Anda di halaman 1dari 11

SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN 1

UJIAN PENGESANAN BULANAN 2020


BAHASA MELAYU PEMAHAMAN TAHUN 4
(1 Jam 15 Minit)

NAMA : _______________________________________ KELAS : _____________


Jawab semua soalan.
BAHAGIAN A
(20 markah)
Soalan 1 hingga 8
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah ini.

1. Aisyah sedang membaca _____________ buku cerita.


A. selembar
B. sekeping
C. sebuah
D. Sebidang

2. Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Tunku Aminah untuk


____________.
A. diuji kaji
B. disoal siasat
C. ditemu bual
D. dibedah siasat

3. Cikgu Haikal berjalan ke bilik guru sambil _____________ fail.


A. mengelek
B. memikul
C. menjunjung
D. Menjulang

4. Rahman merakamkan gambar monyet menggunakan


___________.
A. radio
B. televisyen
C. kamera
D. Komputer
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah ini.
5. Tindakan pemandu lori itu membawa muatan yang terlalu
_____________ membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
A. sarat
B. besar
C. padu
D. Padat

6. Zafrul berasa pening apabila melalui jalan yang ______________


itu.
A. kucar-kacir
B. mundar-mandir
C. hingar-bingar
D. bengkang-bengkok

7. Kami suka mandi di sungai itu kerana airnya sangat


_______________.
A. putih
B. jernih
C. cerah
D. Terang

8. Pak Halim tidak mahu ____________ dalam urusan keluarga


Iskandar.
A. buah tangan
B. ringan tangan
C. tangan terbuka
D. campur tangan

Tuan puteri masuk ke kamarnya lalu merebahkan diri di atas katil


yang keemasan itu.

9. Apakah yang akan dilakukan oleh tuan puteri selepas itu?


A. beradu
B. bersiram
C. bersantap
D. Bersemayam
10. Pak Ali menghirup air kopi yang masih panas itu perlahan-lahan.
Pilih perkataan sinonim bagi menghirup.
A. bergerak
B. menyedut
C. meniup
D. Menghisap

11. Air bertakung di dalam tempurung kelapa itu.


Pilih perkataan antonim bagi bertakung.
A. bergerak
B. berkocak
C. mengalir
D. Meresap

12. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan


betul.
I. Petinju itu berjaya jatuh lawannya.
II. Jatuh harga beras membimbangkan para petani
III. Pakar ekonomi meramalkan bahawa nilai mata wang negara
itu akan jatuh lagi.
IV. Mereka sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan
tanah air daripada jatuh ke tangan penjajah.
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

13. Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat


kosong.
Ibu _________ apabila adiknya memecahkan pasu
kesayangannya.
A. naik angin
B. naik lemak
C. habis akal
D. ringan tulang

14. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Tabiat Chee Keong yang suka pulang lewat malam itu tidak
disenangi oleh ayahnya.
A. Chee Keong dan ayahnya sering pulang lewat malam.
B. Chee Keong yang pulang lewat malam itu tidak disenangi
oleh ayahnya.
C. Tabiat Chee Keong itu tidak disukai oleh ayahnya yang suka
pulang lewat malam.
D. Ayah Chee Keong tidak suka akan sikap Chee Keong yang
gemar balik lewat malam itu.
Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.

15. A. Cerita seram yang diceritakannya itu ialah tidak benar.


B. Baju yang dijahit oleh mak long ialah untuk adik saya.
C. Adalah dimaklumkan bahawa esok tidak hari cuti.
D. Majlis itu bukan untuk semua kakitangan syarikat.

16. A. Buku latihan Matematik Ammar ada dengan Cikgu Ikram.


B. Kepulangan Rahimi memang dinanti-nantikan oleh
keluarganya.
C. Di dalam perselisihan faham itu, Kamisah mengambil sikap
berdiam diri.
D. Saya tidak akan berganjak dari keputusan ini.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang berusaha Tuan Guru


Besar Sekolah Kebangsaan Serdang, Tuan Haji Ferhad bin Hassan,
guru-guru, dan murid-murid sekalian. Terima kasih saya ucapakan
kepada pihak sekolah kerana mengundang saya untuk
menyampaikan ceramah. Ceramah saya pada hari yang
berbahagia ini bertajuk “Mengenal Personaliti Remaja”.

Hadirin sekalian,
Zaman remaja merupakan masa peralihan dari alam kanak-
kanak ke alam dewasa. Zaman remaja bermula dari usia 10 tahun
hingga 19 tahun. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, remaja
bermaksud mulai dewasa, sudah akil baligh, atau cukup umur.
Perubahan fizikal akan berlaku pada peringkat remaja.
Perubahan ini menujukkan bahawa seseorang itu melepasi zaman
kanak-kanak dan beralih ke alam remaja. Perubahan fizikal remaja
perempua dengan remaja lelaki adalah berbeza. Adakalanya,
perubahan-perubahan ini menimbulkan ketidakselesaan kepada
remaja. Namun begitu, hadapilah perubahan ini dengan tenang.
Meneroka sesuatu yang baharu merupakan perkara utama
yang dilakukan oleh golongan remaja. Mereka ingin mencuba
perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Oleh itu, remaja
perlu mengawal diri supaya tidak terjebak dalam aktiviti yang
kurang sihat. Dekatkanlah diri dengan tuhan. Dengan ini, remaja
dapat melawan keinginan untuk mencuba sesuatu perkara yang
dapat merosakkan diri.

Hadirin yang saya kasihi,


Pada peringkat inilah, pengaruh rakan sebaya akan menjadi
lebih kuat. Kawan yang baik akan membawa kita ke jalan kebaikan.
Jangan tersilap memilih kawan. Jika kita tersilap memilih kawan,
maka pengaruh buruk akan luas terbuka untuk kita. Berkawanlah
dengan orang yang dapat memberi manfaat kepada kita. Kawan
tersebut dapat menjaga kita semasa kita berada dalam kesusahan
juga. Pastikan ibu bapa kita mengenal kawan kita. Selain itu,
jangan mudah percaya akan orang yang tidak kita kenal.
Akhir kata daripada saya, jalanilah alam remaja kita dengan
sebaik-baiknya. Sekian, terima kasih.

17. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, remaja bermaksud


seseorang itu sudah
A. dewasa
B. matang
C. akil baligh
D. Pramatang

18. Cara untuk mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti yang


kurang sihat adalah dengan
A. membaca buku-buku cerita.
B. berkongsi masalah dengan rakan.
C. banyak meluangkan masa di luar bandar.
D. sentiasa mendekatkan diri dengan tuhan.

19. Siapakah yang paling berpengaruh kepada remaja?


A. Guru
B. Ibu bapa
C. Masyarakat
D. Rakan sebaya

20. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.


A. Perubahan fizikal yang berlaku kepada semua remaja adalah
sama.
B. Keinginan untuk meneroka sesuatu yang baharu sangat kuat
bagi golongan remaja.
C. Ibu bapa perlulah mengenal kawan-kawan remaja.
D. Kawan yang baik akan membawa kita ke jalan kebaikan.

Bahagian B
(30 Markah)

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisikan pada tempat
kosong dalam petikan yang diberikan.

kerana dalam dan pada


yang atau hingga di
Di malaysia, pemeliharaan burung unta tidak memerlukan
penjagaan yang rapi __________ burung unta tidak sensitif terhadap
persekitaran cuaca tropika negara ini. Haiwan ini memerlukan
sumber semula jadi, iaitu air, makanan, __________ cahaya matahari
__________ mencukupi setiap hari. Burung unta dianggap istimewa
kerana mempunyai 1001 kegunaan. Seekor burung unta dapat
dimanfaatkan daripada daging, telur, kulit, __________lah lemaknya.
(4 markah)

Soalan 22
a) Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang
diberikan.

Ayat tanya : ___________________________________________________

__________________________________________________?
Jawapan : Saya meletakkan senarai nama peserta Kem
Membaca anjuran Persatuan Bahasa
Melayu sekolah kita di atas meja Cikgu Hilmi.
(2 markah)
b) Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________
(2 markah)
c) Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________
(2 markah)
Soalan 23
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut.
Pendeta Za’ba atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad
dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 16 September
1895. Beliau merupakan satu-satunya penerima gelaran “Pendeta”
di negara ini. Gelaran tersebut dikurniakan kepada beliau sempena
Kongres Bahasa dan Persatuan Melayu Ketiga pada 21 September
1956. Gelaran tersebut diberikan kepada Pendeta Za’ba sebagai
menghargai dan mengiktiraf sumbangan beliau dalam bidang
bahasa dan sastera.
Sehingga kini sumbangan Pendeta Za’ba terhadap
perancangan dan perkembangan imu tentang nahu bahasa Melayu
dikenang dan dijadikan rujukan oleh pakar-pakar linguistik bahasa
Melayu. Pendeta Za’ba banyak menghasilkan buku bahasa sejak
tahun 1930-an lagi. Antaranya termasuklah Pelita Bahasa (I, II, dan
III), Ilmu Mengarang Bahasa Melayu, Ilmu Bahasa Melayu (Penggal
I dan II), dan Ejaan Rumi Bahasa Melayu.

a) Nama sebenar Pendeta Za’ba ialah _____________________________

_________________________________________________________________
(1 markah)

b) Bilakah gelaran “Pendeta” dikurniakan kepada Pendeta Za’ba?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________
(2 Markah)
c) Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan.

Zainal Abidin bin Ahmad dilahirkan pada


21 September 1956.
Pendeta Za’ba merupakan satu-satunya
penerima gelaran “Pendeta” di negara Betul
ini.

Pendeta Za’ba menghasilkan buku Ilmu


Salah
Bahasa Melayu (Penggal I dan II).

Pendeta Za’ba banyak menghasilkan


buku bahasa sejak tahun 1950-an

(2 markah)

Soalan 24
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut.
Sabtu, 25 Februari 2017
8.00 pagi
Aku dan peserta Kem Perpaduan 1Malaysia yang lain diarahkan
menaiki bas sekolah. Dua jam setengah kemudian, kami tiba di
Taman Agro Rantau. Cikgu Shafik memberikan taklimat ringkas
kepada kami. Kemudian, kami mendaftarkan diri di tempat
penginapan. Kami berehat seketika sebelum memulakan aktiviti
yang seterusnya.

2.30 petang
Kami bergegas ke dewan untuk sesi ceramah. Penceramah itu
berjaya mencuit hati kami melalui penyampaian ceramahnya yang
menarik. Tidak kering gusi kami dibuatnya. Penceramah itu turut
menerangkan tujuan Kem Perpaduan 1Malaysia ini diadakan. Kem
ini merupakan program khas untuk mengeratkan perpaduan dalam
kalangan murid yang berbilang bangsa. Selain itu, kem ini
bertujuan untuk memupuk persefahaman dan toleransi antara
peserta juga. Dalam pada itu, semangat berpasukan dan
bekerjasama dapat diwujudkan antara peserta.

9.15 malam
Kami melalui cabaran yang sangat getir. Kami ditinggalkan
bersendirian di tempat-tempat tertentu di sekitar kawasan kem.
Cabaran ini melatih kami supaya menjadi lebih berani dalam
menghadapi rintangan. Kami didedahkan kepada ilmu pandu arah
dan aktiviti ikhtiar hidup juga. Antaranya, kami harus merebus ubi
kayu dalam suasana yang gelap.
Aktiviti pada malam itu dimeriahkan lagi dengan acara
persembahan 1Malaysia. Para peserta berpeluang menyerlahkan
bakat masing-masing. Aku turut menunjukkan bakatku dalam
bidang seni suara.

Ahad, 26 Februari 2017


7.25 Pagi
Kami berjoging di trek laluan yang disediakan. Keindahan flora dan
kedinginan bayu pagi amat mendamaikanku.
Selepas berkemas, kami bertolak pulang. Banyak pengajaran
yang dapat kami timba sepanjang mengikuti Kem Perpaduan
1Malaysia. Ternyata kem ini membantu mengukuhkan nilai-nilai
murni dan jati diri para peserta.

a) Perkataan taklimat dalam petikan boleh juga digantikan dengan


perkataan _____________.
(1 Markah)

b) Mengapakah Kem Perpaduan 1Malaysia diadakan?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

(2 Markah)

c) Apakah manfaat yang dapat diperoleh para peserta apabila


mereka ditinggalkan sendirian di sekitar kawasan kem?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________
(2 Markah)

d) Andaikan kamu seorang daripada peserta kem ini. Jelaskan


pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada kem tersebut.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________
(3 Markah)
Soalan 25
Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut.
Hujan menitik di daun keladi,
Sulur keladi dibuat hidangan;
Semasa hidup taburkan budi,
Disanjung orang zaman-berzaman.

Nakhoda kapal turun ke pekan,


Untuk membeli jering dan petai;
Senyuman dilemparkan budi disandarkan,
Rakyat hidup aman dan damai.

Malam hari terang bulan,


Burung helang mencari mangsa;
Luhur sungguh budimu tuan,
Menabur jasa tidak kira masa.

Masak sudah buah berangan,


Dijual oleh si anak dara;
Amalan berbudi jadi pegangan,
Keharmonian hidup akan terpelihara.

Senja hari menampi padi,


Padi disimpan berpeti-peti;
Amalkan selalu sifat berbudi,
Hidup muafakat bersatu hati.

Burung tempua hinggap di dahan,


Mencari tempat membuat sarangnya;
Bukan duit jadi taruhan,
Tetapi budi tinggi nilainya.

a) Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________
(2 Markah)

b) Apakah faedah yang dapat kita peroleh jika amalan berbudi


menjadi pegangan?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________
(1 Markah)
c) Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi
pernyataan yang salah berdasarkan pantun tersebut.

Senyuman dilemparkan budi disandarkan

Hidup muafakat aman dan damai

(1 Markah)

Bukan duit jadi taruhan,


Tetapi budi tinggi nilainya.

d) Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________
(3 Markah)

- KERTAS SOALAN TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai