Anda di halaman 1dari 7

SJKC KG BARU RAHANG

Penilaian Awal Tahun


Bahasa Malaysia Tahun 4

Nama :____________________( ) Markah : _______________


Tahun : 4 ( ) Tarikh : _______________

Kertas 1 (Bahagian A: 40 markah)


Pilih jawapan yang paling sesuai. (40%)

1. ___________kah nama bendera negara kita?


A. Mengapa B. Siapa C. Apa D. Berapa

2. ___________kah caranya membuat kek pandan?


A. Mana B. Bila C. Bagaimana D. Berapa

3. Sekolah kamu terletak di __________?


A. siapa B. mana C. apa D. bila

4. Jason ___________basikal dengan berhati-hati semasa ke sekolah.


A. membaca B. menunggang C. meletakkan D. menggunakan

5. Chung Han _____________ badannya dengan tuala selepas mandi.


A. mengelap B. mencuci C. memasak D. bermain

6. Ayah duduk di sofa sambil ______________ televisyen.


A. menonton B. mengayuh C. membawa D. membuat

7. “___________ bermain basikal di jalan raya,” kata ibu kepada adik.


A. Harap B. Sila C. Minta D. Jangan

8. ___________ ambil buku-buku ini ke bilik guru.


A. Jemput B. Harap C. Minta D. Tolong

9. ___________ beri perhatian semasa guru besar menyampaikan ucapan.


A. Jangan B. Jemput C. Minta D. Usah

1
10. Banyak _________ terbang di sekeliling bunga.
A. jejentik B. dedaun C. rerama D. kekura

11. Ibu menggoreng ___________ ikan untuk dihidangkan semasa minum petang nanti.
A. kekuda B. bebola C. dedaun D. kekisi

12. Siti menghidangkan kuih kepada ___________ yang datang ke rumahnya.


A. jejari B. tetamu C. lelangit D. lelabah

13. ___________, tingginya Menara Berkembar Petronas ini!


A. Wah B. Hai C. Aduh D. Eh

14. ___________, cantiknya jam tangan kamu!


A. Amboi B. Aduhai C. Wahai D. Cis

15. ___________, sakitnya kaki saya!


A. Eh B. Cis C. Aduhai D. Aduh

16. Tina anak yang rajin. __________ selalu membantu ibunya di rumah.
A. Saya B. Beliau C. Kamu D. Dia

17. Amira dan Mei Mei ialah jiran. ____________ akan berjalan kaki ke sekolah setiap hari.
A. Mereka B. Dia C. Kami D. Kita

18. Encik Lim seorang doctor. ___________ bekerja di Hospital Kuala Lumpur.
A. Dia B. Beliau C. Kamu D. Kita

19.____________ mesti mematuhi peraturan jalan raya.


A. Kami B. Kamu C. Kita D. Dia

20. “ Ibu, bolehkah ___________ keluar untuk bermain badminton dengan kawan?” tanya Zali
kepada ibunya.
A. kita B. kamu C. dia D. saya

2
Kertas 1 (Bahagian B: 20 markah)

Tulis simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan maksud yang diberi. (6%)

besar hati berat tulang buah tangan makan angin

Simpulan Bahasa Maksud

hadiah

gembira

melancong

Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini. (2%)


Azlan, tolong bawa
murid baharu ini ke
kelas 4M.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

Senaraikan kata berimbuhan awalan yang terdapat dalam petikan. (2%)


Tiap-tiap hari, ibu akan memasak sarapan pagi untuk kami.
Selepas makan sarapan, kami pun berjalan kaki ke sekolah.

i. _______________
ii. _______________

3
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. (10%)

Encik Lee ialah jiran kami. Kami berjiran sejak lima tahun lalu. Encik Lee ada empat orang
anak. Saya dan anak-anak Encik Lee berkawan baik.
Pada masa lapang, saya suka bermain piano di rumah Encik Lee bersama-sama anaknya.
Kadang-kala, saya juga bermain congkak dengan anak Encik Lee. Kami juga bermain
badminton pada waktu petang. Puan Lee pula akan menyediakan kuih donat untuk kami. Bapa
dan Encik Lee pula berbual-bual di luar rumah.
Kami berasa gembira kerana mempunyai jiran yang baik seperti Encik Lee sekeluarga.

a. Jiran saya bernama _____________________.

b. Kami berjiran dengan Encik Lee sejak bila?


_________________________________________________________________________.

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan


sebagai contoh.

Jiran saya ada empat orang anak.

Saya suka bermain biola di rumah jiran. betul

Saya bermain badminton dengan anak jiran. salah

Puan Lee menyediakan donat untuk kami.

4
Kertas 2 (40 markah)

Bina ayat berdasarkan perkataan dan gambar yang diberi. (10 %)

1. menyapu
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
2. menyiram
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
3. mencuci
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
4. mengikat
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
5. menghidangkan
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

5
Melengkapkan karangan di bawah. Kamu boleh membina ayat dengan menggunakan
perkataan yang diberi. (16%)

Berkelah di Pantai Melawi

 mengutip kulit siput dan masukkannya  berlari-lari mengejar ketam-ketam di


ke dalam baldi tepi pantai
 berkelah di Pantai Melawi  menanam bunga di tepi pantai
 berasa gembira  bermandi-manda dan bermain bola
 membakar ikan dan udang yang sedap  layang-layang di tepi pantai
 kereta ayah ke Pantai Melawi

Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga ______________________________________


__________________. Kami menaiki ____________________________________________.
Kami bertolak pada pukul 8 pagi.
Apabila tiba di Pantai Melawi, bapa membentangkan tikar di bawah pokok yang besar.
Adik lelaki___________________________________________________________________.
Adik perempuan pula __________________________________________________________.
Kami _____________________________________________ di dalam laut dengan gembira.
Bapa membakar _________________________________________________________.
Ibu menikmati pemandangan di tepi pantai. Kemudian, kami bermain ____________________
_____________________________________.
Pada waktu petang, kami mengemaskan barang sebelum pulang. Saya _______________
___________________ kerana dapat berkelah di tepi pantai.
6
Susun perkataan menjadi ayat. (6%)

1. padang / yang / sekolah / ada / saya / besar

________________________________________________________________________

2. memancing / tepi / di / datuk / ikan / sungai

________________________________________________________________________

3. susu / memasukkan / emak / peti sejuk / ke dalam

________________________________________________________________________

Senaraikan ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan petikan.(8%)

Joseph sekeluarga berkelah di air terjun. Udara di sekeliling


air terjun nyaman. Joseph dan adik mandi-manda di air terjun. Bapa
Joseph membaca majalah.Emak Joseph menghidangkan makanan
sambil mendengar radio. Joseph sekeluarga seronok kerana dapat
berkelah di kawasan air terjun yang bersih.

Ayat tunggal

1.___________________________________________________________________________

2.___________________________________________________________________________
Ayat majmuk

1.___________________________________________________________________________

2.___________________________________________________________________________

Disediakan oleh, Disemak oleh,


Cikgu Chan Fei Leng Cikgu Lim Lee Fia
Cikgu Tong Yoke Chuan
7

Anda mungkin juga menyukai