Anda di halaman 1dari 20

SJKTSM

Buku Rujukan Kata Kerja Dan Contoh Ayat


Bahasa
Melayu

DISEDIAKAN OLEH:
K.SHANMUGAM (Guru Besar)
1 ) menuntun basikal 2) menatang dulang 3) mengandar bakul

4) mendukung anak 5) mengangkat kotak 6) menggalas beg sekolah

1.

2.

3.

4.

5.

6.

1
7) memikul guni 8) mengepit fail 9) menjunjung bakul

menjinjing beg plastik

10) mengusung pesakit 11) memimpin anak 12) menyandang beg

7.

8.

9.

10.

11.

12.

2
13) memandu kereta 14) menunggang basikal 15) mendayung sampan

16) membonceng motosikal 17) menaiki kereta api 18) menggonggong tulang

13.

14.

15.

16.

17.

18.

3
19) mengelek segulung tikar 20) mengukus 21) merebus

22) membakar 23) menggoreng 24) membakar

19.

20.

21.

22.

23.

24.

4
25) mencelur 26) menjerang 27) menyalai

28) memanggang 29) menanak 30) mereneh

25.

26.

27.

28.

29.

30.

5
31) terjelepok 32) tersembam 33) tersungkur

34) petik 35) kait 36) cop

31.

32.

33.

34.

35.

36.

6
37) sabit 38) kail 39) paut

40) kukur 41) ambil 42) cedok

37.

38.

39.

40.

41.

42.

7
43) kaut 44) Tarik 45) pungut

46) menakik 47) menyabit 48) mencantas

43. Jentera kaut digunakan untuk menimbus tayar – tayar yang terpakai.

44. Dua orang nelayan menarik jala bersama – sama dari perahu mereka.

45. Seekor anjing terbiar memungut sisa makanan dari tong sampah yang dipenuhi dengan

sampah-sarap itu.

46. Kumaran menakik batang pokok kelapa dengan sebilah kapak untuk memudahkannya

memanjat.

47. Pekebun sedang menyabit rumput yang sudah tumbuh tinggi dengan sebilah sabit.

48. Encik Bala mencantas pokok bunga yang sudah tumbuh tinggi di halaman rumahnya supaya

kelihatan cantik.

8
49) menggergaji 50) mengerat 51) mengupas

52) membelah 53) memotong 54) memotong

49. Seorang tukang kayu sedang menggergaji sekeping papan yang panjang untuk membuat

perabot.

50. Ibu mengerat ubi kentang menggunakan sebilah pisau yang tajam.

51. Opah sedang mengupas ubi kentang dengan sebilah pisau di dapur.

52. Puan Anita membelah sebiji tembikai untuk dihidangkan semasa makan malam.

53. Pakcik Ramli memotong rebung buluh yang tumbuh di belakang rumahnya .

54. Encik Tan memotong daging dengan sebilah pisau pemotong daging yang tajam.

9
55) meraut 56) membelah 57) memesin

58) menenun 59) menjahit 60) menganyam

55. Encik Muthu meraut sebatang buluh untuk membuat layang-layang.

56. Ayah Susmitha membelah sebatang buluh menggunakan sebilah parang yang tajam.

57. Seorang pemuda memesin rumput yang tumbuh di sekeliling rumahnya.

58. Puan Rosmah menenun kain songket menggunakan alat tenun tradisional.

59. Nenek sedang menjahit baju yang ditempah oleh pelanggannya.

60. Puan Halimah menganyam tikar dengan daun mengkuang.

10
61) mengait 62) menyulam 63) menganyam

64) menggulung tikar 65) menguli tepung 66) menggobek sirih

61. Puan Hasmah mengait alas meja menggunakan jarum dan benang sambil duduk di atas sofa.

62. Puan Aimi menyulam gambar bunga pada sapu tangan anak perempuannya.

63. Encik Lim menganyam bakul dan raga untuk menambahkan pendapatan keluargannya.

64. Encik Ahmad menggulang tikar selepas semua barangnya habis dijual.

65. Puan Teoh sedang menguli tepung di dapur untuk membuat kuih chakoi.

66. Nenek menggobek sirih sambil duduk bersila di anjung rumah.

11
67) menggesek biola 68) mengelecek bola 69) menggubah bunga

70) merenjis air mawar 71) menjirus air mawar 72) membela diri

67. Ramli menggesek biola dengan merujuki nota muzik itu.

68. Ravin mengelecek bola daripada dirampas oleh lawannya dengan lincah sekali.

69. Pada masa lapang, Kumaresh suka menggubah bunga untuk dijadikan hiasan rumah.

70. Makcik Tipah merenjis air mawar pada kedua-dua mempelai semasa upacara bersanding

berlangsung.

71. Pak Leman menjirus air mawar di atas kubur isterinya yang telah meninggal dunia bulan

lalu.

72. Seorang yang dituduh mencuri, membela dirinya dengan mengatakan bahawa dia tidak

bersalah semasa perbicaraan di mahkamah.

12
73) menebar jala 74) meniti jambatan gantung 75) menampan bola

76) mengisar lada 77) mengacau gulai 78) menjulang piala

73. Suren menebar serawan jala di kolam untuk menangkap ikan.

74. Pengembara itu meniti jambatan gantung sambil menghayati keindahan alam semulajadi.

75. Pasukan sepak takraw Malaysia berjaya menampan bola yang dihantar oleh pasukan lawan.

76. Kakak menolong ibu untuk mengisar lada menggunakan mesin pengisar.

77. Pak Mat dan anaknya mengacau gulai ayam untuk dihidangkan dalam jamuan perkahwinan.

78. Mukesh menjulang piala yang dimenanginya dalam acara larian 100 meter.

13
79) menelaah pelajaran 80) membalut hadiah 81) meraung-raung

82) berucap 83) berbahas 84) berlakon

79. Kavin menelaah pelajaran dengan bersungguh – sungguh untuk mencapai keputusan yang

cemerlang.

80. Rani membalut hadiah hari lahir abangnya dengan kertas pembalut yang cantik.

81. Seorang budak lelaki yang kehilangan ibu bapanya di sebuah pusat membeli-belah sedang

meraung – raung.

82. Seorang guru besar sedang menyampaikan ucapan dalam majlis sambutan hari guru di atas

pentas.

83. Rina dan rakan-rakannnya berbahas dengan penuh yakin menggunakan idea – idea yang

bernas.

84. Murid - murid SJK(T) Simpang Morib mendapat peluang untuk berlakon dalam

pertandingan drama antara Sekolah – Sekolah Tamil Negeri Selangor.

14
85) berkelah 86) berkhemah 87) berlumba

88) hinggap 89) mengeram 90) mengesot

85. Pada hujung minggu yang lalu, keluarga Anita berkelah di Pantai Morib.

86. Pasukan Pengakap Sekolah SJK ( T ) Simpang Morib berkhemah di atas Bukit Jugra.

87. Murid – murid lelaki sedang berlumba lari di Stadium Jugra.

88. Seekor burung terkukur sedang hinggap di atas sebatang dahan pokok.

89. Seekor ayam betina sedang mengeram telur – telurnya di dalam reban.

90. Seekor siput babi mengesot di atas busut dengan perlahan-lahan.

15
91) kemarau 92) tengkujuh 93) bah

94) terperosok 95) tergelincir 96) tergeluncur

91. Musim kemarau yang berpanjangan menyebabkan tumbuh–tumbuhan dan haiwan mati di

kawasan pedalaman itu.

92. Musim tengkujuh telah menyebabkan kampung itu dilanda banjir.

93. Hujan yang berpanjangan selama seminggu telah memyebabkan bah di negeri Kelantan.

94. Sebuah kereta pacuan empat roda telah terperosok ke dalam anak sungai.

95. Seorang murid lelaki terpijak kulit pisang lalu tergelincir.

96. Sebuah bas telah tergeluncur dari jalan raya menyebabkan kesesakan lalu lintas selama

beberapa jam.

16
97) terduduk 98) tercekik 99) terjatuh

100) tercemar 101) terlentang 102) terdedah

97. Makcik Rosmah terduduk di tepi jalan kerana kaki kanannya tercedera.

98. Vinesh minum air dengan segera apabila dia tercekik semasa makan ayam goreng.

99. Steven terjatuh dari pokok apabila terpijak sebatang dahan yang reput.

100. Sungai di kampung itu tercemar kerana pembuangan sampah – sarap oleh penduduk yang

tidak bertanggunjawab.

101. Adik Aiman yang baru berusia dua bulan sedang baring terlentang.

102. Makanan dan minuman di atas meja makan tidak selamat dimakan kerana telah terdedah

kepada lalat.

17
103) tersandung 104) tercegat 105) terkurung

106) terlucut 107) terpijak 108) terawang-awang

103. Deva tersandung pada sebiji batu lalu terjatuh di tepi sungai semasa hendak menangkap

ikan.

104. Kabilan tercegat melihat pelbagai bentuk alat muzik tradisional di Muzium Negara.

105. Seekor burung merbuk terkurung di dalam sangkar burung.

106. Tulang yang digonggong oleh seekor anjing terlucut dari mulutnya lalu terjatuh ke dalam

sungai.

107. Samuel terpijak tahi lembu di jalan raya semasa berjoging.

108. Angkasawan terawang – rawang di udara semasa berada di atas bulan.

18
CATATAN

19

Anda mungkin juga menyukai