Anda di halaman 1dari 9

Latihan Pengukuhan PT3 23 JUN 2018

A. Tukar ayat aktif di bawah menjadi ayat pasif.

1. Ayah menyimpan dokumen itu di dalam laci.

2. Beliau menduduki banglo ini sejak sepuluh tahun yang lalu.

3. Seorang pengawas menemukan jam tangan ini di dalam surau.

4. Mereka akan menyiapkan tugasan ini menjelang akhir bulan Julai atau awal bulan Ogos.

5. Hakim Mahkamah Tinggi menjatuhi Aliwa hukuman penjara lima tahun.

6. Murid-murid dapat membeli buku rujukan ini di kedai operasi sekolah.

7. Kamu mesti mengisi borang permohonan dengan berhati-hati.

8. Saya belum sempat memulangkan buku itu ke pusat sumber.

9. Kalian hendaklah menghormati orang-orang yang lebih tua.

10. Saya menemui Cikgu Salmah di pameran buku itu.

B. Tukar ayat susunan biasa di bawah menjadi ayat susunan songsang.

1. Adik kamu terlena di sofa.

2. Karanganku ini siap juga akhirnya.

3. Kain batik jawa ini untuk Mak Long Ain.

4. Kedua-dua orang budak itu sepupu saya.

5. Angin di tepi pantai ini kencang sunggguh.

6. Anak-anak di Tadika emas itu petah betul.

7. Berapakah harga buku rujukan ini?

8. Siapakah yang tidak hadir hari ini?

9. Di manakah kamu simpan novel itu?

10. Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan masalah ini?


C. Bina ayat gabungan daripada ayat-ayat di bawah ini dengan menggunakan KATA HUBUNG.

1 a. Kakak pergi ke dapur.

b. Kakak menjerang air.

2 a. Ayah ke pejabat.

b. Ibu ke pasar tani.

3 a. Husni membaca buku di perpustakaan.

b. Roger membaca buku di perpustakaan.

4 a. Awak hendak datang hari ini?

b. Awak hendak datang hari esok?

5 a. Ceramah ini berfaedah kepada golongan remaja.

b. Ceramah ini berfaedah kepada golongan dewasa. ( jangan menggunakan " dan")

6. a. Parwin menurut suruhan ibunya.

b. Parvin taat kepadanya.

7 a. Jalur Gemilang dinaikkan.

b. Semua penonton berdiri tegak.

8 a. Mereka berasa gembira.

b. Mereka tewas dalam pertandingan akhir itu.

9 a. Pandalela membuang nasi lemak itu.

b. Nasi lemak itu sudah basi. ( jangan menggunakan " kerana" )

10 a. Beliau menafikan dakwaaan.

b. Anak buahnya mengambil rasuah.


Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Garisi kesalahan bahasa
tersebut san tulis jawapan yang betul di atas kertas jawapan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

1. Rafeah memohon cuti dari majikannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

2. " Saya akan menjunjung perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut," sembah
Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.

3. " Tugas itu patut diselesaikan oleh kamu sekarang juga tanpa bertangguh-tangguh lagi,"
kata Cikgu Zulkifli kepada Hamdan.

4. Sikap setengah pengunjung yang membuang sampah di merata-rata tempat merupakan


faktor utama berlakunya pencemaran alam sekitar di taman rekreasi.

5. " Beta tidak dapat hadir ke perlawanan bola sepak pada petang ini," kata Halim kepada
Amri.

6. Kedua mempelai yang sama cantik dan sama padan itu diarak ke seluruh kampung
dengan beca.

7. Guru besar-guru besar seluruh daerah dihendaki menghadiri mesyuarat di Jabatan


Pendidikan Negeri pada petang ini.

8. Baharu-baharu ini, terdapat kes rompak dan bunuh di kawasan perumahan saya.

9. Permandangan di tepi pantai pada waktu senja yang nian indah itu mempersonakannya.

10. Selain daripada mengumpulkan setem, Haziq gemar membaca juga.


Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaaan. Garisi kesalahan bahasa
tersebut san tulis jawapan yang betul di atas kertas jawapan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

1. Tindakan tentera Israel melancarkan serangan terhadap penduduk Palestin melanggar


undang-undang antara bangsa.

2. Puan Hidayah melarang anak-anaknya menonton television hingga larut malam.

3. Kontingen Malaysia telah berjaya meraih enam pingat emas dalam temasya Sukan
Komanwel ke-20.

4. Ayah membeli 20 cocok sate di pasar malam.

5. Tetikus computer yang baru dibelinya sangat cantik dan berwarna-warni.

6. Mereka yan menghisap rokok mudah menjangkiti penyakit barah.

7. Menteri Besar dijangka akan meresmikan upacara pecah tanah tersebut.

8. Sebelum perlawanan bola sepak itu tamat, dia telah tinggalkan stadium itu.

9. Kedengaran manusia akan terjejas akibat pencemaran bunyi.

10. Jasa-jasa beliau sangat besar dalam bidang penulisan dan telah dikorniakan beberapa
anugerah .
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan situasi dalam gambar tersebutm tulis
peribahasa yang sesuai.

1. ___________________________________________________________________

2. ________________________________________________________________

3. __________________________________________________________________
4. _____________________________________________________________________

5. ____________________________________________________________________________

6._____________________________________________________________________________
7. __________________________________________________________________________

8. _____________________________________________________________________

9. ________________________________________________________________________
10. _______________________________________________________________________

11. ___________________________________________________________________

12. _____________________________________________________________________
13. _________________________________________________________________________

14. ________________________________________________________________________

15. _______________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai