Anda di halaman 1dari 5

SKRIP MAJLIS HI-TEA KGS 2019

1 Majlis akan dimulakan sebentar lagi, mohon hadirin mengambil tempat.

2 Ucapan Alu-aluan

ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA DAN SAYANGI MALAYSIAKU

LEMBUT BERSANTUN PUTERI KEDAH


DARI KEJAUHAN MENANAM PADI
ISTIMEWA MAJLIS DIATUR SUDAH
SEMOGA MENJADI KENANGAN YANG ABADI.

INDAH SUNGGUH TASIK CINI


DI TAMBAH SERI PEPOHON ARA
DI PETANG SABTU BERTEMU DI SINI
IZINKAN KAMI MULAKAN ACARA.

SELAMAT DATANG diucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan MAJLIS HI-TEA


TAHUN 2017 KELAB GURU & STAFF SMK SEREMBAN 2.

1. Yang Berusaha Tuan Haji Norazam bin Haji Nayan


Pengetua Cemerlang
SMK Seremban 2

2. Yang Dihormati En. Zaflee bin Pakwanteh


YDP PIBG SMK Seremban 2 &
Barisan AJK

3. Yang Berusaha Pn. Siti Khatijah bt Hj. Mohamad


Penolong Kanan Pentadbiran SMK Seremban 2

4. Yang Berusaha Pn. Shelly Sam bt Abu Zarin


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Seremban 2

5. Yang Berusaha Pn. Esah bt Manap


Penolong Kanan Kokurikulum SMK Seremban 2

6. Yang Berusaha En. Nashar bin Mohd. Sehat


Penolong Kanan Petang SMK Seremban 2

7. Yang Berusaha Pn. Norhayati bt Mohamed


Penolong Kanan Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran SMK Seremban 2

8. Yang Dihormati Ketua-Ketua Bidang, dan rakan-rakan guru.


Terima
DI majlis yang permai ini ,marilah kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana
dengan limpah izinnya dapat kita berkumpul di dewan yang serba indah ini.
lama terpisah kini bersua
bersua pula di tepian telaga
terima kasih kepada semua
segala kerjasama amatlah berharga..

tujuan majlis ini diadakan,pastinya menjadi medan terakhir untuk 2017 bagi kita untuk
beramah mesra sesama kita, demi mempereratkan silaturrahim antara satu sama lain setelah
berpenat lelah dengan penglibatan dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang 2017.
ibarat pantun yang berbunyi

sungguh tinggi pohon bidara


tempat berteduh keluarga pak rahim
sambil berkumpul beramah mesra
mempereratkan lagi silaturrahim

pergi berhuma di tanjung rokan


sebelum pulang mengail ikan
kehadiran semua kami alukan
kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

3 UCAPAN PENGERUSI KGS

hadirin yang dimuliakan,

T UPANG REMIS LALA DAN LOKAN,SILAKAN PN Zuana BERIKAN UCAPAN.

MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA EN NASRUL


AK MOLEK, JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA
TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA
TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA TIADA YANG BERBICARA

Memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Pn Zuana


Hanom binti Mohd Nos, pengerusi Kelab guru dan Staff SMK Seremban 2 ke pentas untuk
menitipkan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan…

Terima kasih diucapkan kepada Pn Zuana Hanom


4 DOA MAKAN

IKAN MERAH DIJUAL DI PEKAN


SYUKUR GEMBIRA DAPAT SEBALDI
CUACA CERAH TURUT MENGIZINKAN
POHONKAN DOA KE HADRAT ILAHI.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Ust. Hilmie bin Lahuri untuk memimpin
bacaan doa.

*** Bacaan doa


Aamin aamin aamiin ya rabbal ’alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Ust. Hilmie bin Lahuri atas bacaan doa sebentar tadi.

REHAT SEBENTAR DI PULAU RUSA


SAMBIL MENIKMATI AIR NIRA
HIDANGAN TERSEDIA SEENAK RASA
JEMPUTLAH SEMUA MENJAMU SELERA.

BELI IKAN DI PEKAN LIMBONGAN


ANAK IKAN SI ANAK SEMBILAN
LAUK PAUK SEDIA TERHIDANG
JEMPUT HADIRIN UNTUK MENIKMATI HIDANGAN.
Para hadirin dipersilakan untuk menjamu selera

5. UCAPAN GURU BERPINDAH


Hadirin sekalian,
Dalam kita bergembira, ada juga kesedihan. Semua maklum bahawa ada guru yang sudah
berpindah dan bakal berpindah. Lumrah kehidupan, bertemu dan berpisah adat manusia biasa.
Jadi kesempatan ini kita raikan juga 2 orang guru yang berpindah iaitu Wan Mahadzhir Wan
Ibrahim dan Pn Norhayati Binti Mat Zain.

Biodata
Wan Mahadzir Bin Wan Ibrahim
Lahir di Alor Setar, Kedah
Anak ke 2 dari 7 beradik
Berkahwin & mempunyai 3 anak lelaki...
2010 Smk Parit Betak, Johor
2012 - 2015 Smk Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur
2016 - disember 2018 Smk Datuk Muhammad Yusof, Linggi
Disember 2018 - 20 Oktober 2019 Smk Seremban 2
21 oktober 2019, sektor pend khas jpn negeri sembilan.
Ijazah sarjana muda universiti islam antarabnagsa 2005
KPLI ( pend khas) 2009
2017 sambung master di uiam dlm kepimpinan pendidikan.

Majlis menjemput En. Wan Mahadzhir Wan Ibrahim untuk memberikan ucapan
6. BIODATA PN. NORHAYATI MAT ZAIN

Nama penuh : Norhayati Binti Mat Zain


Tarikh Lahir :25/03/1977
Bil anak : 3 orang
Ank semua lelaki
1. Amrul Al Muzzammil bin Hesham- 17 Tahun
2. Amri Al Muttaqillah bin Hesham-15 Tahun
3. Amzar Al Qayyum bin Hesham - 10 Tahun
Sekolah :
1). SMK Taman Melawati Tahun: Januari 2002- Mei 2016
2) SMK Seremban 2
Tahun : Jun 2016-Dis 2019

MAKLUMAT PENDIDIKAN :

Kemahiran sukan
Jurulatih Level satu Squasy
Jurulatih Bola Baling
Kemahiran Pendidikan Luar
Jurulatih Kanan Negeri pendidikan luar
Browns Medal jurulatih Air dan penyelamat di air
Squba open
6 tahun Jurulatih pergerakan kreatif Hari Kebangsaan 2009- 2015.

Majls mempersilakan Pn Norhayati Mat Zain untuk memberikan ucapan.

7 UCAPAN PENGETUA SMK SEREMBAN 2

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dengan menjemput dan mempersilakan Yang Yang
Berusaha, Tn. Haji Norazan bin Nayan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban
2 untuk memberikan sepatah dua kata.

Cue : Selesai ucapan...

Ann: Terima kasih kepada Tn Hj Norazam bin Hj Nayan.


8. Pemberian Hadiah Guru berpindah
Majlis menjemput En. Wan Mahadzhir Wan Ibrahim

Majlis menjemput Pn. Norhayati binti Mat Zain.

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Norazam bi Hj Nayan.

7 Permainan dalaman

Anda mungkin juga menyukai