Anda di halaman 1dari 4

MODUL BAHASA MELAYU 4 TINGKATAN 3

(PEMAHAMAN KOMSAS)
SEMPENA CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Berdasarkan cerpen Legasi Tapai Ubi dan prosa tradisional Bahagia Sesudah Derita
yang telah ditonton atau dibaca, sila jawab soalan-soalan berikut dalam ayat yang
lengkap;

Soalan 1

Sesekali, ketika berada di kampus aku rindu pula pada tapai ubi emak. Memang
hebat bapa dan emak dalam pembuatan tapai. Aku mula merasakan kehebatan
mereka. Dahulu aku malu apabila disinonimkan dengan tapai. Kini, aku sudah dapat
memahami perniagaan emak dan bapa memang boleh maju jika kena gayanya.
“Parjo, kita ada projek baharu semester ini,” kata Profesor Haidar, ketika kami
berada di makmal sebaik-baik sahaja semester bermula. Entah mengapa Profesor
Haidar menyebut namaku, tidak rakan-rakan sekuliahku. Barangkali kerana aku
menunjukkan minat yang mendalam terhadap kajian-kajiannya sebelum ini.
“Projek apa, Prof.?” tanyaku sebagai memberikan respons terhadap pensyarah
yang berjambang lebat itu.
“Projek tapai ubi!” spontan sahaja jawapan Profesor Haidar.
“Haahhh...?!!” aku terkejut amat. Jeritan kecil itu membangkitkan kehairanan
rakan-rakan. Ada yang tergelak kecil melihat telatahku. Mereka tidak tahu latar
belakang aku. Mereka tidak tahu hubungan aku dengan tapai.
“Ya, projek tapai ubi. Kenapa?” tanya Profesor Haidar apabila melihat aku seperti
terkejut besar akan kata-katanya tadi.
Aku tidak menjawab. Fikiranku melayang ke zaman kanak-kanak. Teringat aku
akan bapa dan emak yang masih membuat tapai ubi hingga kini. Barangkali bapa
sedang mencabut ubi ketika ini. Atau barangkali emak sedang melumatkan ragi pagi
ini. Alangkah sukarnya mereka kini kerana tiada pembantu. Dalam usia setua
mereka, emak dan bapa masih gigih mengusahakan perniagaan tapai ubi mereka.
Aku kagum dengan kegigihan itu.
(Dipetik daripada Legasi Tapai Ubi,
antologi Bintang Hati Tingkatan 3,
Dewan Bahasa dan Pustaka.)

1. Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakah Profesor Haidar memilih

Parjo untuk projek baharu semester tersebut?

A kerana Parjo merupakan seorang anak pengusaha tapai.

B kerana Parjo mempunyai pengalaman dalam penghasilan tapai.
C kerana Parjo memperlihatkan minat yang mendalam terhadap
kajian-kajian dalam bilik kuliah.
D kerana Parjo rajin dan gigih menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan
oleh Profesor Haidar.

2. Parjo berasa kagum dengan emak dan bapanya kerana …

A emak dan bapa gigih mengusahakan perniagaan tapai ubi walaupun
sudah tua.
B emak dan bapa telah memajukan perniagaan tapai.
C emak dan bapa telah mengajar aku untuk membuat tapai.
D emak dan bapa masih membuat tapai ubi sehingga kini.

3. Apakah reaksi Parjo ketika Profesor Haidar memberikan projek tapai ubi?
A Parjo berasa cuak dan terdiam seketika.
B Parjo berasa bangga.
C Parjo berasa marah terhadap Profesor Haidar.
D Parjo berasa kaget.

4. Cerpen Legasi Tapai Ubi membawa tema …

A Kesungguhan seorang remaja yang mempopularkan makanan tradisi.
B Ketaatan anak terhadap perintah ibu bapa.
C Kasih sayang dalam keluarga.
D Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa yang telah banyak berkorban.

5. Latar masyarakat yang tidak terdapat dalam keseluruhan cerita ini ialah
A masyarakat yang tidak menghormati orang tua.
B masyarakat yang gigih berusaha.
C masyarakat yang taat akan perintah ibu bapa.
D masyarakat yang penyabar.

Soalan 2
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta, maka hari pun malamlah. Maka baginda pun berangkatlah masuk ke dalam
istana. Maka segala raja-raja pun masing-masing pulang ke rumahnya.

Adapun akan Si Miskin itu, apabila hari malam maka ia pun diamlah kepada
pohon kayu itu membasuhi segala tubuhnya itu. Setelah hari siang maka ia pun berjalan
hendak masuk ke dalam negeri mencari rezekinya. Maka apabila sampailah dekat kepada
kampung orang, apabila orang yang empunya kampung itu melihat akan dia maka
diusirnyalah dengan kayu. Maka Si Miskin itu pun larilah ia ke pasar. Maka dilihat oleh
orang pasar akan Si Miskin itu datang, maka masing-masing melempari dengan batu, dan
kayu dibuatnya pelantar. Maka ia pun larilah dan tubuhnya pun habislah bengkak-
bengkak berlumuran darah. Ia pun menangislah berseru-seru sepanjang jalan dengan
sangat laparnya dan dahaga seperti akan matilah rasanya.

Maka ia pun bertemu dengan tempat orang membuang sampah di tengah jalan
raya itu. Maka ia pun berhentilah ia di situ. Maka dicarinyalah di dalam sampah yang
bertimbun-timbun itu barang yang dapat dimakan. Maka dengan takdir Allah taala maka
bertemulah ketupat sebiji basi dengan buku tebu. Maka dimakannya ketupat itu laki bini.
Setelah sudah dimakannya ketupat itu maka barulah dimaknnya buku tebu itu. Maka
adalah segar sedikit rasa tubuhnya kerana beberapa hari lamanya tiada merasai nasi.
Hendak meminta ke rumah orang tidak berani. Usahkan diberi orang hampir pun tiada
boleh. Demikian halnya Si Miskin itu.

(Dipetik daripada prosa “Bahagia Sesudah Derita”

antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)
i) Berdasarkan petikan prosa tradisional tersebut, apakah kejadian yang berlaku kepada Si
Miskin semasa dia tiba di kampung dan di pasar? (3 markah)

__________________________________________________________________________

ii) Nyatakan dua latar tempat yang terdapat dalam petikan prosa tradisonal tersebut.
(3 markah)

________________________________________________________________________

iii) Kita hendaklah prihatin terhadap golongan gelandangan.

Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan cara-cara yang dapat dilakukan bagi menangani
masalah gelandangan di negara kita. (4 markah)
_______________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai