Anda di halaman 1dari 6

Kata Ganti Nama

PRAKTIS 1

1 “____________ berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah


RM500.00 sekiranya dapat meneka soalan kuiz ini,” kata juruhebah radio
itu.
A Kalian
B Anda
C Awak
D Engkau

2 “Sampaikan salam ____________ kepada ibu dan bapa kamu setelah tiba di
rumah,” pesan datuk dan nenek kepada Azean.
A kami
B awak
C kita
D saya

3 “____________ sangat mengharapkan kerjasama daripada kalian untuk


membimbing anak-anak agar memperoleh keputusan yang cemerlang,”
pesan Guru Besar kepada ibu bapa.
A Aku
B Kita
C Saya
D Mereka

4 Pencuri itu telah diberkas oleh pihak polis semalam. ___________ didapati
telah meragut beg tangan seorang wanita.
A. Baginda
B. Beliau
C. Mereka
D. Dia
5 Siti dan Leela berkawan baik sejak di bangku sekolah rendah lagi.
Persahabatan ____________ bagai isi dengan kuku.
A mereka
B dia
C kami
D awak

6 “____________ seorang perantau yang datang berlindung di bawah


pemerintahan ____________ yang adil,” kata Awang Lela kepada
Laksamana Hang Tuah.
A Patik ... tuanku
B Beta ... kakanda
C Hamba ... baginda
D Hamba ... tuan hamba

7 “Sebentar lagi ____________ akan berangkat ke balairung seri untuk majlis


bersama rakyat,” titah Sultan Muzaffar Shah kepada bendahara.
A baginda
B hamba
C tuanku
D beta

8 “__________ tunggu saya di stesen bas sehingga saya sampai,” kata Farahin
kepada rakan-rakannya.
A Kamu
B Mereka
C Anda
D Kalian

9 “____________ tidak dibenarkan memasuki pusat sumber tanpa kebenaran


Cikgu Lim,” kata Ahmad kepada rakan-rakannya.
A Saudari
B Kami
C Kita
D Awak

10 “________________ perlu bermain bersungguh-sungguh untuk memenangi


perlawanan itu,” kata jurulatih itu kepada para pemainnya.
A Kalian
B Anda
C Awak
D Mereka

11 “Tolong berikan kuih ____________ kepada jiran kita,” pesan Mak Limah
sambil menghulurkan sepiring kuih lapis.
A ini
B sini
C itu
D sana

12 “Bilakah kamu akan ke ____________ ?” tanya emak kepada abang yang


akan menyambung pelajaran ke luar negara dalam bidang perubatan.
A ini
B situ
C sini
D sana

13 Ingatlah pesanan nenek moyang kita yang mengatakan di ___________ bumi


dipijak, di ____________ langit dijunjung.
A sini ... sana
B sana ... sini
C mana ... situ
D situ ... sana
14 “Saya tidak bercadang untuk ke ____________ pada cuti pertengahan ini
kerana hendak membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan UPSR,”
kata Flora kepada Samynathan.
A apa-apa
B bila-bila
C mana-mana
D siapa-siapa

15 “____________ kamu ada masa, datanglah ke rumah kerana pak cik berasa
sunyi tinggal seorang diri,” kata Pak Wahab kepada Hashim.
A Apa-apa
B Bila-bila
C Siapa-siapa
D Mana-mana

16 “Terima kasih kerana mengampunkan kesalahan ____________ , tuanku,”


kata
Panglima Mahmud dengan penuh keinsafan kepada Sultan Ahmad.
A tuanku
B beta
C patik
D hamba

17 “Apabila kerja rumah ____________ sudah disiapkan, saya akan mengikut


____________,” kata Chong kepada Rahim dan John.
A aku ... engkau
B saya ... kalian
C kamu ... awak
D kita ... awak

18 “Wah, cantik sungguh kasut baharu ____________ ini!” kata Ratna kepada
Mei Ling.
A kau
B nya
C mu
D ku

19 Para penyokong pasukan JDT sudah memenuhi stadium untuk menyaksikan


perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia. ____________ memegang
bendera dan sepanduk.
A Mereka
B Kita
C Kami
D Kalian

20 “____________ rela berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara


tercinta ini, tuanku,” sembah hulubalang kepada Sultan Alauddin.
A Beta
B Patik
C Tuanku
D Baginda
KATA GANTI NAMA

1 A

2 A

3 C

4 D

5 A

6 C

7 D

8 D

9 C

10 A

11 A

12 D

13 C

14 C

15 B

16 C

17 B

18 C

19 A

20 B

Anda mungkin juga menyukai