Anda di halaman 1dari 15

Bahagian A

(20 markah)
(Masa dicadangkan: 30 minit)

Soalan 1- 4
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Aiman berlari _______________ semasa diserang oleh angsa nenek yang

berkeliaran di halaman rumah.
A lintang-pukang
B serbah-serbih
C robak-rabik
D kucar-kacir

2. Penyanyi wanita itu memperdengarkan dua buah lagu dalam majlis tersebut
sementara menunggu giliran kumpulan tarian zapin membuat _________________.
A sembahan
B persembahan
C persembahkan
D mempersembahkan

3. “Banyak faedah yang akan diperoleh sekiranya __________________ menyertai

aktiviti kokurikulum,” kata Cikgu Wani kepada para muridnya.
A dia
B kita
C kami
D kalian

4. Program lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur itu

_____________ diadakan pada hujung minggu ini.
A sedang
B sudah
C dapat
D akan

1
Soalan 5 – 6
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan
dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

5. Di era globalisasi ini, bermacam-macam urusan harian dapat dilaksanakan melalui

A B
penggunaan Internet. Tiada kesalahan.
C D

6. Setelah berkhidmat di kawasan pendalaman selama sepuluh tahun, akhirnya Aiman

A B
berjaya dipindahkan ke bandar yang berhampiran. Tiada kesalahan.
C D

Soalan 7 – 8

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul.

7.
I. Tudung yang berwarna merah muda sangat sesuai dengan baju kebaya ini.
II. Memiliki aset seperti rumah pada usia muda menjadi impian setiap orang.
III. Malam masih muda tetapi jalan raya telah mulai lengang.
IV. Buah manga di dalam bakul besar itu sudah muda.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

2
8.
I. Doktor pakar itu melakukan ujian darah terhadap pesakit itu bagi mengenal
pasti punca penyakitnya.
II. Izzah percaya bahawa tragedi yang menimpa keluarganya itu merupakan
ujian daripada Allah.
III. Murid-murid sekolah itu akan menduduki ujian bulanan pada bulan Ogos.
IV. Pembantu makmal sedang membersihkan tabung ujian di dalam makmal
sains itu.

A I dan II sahaja

B III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja

D II, III dan IV sahaja

Soalan 9 - 10
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat
itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

9. Kawasan lapang itu berbau busuk kerana dikotorkan sampah sarap.

A dikotori sampah sarap
B dikotori sampah-sarap
C dikotorkan sampah-sarap
D dikotorkan sampah sarap

10. “Buku-buku yang dipesan oleh cikgu saya akan hantar pada esok pagi,” kata jurujual
itu kepada Cikgu Maria.
A cikgu saya akan pesan
B cikgu pesan akan saya
C dipesan oleh cikgu akan saya
D dipesan oleh cikgu saya akan

3
Soalan 11 – 12

Pilih ayat-ayat yang betul.

11.
I. Siti mengambil Ishak segelas air.
II. Dua buah kelas untuk murid-murid prasekolah akan ditempatkan di sebuah
bangunan baharu di sekolah rendah itu.
III. Beberapa siri ujian SPM akan diadakan untuk murid-murid Tingkatan 5
bermula dari penggal pertama persekolahan.
IV. Pihak pengurusan syarikat akan mengambil tindakan tata-tertib terhadap para
pekerja yang menyalahgunakan kemudahan Internet di pejabat.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

12.
I. Pihak tentera akan memperketatkan kawalan di perairan Sarawak.
II. Keempat pelari 4 x 800 meter dari SMK Sri Muar terpilih untuk mewakili
daerah Muar.
III. Keharmonian landskap di Putrajaya sungguh mempesonakan para
pengunjung.
IV. Rumah tua itu masih boleh dibaik pulih untuk mengekalkan kesenian dan
keaslian seni reka bentuknya.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

4
Soalan 13

Pilih peribahasa yang paling sesuai.

13. Murid perlu memberi tumpuan dan perhatian sewaktu guru sedang mengajar dan
mestilah rajin bertanya soalan seandainya tidak faham tentang sesuatu pelajaran
kerana

A usaha tangga kejayaan

B bagai kera mendapat bunga
C bagai mencurah air ke daun keladi
D malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut

Soalan 14 – 16 berdasarkan petikan prosa tradisional di bawah.

Adapun akan Si Miskin itu, apabila hari malam maka ia pun diamlah kepada
pohon kayu itu membasuhi segala tubuhnya itu. Setelah hari siang maka ia pun
berjalan hendak masuk ke dalam negeri mencari rezekinya. Maka apabila
sampailah dekat kepada kampung orang, apabila orang yang empunya kampung itu
melihat akan dia maka diusirnyalah dengan kayu. Maka Si Miskin itu pun berlarilah
ia ke pasar. Maka dilihat oleh orang pasar akan Si Miskin itu datang, maka masing-
masing melempari dengan batu dan kayu dibuatnya pelontar. Maka ia pun larilah
dan tubuhnya pun habislah bengkak-bengkak berlumuran darah. Ia pun menangis
berseru-seru sepanjang jalan dengan sangat laparnya dan dahaga seperti akan
matilah rasanya.
Maka ia pun bertemu dengan tempat orang membuang sampah di tengah
jalan raya itu. Maka ia pun berhentilah ia di situ. Maka dicarinyalah di dalam
sampah yang bertimbun-timbun itu barang yang dapat dimakan. Maka dengan
takdir Allah taala maka bertemulah ketupat sebiji basi dengan buku tebu. Maka
dimakannya ketupat itu laki bini. Setelah sudah dimakannya ketupat itu maka
barulah dimakannya buku tebu itu. Maka adalah segar sedikit rasa tubuhnya kerana
beberapa hari lamanya tiada merasai nasi. Hendak meminta ke rumah orang tidak
berani. Usahkan diberi orang hampir pun tiada boleh. Demikian halnya Si Miskin itu.

Dipetik daripada prosa tradisional ‘Bahagia Sesudah Derita’,

antologi Bintang Hati, Tingkatan 3
Kementerian Pendidikan Malaysia

5
14. Maksud diamlah kepada pohon kayu ialah

A berehat di rumah
B tidur di atas pokok
C bermalam di rumah jiran
D tinggal di bawah sebatang pokok

15. Berikut merupakan reaksi penduduk kampung dan orang pasar setelah melihat Si
Miskin, kecuali
A mengusirnya dengan kayu
B melempar batu ke arahnya
C melontar kayu ke arahnya
D memukulnya sehingga bengkak-bengkak dan berdarah

16. Apakah tema bagi prosa tradisional “Bahagia Sesudah Derita”?

A Kasih sayang antara kekeluargaan
B Kecekalan dalam mencapai kejayaan
C Keazaman dalam mencapai kejayaan
D Kecekalan dan ketabahan sepasang suami isteri miskin

6
Soalan 17 – 20 berdasarkan petikan cerpen di bawah.

Ironinya, aku tidak pernah melihat bapa dan ibu jemu dengan dunia tapai
mereka. Pagi-pagi lagi bapa akan ke kebun untuk mencabut ubi. Kebun kami
bertanah gambut, dan bapa mudah sahaja mencabut berpuluh-puluh pokok ubi.
Karung ubi dipikul pulang. Emak akan mengopek kulit berwarna coklat. Putih
bersih ubi kayu yang segar itu jadinya. Kemudian ubi itu dipotong pendek-pendek,
dalam seinci setengah panjangnya. Akulah yang sering melakukan tugas ini.
Memang layak orang memanggilku Parjo Tapai.
Setelah itu emak akan menjerang air seperiuk besar. Ubi-ubi putih itu
direbus hingga empuk. Dituskan, nampak enak juga. Akan tetapi oleh sebab
setiap hari aku menatap ubi rebus itu, seleraku sudah hilang. Jelak jadinya aku
dengan ubi rebus itu.
Emak kemudian meneruskan tugasannya selepas sembahyang isyak. Aku
tidak berapa kisah lagi tugas emak Ketika itu. Namun menurut emak, membuat
tapai ubi banyak pantang larangnya. Kononnya, jika pantang larang dilanggar,
tapai tidak manis. Kalua tapai tidak manis orang tidak mahu beli. Namun selama
ini, orang tidak pernah merungut tentang tapai ubi Wak Salikon. Juallah di mana-
mana tetap habis. Tetap laris.

Dipetik daripada cerpen ‘Legasi Tapai Ubi’

Antologi Bintang Hati, Tingkatan 3
Kementerian Pendidikan Malaysia

17. Nyatakan proses yang dilakukan selepas ubi kayu dicabut.

A Ubi kayu dipikul pulang ke rumah

B Emak menjerang air seperiuk besar.
C Emak akan mengopek kulit ubi kayu yang berwarna coklat
D Ubi kayu akan dipotong pendek-pendek dalam seinci setengah panjangnya.

18. Apakah pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas?

A Kita mestilah menghormati pendapat dan pendirian orang lain.

B Kita mestilah tabah dan menerima ketentuan Tuhan.
C Kita harus menyayangi anggota keluarga.
D Kita hendaklah rajin mencari rezeki.

7
19. Yang berikut merupakan sebab-sebab makanan tradisional kurang mendapat
sambutan, kecuali

A harga yang terlalu mahal

B proses penghasilannya rumit
C rasanya kurang enak berbanding dengan makanan Barat
D kebanyakan makanan tradisional mengandungi gula dan minyak yang banyak

20. Berikut merupakan perwatakan-perwatakan Parjo, kecuali

A seorang yang gigih kerana tidak berputus asa dalam menjalankan kajiannya
B seorang yang malas kerana tidak mahu membantu ibu bapa menjual tapai ubi
C seorang yang bijak kerana berjaya memperoleh ijazah kedoktoran dari universiti
D seorang yang berwawasan kerana mahu mencari penawar penyakit kanser dan
membantu masyarakat dunia

8
Bahagian B
(25 markah)
(Masa dicadangkan: 45 minit)

1 Dalam petikan dialog di bawah ini, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin petikan dialog itu semula.
(3 markah)

Juruhebah A: Salam sejahtera. Kita bertemu kembali dalam rancangan bual bicara isu
semasa. Rancangan ini dipancarkan dari konti Radio Televisen Malaysia
(RTM). Pada pagi ini kita akan menemu bual seorang ahli perniagaan
yang telah menerima Anugerah Usahawan Muda.

Juruhebah B: Untuk makluman para pendengar, pra-syarat untuk seseorang ahli

perniagaan menerima anugerah tersebut, mereka harus menempa
pelbagai kejayaan dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Juruhebah A: Jadi, pada pagi ini kita akan mendengar pandangan dan pengalaman
yang dikongsikan oleh ahli perniagaan kita ini sehingga beliau berjaya
merangkol kejayaan tersebut.

I. ________________________________________

II. ________________________________________

III. ________________________________________

2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan Bahasa. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
(2 markah)

i. Semua murid-murid dikehendaki supaya membawa buku catatan semasa

menghadiri ceramah.
___________________________________________________________________

ii. Syarikat korporat yang terkenal itu akan mengadakan hari keluarga untuk para
pekerjanya di minggu hadapan.
___________________________________________________________________

9
3 Tukarkan ayat susunan biasa di bawah ini kepada ayat susunan songsang tanpa
mengubah maksud asalnya.
(10 markah)

i. Peserta pertandingan pidato itu sangat petah berbicara.

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

ii. Murid itu memenangi hadiah pertama dalam pertandingan mendeklamasi sajak.

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

iii. Pihak kerajaan perlu meningkatkan mutu sukan di Malaysia dengan menyediakan
prasarana sukan yang kondusif dan selesa.

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

iv. Kita haruslah rajin mengulang kaji jika hendak berjaya dalam pelajaran

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

v. Azlan menarik tali itu dengan berhati-hati supaya tidak putus.

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

10
4 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 3.

i. Justeru Impian di Jaring karya Zaid Akhtar

ii. Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim
iii. Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya
iv. Chot karya Azizi Haji Abdullah

Nilai-nilai yang diterapkan dalam novel adalah untuk dijadikan pengajaran dan pedoman
hidup.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga nilai yang terdapat dalam novel
tersebut.
(10 markah)

_________________________________________________________________________

11
Bahagian C
(15 markah)
(Masa dicadangkan: 15 minit)

Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2

1 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

12
2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang impak buruk penggunaan bahasa SMS. Panjangnya ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sistem pesanan ringkas atau dalam bahasa Inggeris yang dikenali sebagai ‘Short
Message Service’ (SMS) secara perlahan-lahan telah memberikan momentum kepada
pengguna dalam penghantaran mesej berbentuk jimat. Kini, SMS merupakan satu
daripada cara yang paling cepat dan murah untuk berkomunikasi berbanding dengan
panggilan keluar, pesanan suara atau akses web. SMS dapat dihantar ke telefon bimbit
sebagai mesej teks tanpa mengganggu orang lain di sekeliling, tanpa mengira masa,
sama ada sedang sibuk dengan kerja yang penting atau sedang bermesyuarat, mahupun
di mana-mana sahaja tempat panggilan suara tidak dibenarkan.
Berdasarkan sebab-sebab tersebut, bahasa SMS didapati tidak mengikut
peraturan tatabahasa Melayu standard. Adakalanya, sesetengah perkataan yang
digunakan itu tidak ditemukan dalam kamus. Tambahan pula, perkataan bahasa Melayu
dala bahasa SMS dieja dengan mudah dan pendek. Perkataan yang mudah dah pendek
digunakan untuk berkomunikasi dengan mereka yang mempunyai pemahaman tentang
perkataan tersebut, contohnya remaja. Antara ciri bahasa SMS dalam kalangan remaja
termasuklah lebih menekankan makna dan mesej yang disampaikan melebihi bentuk dan
hubungan sosial dalam bahasa SMS. Bahasa tersebut juga bercampur aduk antara
dialek, bahasa Melayu, dan juga bahasa Inggeris.
Penggunaan bahasa SMS yang tidak terkawal dan sewenang-wenang oleh
penggunanya telah melahirkan kerisauan guru dan ahli bahasa kerana gejala ini
memberikan impak terhadap perkembangan bahasa Melayu. Penularan bahasa SMS
dalam penulisan oleh remaja di sekolah menyalahi matlamat pembelajaran bahasa
kerana matlamat kurikulum bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk
melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi
keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan, dan pekerjaan. Walaupun setelah
dihalusi matlamat tersebut, bahasa SMS mungkin dapat diterima untuk memenuhi
keperluan diri dalam urusan harian, namun latar konteks rasmi perlu diambil kira.
Ciri lain bahasa SMS adalah untuk mengurangkan kiraan mesej. Dengan itu,
aspek tanda baca, tatabahasa, dan kegramatisan ayat secara keseluruhannya diabaikan.
Sejajar dengan itu, timbul kecenderungan remaja untuk menggunakan bahasa SMS bagi
meminimumkan perkataan dan huruf dalam penulisan mereka. Mereka berasa selesa
dengan trend terkini tanpa menyedari bahawa penggunaan bahasa itu menafikan
kewujudan bahasa Melayu standard yang harus digunakan dalam pembelajaran bahasa
di sekolah bagi meningkatkan keterampilan berbahasa mereka.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘Bahasa SMS Menconteng Bahasa Standard’
oleh Zaitul Akma Zainon Hamzah

13
Soalan _____

14
Nama: ________________________________ Kelas:
__________

Sila tandakan pada ruangan jawapan dengan menggunakan pensel sahaja. Jika mahu
menukarkan jawapan, sila padam dengan bersih dan tanda pada jawapan baharu yang
dipilih.

1 A B C D

2 A B C D

3 A B C D

4 A B C D

5 A B C D

6 A B C D

7 A B C D

8 A B C D

9 A B C D

10 A B C D

11 A B C D

12 A B C D

13 A B C D

14 A B C D

15 A B C D

15

15

Anda mungkin juga menyukai