Anda di halaman 1dari 13

Bahagian A

Arahan :

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1 – 16
Bulatkan jawapan yang paling sesuai.

1. Isteri Encik Manaf memilih sehelai ______________ untuk Amir.


A. seluar C. songkok
B. selendang D. tudung

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. ______________ itu bertelur di Pantai Rantau


Abang.
A. Ikan C. Penyu
B. Katak D. Itik

3. Chong Meng nyaris terkorban dalam kemalangan. Mujurlah __________


berjaya menyelamatkan diri.
A. dia C. beliau
B. awak D. baginda
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

1
4. Encik Zikri membina se________________ rumah untuk ayahnya.
A. biji C. bidang
B. buah D. helai

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah

5. Penyanyi yang __________ itu mempunyai


ramai peminat.
A. kacak C. cantik
B. segar D. hodoh

6. _________kah caranya padi di tuai?


A. Siapa C. Bagaimana
B. Mengapa D. Dimana

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7. Adakah kamu _________ Haziq yang


mengoyak buku ini?
A. dan C. supaya
2
B. atau D. lalu

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Aman, sila __________semasa meletakkan cermin mata,


A. hati-hati C. paru-paru
B. meja-meja D. rama-rama

Soalan 9
Pilih ayat yang mengandungi Frasa Nama + Frasa Nama

9. A. Ayah Iman peguam bela.


B. Anak Puan Goh sungguh bijak.
C. Tok Aman ke kebun sayurnya.
D. Pak Atan ke masjid.

Soalan 10.
Pilih ayat majmuk yang betul.

10. A. Izati membasuh beg atau kasut sekolah.


B. Zahara membasuh tuala sambil mengelap tingkap.
C. Hafiz menangis kerana terjatuh.
D. Amin berlari bersama rakannya.

3
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

11. Cucu-cucu datuk saya sungguh gembira


dalam majlis itu.
A. riuh C. ketawa
B. riang D. sedih

Soalan 12
Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan yang bergaris.

12. “Api itu semakin marak.” kata HIlmi.


A. ganas C. panas
B. malap D. bahang

13. Mira disayangi sepenuhnya kerana dia ___________________ ibu bapanya.


A. anak emas C. cahaya mata
B. anak buah D. buah hati

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.


4
14. A. buta kayu C. ringan tulang
B. cekal hati D. berat tulang

Soalan 15 dan 16.

Pilih ayat yang betul.

15.A. Bakri dipuji hingga dia segak.


B. Rumah sewa Latif dekat dengan masjid.
C. Adli memandu tetapi makan keropok.
D. Ali membaca buku kerana ruang tamu

16.A. bapa kim leng bekerja sebagai guru besar


B. Wah, cantiknya Motosikal kamu!
C. Adam, Rahimi dan Rajan berbasikal ke Pasaraya Ekonomi.
D. azmi ke pasar bersama ibunya

Soalan 17 hingga 20.


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Hati-hati sewaktu berjalan,


Jangan sampai terpijak duri,
Hati-hati memilih kawan,
Agar tidak merosak diri.

5
Petang hari pergi ke pekan,
Hendak membeli barang keperluan,
Hormati kawan dan juga rakan,
Agar perselisihan dapat dielakkan.

Berlari-lari mengejar rerama,


Rerama berterbangan cantik warnanya,
Jika bertolak ansur dan bekerjasama,
Pasti persahabatan erat selamanya.

17. Apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan perselisihan faham ?
A. Kita hendaklah sentiasa menghormati kawan.
B. Kita hendaklah sentiasa menyakiti kawan.
C. Kita hendaklah sentiasa pergi ke pekan.
D. Kita hendaklah sentiasa membuli kawan.
18. Mengapakah kita mesti berhati-hati ketika berjalan?
A. Supaya tidak terjatuh.
B. Supaya tidak terpijak duri.
C. Supaya tidak akan merosakkan diri.
D. Supaya tidak menaiki basikal.

19. Apakah nilai murni yang terdapat dalam pantun diatas?


A. Berani dan berdisiplin.
B. Prihatin dan juga bertolak ansur.
C. Bekerjasama dan bertolak ansur.
D. Mengkhianati rakan.

6
20. Kita mestilah sentiasa bertolak ansur dalam persahabatan agar
___________________________________________.
A. mudah bekerjasama.
B. semua pekerjaan dapat diselesaikan dengan segera.
C. persahabatan dapat dieratkan selamanya.
D. hubungan persahabatan tidak berpanjangan.

Bahagian B
(30 markah)

Soalan 21

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

muzik tradisional cenderamata pengunjung

penonton murah Karnival Pelancongan

Adam dan Rahimi telah pergi ke ____________________________.


Banyak pengunjung di Karnival Pelancongan itu. Terdapat pelbagai gerai di sana.
7
Ada gerai yang menjual makanan, pakaian dan _________________. Banyak
pengunjung membeli pakaian kerana harganya ____________.

Selain itu, terdapat juga persembahan ______________________. Penonton


gembira semasa menyaksikan persembahan itu.

( 4 markah )

Soalan 22

a. Tulis soalan yang sesuai bagi jawapan yang diberi.


__________________________________________________________________
_______________________________________________________________

Jawapan : Tokoh perniagaan yang saya kagumi ialah Allahyarham Tan Sri SM
Nasimuddin.

( 2 markah )

b. Tulis dialog yang sesuai bagi perbualan di bawah.

Anisah : Apakah pekerjaan ayah kamu?

Jawapan
__________________________________________________________________
_______________________________________________________________

8
( 2 markah )

c. Tulis ayat yang sesuai di bawah.

Adam mengambil bendera. ( kerana )

Adam hendak memasangnya pada sebatang kayu.

__________________________________________________________________
_______________________________________________________________

( 2 markah )

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Perniagaan Encik Suhaimi semakin meningkat. Beliau menjadi usahawan


pengangkutan. Beliau menambah jumlah kenderaannya dari tahun ke tahun.
Pada tahun pertama, beliau hanya memiliki sebuah bas dan sebuah teksi.
Pada tahun ke-dua pula, jumlah bas dan teksinya telah ditambah.
Pada tahun ke-tiga, beliau berjaya menambah lima buah has dan tiga buah
teksi kerana perniagaannya semakin maju.
Pada tahun ke-empat pula, beliau membeli lima buah teksi lagi.

a. Perkataan ‘memiliki’ dalam petikan di atas bermaksud ______________.


( 1 markah )

9
b. Mengapakah Encik Suhaimi menambah lima buah bas dan tiga buah teksi
pada tahun ke-tiga?
________________________________________________________________
____________________________________________________________

( 2 markah )

a. Padankan kenyataan di bawah berdasarkan petikan.

Encik Suhaimi merupakan usahawan


internet.
BETUL
Pada tahun ke-empat, Encik Suhaimi
memiliki sebuah bas dan sebuah teksi.
SALAH
Encik Suhaimi menambah jumlah
kenderaannya dari tahun ke tahun.
( 2 markah )

Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pusat penternakan burung unta atau ostrich di Jelita Ostrich Farm, Negeri
Sembilan kini menjadi perhatian pelancong. Pelancong yang datang ke pusat itu
akan diberi taklimat tentang penternakan burung unta.

Jelita Ostrich Farm bukan sahaja memelihara pelbagai haiwan. Pelancong


bukan sahaja dapat melihat dan memegang sendiri haiwan tersebut, malah
menyaksikan perlumbaan burung unta.

10
Burung unta ini adalah haiwan yang sangat sensitif. Suka dibelai tetapi akan
bertindak agresif jika merasakan dirinya diganggu.

a. Apakah haiwan yang dipelihara di Jelita Ostrich Farm?


__________________________________________________________________
_______________________________________________________________

( 2 markah )

b. Mengapakah burung unta sangat sensitif?


__________________________________________________________________
______________________________________________________________

( 2 markah )

c. Pada pendapat anda, mengapakah Jelita Ostrich Farm menjadi tarikan


pelancong?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
_______________________________________________________________

( 3 markah )

11
Soalan 25
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Memancing bersama anak Leha,


Memancing ikan tepi paya,
Kalau kita rajin berusaha,
Pasti kita akan berjaya.

Buah pinang ditumbuh lumat,


Buah pinggang dari pekan,
Apabila berbelanja kita berjimat,
Sikap boros jangan amalkan.

Sungguh tinggi pohon ara,


Pohon ara tepi perigi,
Melayan pelanggan dengan mesra,
Barulah pelanggan datang lagi.

a. Apakah yang perlu kita lakukan supaya kita akan berjaya?


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

( 1 markah )

b. Siapakah yang perlu kita layan dengan mesra?


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

( 2 markah )

c. Tuliskan BETUL atau SALAH bagi pernyataan di bawah berdasarkan


pantun.

12
Kita perlu amalkan sikap boros.
Jangan amalkan sikap boros.
( 2 markah )

d. Bagaimanakah caranya supaya pelanggan datang lagi ?


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

( 3 markah )

KERTAS SOALAN TAMAT

13

Anda mungkin juga menyukai