Anda di halaman 1dari 18

0

Minggu 1

Imbuhan

1. Pengunjung yang bercuti di Pulau Tioman tidak melepaskan peluang untuk ______ di lautnya
yang biru.
A berenang B merenangi C merenangkan D perenang

2. Aiman _______ dalam jurusan kedoktoran di Universiti Sains Malaysia.


A ajar B berajar C belajar D pelajaran

3. Din dan ayahnya ______ di pondok itu untuk menunggu buah durian gugur.
A semalam B bermalam C termalam D memalamkan

4. Pekerja itu sedang _______ kawasan pantai yang diancam hakisan.


A tambak B menambak C ditambak D penambak

5. Kilang yang menghasilkan serunding segera itu menggunakan teknologi moden untuk ______
daging.
A diproses B terproses C pemproses D memproses

6. Petani itu _______ air di sawah untuk mencari ikan haruan dan ikan puyu.
A ditimba B penimba C menimba D menimbakan.

7. Pada waktu petang, kelihatan kanak-kanak ______ batas sawah itu untuk pergi mengaji al-
Quran.
A titian B meniti C bertiti D dititikan

8. Pihak tentera bersekutu telah _______ kubu pihak pengganas di kawasan.


A bom B dibom C mengebom D pengeboman

9. Pihak berkuasa sedang ______ usaha untuk membanteras kegiatan cetak rompak.
A memperhebat B memperjuang C memperkecil D memperoleh

10. Aina memcuba baju kurung yang baru siap _______ oleh ibunya.
A dilap B digunting C dipotong D dijahit

11 Sawah padi yang terdapat di kawasan Sungai Manik itu ______ luas saujana mata memandang.
A dibentang B terbentang C membentang D pembentangan

12. _______ jalanan itu terus melukis poret yang ditempah oleh pelanggannya tanpa menghiraukan
orang yang
lalu-lalang.
A Lukisan B Terlukis C Pelukis D Melukis

13. Kebanyakan nelayan di kampung itu menjual hasil tangkapan ikan kepada ______ di pekan.
A pemborong B memborong C diborong D pemborongan

14. Pihak kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas _______ asing yang mendirikan
petempatan
setinggan.
A didatangkan B kedatangan C mendatangi D pendatang

15. Lagu yang memenangi kategori irama Malaysia dalam pertandingan itu digubah oleh ______
yang terkenal.
A gubahan B penggubah C digubah D menggubah
1

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai.

bersuara berdaun berbunga


berbasikal bertiga berjahit berbaju
berbaring berkelahi bercerita

1. Pokok mangga yang ditanam di belakang rumah Pak Seman _________ merah.

2. Salimah _________ di atas katilnya sambil membaca surat khabar.

3. Puan Nooraini _________ kebaya ke majlis perkhawinan anak perempuan Datuk Anwar.

4. Penyanyi yang _________ merdu itu berjaya memikat hati ribuan penonton yang
menyaksikan persembahan di Stadium Negara.

5. Nenek Halijah _________ kepada cucu-cucunya hingga larut malam.

6. Kami _________ telah terpilih sebagai wakil sekolah dalam pertandingan perbahasan
peringatan sekolah-sekolah.

7. Encik Shamsuddin melarang anaknya memetik pokok mawar yang baru _________ itu.

8. Tiap-tiap hari Johari _________ ke kebun getahnya yang terletak di hujung kampung.

9.Seluar pendeknya yang koyak itu belum _________ .

10.Kedua-dua orang adik-beradik itu asyik _________ seperti anjing dengan kucing.

Masukkan imbuhan beR- pada perkataan yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian,
tuliskan semula ayat-ayat itu dalam kurangan yang disediakan.

1. Pesakit itu tidak dibenarkan memakan


makanan yang minyak dan pedas.

__________________________________________________________________

2. Adik lari-lari anak apabila melihat ayah dan ibu pulang dari pasar raya.

__________________________________________________________________

3. Apabila saya pulang dari kerja, pinggan mangkuk itu belum basuh.

__________________________________________________________________

4. Orang ramai digalakkan kebun sayur di belakang rumah masing-masing untuk


menjimatkan perbelanjaan harian.

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________
2

5. Kelmarin, angsa Pak Cik Lailin telur di bawah rumah Tuk Penghulu Hamad.

__________________________________________________________________

6. Kami empat pergi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Melaysia di Stadium
Shah Alam.
__________________________________________________________________

_________________________________________________________________

7. " Berikan kuih ini kepada budak yang baju biru itu," kata Rafidah kepada Filza.

______________________________________________________________

8. Apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, mangsa berkenaan sudah tidak nafas lagi.

__________________________________________________________________

9.Para penonton tepuk tangan apabila ahli silap mata itu muncul di atas pentas.

__________________________________________________________________

Peta Minda Imbuhan


3

Buat ulasan berkenaan poster dibawah.

Isi Tersurat Isi tersirat


4

Cara membuat ulasan.

Bahan rangsangan (poster, gambar rajah, gambar, dan lain lain) menunjukkan (topik

soalan) . Antaranya ialah _________________________

(isi tersurat 1). Selain itu, (isi tersurat 2).

Seterusnya, ____________________________________(isi tersurat 3). Disampng itu

___________________________________________(isi tersurat 4). Akhir sekali,

_________________________________________________(isi tersurat 5).

_____________________________________ dan _______________________________

(isi tersirat 1 dan 2).


5

Minggu 2

A) Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.

1. Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. _____________


2. Adik saya suka menonton rancangan kartun. _____________
3. Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon. _____________
4. Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu. _____________
5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. _____________
6. Kucing itu mengiau kerana lapar. _____________
7. Cikgu Anita memakai baju batik hari. _____________
8. Mereka bertiga pergi ke kantin. _____________
9. Gopal masih mempunyai datuk dan nenek. _____________
10. Hartawan itu sangat kedekut _____________

(B) Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi ayat
majmuk.

1. Ayah membaca surat khabar.


Ayah menonton televisyen. sambil
________________________________________
2. Hanita tinggal di Taman Aman.
Suresh tinggal di Taman Aman dan
_________________________________________
3. Amran melayari internet.
Amran mencari maklumat terbaru. untuk
_________________________________________
4. Kasut itu berwarna biru.
Kasut itu sangat mahal. yang
_________________________________________
5. Kami terkejut.
Kami terdengar bunyi letupan. apabila
_________________________________________
6. Halim kaya.
Halim kedekut. tetapi
_________________________________________
7. Murid itu mengetuk pintu.
Murid itu masuk ke dalam bilik darjah. sebelum
__________________________________________
8. Ibu memarahi adik.
Adik bermain di tepi longkang. kerana
__________________________________________
9. Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.
Asward tidak sihat. walaupun
__________________________________________
6

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.

1 subjek 1 predikat

Saya sakit

Rumah Ali cantik

Ahmad tidak pergi ke sekolah hari ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang

digabungkan dengan kata hubung.

Ayat majmuk Kata Ayat tunggal

hubung

Suhaili suka makan nasi lemak dan (a) Suhaili suka makan

dan mi sup. nasi lemak.

(b) Suhaili suka makan mi

sup.

Rumah yang besar itu rumah Yang (a) Rumah itu besar.

Fazli. (b) Rumah itu rumah Fazli.

Dia memberitahu bahawa bahawa (a) Dia memberitahu.

kakaknya akan melanjutkan (b) Kakaknya akan

pelajaran ke luar Negara. melanjutkan pelajaran ke luar

Negara.

Dia akan balik ke kampong Apabila (a) Dia akan balik ke

apabila ada masa lapang. kampung.

(b) Dia ada masa lapang.


7

1. __________________________________________________________________________

________________________________________________________

2. __________________________________________________________________________

________________________________________________________

3. __________________________________________________________________________

_________________________________________________________

4. __________________________________________________________________________

_________________________________________________________

5. __________________________________________________________________________

___________________________________________________________

(10 markah, 15 minit)


8

Minggu 3

Baca teks dan jawab soalan.

Sekurang-kurangnya separuh daripada orang yang datang berjumpa doktor setiap hari kerana
mengadu pening kepala. Sementara itu, satu perempat daripada kakitangan firma yang besar-besar
tidak datang bekerja disebabkan oleh sakit kepala. ‘Gejala’ ini menjadi punca yang mengganggu
kebanyakan manusia setiap hari. Pening kepala dikatakan ‘gejala’ kerana ia sebenarnya bukan
sejenis penyakit tertentu.
Banyak faktor yang menyebabkan pening kepala. Para doktor mendapati sukar untuk
menentukan sebab-sebab pening kepala yang dihadapi oleh seseorang itu pada satu-satu ketika. Ini
kerana ia memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi. Beberapa pengelasan dibuat untuk
mengumpulkan sebab-sebab berlakunya pening kepala dengan pelbagai cara dan dijadikan panduan
bagi mengetahui cara-cara mengkajinya.
Pakar-pakar perubatan telah mengumpulkan 203 sebab berlakunya sakit pening kepala di bawah
tiga kelas : mekanikal, sebab-sebab bisa dan racun, dan sebab berfungsi.
Pening kepala yang mekanikal berhubung dengan keadaan yang ada sangkut-paut dengan
kepala itu sendiri. Misalnya, apabila rongga dahi menjadi sebu, perubahan tekanan udara akan
menimbulkan pening kepala. Apabila selaput hidung bengkak, rongga itu menjadi sebu dan
menimbulkan pening kepala.
Bagi sesetengah orang jarang-jarang diserang pening kepala manakala sesetengahnya pula
sering diserang sakit ini. Pening kepala yang berlaku sekali-sekala mungkin dapat dikesan dan
ditentukan berhubung dengan tindakan yang berlaku sekali-sekala, misalnya terlalu banyak
menghisap rokok, minum minuman keras, dan memakan ubat serta dadah. Bahan-bahan beracun
yang terkumpul mungkin menukar tekanan di dalam tengkorak dan dengan demikian mengakibatkan
pening kepala.
Tekanan darah yang tinggi juga boleh mengakibatkan pening kepala. Jika tekanan darah itu turun
semasa rehat, maka pening kepala itu akan hilang pada waktu itu. Bengkak yan tumbuh dalam
tengkorak, apabila cukup besar akan menjadi punca pening kepala yang berkekalan.
Menjaga kesihatan badan kita secara keseluruhannya iaitu dengan bersenam, menjaga makan
dan minum serta membuang air besar dan kecil, biasanya dapat mengurangkan pening kepala yang
berkekalan. Jika seseorang itu tidak pernah mendapat sakit kepala dan tiba-tiba mula diserang
pening kepala yang berterusan, maka ia perlu mendapat pemeriksaan doktor.
Jika doktor dapat mengesan hubungan pening kepala dengan faktor-faktor mental dan fizikal
serta dapat mengawal faktor itu, besar kemungkinan sakit pening kepala dapat dicegah.

1. Mengapakah penyakit pening kepala dikatakan satu ‘gejala’?

A Kerana separuh daripada orang yang datang


berjumpa doktor setiap hari mengadu mereka
menghidap pening kepala
B Kerana satu perempat daripada kakitangan firma
tidak datang bekerja akibat pening kepala
C Kerana pening kepala bukan sejenis penyakit yang
mengganggu kebanyakan manusia
D Kerana pening kepala mengganggu hampir semua
orang sama ada orang awam atau kakitangan firma

2. Mengapakah para doktor mendapati sukar untuk


menentukan sebab-sebab pening kepala yang dihidapi
oleh seseorang pada sesuatu ketika?

A Kerana memerlukan kepakaran dan kemahiran


yang tinggi dalam ilmu perubatan
B Kerana doktor terpaksa membuat pengelasan untuk
mengumpulkan sebab-sebab pening kepala
C Kerana para doktor susah hendak mencari sebab
yang mengakibatkan pening kepala
9

D Kerana sakit pening kepala dapat dikumpulkan


kepada tiga kelas, antaranya sebab mekanikal

3. Bilakah seseorang itu diserang pening kepala yang berpanjangan?

A Apabila mengidap penyakit darah tinggi


B Apabila tumbuh bengkak pada tengkorak
C Jika salah makan atau mengambil ubat
D Apabila seseorang itu banyak makan ubat

4. Apakah kebiasaan yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk mengelakkan daripada tekanan
pening kepala?

A Menjaga makan dan minum


B Selalu buang air besar dan kecil
C Menjaga kesihatan badan
D Mengamalkan senaman setiap hari

5. Berikut ialah maklumat yang tidak benar tentang sakit pening kepala?

A Terdapat 203 sebab berlakunya sakit pening


kepala
B Tekanan pada rongga dahi boleh mengakibatkan
pening kepala
C Pening kepala boleh disebabkan oleh tekanan
darah
D Hanya doktor pakar sahaja yang boleh mengesan
sebab pening kepala

Soalan 6 hingga Soalan 10


Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

10 Jun 1997
Aku terpilih menyertai program anak angkat anjuran Kelab Belia di bandar tempat tinggalku. Aku
diterima sebagai anak angkat kepada Haji Daud dan Hajah Zainab dari Kampung Ulu Jempul. Rumah
mereka sederhana besarnya. Aku diperkenalkan kepada anak-anaknya. Anak ketiga, Salwa, calon
SPM. Adiknya bernama Najib, bakal menghadapi PMR dan adik bongsunya Fadila, 12 tahun.
Mereka mencium tanganku ketika bersalaman. Aku rasa amat terharu. Adikku Nadira dan Najwa
tidak pernah berbuat begitu kepadaku walaupun aku kakak sulung mereka.

11 Jun 1997
Gerimis Subuh menjadikan hawa amat dingin di pedalaman ini. Kalau di rumah sendiri aku masih
dibuai mimpi. Di sini aku sembahyang Subuh secara berjemaah. Haji Daud sebagai imam dan
makmum semua ahli keluarganya. Air mataku menitik. Aku, dalam usia 22 tahun belum pernah
berjemaah bersama ayah dan ibuku.

12 Jun 1997
Pagi ini hujan lebat. Seharusnya kami menyertai projek gotong-royong. Semua orang berkurung
di dalam rumah. Haji Daud menceritakan sejarah dirinya. Rupa-rupanya dialah peneroka kampung
itu. Dia meninggalkan kehidupan sebagai nelayan dan mengadu untung sebagai petani pula di
kampung itu.
Dia tidak bersekolah tinggi tetapi menyedari pentingnya ilmu. Dia bekerja siang malam untuk
menyekolahkan anak-anaknya. Kini dua orang daripada anaknya telah berjaya. Lokman, anak
sulungnya menjadi doktor di Hospital Kuala Lumpur dan Juriah, adik Lokman menjadi guru di
Pahang. Mereka lepasan universiti.

21 Jun 1997
Hari kelima aku di sini. Hubunganku dengan keluarga Haji Daud, terutamanya dengan anak-
anaknya bertambah rapat. Salwa, Najib dan Fadila sudah pandai bergurau. Ini berbeza dengan adik-
10

adikku yang tinggal di rumah batu dua tingkat di bandar. Kami seperti enau di belukar melepaskan
pucuk masing-masing.
Di sini hatiku tenteram. Keluargaku terlalu mengejar harta-benda sehingga meracun kemesraan
dalam keluarga.

6. Berikut ialah maklumat yang benar tentang diri ‘aku’ kecuali

A menetap di bandar
B datang dari keluarga yang kaya
C berusia 22 tahun
D mempunyai tiga orang adik

7. Berapa orangkah anak Haji Daud?

A 3 orang
B 5 orang
C 6 orang
D 7 orang

8. Apakah yang dilakukan oleh ‘aku’ pada waktu subuh jika dia berada di rumahnya sendiri?

A Sembahyang Subuh
B Masih enak tidur
C Masih berselimut
D Masih dalam bilik

9. ‘Mengadu untung’ dalam petikan di atas bermaksud

A Haji Daud mencuba nasib di kampung itu


B Haji Daud dan isterinya membuka kampung itu
C Haji Daud mengadu kehidupannya kepada penulis
D Haji Daud mencari rezeki di kampung itu

10. Pada pendapat anda, mengapakah ‘aku’ berasa tidak bahagia ketika bersama keluarganya?

A Kerana adik-adiknya tidak menghormati dirinya


B Kerana mereka tidak pernah sembahyang
berjemaah
C Kerana ahli keluarganya saling mementingkan hal
diri
D Kerana ayah dan adiknya sibuk mengejar harta
Benda

Karangan Jenis Laporan

Laporan Sukan Tahunan

Pada ___________ yang lalu, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang telah mengadakan

Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-20 bertempat di _____________________.

Pada hari kejohanan, atur cara majlis telah dimulakan dengan perbarisan lintas hormat yang

melibatkan rumah sukan dan unit beruniform. Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh
11

__________________. Kemudian disusuli pula dengan ______________ perasmian oleh Pegawai

Pelajaran Daerah Gombak.

Setelah selesai majlis perasmian, acara sukaneka membuka gelanggang dengan pelbagai aksi

murid-murid tahap 1. Mereka melakukan acara seperti ___________________________________.

Seterusnya, acara ____________________ bermula dengan acara 100 meter, 200 meter dan 4×100

meter.

Tepat jam 10.00 pagi semua murid dibenarkan berehat untuk makan dan minum. Semasa

rehat, pertunjukan tae kwon do telah dipersembahkan oleh ahli-ahli tae kwon do sekolah. Kemudian

murid-murid tahun 1 pula telah membuat persembahan senamrobik.

Seterusnya ialah acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Guru besar telah

menyampaikan hadiah kepada olahragawan iaitu adik Muhammad Syahid A. Rahman dan adik Nur

Alia sebagai olahragawati sekolah. Rumah Hang Tuah pula telah diumumkan sebagai johan

keseluruhan pada tahun ini.

Murid-murid berasa gembira melihat kemeriahan kejohanan sukan pada tahun ini. Sebelum

bersurai, murid-murid telah membantu guru-guru membersihkan padang. Kejohanan berakhir kira-kira

pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh, 30 MAC 2014

(NORAFIFAH KHAIRUL SALLEH)

Wartawan,

Majalah sekolah,

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang.


12

Latihan Ulasan

Isi Tersurat Isi tersirat

Bina ulasan lengkap dalam bentuk perenggan.

Bahan rangsangan (poster, gambar rajah, gambar, dan lain lain) menunjukkan (topik

soalan) . Antaranya ialah _________________________

(isi tersurat 1). Selain itu, (isi tersurat 2).

Seterusnya, ____________________________________(isi tersurat 3). Disampng itu

___________________________________________(isi tersurat 4). Akhir sekali,

_________________________________________________(isi tersurat 5).

_____________________________________ dan _______________________________

(isi tersirat 1 dan 2).


13

Minggu 4

BAHAGIAN A
[20 markah]
Soalan 1 hingga 14

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Pihak Tabung Darah Hospital Daerah Mualim __________ orang ramai untuk menderma
darah kerana bekalan darah semakin berkurangan.
A melayan
B menagih
C menyeru
D mendesak

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2 Mak Cik Suraya membeli dua ________ serai daripada seorang penjual sayur-sayuran di
pasar tani pagi tadi.
A ikat
B papan
C tangkai
D rumpun
3 Nakhoda mengarahkan kelasi kapal dagang itu supaya _________sauh bagi meneruskan
pelayaran mereka.
A menarik
B melabuh
C membongkar
D membuka

4 Petani itu ________ tanah di kebunnya sebelum dia menanam sayur sawi, bayam, terung
dan kacang panjang.
A menebas
B memecah
C menyiram
D menggembur
14

5 “Semasa perlawanan akhir bola sepak itu nanti, ________ mesti beraksi cemerlang,”
pesan Cikgu Latif kepada para pemain.
A kita
B kami
C kamu
D kalian

6 Abang terpilih melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Dia akan ke ________ untuk
melapor diri pada minggu depan.
A sini
B sana
C itu
D ini

7 Pegawai Pendidikan Daerah Mualim menyampaikan hadiah ______ para pelajar.


A untuk
B pada
C kepada
D ke

8 Majlis rumah terbuka Encik Halili itu berlangsung ______ pagi _______ ke petang.
A daripada ….sehingga
B dari ……. hingga
C sejak …. ke
D pada … hingga

9 Keadaan Pantai Batu Buruk yang agak ________ itu berbahaya untuk aktiviti perkelahan
atau mandi-manda di situ.
A dalam
B curam
C rendah
D dangkal

10 Nenek Timah yang sudah ____________itu berjalan menggunakan tongkat


A bongkak
B bongkok
C bengkok
D condong

11 Pinggan mangkuk di dapur itu ___________ dibasuh oleh kakak.


A sudah
B mesti
C pernah
D harus
15

12 Keputusan peperiksaan UPSR _____________ diketahui pada pagi esok.


A akan dapat C belum pernah
B belum boleh D sedang hendak

13 “Kek lapis yang kakak buat gebu ________, malah setanding dengan kek lapis yang dijual
di kedai-kedai kek,” kata emak.
A agak
B amat
C terlalu
D paling

14 Naemah __________ ibunya memasak di dapur, ___________ kakaknya


membasuh pakaian
A dan ...... lalu
B dan ..... maka
C dan .... manakala
D dengan .... sementara

Baca puisi di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kelip-kelip disangka api,


Kalau api mana puntungnya;
Hilang ghaib disangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?

Orang Rengat menanam betik,


Betik disiram air berlinang;
Hilang semangat penghulu itik,
Melihat ayam lumba berenang.

Air melurut ke tepian mandi,


Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resminya padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Tingkap papan kayu bersegi,


Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.

Letak bunga di dalam loyang,


Hiasan rumah seindah rasa;
Banyak berdoa selepas sembahyang,
Mohon diampuni segala dosa.
16

a. Apakah jawapan bagi rangkap pertama pantun di atas dan apakah jenis pantun tersebut?

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

[2 markah]

b. Apakah yang harus kita lakukan selepas menunaikan sembahyang?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[1 markah]

c. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Semakin tinggi ilmunya semakin mantap akhlaknya.

Darjat yang tinggi dapat menghapuskan segala dosa.

[1 markah]

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di bawah ini.

Elok diturut resminya padi,


Semakin berisi semakin tunduk.

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

[3 markah]
17

Gambar di bawah menunjukkan faktor-faktor berlakunya pencemaran udara.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang faktor-faktor pencemaran tersebut.

Tulis satu ayat yang lengkap bagi setiap gambar.

Anda mungkin juga menyukai