Anda di halaman 1dari 4

Kata Sendi Nama

1. Kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk


menyambung frasa dengan kata atau frasa dengan frasa.

2. Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk predikat ayat.


Latihan:
Baca ayat-ayat yang diberi di bawah kemudian betulkan kesalahan penggunaan kata sendi
nama yang terdapat dalam ayat tersebut.

1. Gadis comel bernama Devi itu datang daripada Batu Kurau yang terletak di Perak.

2. Saya menunggu Yatie di perhentian bas itu daripada pukul dua petang tadi lagi.

3. Ely menerima surat dari Elyas yang tinggal di Kampung Semanggol.

4. Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya pinjam itu.

5. Baju batik yang dipakai oleh Nadia itu dibuat dari sutera asli.

6. Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor sahaja yang dapat hidup dengan sihat.

7. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang hasil jualan duriannya.

8. Rahayu berkebun sayur-sayuran pada belakang rumahnya.

9. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan sebelum tahun baru Cina ini.

10. Buku cerita mengenai peperangan kaum Iban itu ada dengan Suzie.

11. Wang itu diberikan ke Rahmah melalui seorang sahabat yang tinggal di Bahau.

12. Ibu pergi kepada pasar setiap hari untuk membeli barang-barang dapur.

13. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa.

14. Kami jangka akan sampai di Melaka pada pukul 3.00 petang.

15. Sampaikan salam saya pada bapa awak.


Latihan 2
Baca dengan teliti ayat yang diberi dan tuliskan (betul) untuk ayat yang betul dan
tuliskan (salah) untuk ayat yang salah.
1. Perabot itu diperbuat dari kayu jati. ( )
2. Bola itu ditendang daripada penjuru padang. ( )
3. Mesyuarat itu akan diadakan dari pukul lapan pagi hingga
pukul tiga petang.( )
4. Mereka memulakan kerja pembersihan daripada sudut
kanan dewan itu. ( )
5. Perkara itu telah diketahui dari waktu subuh lagi
( )
6. Tempoh pembayaran bermula dari tarikh penyerahan
barangan itu. ( )
7. Jarak rumahnya dari sini lebih kurang 2 kilometer
sahaja. ( )
8. Ali tidak sedarkan diri daripada pukul tiga petang sampai
pukul tujuh malam.( )
9. Para peserta terdiri dari murid-murid tahun tiga
( )

10. Kereta itu membelok dari kiri ke kanan.( )

Latihan 4 : Kata Sendi Nama

di ke kepada
pada dari daripada

1. Surat itu diterima ________ kawannya yang tinggal di


Sarawak.
2. Bunga hiasa itu diperbuat _________ daun getah.

3. Pertandingan itu ditangguhkan _______ minggu hadapan. 4. Orang tua itu tinggal
________ hujung kampung.
5. Emak menuangkan air _________ dalam cawan.
6. Murid baharu kelas saya berasal ________ Pulau Pinang.
7. Jam dinding yang baru dibeli disangkut _______ dinding.
8. Majlis itu berlangsung ______ pukul 8.00 pagi ______
pukul 12.00 tengah hari.

9. Almari itu diperbuat ______ kayu yang bermutu tinggi. 10. Melvin menyerahkan buku
rekod prestasinya _____ ayah.
11. Emak meletakkan ayam yang baru digoreng itu ______
atas meja.
12. Aini tidak hadir ______ hari ini.
13. Murid itu membuang sampah _____ dalam tong sampah.
14. Adik tidur _______ pukul 10.00 malam tadi.

Anda mungkin juga menyukai