Anda di halaman 1dari 11

1 PENILAIAN PEMAHAMAN BAHASA MELAYU 021 TAHUN 4

Nama:_________________________________Tarikh:____________Kelas:______
Penilaian Pemahaman Bahasa Melayu
Tahun 4

Bahagian A (20 markah)


Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu
jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul.

Soalan 1 hingga Soalan 16

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1.

Gambar 1
1. ___________di restoran itu dijual dengan harga yang berpatutan.
A. Lauk-pauk B. Sayur-sayuran
C. Rumput-rumpai D. Paku-pakis

2. ___________ sedang bersantap bersama Permaisuri dan putera puteri setelah


berangkat pulang dari negara Inderapura.
A. Beliau B. Patik C. Baginda D. tuan hamba

Soalan 3 berdasarkan Gambar 2.

Gambar 2
3. Puan Azura _________ tangan kepada anaknya yang hendak ke sekolah.
A. mengibar-ngibar C. menggamit-gamit
B. melambai-lambai D. menggoyang-goyang

4. Pelancong asing itu boleh _________ dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
A. bersuara B. bertutur C. berkata D. bertitah
2 PENILAIAN PEMAHAMAN BAHASA MELAYU 021 TAHUN 4

5. ____________dinaikkan pangkat, Encik Hamidi tidak lagi menghadapi masalah


kewangan.
A. Agar B. Walaupun
C. Sejak D. Tetapi

6. Abu Bakar meraut mata penselnya _________ sebilah pisau sehingga tajam.
A. pada B. dengan
C. tentang D. untuk

7. Ayah _____________ semak-samun di halaman rumah supaya kelihatan cantik.


A. dipangkas B. memangkas
C. pemangkas D. berpangkas

Soalan 8 berdasarkan Gambar 3.

Gambar 3
8. Malina sangat __________ akan kucing peliharaannya.
A. rindu B. sayang
C. gembira D. dengki

Soalan 9 berdasarkan Gambar 4.

Gambar 4
9. Ibu _________ sedulang minuman kepada kami sekeluarga di ruang tamu.
A. mengepit B. menjinjing
C. menatang D. membimbit

10. Keadaan jalan raya yang _______ sering menyebabkan berlakunya kemalangan
jalan raya.
A. licin B. luas
C. kesat D. kasar
3 PENILAIAN PEMAHAMAN BAHASA MELAYU 021 TAHUN 4

Soalan 11 berdasarkan Gambar 5.

Gambar 5

11. Puan Kwan sedang ___________bawang dengan menggunakan sebilah pisau


yang
tajam.
A. menghiris B. membelah
C. menyiang D. menebang

12. Berita tentang Yu Zhe menyandang anugerah olahragawan itu telah menjadi
__________ orang ramai.
A. buah hati B. anak buah
C. buah mulut D. buah tangan

13. __________ kamu berputus asa, kalah atau menang adalah adat bertanding.
A. Sila B. Tolong
C. Jangan D. Jemput

Soalan 14 berdasarkan Gambar 6.

Gambar 6
14. Makanan di atas meja itu ditutup dengan __________.
A. tudung saji B. bekas makanan
C. mangkuk lonjak D. Bekas tangan

15. Beberapa _________ gigi adik telah rosak dan perlu dicabut.
A. papan B. rangkap
C. butir D. batang
4 PENILAIAN PEMAHAMAN BAHASA MELAYU 021 TAHUN 4

Pilih ayat yang betul.


16. A. Semua murid-murid diminta menghadiri seminar yang dianjurkan oleh
pihak sekolah.
B. Penduduk di Taman Megah hidup aman dan damai.
C. Shaun seorang murid yang rajin. Beliau juga sangat bijak belajar.
D. Berapa orang murid sedang membersihkan kelas mereka.

Soalan 17-20.
Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Aman bin Haji Amran,
Maktab Rendah Sains Mara,
82000 Pontian,
Johor.

8 Jun 2017

Ke hadapan ayahanda dan bonda di Sandakan dengan selamatnya. Apa khabar


ayahanda dan bonda? Anakanda berdoa semoga ayahanda dan bonda berada dalam
keadaan yang sihat. Anakanda di sini sihat hendaknya.

Ayahanda dan bonda,

Pada hujung bulan ini,semua sekolah akan bercuti. Pada mulanya anakanda
merancang hendak balik ke kampung. Anakanda teringin hendak berjumpa dengan
ayahanda dan bonda. Maklumlah enam bulan anakanda tidak pulang ke kampung.
Anakanda juga teringin hendak makan Hinava Udang masakan ibu. Nampaknya
rancangan anakanda itu tidak tertunai kerana sekolah anakanda akan mengadakan
lawatan ke utara Malaysia. Jangan ayahanda dan bonda bimbang kerana kami diiringi
oleh empat orang guru.

Rombongan kami akan melawat tapak sejarah di Lembah Bujang. Selepas itu,
kami akan ke Pulau Langkawi. kami dijangka berada di sana selama tiga hari sebelum
ke Pulau Pinang. Anakanda yakin banyak pengalaman baru yang dapat ditimba
sepanjang lawatan itu nanti. Peluang sebegini tidak harus dilepaskan. Anakanda
berharap ayahanda dan bonda memahami keadaan tersebut. Setakat ini sahaja
warkah anakanda. Sebelum berpisah sambutlah sembah salam daripada anakanda.
Sekian, terima kasih.

Anakandamu yang jauh,


Aman
5 PENILAIAN PEMAHAMAN BAHASA MELAYU 021 TAHUN 4

17. Keluarga penulis tinggal di _______________________.


A. Johor B. Pontian
C. Sandakan D. utara Malaysia

18. Tujuan utama penulis menulis surat ini adalah untuk


A. pulang ke kampungnya B. memberitahu tentang lawatannya
C. bertanya khabar D. merancang hendak pulang ke kampung

19. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang surat di atas.


A. Penulis akan melawat ke Kedah dan Pulau Pinang
B. Sudah enam bulan penulis tidak berjumpa dengan keluarganya
C. Sekolah penulis mengadakan lawatan ke utara Malaysia
D. Penulis akan pulang ke kampungnya pada masa cuti nanti

20. Maksud melawat dalam petikan ialah________


A. memantau B. mendatangani
C. menziarahi D. Menghadiri
6 PENILAIAN PEMAHAMAN BAHASA MELAYU 021 TAHUN 4

Nama:_________________________________Tarikh:____________Kelas:______
Penilaian Pemahaman Bahasa Melayu
Tahun 4

Bahagian A
Hitamkan jawapan kamu dalam ruangan yang disediakan.

1. A B C D
2. A B C D
3. A B C D
4. A B C D
5. A B C D
6. A B C D
7. A B C D
8. A B C D
9. A B C D
10. A B C D
11. A B C D
12. A B C D
13. A B C D
14. A B C D
15. A B C D
16. A B C D
17. A B C D
18. A B C D
19. A B C D
20. A B C D
7 PENILAIAN PEMAHAMAN BAHASA MELAYU 021 TAHUN 4

Nama:_________________________________Tarikh:____________Kelas:______
Penilaian Pemahaman Bahasa Melayu
Tahun 4

Bahagian B (30 markah)


Arahan: Jawab semua soalan.

Soalan 21
Padankan ayat-ayat berikut dengan simpulan bahasa yang paling tepat.

a. Dermawan yang ____________


itu telah menderma sejumlah wang langkah seribu
yang banyak untuk membantu
mangsa banjir.

b. Pencuri itu ________________


apabila dikejar oleh anjing murah hati
peliharaan Encik Tan.

c. Pei Ling ialah ______________


kerana dia tidak tahan berjalan di panjang tangan
bawah cahaya matahari yang terik.

d. Budak lelaki yang


________________ itu telah puteri lilin
ditangkap polis akibat mencuri di
pasar raya.

(4 markah)
Soalan 22
Garisi jawapan yang paling tepat untuk setiap soalan di bawah.

a. Bantal itu selesa dibaring kerana diperbuat daripada ( jejentik / kekabu / kekisi ).

b. Seluruh kawasan di pasar malam menjadi (gelap-gelita / terang-benderang / riuh-


rendah )apabila lampu dihidupkan.

c. Badan adik menjadi (comot-momot / huru-hara / hiruk-pikuk) setelah makan


aiskrim kerana banyak kotoran yang terkena pada bajunya.
(3 markah)
8 PENILAIAN PEMAHAMAN BAHASA MELAYU 021 TAHUN 4

Soalan 23
a. Lengkapkan ungkapan di bawah.

i. seperti katak ____________________________________________.

ii. licin macam ____________________________________________.

iii. bagai menatang ___________________________________________.


(3 markah)

b. Bina soalan untuk ayat yang diberikan di bawah.

Soalan: _______________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Jawapan: Bukan saya yang terambil buku kamu.
(2 markah)
c. Jawab soalan berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang paling sesuai berdasarkan gambar di atas.


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(2 markah)
9 PENILAIAN PEMAHAMAN BAHASA MELAYU 021 TAHUN 4

Soalan 24
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.
Anak-anak,
Sebenarnya, bersukan memang penting kepada kita, khususnya para pelajar.
Dengan bersukan, kita dapat meningkatkan kecergasan dan kesihatan tubuh badan
kita. Lebih-lebih lagi, bersukan meningkatkan kecerdasan berfikir, sesuatu yang amat
bermanfaat kepada diri sendiri.
Ketika bersukan, pakailah pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang hendak
dilakukan. Utamakan pakaian yang tidak terlalu ketat dan selipar adalah tidak
digalakkan sama sekali. Jika kita tidak memakai kasut sukan, kita mudah tercedera.
Sebelum bersukan, kita perlulah melakukan aktiviti regangan terlebih dahulu.
Tujuannya supaya otot-otot kita bersedia melakukan sebarang aktiviti dengan selesa
dan lancar. Demikian juga selepas bersukan, pastikan senaman untuk melenturkan
kembali sendi dan otot kita dilakukan.

a. Perkataan yang boleh menggantikan perkataan bermanfaat dalam petikan di


atas ialah _________________________________.
(1 markah)

b. Apakah tujuan membuat aktiviti regangan terlebih dahulu sebelum bersukan?


________________________________________________________________
________________________________________________________________
(2 markah)

c. Bersukan penting kepada kita kerana kita dapat


__________________________________________________________.
(2 markah)

d. Apakah langkah keselamatan yang perlu diambil supaya tidak tercedera


semasa bersukan?

________________________________________________________________
________________________________________________________________
(2 markah)
10 PENILAIAN PEMAHAMAN BAHASA MELAYU 021 TAHUN 4

e. Padankan pernyataan di bawah berpandukan petikan. Satu daripadanya telah


ditunjukkan sebagai contoh. (2 markah)

Bersukan sangat penting kepada kita.

Kita haruslah memakai pakaian yang betul


longgar semasa bersukan.
Kita perlulah melakukan aktiviti
regangan supaya badan lebih kuat. salah
Selepas bersukan, kita perlu melakukan
senaman untuk melenturkan kembali
sendi dan otot kita dilakukan.

Soalan 25
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.

Hari Gotong-Royong Kampung Berapit


Tarikh: 19 MAC 2017
Tempat berkumpul: Balai Raya Kampung Berapit
Masa : 7.30 pagi
Dirasmikan oleh: YB Lim Johnson
Ahli Parlimen Bukit Mertajam

7.30 pagi Berkumpul di balai raya.


8.00 pagi Ucapan alu-aluan ketua kampung, Encik Tan Ah Kau.
8.10 pagi Ucapan perasmian YB Lim Johnson.
8.30 pagi Pembahagian kumpulan, pengagihan peralatan
pembersihan.
9.00 pagi Aktiviti gotong-royong bermula.
11.00 pagi Jamuan ringan.
11.30 pagi Penutupan.
12.00 tengah hari Bersurai
11 PENILAIAN PEMAHAMAN BAHASA MELAYU 021 TAHUN 4

a. Siapakah Ahli Parlimen Bukit Mertajam?

________________________________________________________________
________________________________________________________________
(1 markah)
b. Lengkapkan perenggan di bawah.

Penduduk kampung akan menyertai Hari Gotong-royong yang diadakan


pada ___________________________________ dari jam 7.30 pagi dan tempat
berkumpul adalah di ___________________________________. Penduduk
kampung akan membersihkan kawasan kampung selama
___________________. Satu ___________________________ akan disediakan
untuk penduduk kampung sebagai tanda penghargaan.
(2 markah)
c. Apakah kebaikan gotong-royong?
(i)_______________________________________________________________

________________________________________________________________

(ii)______________________________________________________________

________________________________________________________________

(4 markah)
-Kertas soalan tamat-

Anda mungkin juga menyukai