Anda di halaman 1dari 7

Arahan : Jawab semua soalan Bahagian A dan Bahagian B serta satu soalan daripada Bahagian C.

Bahagian A
[ 20 markah ]
Soalan 1 hingga 7

Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. “__________________ akan berkhemah di dalam hutan selama dua hari,” kata Cikgu Shahrizal kepada
pasukan pengakap sekolah.

A. Dia C. Kami
B. Kita D. Mereka

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Seorang ahli pengakap ditugaskan menyalakan api untuk __________ air di dalam sebuah cerek.

A. menjirus C. menadah
B. mengambil D. menjerang

3. Ubi kayu yang telah direbus oleh emak telah ___________ untuk dimakan.

A. reput C. empuk
B. lemau D. rangup

4. Wanita itu ________________ perca-perca kain pada bajunya yang koyak.


A. mengoyakkan C. menampalkan
B. menanggalkan D. menambahkan

5. Hana dan Hani dididik oleh ibu mereka melakukan kerja-kerja rumah _______ mereka kecil.

A. pada C. hingga
B. sejak D. daripada
6. Budak-budak itu lari ____________ apabila dikejar oleh seekor anjing semasa pulang dari sekolah.

A. kucar-kacir C. lintang-pungkang
B. susup-sasap D. mundar-mandir

1
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7. Fuad______________ motosikalnya yang rosak ke Bengkel Ah Seng untuk dibaiki.

A. menarik C. menuntun
B. memapah D. menunggang

Soalan 8 hingga 9

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

8.

I. Anita mempercepatkan langkahnya untuk mengejar bas sekolah itu.


II. Sufian gigih berusaha untuk mengejar kehidupan yang lebih baik.
III. Pada awal tahun 1990-an, sektor perindustrian mengejar dengan pesat sekali.
IV. Pemuda itu mengejar ke hospital setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

9.

I. Mendalam soal ini, dia tidak harus dipersalahkan.


II. Masalah itu dibincangkan secara mendalam antara empat mata.
III. Fikirlah secara mendalam sebelum mengambil sebarang tindakan.
IV. Air perigi itu semakin mendalam setelah hujan turun tanpa henti.

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Soalan 10 hingga 11

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang bercetak
tebal.

10. Budaya makan makanan segera menjadi faktor penyumbang kepada penyakit jantung pada zaman
moden ini.

A. Penyakit jantung menjadi punca makan makanan segera pada zaman moden ini.
B. Punca pada zaman ini menjadi penyebab penyakit jantung ialah makan makanan segera.
C. Pada zaman moden ini, amalan makan makanan segera menjadi punca penyakit jantung.
D. Penyumbang kepada penyakit jantung dan budaya makan makanan segera disebabkan oleh zaman
moden ini.

2
11. Penebangan hutan yang berleluasa bukan sahaja menjejaskan mutu alam sekitar, malah
menjejaskan sosiokonomi negara.

A. Mutu alam sekitar dan ekonomi negara akan merosot jika hutan ditebang dengan sesuka hati.
B. Alam sekitar dan ekonomi negara akan tercemar sekiranya hutan ditebang tanpa kawalan.
C. Hutan yang terbiar tanpa kawalan akan merosakkan mutu alam sekitar dan ekonomi negara akan
merosot.
D. Hutan yang ditebang tanpa kawalan boleh merosakkan alam sekitar di samping menjejaskan ekonomi
negara.

Soalan 12 hingga 13

Pilih ayat-ayat yang betul.

12.

I. Ada di antara buah mangga yang dijual oleh peniaga itu masih muda.
II. Hanif tidak sedar bahawa kata-katanya itu telah melukakan hati ibunya.
III. Amira memberikan separuh mi gorengnya kepada Norin pada waktu rehat.
IV. Kerugian yang dialami oleh para pengguna berpunca daripada kesilapan dan kelalaian
mereka sendiri.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

13.

I. Kelima orang anak Pak Jusoh Berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.


II. Kami diberi tempoh selama seminggu untuk mengosongkan rumah itu oleh
tuannya.
III. Mereka berusaha untuk menyelamatkan seekor dugong yang terperangkap pada
jaring nelayan itu.
IV. Setelah semua pokok-pokok getah itu ditebang, Pak Osman bercadang untuk
mendirikan sebuah inap desa di kawasan itu.
A. I dan IV sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Soalan 14 – 15

Pilih peribahasa yang paling sesuai

14. Peribahasa berikut mempunyai maksud yang hampir sama, kecuali

A. Ibarat retak menanti belah.


B. Bagai layang-layang putus tali.
C. Bagai embun di hujung rumput.
D. Umpama telur di hujung tanduk.

15. Sudah berkali-kali Puan Sarimah menasihati anaknya supaya tidak bercampur dengan budak-budak motor
itu tetapi tidak dipedulikan oleh anaknya itu.

Peribahasa yang boleh merujuk perlakuan di atas ialah;

A. Bagai anjing buruk kepala.


B. Bagai ayam disambar helang.
3
C. Bagai bertepuk sebelah tangan.
D. Bagai mencurah air ke daun keladi.

Soalan 16 – 20

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pantun Nasihat

Tanam balik buah peria,


Buah peria mahal sekali;
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.

Ketua-ketua raja duduk,


Jangan ditimpa papan;
Diketahui ganja itu mabuk,
Apakah sebab maka dimakan?

Meninjau berpadi masak,


Batang kapas bertimbal jalan;
Hati risau dibawa gelak,
Bagai panas mengandung hujan.

Pulau di balik Pulau Gosong,


Pandan di JAwa diranggungkan;
Jangan kata terdorong-dorong,
Badan dan nyawa menanggungkan.

Hangus bertih berwarna merah,


Mari dituang ke dalam kain;
Suami yang letih usah dimarah,
Kelak terbang ke bunga lain.

Anak Cina membawa surat,


Dari Perak langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak dijual beli.

Pisang kelat digongong healng,


Jatuh ke Lubuk Inderagiri;
Jikalau berdagang ke rantau orang,
Baik-baik membawa diri.

(Dipetik daripada antologi Baik


Budi, Indah Bahasa, Tingkatan
2, Arah Pendidikan Sdn.Bhd.)
16. Nasihat yang terkandung dalam rangkap pertama pantun di atas ialah
A. Janganlah berlebih-lebihan ketika berbelanja.
B. Pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan sama sekali.
C. Barang yang memabukkan hendaklah dihindari.
D. Pekerjaan yang baik sudah menjadi lumrah hidup.

17. Apakah persoalan yang terdapat dalam pantun ini?

A. Kerenggangan hubungan suami isteri.


B. Perasaan sedih dan gembira yang berpanjangan.
C. Perbezaan darjat menyebabkan kita dipandang hina.
D. Pentingnya kita melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan.

4
18. Antara berikut, yang manakah pengajaran yang tidak terdapat dalam pantun ini?

A. Kita hendaklah berani menegakkan kebenaran.


B. Kita hendaklah melakukan kebaikan dan mejauhi kemungkaran.
C. Kita perlulah beradab dan berbudi bahasa ketika bercakap.
D. Kita mestilah tabah menghadapi dugaan yang menimpa diri.
19.

Buat baik berpada-pada,


Buat jahat jangan sekali.

Unsur gaya bahasa yang digunakan oleh pemantun dalam baris pantun di atas ialah

A. Anafora C. Perlambangan
B. Inversi D. Repetisi

20.

Batang kapas bertimbal


jalan

Unsur bunyi yang digunakan oleh pemantun dalam baris pantun di atas ialah;

A. Aliterasi C. Asonansi
B. Simile D. Sinkope

Bahagian B

[25 markah]

Jawab semua soalan.

1.
a) Betulkan kesalahan hukum D-M yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah.

I. Dasuki bekerja di kedai Hankok tayar.


Dasuki bekerja di kedai tayar Hankok

II. Shiva memasukkan Maggi serbuk ke dalam masakannya.


Shiva memasukkan serbuk Maggi ke dalam masakannya.

[2 markah]

b) Betulkan kesalahan kata kerja yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah.

I. Haliza menceritakan tentang pengalamannya ketika bertugas di luar negara.


Haliza menceritakan pengalamannya ketika bertugas di luar negara.

II. Peniaga pasar malam itu mendapati banyak keuntungan hasil daripada perniagaannya.
Peniaga pasar malam itu mendapat banyak keuntungan hasil daripada perniagaannya.

III. Pak Abu sedang memagari kawasan rumahnya.

5
Pak Abu sedang memagar kawasan rumahnya.

[3 markah]

2. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat yang lengkap.

a) Apakah penyakit yang mungkin dihidapi oleh seseorang jika mengalami berat badan yang berlebihan?
[3 markah]
b) Nyatakan dua faedah aktiviti senaman berdasarkan petikan di atas. [3 markah]
c) Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat bersenam secara
konsisten? [4 markah]

BAHAGIAN C

[15 markah]

1) Lihat rajah di bawah dengan teliti, kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah
perkataan.
[15 markah]

6
7

Anda mungkin juga menyukai