

( 2 markah )
c. Adakah kamu ingin menyertai pertandingan bercerita? Mengapa ?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

8
SULIT

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

( 3 markah )
Soalan 25

Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

HARI GURU
16 Mei 2019

a. Berdasarkan gambar, nyatakan dua aktiviti yang sedang dilakukan oleh warga sekolah.

Contoh : memasang gegantung

i. _____________________________________

ii. _____________________________________

( 2 markah )

b. Bilakah sambutan Hari Guru tersebut berlangsung?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

( 2 markah )

c. Mengapakah kita menyambut Hari Guru pada setiap tahun?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

9
SULIT

( 2 markah )

KERTAS SOALAN TAMAT

10

Anda mungkin juga menyukai