Anda di halaman 1dari 13

011 SULIT

BAHAGIAN A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 15

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Abbas ___________________ bola dengan kuat hingga terkena pasu bunga


neneknya.

A. menolak
B. menyepak
C. memegang
D. menggelecek

2. Beberapa ekor burung murai __________________ di atas dahan pokok di


belakang rumah Ummu.

A. bersiul
B. berkicau
C. berkokok
D. bernyanyi

3. Kereta yang dipandu oleh Aidil bergerak dengan _______________ kerana


jalan sesak.

A. lajak
B. lancar
C. cermat
D. perlahan

1
011 SULIT

4. Masalah kesesakan lalu lintas itu, bertambah ____________ apabila lori-lori


besar turut melalui jalan tersebut.
A. sarat
B. padat
C. teruk

D. sendat

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Haikal dan rakannya sedang mengait beberapa __________________ buah


rambutan dengan sebatang galah.

A. ikat
B. cekak
C. gugus
D. tangkai

6. Emak telah membeli ____________ cincin yang baharu.

A. sebiji

B. seruas

B. sebentuk

D. serumpun

2
011 SULIT

Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.


7. Mak Munah berasa _____________ untuk melepaskan anak tunggalnya
bekerja di ibu kota setelah tamat pengajian di universiti.
A. jauh hati

B. berat hati

C. kecil hati

D. murah hatI

8. Farouk ___________ apabila Nabil menuduhnya memancitkan tayar


basikalnya.

A. naik angin
B. naik muka
C. naik tocang
D. naik kepala

9. Dia terpaksa bekerja siang dan malam _________ sesuap nasi untuk keluarganya.
A. bagi
B. demi
C. akan
D. dengan

10. Puan Amalina bersetuju _______________ harga beg tangan yang


ditawarkan oleh peniaga itu.
A. untuk
B. kepada
C. dengan
D. daripada

3
011 SULIT

11. Pembinaan lebuh raya dapat memendekkan jarak perjalanan penggunanya


ke sesuatu tempat.
Pilih perkataan antonim bagi memendekkan.
A. melapangkan
B. mendekatkan
C. menyenangkan
D. Memanjangkan

12. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Saya sedang melukis gambar pemandangan yang indah.

A. Apakah hobi kamu?


B. Gambar apakah yang kamu lukis itu?
C. Mengapakah kamu melukis gambar itu?
D. Bagaimanakah kamu melukis gambar itu?

13. Pilih jawapan yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Bilakah bapa kamu dibenarkan keluar dari hospital?

A. Sudah dua hari bapa saya keluar dari hospital.


B. Bapa saya dirawat di hospital selama tiga minggu.
C. Bapa saya dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
D. Banyak pesakit yang menerima rawatan di hospital tersebut.

14. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I. Adik suka minum kopi yang gelap.
II. Keadaan di dalam gua itu sangat gelap.
III. Suasana di luar rumah gelap kerana malam hampir tiba.
IV. Polis sedang mengintip pencuri yang bermata gelap itu.

A. I dan II

B. I dan III

C. III dan IV

D. II dan III
4
011 SULIT

15. Pilih ayat yang betul.


I. Mereka mengacau dodol dari pagi hingga malam.
II. Rumah sewa itu kosong sejak tiga setengah tahun yang lalu.
III. Kakak menenun sepasang songket untuk dipakai pada hari raya nanti.
IV. Sarapan Ali pada setiap pagi ialah dua biji roti bakar dan segelas susu
segar.

A. I dan II

B. II dan III

C. I dan III

D. III dan IV

5
011 SULIT

Soalan 16 hingga 20

Teliti poster di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

16. Bagaimanakah virus ini boleh merebak?


A. Melalui air mata bayi yang berpenyakit.
B. Melalui muntah daripada mereka yang berpenyakit.
C. Melalui hingus daripada mereka yang terkena virus ini.
D. Melalui air liur, sentuhan cecair lepuh dan najis dari mereka yang
berpenyakit.

6
011 SULIT

17. Berikut adalah tanda-tanda seseorang itu terkena penyakit tangan, kaki dan
mulut kecuali
A. Ulser di tekak dan mulut.
B. Sakit kepala dan hilang selera makan.
C. Berat badan menurun dengan mendadak.
D. Demam serta terdapat ruam di tapak tangan, kaki dan kawasan
lampin.

18. Perkataan pencegahan boleh digantikan dengan berkataan.


A. mendekatkan
B. penghindaran
C. memusnahkan
D. penutupan

19. Berikut adalah langkah-langkah pencegahan penyakit tangan, kaki dan mulut
A. Membuang lampin ke dalam longkang.
B. Sentiasa mengabaikan kebersihan diri.
C. Membawa anak yang terkena jangkitan ke tempat-tempat awam.
D. Sentiasa membasuh tangan selepas melakukan akitiviti atau
pekerjaan.

20. Pada pendapat kamu, mengapakah kita perlu sentiasa mengamalkan


kebersihan diri?
A. Ramai kawan ingin berkawan dengan kita.
B. Supaya kita sentiasa berasa bangga dan berkeyakinan.
C. Dapat menghindari diri dari penyakit dan virus yang berbahaya
D. Melindungi diri daripada gejala yang tidak sihat seperti penagihan
dadah.

7
011 SULIT

KERTAS SOALAN TAMAT

BAHAGIAN B
(30 markah)

Soalan 21
(a) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberi.

pada untuk bagi demi

akan dalam kepada antara

Kelab Alumni berfungsi sebagai penyokong (1)_________________ Persatuan Ibu


Bapa dan Guru (PIBG). Selain itu, Kelab Alumni berfungsi (2)________________
merapatkan jurang (3)___________________ bekas-bekas pelajar, guru-guru serta
badan PIBG itu sendiri. Kelab Alumni sedia memberi sebarang bantuan kepada
pihak sekolah (4)____________________ kebaikan bersama. Pelbagai aktiviti
bermanfaat dijalankan dan dapat memberi inspirasi dan contoh yang baik kepada
pelajar.

(4 markah)

(b) Gariskan kata adjektif yang terdapat dalam ayat di bawah.

i) Arif tidak terangkat batu yang berat itu.

ii) Jarak dari rumah Aina ke sekolah sangat jauh.

iii) Pak Leman sangat penat kerana seharian bekerja mencari rezeki untuk

keluarganya.

iv) Adik gembira apabila mendapat hadiah sempena hari lahirnya yang

disambut baru-baru ini.

(4 markah)

8
011 SULIT

Soalan 22

(a) Padankan penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu
daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

i. Saya baru sahaja menerima


_________ kad ucapan
selamat hari lahir daripada
Alieya,” kata Danish.
ii. Puan Jenifer menjamu sekaki
tetamunya dengan tiga
_________ anggur yang baru
dibelinya sebentar tadi. sekeping
(2
iii. Ayah membeli ______ surat
khabar di kedai Pak Abu di Markah) gugus
seberang jalan sana.
iv. Amarna membawa ________ senaskah
payung ke sekolah kerana
hari hujan.
(b) Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

Mustafa : Apakah nama tempat yang akan kita pergi untuk memancing nanti?

Ramli : _____________________________________________________________

_____________________________________________________________

(2 markah)

9
011 SULIT

Soalan 23

(a) Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di bawah.

________________________________________________________

(2 markah)

(b) Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Ayat Tanya : ______________________________________________________

______________________________________________________

Jawapan : Ali menangis kerana kakinya terseliuh sewaktu bermain bola sepak.

(2 markah)

10
011 SULIT

Soalan 24

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan.

Penduduk Kampung Serai bersepakat untuk menjadikan Si Babau sebagai


umpan untuk menangkap seekor harimau yang sering berkeliaran di kampung
mereka. Si Babau terpilih sebab susuk tubuhnya yang pejal dan sihat. Si
Babau berasa sedih tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Hatinya tidak rela
untuk menjadi umpan harimau itu. Tiba masanya, Si Babau dibawa ke tengah
hutan. Dia ditambat pada sebatang pokok. Orang kampung pula
bersembunyi di atas
bukit kecil tidak jauh dari pokok tersebut
Apabila harimau tiba, Si Babau berpura-pura mati. Harimau tidak
berselera apabila melihat Babau sudah mati. Ketika harimau membelakangi
Si Babau, Si Babau dengan secepat kilat menanduk perut harimau. Si Babau
bertekad untuk menghapuskan harimau itu. Disebabkan harimau itulah,
dirinya menjadi taruhan. Tanduknya yang tajam telah menyebabkan perut
harimau cedera teruk. Harimau berguling-guling kesakitan. Akhirnya, harimau
itu mati.

(a) Apakah maksud ditambat?


______________________________________________________________

______________________________________________________________

(2 markah)

(b) Mengapakah Si Babau dijadikan umpan untuk menangkap harimau itu?

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(2 markah)

11
011 SULIT

(c) Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya


telah ditunjukkan sebagai contoh.

Penduduk kampung membina perangkap


yang besar.

Si Babau ditambat di bawah sebatang


Ya
pokok untuk menarik perhatian harimau
itu.

Harimau itu masih hidup setelah ditanduk Tidak


oleh Si Babau.

Hilang selera harimau melihat Si Babau


yang berpura-pura mati.

(2 markah)

Soalan 25

Telita carta di bawah kemudan jawab soalan berikut.

Proses Penghasilan Jus Nanas

kupas basuh potong

hidang tapis kisar

12
011 SULIT

(a) Selepas dibasuh, apakah proses yang dilakukan sebelum jus nanas
dihidangkan?
i. _________________________
ii. _________________________
iii. _________________________

(3 markah)

(b) Mengapakah buah nanas perlu ditapis selepas dikisar?


______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(2 Markah)

(c) Pada pendapat kamu, apakah yang boleh ditambah supaya jus nanas kamu
menjadi lebih sedap dan menarik?
Jawapan kamu hendaklah menggunakan ayat yang lengkap.
______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(3 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

13

Anda mungkin juga menyukai