Anda di halaman 1dari 15

BAHAGIAN A [20 markah]

Soalan 1 – 5
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Penoreh getah _____________ bakul yang mengandungi getah sekerap untuk dihantar
ke tempat pengumpulan getah.

A. menjunjung
B. memikul
C. mengelek
D. mengandar

2. Ibu membeli dua _____________ sabun di kedai runcit Pak Ali untuk kegunaan
keluarga kami.

A. buku
B. ketul
C. papan
D. biji

3. Jalan menuju ke rumahnya _____________ menyebabkan kami telah tersesat.

A. bersimpang-siur
B. bengkang-bengkok
C. berliku-liku
D. silang-menyilang

4. Walaupun baru pukul 9.00 malam, jalan raya di pekan kecil itu sudah ________.

A. sunyi
B. kosong
C. senyap
D. lengang
5. Buku yang ditulis dalam __________ itu, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
mendapat sambutan yang sangat menggalakkan
A. interbahasa
B. dwibahasa
C. pancabahasa
D. subbahasa

Soalan 6 – 7
Pilih ayat-ayat yang betul.
6. I Penduduk Kampung Jalan Tiga saling menghormati antara satu sama lain.
II Kedua orang tua Aminah sudah meninggal dunia.
III Kakak yang sedang belajar di luar negara sering menelefon kami kerana rindu
akan kami.
IV Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan tugasan Geografi adalah selama dua
setengah jam.

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

7. I Hadiah yang sangat mahal ini adalah untuk ayah sempena hari lahirnya.
II Wajah gadis yang menjadi pujaan banyak lelaki itu jelita amat.
III Ziela membeli lima papan petai dan sesisir pisang di pasar malam.
IV Tolong jangan bermain di tepi lombong itu kerana berbahaya.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 8-9
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
8. I . Ramli mengandar satu bekas kayu api untuk dibawa pulang ke rumahnya.
II Aliff masih tergila-gilakan bekas isterinya.
III Penduduk kampung itu gempar selepas seorang penduduk menemukan bekas tapak
kaki Pak Belang di tepi sungai.
IV Neelofa sedang mengisi kuih raya ke dalam bekas makanan untuk dihidang kepada
tetamu yang datang.

A. I dan VI sahaja
B. I, II dan III sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, IV sahaja
9. I Ayah menukar tayar kereta kerana bunga tayarnya sudah haus.
II Ah Long memberi hutang dengan mengenakan bunga yang tinggi.
III Murni suka memakai baju yang bunga.
IV Fattah Amin menghadiahi isterinya sejambak bunga yang sangat besar.
A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. I, II dan IV sahaja

Soalan 10 – 11
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
bahasa dan mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A,B atau C jika ayat itu mengandungi kesahalan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.
10. Amir Khan amat pandai sekali menulis cerpen sejak menghadiri bengkel penulisan
cerpen remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.
A. teramat pandai sekali
B. teramat terpandai sekali
C. amat terpandai sekali
D. amat pandai sekali

11. Lagu yang menjuarai carta radio Era selama empat minggu berturut-turut itu telah
dinyanyikan oleh kamu?
A. telah kamu nyanyikan?
B. kamu telah nyanyikan?
C. oleh kamu nyanyikan?
D. dinyanyikan oleh kamu?

Soalan 12 hingga 13
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah.Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandai dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan ditandakan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.
12. Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan keyakinan diri dan menyemai rasa
A B
tanggungjawab dalam diri murid-murid. Tiada kesalahan
C D

13. Saban hari, pihak media massa samaada media cetak atau media elektronik
A B

sering menguar-uarkan masalah gejala sosial dalam kalangan remaja.

C
Tiada kesalahan
D
Soalan 14
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.
14. Sistem perhubungan yang moden pada hari ini membolehkan kita berhubung
antara satu dengan yang lain di serata dunia dengan lebih cepatnya.
A. Melalui perhubungan moden sahajalah proses perhubungan dapat kita jalankan
dengan cepatnya.
B. Dengan adanya sistem perhubungan moden pada hari ini, perhubungan kita antara
satu dengan yang lain di serata dunia ini dapat dilakukan dengan cepatnya.
C Dengan adanya sistem perhubungan moden, kita bukan sahaja dapat antara satu
dengan yang lain di serata dunia, malah dapat berhubung dengan lebih cepat lagi.
D Untuk memungkinkan kita berhubung antara satu dengan yang lain di seluruh dunia,
kita perlu menggunakan sistem komunikasi moden.

Soalan 15
Pilih peribahasa atau maksud yang paling sesuai.
A. Pada waktu pagi suasana di Pasar Besar Seremban sangat bising dengan suara tawar-
menawar peniaga dan pembeli. Hal ini sedemikian kerana orang ramai ke sana untuk
membeli barang keperluan. Peribahasa yang tepat menggambarkan keadaan seperti
penyataan di atas ialah
A Seperti ular kena palu
B. Anak kucing menjadi harimau
C. Seperti bertih digoreng
D. Ada gula ada semut

Soalan 16 hingga 20
Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Syair Burung Nuri
Bermula warkah surat rencana, Sudahlah nasib untung yang malang,
Ikatan fakir yang sangat hina, Mengambah lautan berulang-ulang,
Sajak dan nazam banyak tak kena, Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Daripada pendapat kurang sempurna. Senantiasa di dalam nasib dan walang.

Gerangan sungguh amatlah leta, Hanyutlah badan ke sana ke mari,

Perinya akal gelap-gelita, Segenap pesisir desa negeri,
Hemat pun rendah daif berserta, Bertambahlah pula sopan dan negeri,
Tambahan badan miskin dan nista Santap nan tidak minum pun kari.

Beribu ampun kiranya tuan, Bangun terjunun badan suatu,

Atasnya hulu fakir nistawan, Gundahlah fikir tiada tertentu,
Daripada masyghul gundah merawan, Laksana cermin jatuh ke batu,
Terperilah madah patik nin tuan. Remuk dan redam hancur di situ.

Dituliskan sahifah supaya nyata, Remuk dan redam rasanya hati,

Barang yang ghairah di dalam cinta, Lenyaplah fikir budi pekerti,
Terfikir-fikir bukan menderita, Jikalau kiranya hamba turuti,
Dakwat dan kertas tempat berkata. Daripada hidup sebaiknya mati.
16. Penyair menggambarkan dirinya seorang yang merendah diri dalam baris-baris berikut,
kecuali
A. ikatan fakir yang hina
B. daripada pendapat kurang sempurna
C. hemat pun rendah daif beserta
D. barang yang ghairah dalam cinta

Laksana cermin jatuh ke batu

17. Unsur gaya bahasa yang digunakan oleh penyair dalam baris syair di atas ialah
A. personafikasi
B. hiperbola
C. simile
D. metafora

18. Rangkap kelima dalam syair tersebut bermaksud

A. penyair mengisahkan dirinya sentiasa bernasib malang.
B. penyair menyatakan bahawa nasib malang bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan.
C. nasib malang penyair menjadi punca dia dihina oleh masyarakat.
D. nasib malang boleh diubah jika penyair rajin berusaha.

19. Yang manakah antara berikut merupakan bentuk Syair Burung Nuri?
I. Terdiri daripada lapan rangkap
II. Berbentuk terikat
III. Terdapat dua baris pembayang dan dua baris maksud
IV. Terdapat 10 hingga 15 suku kata sebaris

A. I dan II
B. I, II, dan III
C. I, II, dan IV
D. II, III, dan IV

20. Apakah pengajaran yang terdapat dalam syair tersebut?

A. Kita mestilah bersikap pesimis agar segala pekerjaan yang dilakukan memperoleh hasil
yang baik.
B. Kita hendaklah mempunyai sikap rendah diri supaya dianggap tidak sombong.
C. Kita haruslah bertindak segera tanpa mengambil kira pandangan orang lain.
D. Kita wajarlah bersopan-santun dengan orang yang dikenali sahaja.
BAHAGIAN B

(25 MARKAH)

Soalan 1

(a) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti
kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Majlis Pertabalan Sultan Kedah akan diadakan di Balairung Seri Istana Anak Bukit.

_______________________________________________________________________

(1 Markah)

(ii) Bapa Farhan bertugas sebagai juru terbang di sebuah syarikat penerbangan di Kuala
Lumpur.

_______________________________________________________________________

(1 Markah)

(b) Pilih jawapan yang terdapat dalam kurungan ( ) dengan tepat untuk melengkapkan
ayat
di bawah ini. Tuliskan jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Negeri Melaka (ialah / adalah) salah satu destinasi pelancongan yang menarik di
Malaysia

_______________________________________________________________________

(1 Markah)

(ii) Kanak – kanak di kampung itu berkunjung (dari / daripada) sebuah rumah ke sebuah
rumah yang lain pada Hari Raya Aidilfitri.

_______________________________________________________________________

(1 Markah)

(iii) Encik Hamid memelihara (kedua / dua) ekor arnab berwarna putih.

_______________________________________________________________________
(1 Markah)

Soalan 2 (10 markah)

Baca bahan – bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan – soalan yang
berikutnya.

Bahan 1

“Mana Bawod, pak?”

“Bawod sudah disembelih. Bukankah kita akan adakan kenduri kesyukuran?”

Beluntung bingkas bangun sungguhpun kepalanya masih terasa pening. Dia tersungkur lagi tetapi berjaya
bangun sendiri, kemudian dia melangkah dengan lemah menuju ke arah Bawod yang sudah terbujur kaku
berlumuran darah. Beluntung melutut di hadapan Bawod yang tidak bernafas lagi. Dia menangis sekuat – kuatnya.
Apabila kesedihannya memuncak dia melolong. Tanpa sedar dia memeluk Bawod. Mereka yang berada di tempat
itu terlopong melihat seekor binatang yang bakal dimakan tetapi diratapi oleh orang yang diraikan.

Beluntung memandang orang ramai yang mengelilinginya. “Binatang ini seperti manusia, dia sahabat saya ...”
Beluntung mengesat air matanya lalu memandang bapanya. Orang ramai memujuk Beluntung. Bapa menghampiri
Beluntung dan memeluknya.

(Dipetik daripada cerpen “Bawod” dalam antologi

Bintang Hati, Tingkatan 3, Aras Mega (M) Sdn. Bhd.)

Bahan 2

AMALAN TEKNOLOGI HIJAU

Teknologi hijau merupakan teknologi yang mesra alam dan bertujuan memelihara alam sekitar dan alam
semula jadi. Penggunaan teknologi hijau dapat mengurangkan penggunaan tenaga kuasa, sekali gus meningkatkan
pembangunan ekonomi negara.

Selain itu, negara dapat meningkatkan keupayaan inovasi dalam pembangunan teknologi hijau. Hal ini
dilaksanakan dengan penganjuran ekspo ciptaan sains yang dijalankan setiap tahun. Di samping itu, kita juga dapat
memulihara dan memelihara alam sekitar serta memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan teknologi
hijau.

(i) Berdasarkan bahan 1, apakah reaksi Beluntung apabila melihat Bawod? (3 Markah)

__________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
(iii) Apkah dua pengajaran yang boleh didapati berdasarkan bahan 1 dan bahan 2 di
atas?
(3 Markah)

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

(iii) Sikap prihatin terhadap kelestarian alam sekitar dan perlindungan haiwan haruslah
diterapkan dalam kalangan generasi muda. Pada pendapat anda, apakah langkah – langkah
untuk memelihara alam sekitar? (4 Markah)

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

Soalan 3 (10 Markah)

Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. Tawanan
Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya.

Binaan Plot

Permulaan Perkembangan Klimaks Peleraian

Plot ialah penceritaan peristiwa secara berturutan. Berdasarkan novel yang telah anda kaji,
huraikan binaan plot untuk PERKEMBANGAN peristiwa. Kemudian, berikan tiga contoh
peristiwa berdasarkan watak utama.

Watak Utama : FARHANI

BAHAGIAN C

(15 MARKAH)

[Masa dicadangkan : 15 minit]

Bahagian ini mengandunig dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.

1. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang diberi, tulis ulasan
yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

PENCEMARAN AIR

Ancaman masalah kesihatan Kepupusan hidupan akuatik

Kualiti bekalan air terancam

2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian tulis satu ringkasan tentang kebaikan

belajar secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah
perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.

Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, ‘study group’,
‘study circle’, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini
merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan
bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota
kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika perbincangan
itu dijalankan secara berkekalan.

Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah untuk
disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita
mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak
dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang
kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu kesatuan yang jitu.

Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu
dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu
memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu
mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih
mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.

Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini
demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan
pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan
demkian kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk menyayakan
perbincangan itu.

Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu perkara
yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak memberikan
gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.

KERTAS SOALAN TAMAT

Gerak gempur pt3 2019
SKEMA JAWAPAN (SOALAN 1-20)
1) D - mengandar
2) A - buku
3) A - bersimpang - siur
4) D - lengang
5) B - dwibahasa
6) B - I dan II
7) C - I,II , dan III
8) C - II,III,dan IV
9) D - I,II,dan IV
10) D- amat pandai sekali
11) A - telah kamu nyanyikan?
12) D - tiada kesalahan
13) B - samaada
14) B
15) C
16) D
17) C
18) A
19) C
20) B

BAHAGIAN B
(25 MARKAH)
Soalan 1
A)
i. Balairong
ii. Juruterbang
B (I) ialah
Ii. dari
Iii. Dua

SOALAN 2
i. Tersungkur, melangkah dengan lemah menuju ke arah Bawod, melutut di hadapan
Bawod yang tidak bernafas lagi, menangis sekuat – kuatnya dan melolong.
ii. Kita hendaklah menyayangi dan menjaga haiwan peliharaan dengan baik.
Kita mestilah mempunyai perasaan simpati dan belas kasihan.
Kita hendaklah memelihara alam sekitar.
Kita mestilah berusaha untuk memulihara alam sekitar.
Kita hendaklah bijak menggunakan teknologi agar alam semulajadi akan lebih terpelihara.
III) Menguatkuasa undang-undang
- Mengadakan kempen kesedaran
- Menggalakkan amalan 3R
- Mengadakan gotong-royong
- Menanam semula pokok
*Terima mana-mana jawapan yang relevan.
SOALAN 3 - NOVEL
 Farhani, Chea Mei dan Mira ditugaskan untuk mencari kumbang. Mereka berjanji
akan mencari kumbang di dusun datuk Farhani.
 Tepat pada masa yang dijanjikan, Farhani menunggu rakan-rakannya datang tetapi
mereka tidak muncul-muncul. Dia mengambil keputusan untuk masuk sendirian ke
dalam dusun tersebut bagi mencari kumbang.
 Di dalam dusun itu, Farhani mendapati ada sebuah rumah usang.
 Farhani memasuki rumah itu dan tiba-tiba berada di alam lain.
 Farhani ditawan oleh seekor kumbang yang besar bernama Komander Caucasus.
 Farhani dibawa ke istana Maharaja Tanduk dan dimasukkan ke dalam sebuah balang
kaca.
 Bara dan Dara Bintik datang menyelamatkan Farhani dan membawa dia berjumpa
dengan Puteri Coleoptera.
 Tentera Komander Caucasus menyerang kumpulan Bara. Kim Yong dan Farhani
berjaya menyelamatkan diri.
 Farhani dan Kim Yong ditahan oleh Dara Merah, iaitu pengikut setia Tuan Puteri
Coleoptera.

SOALAN - ULASAN
Isi-isi tersurat:
a) Pencemaran air menyebabkan kualiti bekalan air terjejas.
b) Masalah kesihatan meningkat.
c) Kepupusan hidupan akuatik

Isi-isi tersirat:
a) Air telah tercemar oleh pembuangan sampah sarap dan sisa toksik dari kilang.
b) Masyarakat menggunakan sumber air yang tercemar untuk membasuh, memasak,
dan mandi.
c) Sungai yang tercemar menyebabkan bekalan oksigen berkurangan dan hidupan
akuatik mati.

SOALAN - RINGKASAN
Jawapan

 dapat bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara dalam kalangan ahli.

pemahaman tentang sesuatu perkara dapat dipertingkat. ( Perenggan 1 Baris 2 & 3)
 nota hasil pembelajaran dapat disusun dengan rapi. ( Perenggan 2 Baris 2 & 3)
 terdapat rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami
dengan terperinci. ( Perenggan 3 Baris 2 & 3)
 nota pelajaran dapat disusun mengikut urutan tepat. (Perenggan 3 Baris 1 & 2)
 semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil daripada perbincangan yang dilakukan.
(Perenggan 3 Baris 3 & 4)
 kumpulan perbincangan dapat meningkatkan kecekapan bekerja setiap ahli
kumpulan.(Perenggan 4 Baris 1)
1. Murid dapat bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara./ Pemahaman tentang
sesuatu perkara dapat dipertingkat
2. Murid dapat menyusun nota peajaran dengan lebih rapi,
3.Terdapat rakan-rakan yang mahir dan boleh menjelaskan sesuatu perkara yang sukar
difahami
4 Murid dapat menyusun nota mengikut urutan yang tepat
5. Kadar kepantasan bekerja akan meningkat
6. Dapat membuat persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk menjayakann
perbincangan.

Anda mungkin juga menyukai