Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH MENENGAH KEBENGSAAN TAMAN DESA TEBRAU

JALAN HARMONIUM 22, TAMAN DESA TEBRAU,JOHOR.

MODUL PKP

BAHASA MELAYU

ARAS SEDERHANA

TINGKATAN 3
Kenanga/Anggerik

Yang kurik itu kundi, Disediakan :

yang merah itu saga, SITI SALLEHA BINTI MD SHAPI
yang cantik itu budi, Guru m/p Bahasa Melayu
yang indah itu bahasa.
BAHAGIAN A
Sistem Bahasa dan Pemahaman Teks [8 markah]

ARAHAN : Jawab semua soalan

Soalan 1 hingga 2
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Hari ………………. putera raja itu disambut dengan penuh istiadat.

A jadi C lahir
B keputeraan D seram

2. Jabatan Meteorologi……………… bahawa hujan lebat akan melanda kawasan pantai barat
Semenanjung Malaysia.
A memaklumkan C meramalkan
B memberitahu D melaporkan

Soalan 3 hingga 4
Pilih ayat-ayat yang betul.
3. I Buku itu dibaca oleh ayah saya.
II Novel itu dibaca oleh saya.
III Ular itu dipukul oleh Muthu.
IV Ular itu kami pukul.
A. I dan II sahaja C. II dan III sahaja
B. I, II, dan III sahaja D. I, III, dan IV sahaja

4. I Pencemaran alam sekitar berlaku akibat sikap masyarakat yang membuang sampah di
merata- rata tempat.
II Oleh sebab sakit, sudah lima hari Sultan Badrul Syah tidak santap.
III Hasrul akan menghadiri temu duga jawatan setiausaha di pejabat daerah esok.
IV Antara punca-punca kemalangan di lebuh raya ialah pemandu kekurangan rehat yang
cukup.
A. I dan II sahaja C. I, II dan III sahaja
B. I dan III sahaja D. II, III dan IV sahaja
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah ini

5. Peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut ialah

A Ada gula ada semut
B Mati semut kerana gula
C Naik seperti semut turun seperti ribut
D Semut dipijak tidak mati, gajah diarung bergelimpang
Soalan 6 hingga 8

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Kadang-kadang aku kesian juga dengan emak. Tekun benar dia. Malah tapai ubi sudah
menjadi mata pencariannya.Sejak aku kecil, emak dan bapa sudah berniaga tapai ubi. Aku
membesar berkat hasil jualan tapai ubi. Aku belajar berkat hasil jualan tapai ubi. Bukan aku sahaja,
seluruh adik-beradikku hidup atas berkat usaha emak dan bapa membuat tapai ubi untuk dijual.
“Buat tapai ubi tak boleh bagi orang tahu!” kata emak ketika menabur ragi di atas ubi rebus
di dalam sebuah dulang besar. Aku akur dengan petua emak. Aku hanya diam.
“Jangan kena kotoran atau minyak,” sampuk bapa pula yang sedang memotong daun pisang
untuk dijadikan pembungkus tapai. Kadang-kadang bapa menggunakan daun rambai. Bapa tidak
mahu menggunakan plastik kerana keaslian tapai akan hilang. Rasanya kurang enak. Baunya tidak
wangi lagi.

Tak boleh bising-bising,” bisik emak pula. Aku hanya membatu mendengar petua yang sama
sejak aku kecil. Tapai-tapai yang berbalut daun pisang itu dimasukkan ke dalam bakul. Dahulu, bapa
meletakkan bakul itu di atas para. Kini, rumah kami tidak berpara lagi, sudah besar hasil jualan tapai
buatan emak. Bakul itu hanya diletakkan di bilik khas di hujung dapur. Ditutup dan diperam seharian
sebelum matang untuk dimakan. Sebenarnya untuk dijual. Itu punca rezeki emak dan bapa, juga kami
sekeluarga.
Dipetik daripada Legasi Tapai Ubi,
antologi Bintang Hati Tingkatan 3,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Tiga petua perlu diamalkan ketika membuat tapai ubi kecuali

A. tidak boleh bising-bising.
B. tidak boleh menggunakan plastik.
C. tidak boleh kena kotoran atau minyak.
D. ditutup dengan rapat dan diperam seharian sebelum matang.

7. Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan di atas.

A. rasa tapai kurang enak sekiranya menggunakan daun rambai.
B. tapai perlu ditutup dan diperam semalaman di bilik khas di hujung dapur.
C . tapai yang disiap perlu dibalut menggunakan daun mengkuang
D. para rumah Parjo sudah dirobohkan kerana menyimpan hasil tapai.

8. Bapa tidak menggunakan plastik untuk membalut tapai adalah seperti yang berikut kecuali
A. kerana kurang enak.
B. kerana baunya tidak wangi.
C. kerana keaslian tapai akan hilang
D. kerana hasil jualan tapai akan berkurangan.

BAHAGIAN B
Soalan 1- Sistem bahasa (OPB)
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian bina ayat tanya dengan menggunakan kata
tanya yang betul. Penggunaan kata tanya hendaklah bersesuaian dengan perkataan atau rangkai
kata yang bergaris.

(i) Kakak menulis surat kepada ibu.

_________________________________________________________________

(ii) Ali tidak hadir ke sekolah kerana demam.

________________________________________________________________

[ 2 markah]

Soalan 2
Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

BAHAN 1 BAHAN 2

Akhirnya akulah yang akan Nafisa menutup komputer ribanya.

membawa tapai ubi itu ke warung-warung Dia berasa lega kerana berjaya menyiapkan
berdekatan. Sudah menjadi rutin. Aku dan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya.
tapai, tapai dan aku seperti ada Nafisa merenung jauh ke luar jendela. Dia
keserasiannya. Setelah aku di universiti, teringat akan ibunya di kampung. Rindu
baru aku sedar betapa bapa dan emak benar dia kepada wanita itu. Dulu, Nafisa
banyak berjasa kepadaku. Berkat hasil membantu ibunya menjual nasi lemak dan
jualan tapai, aku adik-beradik berjaya juga kuih-kuih di sebuah gerai. Ibunya mahu
menjejakkan kaki ke menara gading. Aku mengumpul wang untuk membiayai
sendiri tidak menyangka aku diterima pengajiannya di menara gading. Berkat
masuk ke fakulti perubatan setelah hampir kegigihan ibunya berniaga secara kecil-
dua tahun aku belajar di sebuah pusat kecilan, Nafisa berjaya melangkah ke
matrikulasi. universiti. Pengorbanan ibunya itu tidak
terkira nilainya.

i) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan rutin “aku” dan Nafisa sebelum melanjutkan
pelajaran di universiti. [ 3 markah]

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

ii) Berdasarkan kedua-dua petikan, nyatakan persamaan antara “aku” dengan Nafisa.
[3 markah ]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
Soalan 3 [ 10 markah]

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, buktikan pernyataan tersebut dengan
mengemukakan satu contoh peristiwa yang sesuai bagi setiap nilai yang telah ditetapkan.

NILAI

 nilai kesederhanaan
 nilai kejujuran
 nilai kasih sayang

________________________________________________________________________________________

__________________________________

BAHAGIAN C
Arahan: Jawab soalan ini .

Soalan1: Ringkasan– [15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
kepentingan berpeluh. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.
Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Dalam suasana kehidupan di bandar, kebanyakan penduduknya tidak suka akan
pekerjaan yang terlalu banyak mengerah tenaga. Mereka lebih suka bekerja di pejabat tanpa
mengeluarkan peluh. Sikap ini perlu diubah kerana pakar perubatan telah membuktikan
bahawa berpeluh amat penting untuk penjagaan kesihatan.
Selain itu, berdasarkan sistem biologi tubuh manusia, orang yang sering berpeluh akan
mempunyai kulit yang lebih bersih. Kulit manusia yang mengalirkan sisa toksik keluar
daripada badan menjadikannya berfungsi sebagai ginjal ketiga tubuh manusia. Kulit yang
berpeluh akan membuang kotoran yang sama banyak dengan kerja yang dilakukan oleh ginjal
selama 24 jam. Seseorang yang berpeluh juga dapat mengekalkan keanjalan kulit secara
semula jadi. Kadar peluh yang keluar itu dikawal oleh sel saraf di bahagian otak yang
mendapat input daripada reseptor yang mengesan suhu pada permukaan kulit.

Tambahan pula, pengeluaran peluh juga penting untuk menyejukkan tubuh badan
kerana peluh dapat mengimbangkan suhu badan supaya kekal stabil. Oleh sebab itu, terapi
peluh dilakukan di rumah mandi wap sebagai salah satu cara perubatan tertua yang
diamalkan turun temurun dalam pelbagai budaya di dunia seperti sauna di Finland, hamam di
Timur Tengah, dan sento di Jepun. Di samping itu, rembesan peluh dapat mencegah
penyakit ekzema dan jerawat yang berpunca daripada liang roma yang tersumbat.

Seseorang yang bekerja di pejabat dalam jangka masa yang lama, tanpa mengeluarkan
peluh, sering berasa letih. Sehubungan dengan itu, mereka perlu sedar akan kepentingan
berpeluh. Kajian perubatan telah membuktikan bahawa berpeluh sebenarnya dapat
mengurangkan keletihan di samping untuk membuang asid laktik yang terkumpul dalam otot.
Selain melalui najis dan kencing, bahan urea atau sisa metabolisme juga dinyahkan dengan
cara berpeluh. Perlu diingat bahawa sisa urea yang terkumpul dalam tubuh boleh
menyebabkan sakit kepala dan loya. Jika jumlahnya banyak dan dibiarkan terkumpul terlalu
lama pula, bahan kotoran itu boleh mengakibatkan koma serta kematian.

Tidak dapat dinafikan bahawa banyak sekali kepentingan berpeluh dalam kehidupan
seharian. Sesungguhnya, setitik keringat yang mengalir pada kulit bukanlah sesuatu yang
remeh dan boleh dibuang begitu sahaja sebaliknya menyimpan pelbagai hikmah tentang
kesihatan.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bukan Sekadar Keringat’
oleh Sabaril Hasrin Sanin Dewan Kosmik, November 2009)
________________________________________________________________________________

____________________________

Anda mungkin juga menyukai