Anda di halaman 1dari 9

1

Latihan 1 : Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif.




1. Ketua kampung menegur sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung.

2. Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah.

3. Ahmad menendang bola itu ke pintu gol.

4. Hanis membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.

5. Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.

6. Kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.

7. Tuan hamba perlu menemui Panglima Garang segera.

8. Rakyat Malaysia sangat mementingkan perpaduan.

9. Irna mahu menyimpan raket badminton Iswan sebagai kenang-kenangan.

10. Pihak kerajaan akan memberikan insentif kepada mana-mana ahli sukan yang berjaya mengharumkan nama
negara di persada antarabangsa.





Latihan 2 : Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif.


1. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu akan mengadakan mesyuarat tergempar.

2. Jika saya berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang, saya akan memilih jurusan perubatan.

3. Kita seharusnya memperkemas diri kita dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar dapat bersaing dengan
bangsa lain.

4. Pesuruhjaya sumpah itu memperakukan segala dokumen yang diserahkan kepadanya sebelum dihantar ke
mahkamah.

5. Ah Meng telah menangkap ikan patin di sungai itu.

6. Mei Ling menggondol tempat pertama dalam acara merentas desa.
7. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.
8. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya..
9. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut.
10. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.


2


Latihan 3: Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar.

2. Beberapa oran g pekerja sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu.

3. Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap peragut yang menyebabkan kematian
seorang wanita yang mengandung.

4. Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati.

5. Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan setelah menjalani kursus industri kecil dan
sederhana anjuran MARA.

6. Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak mendapat pekerjaan itu, kata kerani itu kepada
saya.

7. Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu.

8. Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.

9. Saya telah memasak lauk ikan untuk ayah.

10. Setelah membuat segala persiapan, kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di luar dewan.





Latihan 4: Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan segera.

2. Selain berbuat bising, pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas.

3. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.

4. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.

5. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan
percubaan SPM.

6. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.

7. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.

8. Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.

9. Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.

10. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil itu.



3


Latihan 5: Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar Melaka.

2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.

3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

4. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan tersebut pada pagi tadi.

5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas.

6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul.

7. Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang nanti.

8. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu berkata benar.

9. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada masa depan.

10. Jangan mengulangi kesalahan-kesalahan itu lagi pada masa yang akan datang.





Latihan 5: Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kucing itu mengejar seekor tikus sehingga ke hujung jalan raya tersebut.

2. Peguam berjanggut panjang tersebut mewakili pesalah itu dalam perbicaraan di mahkamah.

3. Ibu melayani tetamu yang hadir di rumah kami dengan hidangan yang dibuatnya sendiri.

4. Ayah menunjukkan baju yang baru dibelinya itu kepada emak yang sedang membaca buku.

5. Jiran saya sedang mengisi sampah-sarap ke dalam plastik untuk dibuang.

6. Wang sebanyak RM7 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan bagi merangsang ekonomi negara yang sedang
menghadapi kemelut ekonomi.

7. Hadiah menyertai pertandingan drama itu telah diberi oleh sebuah syarikat tempatan bagi menarik
penyertaan orang ramai.

8. Bahagian dapur rumah tumpangan itu sedang diperluas oleh pekerja kontraktor bagi memudahkan keluarga
yang menetap di situ.

9. Cek bernilai RM350 yang saya beri pagi tadi telah kamu tunaikan di sebuah bank saudagar di Kuala Lumpur.

10. Pendidikan teknologi maklumat telah diperkenalkan oleh kerajaan di semua sekolah bagi semua mata
pelajaran teras.

4








6. Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru siap pada bulan Disember itu telah beta rasmikan pada akhir
bulan itu.

7. Doanya agar dia berjaya dalam peperiksaan SPM telah diperkenankan oleh Tuhan apabila dia lulus dengan cemerlang
dalam peperiksaan itu.

8. Adat pepatih telah diperkenalkan di negara kita oleh masyarakat Minangkabau yang berasal dari Sumatera, Indonesia
pada sekitar tahun 1520'an.

9. Para pelanggan yang berkunjung ke pusat membeli belah itu telah ditawarkan harga diskaun sehingga 50 peratus oleh
pemilik pusat terbabit.

10. Penyertaan golongan bumiputera dalam sektor perkilangan akan diperluas oleh pihak kerajaan bagi memacu
pendapatan golongan tersebut.







Jawapan:
1.Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
2.Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak sejak kecil lagi.
3.Pelajar itu dihadiahi oleh guru Bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam
peperiksaan percubaan SPM.
4.Pendulik kanak-kanak itu telah ditangkap oleh polis pada pagi tadi.
5.Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman.

1. Jawapan
1.Bas dinaiki oleh mereka ke sekolah.
2.Aktiviti pembalakan haram itu telah berjaya dibanteras oleh pihak berkuasa.
3.Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan untuk membantu pengusaha industri kecil itu.
4.Sikap Karim dan Derus ditegur oleh ketua kampung yang suka menghabiskan masa di warung.
Sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung ditegur oleh ketua kampung.
5.Keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah dipertikaikan oleh penduduk setempat


Jawapan
1.Bola itu ditendang oleh Ahmad ke pintu gol.
2.Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Hanis di kantin.
3.Gambar itu saya lukis kelmarin setelah diminta oleh Farah.
4.Tugasan yang diberi perlu kamu siapkan pada hari ini juga.
5.Panglima Garang perlu tuan hamba temui segera.


Jawapan:
5

1.Perpaduan sangat dipentingkan oleh rakyat Malaysia.
2.Raket badminton Iswan mahu disimpan oleh Irna sebagai kenang-kenangan.
3.Intensif akan diberikan oleh pihak kerajaan kepada mana-mana ahli sukan yang berjaya mengharumkan
nama negara di persada antarabangsa.
4.Mesyuarat tergempar akan diadakan di sekolah itu oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG).
Mesyuarat tergempar akan diadakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.
5.Jurusan perubatan akan saya pilih jika saya berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang.

Jawapan;
1.Ilmu pengetahuan dan kemahiran harus kita perkemaskan agar diri kita dapat bersaing dengan bangsa lain.
2.Segala dokumen yang diperakukan oleh Pesuruhjaya sumpah itu sebelum dihantar ke mahkamah.
3.Ikan patin telah ditangkap oleh Ah Meng di sungai itu.
4.Tempat pertama digondol oleh Mei Ling dalam acara merentas desa.
5.Sisa toksik telah dibuang ke dalam sungai oleh beberapa kilang yang beroperasi di sepanjang sungai itu
untuk menjimatkan kos operasi mereka.


Ayat Aktif dan Ayat Pasif
A. AYAT AKTIF:
i. Ayat aktif ialah ayat yang mana pelaku terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala benda yang kena buat
terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)
ii. Biasanya kata kerja berimbunan meN., men.kan dan men.i.
iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat)

B. AYAT PASIF:
i. Ayat pasif ialah ayat yang mana benda kena buat terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala pelaku terletak
di belakang (sebagai pradikat).
ii. Biasanya kata kerja berimbuhan di; di..kan atau di.i. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan kena.
Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.
Contoh :
i. Ikan itu dipancing oleh Ali.
ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)
iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)
C. CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:
Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.

1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.
Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya.

2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya.
Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang
tersebut.
6


3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut.
Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang berkaca mata tebal itu.

4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.
Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.

5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.
Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.
E. CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF:
Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.

1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.
Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.

2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.
Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan gadis tersebut.

3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.
Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu.

4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional.
Ayat aktif : Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan maklumat tentang pelaburan saham
tersebut.

5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan.
Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastik.

F. LATIHAN :
Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah supaya menjadi ayat aktif.
11. Kakitangan awam diberi ganjaran oleh kerajaan bagi meningkatkan prestasi kerja mereka pada setiap akhir tahun.
12. Kebun di kawasan pinggir pantai itu dipenuhi dengan pokok nipah dan belukar kecil sejak ditinggalkan oleh pemiliknya.
13. Kakak menghadiahi ibu sepasang anting-anting dan seutas rantai emas sempena ulang tahun kelahirannya.
14. Kawasan kampung di pedalaman sabah telah dijelajahi oleh peserta lumba basikal itu dalam pertandingan Jelajah
basikal di negeri tersebut.
15.Mat Piah ditanduk oleh seekor kerbau yang sedang mengamuk berhampiran dengan sawah padinya pada petang
kelmarin.





7






Jawapan Latihan Ayat Aktif dan Ayat Pasif
Latihan tukar ayat aktif kepada pasif.
11. Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar.
Pinjaman bank dibuat oleh Enik Sofiah untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar.
12. Beberapa oran g pekerja sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu.
Semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu sedang ditebas oleh beberapa orang pekerja.
13. Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap peragut yang menyebabkan kematian
seorang wanita yang mengandung.
Hukuman penjara sepanjang hayat telah dijatuhkan oleh hakim terhadap peragut yang menyebabkan
kematian seorang wanita yang mengandung.

14. Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati.
Ketua sindiket itu telah dijatuhi oleh hakim hukuman gantung sampai mati
15. Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan setelah menjalani kursus industri kecil dan
sederhana anjuran MARA.
Kini hasil buah-buahan telah ditinkan oleh kaum petani setelah menjalani kursus industri kecil dan
sederhana anjuran MARA.
16. Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak mendapat pekerjaan itu, kata kerani itu kepada
saya.
Temu duga itu perlu segera saudara hadiri jika hendak mendapat pekerjaan itu, kata keranai itu kepada
saya.
17. Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu.
Surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu telah saya terima.
18. Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.
Ayah telah dimasakkan oleh ibu kari kepala ikan. / Ayah telah dimasakkan kari kepala ikan oleh emak.
19. Saya telah memasak lauk ikan untuk ayah.
Lauk ikan telah saya masak untuk ayah.
20. Setelah membuat segala persiapan, kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di luar dewan .
Setelah membuat segala persiapan, para tetamu pun disambut oleh kami sekeluarga di luar dewan.
21. Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan segera.
Usul itu telah kami syorkan kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan segera.
22. Selain berbuat bising, pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas.
Selain berbuat bising, guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga suka diganggu oleh pelajar-pelajar itu.
TATABAHASA
(Jenis-jenis Ayat)

Empat jenis ayat terdapat dalam Bahasa Melayu yang ditentukan oleh intonasi atau lagu bahasa serta tujuan penuturannya.


1. Ayat Penyata
Menyatakan sesuatu hal.
Abdullah sedang tidur.
Norlia membeli makanan dari kedai itu.
Musa menjadi pegawai polis
.

8

2. Ayat Tanya

- Ayat tanya dengan kata tanya.
- Ayat tanya tanpa kata tanya

Menanyakan sesuatu hal dan ayatnya diakhiri dengan tanda tanya.
( ? )
Ayat tanya dengan kata tanya
Apa benda itu?
Siapakah yang patut saya temui.
Ayat tanya tanpa kata tanya
Rumah kamu di Melaka?
Kamal ke Langkawi?

3. Ayat Perintah
a. Ayat suruhan
b. Ayat larangan
c. Ayat silaan
d. Ayat permintaan

Memerintah seseorang untuk melakukan sesuatu

Ayat suruhan
Engkau tunggu dia di sini
Ayat larangan
Jangan tidur di sini
Ayat silaan
Silalah makan dahulu.
Ayat permintaan
Harap jangan berhenti di sini.

4. Ayat Seru

Melahirkan perasaan dan ayatnya diakhiri dengan tanda seru ( ! )
Aduh, bisanya!
Wah, tingginya bangunan itu!

latihan
Tentukan jenis ayat di bawah :
1.Aduh, sakit kepalaku ini
2.Mangsa kemalangan itu telah meninggal dunia.
3.Harap hadirin bersabar seketika.
4.Bilakah tarikh perkahwinan Badrul?
5.Leornardo Da Vinci merupakan pelukis potret Monalisa.
6.Kampung saya bernama Kampung Aman.
7.Biarkan sahaja mereka bermain di situ .
8.Hebatkah Panglima Hitam berbanding Panglima Jali ?

LATIHAN 2
Tukarkan ayat penyata di bawah kepada ayat tanya tanpa mengubah maksud asalnya .

(i) Ibu bapa perlu sentiasa memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada ada anak anak agar mereka
tidak berasa tersisih.
(ii) Majalah ini diterbitkan di New York.
(iii) Kita perlu bersenam sekurang kurangnya seminggu sekali.
(iv) Syarikat telekomunikasi itu kepunyaan Dato Malik.
(v) Mereka berlepas ke Mekah petang tadi.

LATIHAN 3
Baca ayat ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti ayat ayat tersebut dan klafikasikannya sama ada ayat ayat itu ayat
silaan, ayat suruhan, ayat larangan, atau ayat permintaan.
9

(i) Awak siapkanlah kerja itu sekarang.
(ii) Tidak usah kau ambil tahu akan hal aku lagi.
(iii) Sila buat laporan tentang kejadian tersebut di balai pilis yang berdekatan.
(iv) Tolong hantar jawapan sebelum hari Sabtu.
(v) Engkau tunggu dia di rumah.

LATIHAN 4
Baca ayat ayat di bawah ini dengan teliti. Klafikasikan ayat ayat tersebut kepada jenis jenis ayat utama dalam bahasa
Melayu.

(i) Mulai saat ini usahlah engkau pedulikan aku lagi.
(ii) Amboi, cantiknya baju baru awak !
(iii) Mengapakah awak muram saja hari ini?
(iv) Pihak Kastam berjaya menumpaskan satu sindikit penyeludupan beras semalam.
(v) Pokok di hadapan sekolah itu telah ditebang oleh Pak Maon.

LATIHAN 5
Baca ayat di bawah dengan teliti. Klasifikasikan ayatayat tersebut kepada jenis-jenis ayat utama dalam bahasa Melayu.
(i) Mengapakah manusia sering mengabaikan kebersihan?
(ii) Syabas, engkau telah menang!
(iii) Tolong selesaikan tugasan ini.
(iv) Negeri Johor memang terkenal dengan tarian kuda kepang.
(v) Dengan siapakah anak En. Malik berkahwin?

LATIHAN 6
Bina satu ayat dengan menggunakan jenis ayat yang diberikan.
(i) Ayat tanya
(ii) Ayat seru
(iii) Ayat perintah
(iv) Ayat penyata
(v) Ayat tanya dengan kata tanya

LATIHAN 8

Tukarkan ayat tanya kepada ayat penyata tanpa mengubah maksud asal.
(i) Di manakah Norlia membeli pakaian tadi?
(ii) Surat itukah yang dibaca oleh Ahmad?
(iii) Puan Mariam suri rumah?
(iv) Siapa gurunya?
(v) Manakah yang dipilih olehnya?
LATIHAN 9

Kenal pasti jenis ayat ayat di bawah dan nyatakan jenisnya.

(i) Tikus semakin banyak di bendang Pak Samad kerana hanya padinya sahaja yang menjadi pada tahun ini.
(ii) Mengapa kamu tidak dating ke padang permainan semalam? tanya Afiq kepada Adib.
(iii) Cepat buka pintu ni! Ada anjing gila kat luar rumah,jerit adik.
(iv) Wah pandainya awak lukis kain ini! puji samad kepada Wati.
(v) Tolong buka kasut setiap kali masuk perpustakaan, kata pengawas itu.


LATIHAN 10

Bina satu ayat berdasarkan jenis ayat yang diberikan di bawah.
i. Ayat silaan
ii. Ayat larangan
iii. Ayat permintaan
iv. Ayat suruhan
v. Ayat permintaan

Anda mungkin juga menyukai