Anda di halaman 1dari 8

SULIT 1 011

BAHAGIAN A
(20 Markah)

Soalan 1 hingga 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Akim bekerja sebagai penghantar surat dari rumah ke rumah setiap hari kecuali
hari Sabtu dan Ahad. Pekerjaan Akim ialah sebagai seorang ______________.

A polis
B bomba
C posmen
D kerani
.

2 “____________ perlu berusaha dengan lebih gigih dan jangan mudah putus asa
jika mahu berjaya,” nasihat guru besar itu kepada murid-murid dalam satu
perjumpaan.

A Engkau

B Kalian

C Kamu

D Awak

3 Semasa Zarina tiba di kampung, neneknya sedang _______________ibu kayu di


dapur.

A merebus

B mengukus

C mereneh

D menanak

011 SULIT
SULIT 2 011

4 “ Oh Tuhan, ampunilah dosa-dosa yang _________aku lakukan selama ini”, doa


Ahmad selepas bersolat.

A masih

B akan

C sedang

D telah

5 Adira memakai baju songket dan sedikit _____________sebelum pergi ke majlis


makan malam syarikatnya.

A bunga-bungaan

B bau-bauan

C ubat-ubatan

D biji-bijian

6 Ibu mengambil beberapa ___________arang kayu untuk membakar ikan terubuk.

A kaki

B kepal

C kerat

D ketul

011 SULIT
SULIT 3 011

7 Tangan kakak ____________kerana terkena minyak panas semasa menggoreng


udang.

A melecur

B melecet

C melebur

D melelas

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Pada waktu rehat sekolah, Abu makan dengan gelojohnya sehingga


dia______________.

A tersumbat

B tersangkut

C terkenyang

D tercekik

011 SULIT
SULIT 4 011

Soalan 9 berdasarkan gambbar di bawah.

9 Ibu sedang ___________ bawang merah untuk ditumis dalam masakannya.

A memotong

B menghiris

C menyayat

D menetak

10 Pak Kassim menggunakan ____________untuk membuat garisan halus pada papan


lantai rumahnya.

A jejari

B lelaki

C sesiku

D tetamu

011 SULIT
SULIT 5 011

11 Di belakang chalet itu ada __________________ sungai yang selalu digunakan


untuk aktiviti berakit.

A sebuah

B sebiji

C serumpun

D sebatang

12 Memorial itu _____________menarik kerana mempunyai sejarahnya yang


tersendiri.

A benar

B sungguh

C nian

D sekali

13 Perjalanan ke perkampungan orang asli itu ____________ jauh dan terpaksa


meredah hutan hutan-belukar.

A sekali

B paling

C sangat

D benar

14 Asmah ____________ Cikgu Fatimah sejambak bunga ros sempena Hari Guru
011 SULIT
SULIT 6 011

peringkat sekolah.

A menghadiahkan

B menyampaikan

C menghulurkan

D menghadiahi

15 Peserta lelaki itu ___________ sajak yang bertajuk “Negaraku” dengan penuh
gaya dan bersemangat.

A mempersembahkan

B menjelaskan

C mendeklamasikan

D mempamerkan

16 ___________ negara China itu mempunyai jajahan takluk yang luas dan digeruni
oleh pihak musuh.

A Maharaja

B Mahasiswa

C Mahasiswi

D Mahaguru

Soalan 17 hingga 20

011 SULIT
SULIT 7 011

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hari Tanpa Beg Plastik

Hari Tanpa Beg Plastik ialah kempen untuk menyemai sikap sayangkan alam
sekitar. Kempen ini juga bertujuan untuk menggalakkan orang ramai supaya tidak
menggunakan beg plastik apabila membeli barang di kedai atau di pasaraya. Oleh itu, pada
setiap hari Sabtu, pengguna tidak diberikan beg plastik untuk mengisi barangan yang dibeli
oleh mereka.

Tahukah kamu bahawa beg plasti umpama toksik di muka bumi? Sekiranya dibakar ,
beg plastik boleh menyebarkan bahan yang akan menjejaskan kesihatan kita. Plastik yang
dibakar itu juga akan mengeluarkan asap yang berbau. Asap itu menyukarkan kita bernafas.

Beg plastik juga sukar dilupuskan. Sekiranya ditanam, kandungan bahan toksiknya
akan larut dan meresap ke dalam sumber air di bawah tanah. Beg plastik yang tertanam itu
juga boleh merosakkan kesuburan tanah.

Sebagai pengguna, kita patut menyokong Hari Tanpa Beg Plastik. Dengan
mengelakkan penggunaan beg palstik, kita dapat membantu alam sekitar kita.

17 Apakah tujuan kempen Hari Tanpa Beg Plastik ?

A Menyemai sikap sayang akan diri sendiri


B Menyemai sikap sayang akan alam sekitar
C Menyemai sikap sayang akan beg plastik

D menyemai sikap sayang akan barang yang dibeli

18 Apakah yang diumpamakan dengan toksik seperti dalam teks di atas ?

011 SULIT
SULIT 8 011

A Umpama toksik di muka tanah

B Umpama toksik di di permukaan air

C Umpama toksik dalam beg plastik

D Umpama toksik di muka bumi

19 Mengapakah penggunaan beg plastik perlu dielakkan ?

A Kita dapat membantu menyelamatkan alam sekitar kita

B Kita dapat menghilangkan bau busuk

C Kita dapat menjaga kesuburan tanah

D Kita dapat bernafas dengan selesa

20 Apakah cadangan kamu untuk menggantikan penggunaan beg plastik ?

A Menggunakan beg plastik yang dibawa dari rumah

B Membeli beg plastik yang dijual di kedai

C Membawa dan menyediakan beg yang mesra alam

D Meminta beg plastik dari kerani kaunter di pasaraya

011 SULIT

Anda mungkin juga menyukai