Anda di halaman 1dari 7

Latihan Tatabahasa : Kata Nama Am dan Khas

Latihan 1

Baca dan garis kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.

1. Aliza telah membeli sepasang kasut Alfio Raldo.


2. Sekolah itu telah banyak melahirkan pelajar cemerlang.
3. Puisi yang telah dibaca oleh Shakila adalah tentang masalah alam sekitar.
4. Mardiana telah diserahkan kepada keluarga angkatnya ketika dia berusia
tiga hari.
5. Laporan itu perlu dihantar kepada gurunya untuk disemak.
6. Semua murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing kecuali budak
yang begar itu.
7. Permohonan itu akan diurus oleh Jabatan Kewangan.
8. Anak-anak muda itu tabah menghadapi cabaran hidup.
9. Barangan seramik yang bermutu tinggi itu adalah hasil ciptaan Encik Suki.
10. Mereka bersatu menghadapi serangan musuh.
11. Ah Seng terduduk sejenak setelah mendengar berita itu.
12. Permaidani Korea itu terbentang di ruang tamu.
13. Pak Mustaffa tidak terbuat kerja yang berat itu.
14. Ibu bapa mereka baru sampai dari Sarawak.
15. Kelas tambahan akan diadakan pada setiap hari Sabtu.

Latihan 2

Baca ayat-ayat di bawah ini. Kemudian, kelaskan kata nama am dan khas di dalam
jadual yang disediakan.

1. Pegawai tentera itu mempunyai suara garau.


2. Sebagai penyanyi latar, hubungan Lata dengan komposer lagu mestilah
baik supaya mereka dapat menghasilkan lagu yang terbaik.
3. Pemuda itu semakin lemah kerana darah berjejeran keluar dari lukanya.
4. Kain baju itu berlonggok di dalam bakul plastik.
5. Nenek menghamparkan sebidang tikar usang di ruang tamu.
6. Latihan bola sepak akan diadakan setiap hari kecuali hari Ahad.
7. Mak Su membasuh pinggan mangkuk yang digunakannya semalam.
8. Dugong ialah haiwan laut yang hanya makan rumpai laut sahaja.
9. Dua orang penceramah telah bersedia untuk menyampaikan ceramah
masing-masing.
10. Lisa membeli selendang sutera untuk ibu kesayangannya.
11. Penduduk kampung sentiasa menghormati lelaki tua yang budiman itu.
12. Kemalangan itu perlu dilaporkan kepada polis.
13. Tanaman ibu Aliah telah bertunas.

Kata Nama Am Kata Nama Khas


Koleksi Soalan-soalan Objektif 1 - Kata Nama
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai..

1 _________itu bertungkus lumus mengerjakan sawahnya.


A Peniaga
B Penjaja
C Petani
D Nelayan

2 Beberapa ekor ______ bergayut pada sebatang pokok.


A lipas
B kera
C beruang
D tenggiling

3 Murid-murid sedang bersenam di ______


A pawagam
B kilang
C perputakaan
D padang

4 ________ baju Shazali tertanggal pada pagi tadi.


A Suis
B Kocek
C Skru
D Butang

5 Tumbuhan itu mempunyai ____ yang tajam.


A duri
B bunga
C akar
D kelopak

6 Pavidran telah membeli sebuah ______ di pameran komputer itu.


A pencetak
B komputer
C tetikus
D disket

7 Beribu-ribu batang pokok getah ditanam di ______ itu.


A ladang
B paya
C kolam
D tasik
8 _____ itu telah mengadili perbicaraan tersebut tanpa berat sebelah.
A peguam
B pengawal
C hakim
D pegawai

9 Wanita tua itu menuntun ____ di tepi jalan raya.


A kereta api
B kapal
C kereta
D basikal

10 ______ peliharaan Pak Seman meragut rumput di padang yang luas.


A zirafah
B itik
C kambing
D ayam

11 Kasut sukan berjenama _____ dijual dengan harga yang berpatutan.


A Taman Ehsan
B Singapura
C Kamus Sari
D Niko

12 Perlawanan persahabatan itu akan dijalankan di ______.


A Stadium Bukit Jalil
B Jalan Maharaja
C Restoran Maju
D Tasik Bera

13 Pak Cik Borhan menggunakan ____ yang baru dibelinya untuk menggembur tanah.
A gergaji
B gunting
C penukul
D cangkul

14 Kakak Fazi menggunakan ____ untuk mencedok sup yang dimasak tadi.
A senduk
B gelas
C garpu
D pisau

15 Alam persekolahan adik bermula di ______.


A Bank Jaya
B Tadika Gembira
C Dewan Perdana
D Stesen Kuala Lumpur
16 ______ dibuka di taman perumahan itu untuk memudahkan penduduk melakukan
transaksi kewangan.
A klinik Lim
B bank permai
C Pasar Raya KK
D balai polis Ampang

17 ______merupakan pensyarah Universiti kebangsaan Malaysia.


A Bahasa Malaysia
B Profesor Ali
C Hang Tuah
D Sultan Mahmud

18 Pasukan Pengakap Sekolah Menengahj Taman Malim berjaya tiba di puncak _____
pada pagi tadi.
A Sungai Rejang
B Gunung Tahan
C Pejabat Pos Desa
D Taman Tasik Titiwangsa

19 ______merupakan lambang bagi negara Malaysia.


A Radio Televisyen Malaysia
B utusan Malaysia
C Sukan Malaysia
D Jalur Gemilang

20 Haiwan peliharaan Suzana, _____ suka makan ikan dan minum susu.
A Si Comel
B sang kancil
C sang semut
D sang rangkok

21 Kakak sulung saya, _____ akan melangsungkan perkahwinan pada minggu hadapan.
A Rathika
B Doktor Ali
C Mohd Radi
D Encik Yong

Anda mungkin juga menyukai