Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN A: OBJEKTIF ANEKA PILIHAN (OAP)

[ 20 SOALAN ]

SISTEM BAHASA
( 20 markah )

Soalan 1 hingga soalan 10

Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Ibu membuang buah cempedak itu kerana sudah berbau ____________.

A basi
B busuk
C hangit
D tengik

2. Wajah Pak Rahmat ______________ apabila melihat hasil tangkapan yang


diperolehnya pada petang itu.

A berseri-seri
B berkilau-kilau
C berpinar-pinar
D bercahaya-cahaya

3. Pasukan _____________ dari Malaysia telah berlepas ke Indonesia untuk membantu


mangsa tsunami di sana.

A negarawan
B setiakawan
C sukarelawan
D cendekiawan

4. Semua warga sekolah bersedih di atas persaraan pengetua itu kerana _______________
seorang yang ramah dan baik hati.

A dia
B kalian
C beliau
D baginda

5. __________________kah yang telah melanjutkan pelajaran ke universiti?” tanya Umie


kepada Mira.

A Apa
B Bila
C Mana
D Siapa

2
6. Mariah selalu terkenang ___________peristiwa pahit manis ketika dia berada di
kampung dahulu.

A akan
B terhadap
C pada
D dengan

7. _______________lah bersedih kerana kesedihan tidak dapat menyelesaikan masalah


yang kamu hadapi,” nasihat ibu kepada kakak.

A Sila
B Jangan
C Tolong
D Jemput

8. Penduduk di perkampungan nelayan itu bekerja sambilan dengan____________jala


semasa musim tengkujuh.

A menjahit
B menenun
C menyirat
D menyemat

9. Burung merpati itu____________sayapnya yang kebasahan setelah sarangnya ditimpa


hujan.

A mengibas-ngibas
B mengirai-ngirai
C mengipas-ngipas
D mengelus-elus

10. Peserta dari Malaysia itu berasa sedih kerana telah____________dalam pertandingan
silat peringkat separuh akhir itu.

A lucut
B luruh
C gugur
D kecundang

3
Soalan 11 hingga soalan 13

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

11. Para guru dan murid-murid yang mengunjungi Hari Kantin sekolah itu melawat berbagai
A B
gerai yang terdapat di tapak pameran untuk membeli barangan. Tiada kesalahan
C D

12. Dahan pokok itu terpaksa dipotong kerana dikhuatiri akan patah dan menempa
A B C
bumbung rumah penduduk kampung. Tiada kesalahan
. D

13. Kebanyakan perusahaan-perusahaan membuat batik di negara kita dijalankan oleh


A B
orang perseorangan secara kecil-kecilan. Tiada kesalahan
C D

Soalan 14 hingga 15

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.

14. I Pasaran saham ditutup rendah petang ini, setelah susut 6.45 mata.
II Belon itu susut kerana dicucuk oleh adik dengan jarum.
III Air sungai Pahang semakin susut apabila kemarau berpanjangan di negeri itu.
IV Badan Aisyah yang gempal itu semakin susut kerana terlalu kuat bekerja.

A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

15. I Wajahnya sentiasa muram sejak perniagaannya mengalami kerugian.


II Walaupun Encik Zakuan cuba menyembunyikan muramnya, kami tahu bahawa
beliau sedang menghadapi masalah.
III Penduduk kampung bekerjasama membaiki rumah Pak Isa yang telah muram.
IV Rumah penduduk di hujung kampung itu muram pada waktu malam kerana belum
mendapat bekalan elektrik.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

4
Soalan 16 hingga 17

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
bahasa dan mungkin juga tidak. Tandakan A, B, atau C jika ayat itu mengandungi
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

16. Beberapa orang guru-guru sekolah kami sedang mengikuti kursus yang dianjurkan oleh
pihak Kementerian Pendidikan.

A Beberapa guru-guru
B Beberapa orang guru
C Berapa orang guru-guru
D Beberapa orang guru-guru

17. Aizat telah pulang ke tanah air sejak dari seminggu yang lalu.

A daripada seminggu yang lalu


B sejak seminggu yang lalu
C pada seminggu yang lalu
D sejak dari seminggu yang lalu

Soalan 18 hingga 19

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.

18. Semangat gotong-royong perlu dipupuk dalam kalangan murid hari ini untuk
melahirkan masyarakat yang harmoni.

A Masyarakat yang harmoni akan memupuk semangat gotong-royong dalam kalangan


murid hari ini.
B Semangat gotong-royong dalam kalangan murid akan memupuk kehidupan masyarakat
harmoni hari ini.
C Masyarakat yang harmoni dapat diwujudkan dengan memupuk semangat gotong-
royong dalam kalangan remaja hari ini.
D Keharmonian dalam masyarakat hari ini membolehkan semangat gotong-royong dipupuk
dalam kalangan murid.

19. Tanaman tutup bumi ditanam di ladang getah dan kelapa sawit untuk
mengelakkan hakisan tanah.

A Hakisan tanah di ladang getah dan kelapa sawit dapat dielakkan dengan menanam
tanaman tutup bumi.
B Tanaman yang menutup bumi dapat mengelakkan ladang getah dan kelapa sawit
daripada dihakis oleh tanah.
C Untuk menutup bumi, getah dan kelapa sawit ditanam di ladang dan hakisan tanah tidak
akan terjadi.
D Di ladang getah dan kelapa sawit, tanaman ditanam untuk menutup bumi dan
mengelakkan hakisan tanah.

5
Soalan 20

Pilih peribahasa yang paling sesuai.

Zarul berasa menyesal kerana tidak belajar


bersungguh-sungguh kerana kebanyakan syarikat
melihat taraf pendidikan untuk mengambil pekerja.

20. Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

A Bagai kucing dibawakan lidi.


B hari tidak selamanya panas.
C ukur baju di badan sendiri.
D nasi sudah menjadi bubur.

BAHAGIAN B:
(15 Markah )

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Murid lelaki yang sedang berdiri itu adalah kapten pasukan bola sepak sekolah Iqbal.

___________________________________________

2. Cikgu Firdaus tidak menyangka kerana Wafiy dapat mematahkan hujah pihak
pencadang dengan mudahnya.

___________________________________________

3. Kumpulan itu mencipta sebuah robot yang laris berkata-kata.

___________________________________________

[3 markah]

6
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

4. Puan Shahida pernah menjadi peramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia suatu


masa dahulu.

___________________________________________

5. Mangsa kemalangan jalan raya itu memfailkan saman di mahkamah untuk menuntut
ganti rugi atas kecederan yang dialaminya.

___________________________________________

6. Para pelancong yang datang ke Malaysia pasti akan terpesuna dengan keunikan
flora dan fauna yang terdapat di negara ini.

___________________________________________

7. Aktiviti ko-kurikulum di sekolah bertujuan untuk memupuk nilai-nilai positif dalam


kalangan murid.

___________________________________________

[4 markah]

Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama +
Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif
(FN+FA) dan Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FSN).

8. Baju sutera ini untuk kakak.

___________________________________________

9. Kuda putih itu berlari pantas.

___________________________________________

10. Sekolah baharu itu sangat cantik landskapnya.

___________________________________________

11. Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia.

___________________________________________
[8 markah]

7
BAHAGIAN C
Pemindahan Maklumat
[ 15 Markah ]
[Masa dicadangkan: 15 Minit]

Jawab soalan ini di dalam buku karangan. Kemudian ambil gambar


dan muat naik dalam ruang yang disediakan.

1. Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang manfaat-manfaat sarapan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Pengambilan sarapan ialah amalan rutin bagi sesetengah orang. Amalan ini dilakukan pada
setiap pagi dan sebelum memulakan sesuatu urusan seperti belajar atau bekerja. Ramai
yang tidak mengetahui bahawa pengambilan sarapan merupakan pemula aktif bagi
metabolisme untuk membantu membakar kalori sepanjang hari. Tinjauan Pemakanan
Dewasa Malaysia melaporkan golongan dewasa berusia antara 18 hingga 39 tahun tidak
gemar mengambil sarapan berbanding makan tengah hari dan malam.

Pengambilan sarapan secara tidak langsung dapat membekalkan tenaga dan nutrien
yang diperlukan oleh badan untuk melakukan urusan seharian selain membantu seseorang
untuk fokus di tempat kerja atau sekolah. Masyarakat tidak menyedari bahawa terdapat
banyak impak negatif sekiranya mengabaikan sarapan. Orang yang tidak bersarapan berasa
lebih cepat lapar dan cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak pada waktu
makan seterusnya.

Banyak kajian mendapati bahawa sarapan mampu meningkatkan ingatan dan


tumpuan seseorang malahan dapat menurunkan tahap kolesterol jahat iaitu lipoprotein
berketumpatan rendah di dalam darah. Kolesterol ini amat membahayakan kesihatan diri
kerana boleh menyebabkan pemendakan lemak dan menyempitkan salur darah. Selain itu,
pengambilan sarapan juga dapat mengurangkan risiko penyakit kronik.

Waktu paling optimum untuk mengambil sarapan adalah antara 30 minit hingga dua
jam selepas terjaga daripada tidur. Pengambilan sarapan mampu membantu individu yang
mahu menurunkan berat badan. Mereka yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi
dalam darah disarankan mengambil sarapan supaya metabolisme badan dan komposisi
kolesterol di dalam darah dapat dioptimumkan.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Sarapan Cegah Penyakit’
Oleh Mohd. Faizal Mat Salleh,
Dewan Kosmik, Bil 9/2018.

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai