Anda di halaman 1dari 27

TIP BM UPSR SK 2016 (RAMALAN HOTS)

Soalan A (Gambar) DAN Soalan B (ULasan)

1. Kepentingan kokurikulum

2. Kelebihan sukan / riadah

3. Kejohanan Balapan dan Padang

4. Jimat cermat amalan mulia

5. Membaca Jambatan Ilmu

6. Gaya Hidup Sihat

7. Pemakanan Seimbang

8. Cara-cara mengisi masa lapang

9. Cara-cara menjadi murid cemerlang

10. Cara-cara menjaga kesihatan / keselamatan diri

SOALAN C (Karangan)

1. Aktiviti di sekolah (Minggu Bahasa / Bengkel Kecemerlangan Akademik / majlis perpisahan)

2. Pengalaman mengunjungi ke satu tempat yang menarik / Darmawisata

3. Membaca Jambatan Ilmu

4. Kepentingan kokurikulum 5. Kelebihan sukan / riadah

6. Amalan budi bahasa 7. Amalan jimat cermat

8. Kepentingan Air 9. Kepentingan ICT

10. Kebaikan belajar secara berkumpulan

11. Kebaikan amalan bantu-membantu / gotong-royong / muafakat

12. Cara-cara mengisi masa lapang

13. Cara-cara menjadi murid cemerlang

14. Cara-cara menjaga kesihatan diri

15. Cara-cara menjaga keselamatan diri

16. Cara menghormati ibu bapa

17. Cara-cara menjaga kemudahan awam

18. Cara-cara memelihara alam sekitar

19. Lawatan ke rumah kebajikan


ISI RINGKAS KARANGAN RAMALAN UPSR

KEBAIKAN BELAJAR SECARA BERUMPULAN

1. Suasana yang kondusif

- selesa – tenang – tidak terlalu formal

2. Dapat berkongsi ilmu bersama rakan yang lain

- pelbagai idea dapat dikongsi – suasan pembelajaran lebih

menarik.

3. Memupuk semangat bekerjasama

4. Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.

KEBAIKAN AMALAN BERGOTONG-ROYONG

1. Dapat memupuk semangat kerjasama

2. Dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

3. Kebersihan kawasan persekitaran terpelihara.

4. Terhindar daripada wabak penyakit seperti Denggi

5. Mengisi masa lapang

6. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

CARA MENJADI MURID CEMERLANG

1. Rajin berusaha – tidak mudah putus asa

2. Menghormati orang yang lebih tua – mendapat keberkatan

3. Melibatkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum

4. Memberi tumpuan ketika guru mengajar.

5. Berdisiplin – menepati jadual yang disediakan.

6. Bercita-cita tinggi – mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya.


CARA MENJAGA KEMUDAHAN AWAM

1. Menggunakan kemudahan awam dengan sebaik mungkin – mengikut peraturan yang telah ditetapkan

2. Mengetatkan undang-undang – mengenakan hukum yang lebih berat kepada pesalah.

3. Peka dengan keadaan kemudahan awam – melaporkan kepada pihak yang berkenaan sekiranya
kemudahan awam tersebut rosak.

4. Mengadakan kempen Sayangi Kemudahan Awam melalui media massa dan media sosial

CARA MENGISI MASA LAPANG

1. Membaca bahan bacaan – surat khabar – buku – majalah –untuk menambah pengetahuan

2. Bersukan – beriadah – menyihatkan badan – otak sentiasa cerdas

3. Melakukan hobi yang berfaedah – mengumpul setem

4. Melayari internet – mencari maklumat bermanfaat

5. Membantu ibu bapa – mengemas rumah – bergotong-royong – meringankan beban ibu bapa – rumah
sentiasa kemas dan bersih

CARA MENGHORMATI IBU BAPA / GURU / ORANG TUA

1. Menolong ibu bapa / guru / orang tua ketika mereka memerlukan

2. Belajar bersungguh-sungguh – memenuhi harapan

3. Tidak mengabaikan ibu bapa / guru / orang tua

4. Sentiasa berakhlak mulia – patuh/taat

5. Sentiasa merendahkan suara ketika bercakap – beradap

6. Sentiasa mendokan kebahagiaan ibu bapa / guru / orang tua.

CARA MEMELIHARA ALAM SEKITAR

1. Mengitar semula bahan buangan seperti kertas – mengurangkan penebangan pokok – alam sekitar
terpelihara

2. Mengetatkan undang-undang

3. Mengadakan kempen kesedaran

4. Memperkasakan subjek berkaitan alam sekitar di sekolah – memberi kesedaran awal kepada murid
tentang alam sekitar
CARA MENJAGA KESIHATAN

1. Mengamalkan pemakanan seimbang – piramid makanan

2. Bersenam – mengeluarkan peluh

3. Minum air masak secukupnya – lapan gelas sehari

4. Mendapatkan rehat yang secukupnya – tidur lapan jam sehari untuk kanak-kanak – memulih tenaga

5. Menjalankan pemeriksaan kesihatan – dua kali setahun – mengetahui status kesihatan

6. Tidak merokok

KEPENTINGAN KOKURIKULUM

1. Meningkatkan tahap disiplin – menyertai pasukan badan beruniform – kawad kaki – patuh pada
arahan ketua

2. Menyihatkan badan – mengeluarkan peluh

3. Menggalakkan perpaduan antara kaum – mengeratkan hubungan sesama murid.

4. Menambah pengetahun dan pengalaman – berkhemah – ikatan

5. Mengisi masa lapang – terhindar daripada gejala negatif

KEPENTINGAN SAINS & TEKNOLOGI

1. Memudahkan urusan manusia

2. Menjimatkan kos

3. Memajukan ekonomi negara – memasarkan produk yang dicipta

4. Mengangkat martabat negara – dipandang tinggi oleh masyarakat dunia

FAEDAH LAWATAN SAMBIL BELAJAR

1. Menambah pengalaman baru – suasana lawatan

2. Mengeratkan hubungan sesama rakan – guru – keluarga

3. Menambah ilmu pengetahuan – meluaskan pengetahuan sedia ada

4. Mengisi masa terluang

5. Memudahkan proses pembelajaran – suasana lebih selesa dan menarik


CARA BERJIMAT CERMAT

1. Membuat senarai semak perbelanjaan – sebagai panduan ketika berbelanja

2. Menabung – dapat digunakan ketika kecemasan – tidak membelanjakan sepenuhnya wang yang
diperoleh

3. Mengutamakan barangan keperluan berbanding kehendak – tidak membazir

4. Bersikap sederhana – membeli barangan yang bersesuaian dengan pendapatan – mengutamakan


kualiti berbanding jenama.

SAMBUTAN HARI GURU

Pendahuluan – Bila – Tujuan sambutan diadakan

1. Berkumpul di tapak perhimpunan – bacaan perutusan Menteri Pendidikan – ucapan guru besar

2. Sukaneka – acara guru – acara murid dan guru – suasana meriah

3. Selepas rehat – bergerak ke dewan – sesi persembahan oleh guru – persembahan oleh murid.

4. Sesi penyampaian hadiah dan anugerah – hadiah untuk sukaneka – anugerah guru - murid
menyerahkan hadiah kepada guru

5. Penutup – perasaan – harapan – pulang ke rumah.

HARI SUKAN TAHUNAN

1. Pendahuluan - bila - siapa terlibat – tujuan

2. Sebelum – persiapan – hias rumah sukan – latihan rumah sukan

3. Semasa – Awal pagi berkumpul – perbarisan – ikrar – ucapan perasmian

4. Semasa – acara yang dijalankan – suasana begitu meriah

5. Semasa – upacara penyampaian hadiah – olahragawan – rumah sukan yang menang

6. selepas – tolong guru mengemaskan tempat – perasaan – harapan. pulang ke rumah


Faedah bergotong - royong

Pendahuluan:

Amalan gotong-royong merupakan amalan yang mulia dalam kehidupan kita. Antara aktiviti yang boleh dijalankan
secara bergotong-royong adalah seperti membersihkan kawasan kampung, halaman rumah, kawasan sekolah dan
membaiki jambatan.

Isi 1:

Amalan bergotong-royong boleh mendatangkan banyak faedah kepada kita. Apabila kita menjalankan sesuatu
aktiviti secara bergotong-royong, kerja yang berat akan menjadi ringan. Kita juga akan kurang berasa letih dan
bosan.

Isi 2:

Di samping itu, kita boleh menjimatkan masa, tenaga dan wang. Hal ini demikian kerana aktiviti bergotong-royong
dijalankan secara beramai-ramai tanpa upah. Dengan adanya kerjasama daripada semua lapisan masyarakat,
sesuatu aktiviti dapat dilaksanakan dengan cepat dan mudah.

Isi 3:

Selain itu, kita dapat memupuk persahabatan dan sifat setiakawan. Melalui aktiviti bergotong-royong, kita boleh
berkenalan dengan jiran tetangga dan kawankawan baharu. Kita akan berpeluang untuk saling memahami dan
tolongmenolong. Justeru, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam masyarakat majmuk.

Isi 4:

Amalan gotong-royong juga boleh mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Melalui amalan ini, kita
akan bekerjasama dan bermuafakat untuk mengatasi sesuatu masalah. Amalan ini dapat menyatukan masyarakat
yang berbilang bangsa dan agama. Bak kata pepatah, "jiran sepakat membawa berkat".

Penutup:

Kesimpulannya, kita sewajarnya menghidupkan semula semangat gotongroyong dalam kehidupan kita demi
kesejahteraan bersama. Hal ini kerana banyak manfaat yang diperoleh daripada amalan gotong-royong.
Cara-cara untuk berjimat cermat
Pendahuluan:

Amalan berjimat cermat merupakan amalan yang mulia. Setiap orang perlu berjimat cermat. Banyak cara yang
dapat dilakukan untuk membudayakan amalan berjimat cermat.

Isi 1:

Antara langkah yang dapat dilakukan termasuklah menjimatkan penggunaan air dan elektrik. Hal ini perlu
dilakukan untuk mengelakkan bil utiliti yang tinggi. Kita dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan.

Isi 2:

Selain itu, kita dapat menjimatkan wang melalui amalan membawa bekal makanan ke sekolah atau ke tempat
kerja. Sudah pasti tindakan ini dapat menjimatkan wang saku kita. Selain dapat berjimat, kita juga dapat menikmati
makanan yang lebih berkhasiat dan bersih.

Isi 3:

Kita disarankan agar tidak membeli barangan yang tidak diperlukan. Kita hendaklah membeli sesuatu yang penting
sahaja. Hal ini perlu dilakukan untuk mengelakkan pembaziran.

Isi 4:

Di samping itu, kita juga dapat berjimat-cermat dengan cara tidak membazirkan makanan. Kita perlu memilih
makanan yang berkhasiat sahaja. Elakkan pembelian makanan segera yang tidak berkhasiat itu. Makanan segera
dapat menjejaskan kesihatan kita di samping menggalakkan pembaziran.

Penutuup:

Kesimpulannya, kita mestilah mengamalkan amalan berjimat cermat sepanjang masa. Hal ini merupakan tuntutan
agama. Banyak manfaat yang akan diperoleh.
Kebaikan mengikuti kelas tambahan
Pendahuluan :

- Kelas selepas waktu pembelajaran formal di sekolah - percuma dan berbayar - kelas untuk peperiksaan UPSR , PT3
, SPM dan STPM

Isi Penting

1.Menambahkan pemahaman sesuatu subjek - Subjek di ajar guru tidak sempat di habiskan semasa pembelajaran
formal - pelajaran yang tertinggal di ajar melalui kelas tambahan.

2.Meningkatkan penguasaan teknik menjawab soalan peperiksaan biasanya kelas tambahan berfokus kepada
peperiksaan-latih tubi soalan peperiksaan-guru akan mengajar teknik menjawab yang berkaitan subjek diajar.

3.Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah- tidak akan membuang masa dengan menonton televisyen,
bermain permainan video dan bersembang dalam talian seperti 'Whatsapp' dan 'Facebook'.

4.Kelas tambahan percuma di sekolah -diajar oleh guru mereka sendiri - menjimatkan kos perbelanjaan ibu bapa -
secara tidak langsung membantu meringankan bebanan kewangan ibu bapa murid.

Penutup
Faedah bersukan

Pendahuluan :

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan
menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini dikatakan demikian kerana bersukan
banyak memeberikan faedah kepada kita..

Isi 1 :

Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita berakreasi seperti
berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak
dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam
kelas.

Isi 2 :

Selain itu, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan
dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di
tamantaman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan
hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.

Isi 3 :

Di samping itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.Sesi latihan permainan
atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat
menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.

Isi 4 :

Seterusnya, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang
sukan, kita dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara. Apabila kita berjaya memenangi
manamana kejohanan sukan, maka kita berjaya mengharumkan nama sekolah.

Kesimpulan :

Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan. Marilah kita bersama-sama menyahut seruan
kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas.
Faedah memanfaatkan perpustakaan

Pendahuluan :

Perpustakaan ialah gedung ilmu yang mengumpulkan pelbagai bahan bacaan. Di perpustakaan terdapat banyak
buku yang boleh dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah, jurnal, dan lain-lain lagi. Oleh itu, sudah
tentulah perpustakaan memberi banyak kebaikan kepada kita semua.
Isi 1 :

Sebagai murid, kita dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan perpustakaan. Mereka yang selalu ke
perpustakaan akan dapat mengelakkan diri daripada bergaul dengan kacang hantu. Ini secara tidak langsung akan
terhindar daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan lain-lain lagi. Dengan itu,
murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan mereka akan lebih cerah.
Isi 2 :

Selain itu, perpustakaan ialah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan
yang mesti dipatuhi seperti larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh dan sebagainya.
Justeru, murid-murid dapat berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan seterusnya menjadi amalan dalam
kehidupan mereka.
Isi 3 :

Di samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan, kita dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid.
Murid-murid tidak perlu membeli semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Oleh itu,
wang yang mahu digunakan untuk membeli buku-buku tersebut bolehlah disimpan di dalam tabung untuk
kegunaan masa depan.
Isi 4 :

Di perpustakaan, kita akan dapat menambah ilmu pengetahuan. Melalui pembacaan di perpustakaan, sudah tentu
pengetahuan kita akan bertambah seperti mengetahui isu semasa yang berlaku sama ada di dalam dan di luar
negara.
Kesimpulan :
Kesimpulannya, kita akan memperoleh banyak manfaat sekiranya bijak memanfaatkan perpustakaan. Oleh itu,ibu
bapa mestilah menanamkan minat anak-anak untuk pergi ke perpustakaan supaya manfaat-manfaat tersebut
dapat dinikmati.
Ibu saya

Pendahuluan:

Ibu ialah insan yang melahirkan kita ke dunia. Ibu mengasuh dan mendidik kita sejak kecil dengan penuh kasih
sayang. Kasih ibu tidak ternilai harganya dan tidak dapat dicari ganti. Ibu saya bernama Nazlina Ibrahim. Beliau
berumur 43 tahun.

Isi 1:
Ibu saya seorang yang sederhana, selalu berbaju kurung dan bertudung. Bagi saya, ibu ialah wanita yang cantik,
bersopan-santun , dan periang. Ibu saya bekerja sebagai guru. Beliau berkelulusan Ijazah Pendidikan dari Universiti
Malaya dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Subang Jaya.

Isi 2:
Sebagai seorang ibu yang bekerjaya, kehidupan seharian ibu amat sibuk. Pada setiap pagi, ibu akan bangun awal
untuk menyiapkan sarapan dan memasak untuk makan tengah hari. Selepas bersarapan, saya dan ibu akan pergi
ke sekolah bersama-sama. Pada waktu tengah hari, ibu akan menjemput saya di sekolah. Kemudian, kami akan
makan bersama-sama. Pada waktu petang pula, ibu akan menghantar saya ke sekolah agama.

Isi 3:
Hobi ibu saya ialah menjahit baju. Ibu mahir menjahit pelbagai jenis pakaian seperti baju kurung, baju kebaya, baju
melayu dan sebagainya. Setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri, ibu akan menjahit sendiri baju suami dan
anakanaknya. Baju-baju yang dijahit oleh ibu sangat cantik dan kemas.

Isi 4:
Ibu saya merupakan pakar motivasi dalam keluarga kami. Setiap kali musim peperiksaan menjelang tiba, ibu pasti
akan memberikan kata-kata semangat kepada saya supaya melakukan yang terbaik dalam peperiksaan. Sekiranya
markah peperiksaan saya tidak begitu memuaskan, ibu akan menyuntik semangat saya agar tidak berputus asa
untuk terus berusaha sehingga berjaya.

Penutup:

Saya amat menghargai jasa ibu terhadap saya. Saya bersyukur kerana memiliki ibu yang hebat. Saya berharap agar
ibu saya sentiasa sihat sejahtera dah dipanjangkan umur. Saya berjanji akan berada di sisi ibu hingga akhir hayat
hidup saya.
Guru saya

Pendahuluan:

Guru merupakan insan yang paling penting dalam mencorakkan kehidupan seseorang pelajar. Tanpa
bimbingan dan didikan guru pastinya tidak akan lahirlah jurutera, doktor dan arkitek yang berjaya. Guru yang
paling saya sayangi di sekolah saya ialah Cikgu Maya. Cikgu Maya berumur empat puluh tahun. Beliau sudah
berumah tangga dan kini mempunyai empat cahaya mata.

Isi 1:

Saya amat menyayangi Cikgu Maya kerana beliau seorang guru yang baik hati dan bertanggungjawab. Beliau
mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains. Semasa mengajar di dalam kelas, beliau amat tegas, tetapi
pandai berjenaka. Sikap yang dimiliki oleh Cikgu Maya menyebabkan saya dan rakan-rakan yang lain tidak pernah
berasa bosan mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh beliau.

Isi 2:

Cikgu Maya juga pandai mengambil hati murid-muridnya. Apabila kami melakukan kesalahan, beliau tidak akan
memarahi kami. Sebakilnya, beliau akan membimbing dan menasihati kami supaya tidak akan melakukan
kesalahan yang sama.

Isi 3:

Sekiranya ada masa lapang, Cikgu Maya akan berbual-bual dengan saya dan rakan-rakan saya. Lazimnya Cikgu
Maya akan bertanyakan masalah yang kami hadapi terutamanya dalam hal pelajaran. Beliau sememangnya begitu
prihatin terhadap anak-anak muridnya.

Isi 4:

Pada sebelah petang, Cikgu Maya akan melatih kami bermain hoki. Beliau merupakan jurulatih hoki yang
sangat berdedikasi di sekolah saya. Teknik permainan yang diajarkan oleh Cikgu Rahmah banyak membantu
pasukan hoki sekolah saya meraih kejayaan dalam setiap perlawanan.

Penutup:

Kami berasa amat bersyukur kerana mempunyai guru yang baik hati dan penyayang seperti Cikgu maya. Beliau
bukan sahaja seorang pendidik, malahan kami menganggapnya sebagai ibu. Segala jasa dan pengorbanan yang
telah diberikan kepada kami amat kami hargai dan dikenang sampai bila-bila.
Faedah-faedah membawa bekal makanan dari rumah ke sekolah

Pendahuluan

Bekal makanan merupakan sesuatu makanan yang disediakan di rumah dan dibawa ke sesuatu tempat. Akhir-akhir
ini, kita boleh dapati bahawa ramai murid yang telah membawa bekal makanan ke sekolah. Budaya ini patut
digalakkan kerana terdapat banyak faedah melalui amalan ini.

Isi 1

Antara faedah yang nyata ialah murid-murid dapat menjaga kesihatan. Bekal makanan yang disediakan oleh ibu
bapa merupakan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Dengan itu, murid tidak akan mengambil makanan yang
berlemak seperti ayam goreng, nuget dan sosej di kantin sekolah. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
kecergasan fizikal dan kecerdasan mental murid.

Isi 2

Selain itu, dengan membawa bekal makanan murid-murid dapat berjimat cermat. Mereka dapat menyimpan wang
saku yang lebih dalam tabung. Ini dapat menanam sikap menabung sejak kecil, bak kata pepatah melentur buluh
biarlah dari rebungnya.

Isi 3

Di samping itu, amalan membawa bekal makanan ini juga dapat menjalin hubungan rapat dengan keluarga.
Sebagai contoh, anak-anak yang makan makanan hasil daripada ibu atau ayah akan merasai kasih sayang keluarga.
Ini secara tidak langsung akan melahirkan anak-anak yang tahu menghayati dan menghargai jasa ibu bapa.

Isi 4

Murid-murid yang membawa bekalan makanan ke sekolah adalah lebih berdikari berbanding dengan yang lain.
Murid-murid akan belajar menyediakan makanan kegemaran secara sendiri atau dengan bantuan ibu bapa. Maka,
muridmurid akan menghabiskan semua makanan yang dibawa dari rumah.

Penutup

Memandangkan terdapat banyak faedah yang diperoleh melalui budaya membawa bekal makanan ini, maka
murid-murid digalakkan berbuat demikian. Semua pihak diminta berganding bahu dalam membina dan
mengamalkan budaya ini.
Faedah memanfaatkan perpustakaan
Pendahuluan

Perpustakan adalah gedung ilmu.Di perpustakaan terdapat banyak buku yang boleh dibaca seperti seperti buku
cerita, novel, majalah, jurnal, dan lain-lain lagi. Di negara kita, perpustakaan awam terdapat di mana-mana sahaja
untuk kemudahan orang ramai membaca. Ini kerana dengan membaca, pengetahuan murid-murid semakin
bertambah dan ini tentu membantu murid-murid dalam pelajaran. Perpustakaan banyak memberi faedah kepada
kita. Isi 1

Sebagai murid, kita dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan perpustakaan. Mereka yang selalu ke
perpustakaan akan dapat mengelakkan diri daripada bergaul dengan kacang hantu. Ini secara tidak langsung akan
terhindar daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan lain-lain lagi. Dengan itu,
murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan mereka akan lebih cerah.

Isi 2

Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan
yang mesti dipatuhi seperti larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun semula
buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan
ini diharap akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka.

Isi 3

Di samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan, kita juga dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-
murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan.
Oleh itu, wang yang mahu digunakan untuk membeli buku-buku tersebut bolehlah disimpan di dalam tabung. atau
membeli barang keperluan yang lain.

Penutup

Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, kita perlu memanfaatkna perpustakaan
yang disediakan demi kemajuan kita dalam pelajaran. Tambahan pula, murid-murid juga dapat menghilangkan rasa
bosan setelah penat belajar dengan membaca buku-buku tertentu di perpustakaan seperti komik, majalah dan
sebagainya.
Berbincang tentang Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas

Pihak sekolah akan menganjurkan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas. Sewaktu rehat kamu dan kawan
kamu berbincang cara-cara mencantikkan kelas.

Harun : Firdaus, apa rancangan kamu tentang pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas kita?

Firdaus : Saya rasa kita patut menyediakan sebuah jadual bertugas yang baru dan lantik seorang ketua kebersihan
bagi mengawasi semua kawan kita menjalankan tugas masing-masing setiap hari.

Muthu : Bukan itu saja, saya rasa kita patut bergotong-royong pada hari Sabtu ni bagi membersihkan semua sarang
lelabah dan coretan dinding dan meja kita.

Harun : Bagus cadangan Muthu. Nanti kita bincang dalam kelas. Selain itu, kita patut mengadakan satu papan
kenyataan bagi menghiasi dengannya lukisan yang cantik.

Firdaus : Bukan itu sahaja, kita patut menghiasi semula ruang bacaan yang kita adakan dulu. Bahan bacaan harus
ditambah dan diganti baru.

(Riiiiiing.... Loceng telah berbunyi melambang waktu rehat telah berakhir)


Faedah menabung
Pendahuluan
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk
sejak kecil. Menabung member banyak faedah kepada kita.

Isi 2

Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimatcermat. Oleh sebab itu, kita perlu
merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru,
baki duit yang diberi ibu bapa dapat disimpan kedalam tabung.

Isi 2

Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung
wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita
membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri. Ibubapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang
pandai berjimat cermat dan berdikari itu.

Isi 3

Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan
untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa
kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain.

Isi 4

Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita akan
mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan
masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan selesa dan tidak menyusahkan orang lain.

Penutup

Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena,
jimat sementara belum habis'. Oleh itu ,mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi
bukit.
Lawatan Ke Pulau Langkawi

Persatuan Sains sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Pulau Langkawi. Tuliskan laporan mengenainya.

Pada 29 Mei 2011, Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas telah mengadakan lawatan sambil
belajar ke Pulau Langkawi. Lawatan ini berlangsung selama 4 hari 3 malam. Seramai 35 orang murid dan 5 orang
guru telah menyertai lawatan ini.

Rombongan telah tiba di jeti Kuala Perlis jam 9:00 pagi. Kami menaiki feri. Kami sampai di hotel Hilton tepat jam
12:00 tengah hari. Pihak hotel telah menyambut kehadiran kami dengan tangan terbuka. Jamuan tengah hari telah
disediakan oleh pihak hotel.

Pada hari kedua, kami telah menaiki bas persiaran melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah. Tempat
tersebut ialah Makam Mahsuri, BerasTerbakar, TelagaTujuh, Akurium, Tasik Dayang Bunting, Taman Buaya dan
Pantai Rhu. Pada lewat petang barulah kami pulang ke hotel.

Pada sebelah malamnya, kami menikmati makanan, kami menikmati makan malam secara buffet. Pelbagai jenis
makanan laut disediakan pihak hotel.
Antaranya sotong, ikan,udang dan lain-lain lagi. Rasanya sunguh sedap dan lazat.

Lawatan hari ketiga lebih menarik lagi. Kami berpeluang menaiki kereta ke balke puncak gunung.
Pemandangannya cukup menarik. Seterusnya kami dapat menyelam untuk menikmati keindahan hidupan laut di
dasar laut. Pengalaman ini sangat beharga dan akan dijadikan kenangan dalam hidup kami.

Pada hari terakahir, kami pergi membeli-belah di kedai bebas cukai. Sebelum bertolak pulang, kami telah
bergambar kenangan di Dataran Helang. Kami tiba di sekolah dengan gembira. Walaupun keletihan, namun
kepuasan jelas terbayang pada wajah ahli Persatuan Sains.

Laporan disediakan oleh, 2 Jun 2011

Anita
(ANITA BT AHMAD)

SetiausahaPersatuanSains SK. Mangkapon, Pitas.


Cara-Cara menjaga kesihatan diri.

Pendahuluan

Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup
mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Isi 1

Cara yang paling mudah ialah seseorang itu perlu menjagakebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakai pakaian
yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk
dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Isi 2

Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan segera perlulah
dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalamkuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang
baik.

Isi 3

Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh
dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi
terhadap sebarang serangan penyakit.

Isi 4

Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doctor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini
mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doctor hendaklah
dipatuhi selalu.

Penutup

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan dengan penuh
amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu
kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga jua.
Langkah-langkah mengurangkan kemalangan jalan raya

Pendahuluan
Sejak kebelakangan ini, kadar kemalangan jalanraya semakin meningkat. Oleh itu, kita haruslah mengambil
langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya.

Isi 1

Antara langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya adalah dengan memberi didikan tentang
pengetahuan dan kepentingan mematuhi peraturan jalanraya kepada murid-murid sejak kecil lagi. Contohnya
melalui matapelajaran PKJR, murid-murid diajar tentang maksud simbol-simbol pada papan keselamatan jalanraya
dan langkah-langkah keselamatan yang harus diambil ketika berada di jalanraya. Ini dapat meningkatkan kesedaran
murid-murid tentang kepentingan menjaga keselamatan jalanraya.

Isi 2

Seterusnya, kita haruslah memupuk amalan mematuhi peraturan jalanraya dalam kalangan murid-murid. Misalnya
ketika berbasikal, murid- murid hendaklah mengayuh basikal dalam satu barisan dan tidak bersaing. Ini dapat
mengelakkan diri mereka daripada dilanggar oleh kenderaan.

Isi 3

Selain itu, kita hendaklah menjadi pengguna jalanraya yang berhemah dan bertolak ansur. Contohnya para
pemandu hendaklah sentiasa berwaspada dan perlahankan kenderaannya ketika melalui kawasan sekolah
terutamanya pada waktu sibuk. Pada waktu inilah, kanak-kanak sekolah biasanya akan bersikap cuai dan tergesa-
gesa untuk melintas jalanraya. Apabila pemandu perlahankan kenderaannya , maka kanak-kanak sekolah dapat
melintas dengan selamat.

Penutup

Sesungguhnya, setiap pengguna jalanraya hendaklah mengamalkan langkah-langkah keselamatan jalanraya untuk
mengelakkan kemalangan daripada berlaku kerana malang tidak berbau. Besarlah harapan kita untuk berganding
bahu agar dapat mengurangkan kadar kemalangan jalanraya.
Faedah membaca

Pendahuluan

Membaca merupakan salah satu tabiat yang amat berfaedah. Seseorang yang suka membaca mempunyai minda
yang sihat dan positif. Bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah dan majalah boleh merangsang pemikirankita. Oleh
itu, pemikiran kita sentiasa kreatif, kritis dan mempunyai wawasan

Isi 1

Tabiat suka membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan kata. Perb endaharaan kata yang meluas baik
dalam bahasa akan meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara lisana taupun bertulis.

Isi 2

Di sampingitu, tabiat suka membaca boleh menambah pengetahuan kita. Contohnya, jika kita sering membaca
buku-buku berkaitan sains dan sejarah. Dengan itu, pengetahuan tentang konsep sains dan sejarah boleh
ditingkatkan dan sekaligus membantu dalam proses pembelajaran di sekolah.

Isi 3

Seterusnya, tabiat suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah. Oleh itu, masa lapang kita
tidak akan terbuang dengan sia-sia dengan membaca.

Penutup

Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak kelebihan. Maka kita harus memupuk tabiat suka
membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata orang bijak pandai, “ membaca jambatan ilmu”.
Faedah menyimpan wang

Pendahuluan

“Sedikit-sedikit lama-lama menjadibukit.” Itulah pegangan orang yang pandai berjimat-cermat demi masa depan
mereka. Wang amat penting dalam kehidupan manusia. Dengan wang kita dapat membeli apa sahaja yang
diingini..

Isi 1

Oleh itu, kita hendaklah berjimat-cermat ketika menggunakan wang. Kita boleh menyimpan wang di dalam tabung,
bank dan pejabat pos. Sungguhpun pada mulanya wang yang kita simpan itu sedikit, tetapi lama-kelamaan ia akan
menjadi banyak. Dengan wang yang kita simpan itu, kita boleh menampung serba sedikit perbelanjaan sekolah
seperti membeli buku-buku dan alattulis.

Isi 2

Setiap hari ibu bapa membanting tulang mencari wang untuk menyekolahkan kita. Kita harus memikirkan betapa
susahnya mereka mencari wang. Jadi, dengan menabung, mungkin suatu hari nanti kita dapat membantu pula
ibubapa kita.

Isi 3

Jika kita jatuh sakit atau ditimpa kemalangan, wang yang disimpan boleh digunakan pada saat-saat genting ini.
Begitu juga jika kita ingin berniaga. Sudah tentu kita memerlukan modal yang banyak. Wang simpanan kita akan
membantu kita menyenangkan perbelanjaan. Hari ini amat berbeza dengan zaman dahulu. Wang adalah segala-
galanya untuk kita meneruskan hidup.

Penutup

Kesimpulannya, tabiat menyimpan wang mempunyai banyak faedah. Tabiat ini haruslah ditanam sejak kecil lagi.
Kata pepatah, “kalau melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
Kepentingan komputer

Pendahuluan

Komputer sangat penting bagi murid-murid. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk, “Kepentingan Komputer
Kepada Murid-murid”.

Isi 1

‘Sebuah Rumah Sebuah Komputer,’ begitulah ungkapan yang dilaungkan oleh kerajaan Negara kita. Mengapakah
computer sangat penting? Bolehkah computer membantu kita terutamanya murid-murid dalam pelajaran?

Isi 2

Sebenarnya computer memang banyak mendatangkan kesan yang baik jika digunakan dengan jalan yang betul.
Perisian yang ada dalam computer dapat membantu murid-murid dalam pelajaran. Segala tugasan dapat
diselesaikan dengan mudah dan berkualiti.

Isi 3

Bagi murid-murid yang melayari internet, duniamerekahanya dihujungjari. Segala maklumat dan perkara-perkara
yang berlaku di dunia akan dapat diketahui dengan segera dan mudah. Ini membantu mereka mengikuti
perkembangan semasa di dalam dan luar negara.

Isi4

Dengan mempelajari komputer, hubungan silaturahim dapat dieratkan. Kita boleh berhubung antara satu sama
yang lain melalui computer terutamanya rakan kita yang berada di luar negara. Kaedah ini mudah dan
menjimatkan kos.

Isi 5

Selain itu, computer boleh dijadikan alat hiburan ringan. Apabila kita mengalami tekanan atau kerunsingan,
computer boleh membantu kita menenangkan fikiran. Kita juga boleh bermain permainan yang terdapat di
dalamnya.

Penutup

Oleh yang demikian, murid-murid digalakkan mempelajari dan menguasai bidang komputer. Hasrat kerajaan yang
ingin menjadi sebuah Negara maju pada tahun 2020 dapat direalisasikan dengan ilmu pengetahuan yang lebih
mudah diakses menggunakan komputer. Olehcitu, di peringkat sekolah lagi pendedahan tentang kemahiran
menggunakan computer perlu dilatih untuk persediaan menghadapi dunia teknologi.
Kebaikan bersukan

Pendahuluan
Aktiviti bersukan merupakan aktiviti yang boleh kita dilakukan pada masa lapang mengikut kesuaian
individu.Aktiviti sukan banyak kebaikan kepada kita jika kita mengamalkannya.

Isi 1
Antara kebaikan bersukan ialah dapat menyihatkan tubuh badan kita. Apabila kita menyertai aktiviti sukan,kita
akan melakukan aktiviti pergerakan yang boleh mengeluarkan peluh. Apabila badan kita berpeluh, kita akan
berasa lebih segar dan sihat. Peluh yang keluar merupakan bahan kumuhan yang tidak diperlukan oleh badan kita.

Isi 2
Bersukan juga dapat mengisi masa lapang kita dengan perkara yang berfaedah. Dengan bersukan masa yang
terluang dapat diisi dengan aktiviti yang boleh menyihatkan badan dan terhindar daripada melakukan perkara yang
tidak berfaedah seperti melepak dan merokok .Kita juga boleh bersukan pada waktu petang dan pada hari cuti.

Isi 3
Bersukan juga dapat menghindar kita daripada menghidapi penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi. Ramai
orang yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi merupakan orang yang tidak suka bersukan.
Selain menjaga pemakanan, aktiviti bersukan juga penting bagi mengatasi masalah kencing manis dan darah tingg.

Isi 4
Kebaikan yang seterusnya ialah bersukan dapat menenangkan fikiran selepas penat mengulangkaji pelajaran.
Apabila kita belajar, kita telah menggunakan minda kita untuk berfikir dan mengingati pelajaran secara maksimun.
Hal ini akan menyebabkan minda kita berasa letih dan lesu.Oleh itu, untuk merehatkan fikiran kita mestilah
bersukan. Apatah lagi.jika bersukan di tempat-tempat yang menarik seperti di tepi tasik dan di taman permainan.

Penutup
Kesimpulannya, bersukan merupakan aktiviti yang memberi banyak kebaikan dan berguna kepada kita. Lantaran
itu.marilah kita mengamalkan aktiviti bersukan dalam kehidupan kita.
Kepentingan memelihara alam sekitar

Pendahuluan
Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai,tumbuhtumbuhan,dan bukit-bukau. Kita perlu
memelihara keseimbangan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.

Isi 1
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita. Alamsekitar yang terpelihara akan dapat mendamaikan jiwa kita.
Persekitaran bersih dan indah sesuai dijadikan tempat tinggal. Selain itu, alam sekitar yang tidak tercemar akan
dapat menarik kedatangan ramai pelancong.

Isi 2

Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting dalam keseimbangan alam. Tumbuh-
tumbuhan mengeluarkan gas oksigen. Gas oksigen ini diperlukan oleh manusia untuk pernafasan. Haiwan juga
memerlukan tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan sumber makanan.

Isi 3
Selain itu,bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara.Hutan tebal yang menghijau dijadikan sebagai
kawasan tadahan hujan.Kawasan hutan menjadi habitat pelbagai jenis haiwan seperti harimau, singa dan gajah.
Aktiviti pembalakan dan pertanian perlu dikawalkan agar tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar.

Isi 4
Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alamsekitar yang perlu dipelihara. Sungai yang bersih
merupakan sumber air kepada kita.Lautan yang terbertang luas menjadi tempat nelayan menangkap pelbagai
jenisikan.Kita perlu memelihara sungai dan lautan agar tidak tercemar supaya pelbagai jenis ikan dapat terus
membiak.

Penutup
Sesungguhnya, kita perlu memelihara alam sekitar daripada pencemaran. Alam sekitar yang bersih akan
menjadikan kehidupan kita lebih baik. Alam sekitar yang terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada
generasi akan datang.
FORMULA PENULISAN UPSR KARANGAN “CARA-CARA ......”

Amalan ________ sangat penting kepada kita. Amalan ini harus dipupuk sejak kecil kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Berbagai-bagai cara dapat kita lakukan untuk
____________________________.

Cara utama untuk _____________ adalah dengan _________________________. Contohnya, kita


bolehlah ________________________________________. Dengan berbuat begitu, kita dapat
_______________________________________________________.

Selain itu, kita haruslah ___________________________________. Hal ini dikatakan demikian


kerana cara ini dapat ____________________. Kesannya, kita dapat
________________________________________.

Seterusnya, kita wajarlah __________. Sebagai contoh, kita bolehlah


___________________________. Cara ini dapat memastikan __________________________ kerana
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudia tidak berguna.

Pada masa yang sama, kita mestilah mengamalkan ____________________. Contohnya, kita
bolehlah _____________________. Dengan cara demikian, kita dapat __________________________
kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

Kesimpulannya, cara-cara untuk __________________ mesti kita amalkan supaya


_______________________. Oleh sebab itu, kita haruslah berdisiplin dalam usaha
_______________________. Janganlah nanti nasi sudah menjadi bubur barulah kita hendak beringat-
ingat!

FORMULA INI SAYA CIPTA UNTUK KEMUDAHAN CALON SEDERHANA UNTUK TEKNIK PASANG SIAP

UNTUK SOALAN SEPERTI:

-cara menjaga kesihatan diri

-cara menghormati orang yang lebih tua

-cara belajar yang betul

-cara menghargai jasa guru

Anda mungkin juga menyukai