Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN JURU ACARA

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI


TARIKH: 22 JULAI 2016
TEMPAT: DATARAN PANGLIMA
BIL
1

TENTATIF
PENGUMUMAN
KETIBAAN

PERKARA
Mengumumkan ketibaan Tuan Haji Safri B. Mohd Salih, YDP PIBG SMK Dato Panglima
Perang kiri, Puan Pengetua serta guru-guru.

LAGU NEGARA KU

Mohon semua guru dan murid berdiri untuk nyanyian LAGU NEGARA KU

CATATAN

Hadirin dijemput duduk......


3

BACAAN DOA

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu
dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz Muhammad Azni B. Muhd Rathi bagi
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Amin, amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al- Fadzil Ustaz atas bacaan doa
sebentar tadi.

UPCAPAN ALUAN
PENGERUSI MAJLIS

Indah berbalam siawan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
1. Yg. Berusaha Pn. Hjh Siti Khadijah bt Ngosman
(Pengetua SMK Dato Panglima Perang Kiri)
2. Yang Dihormati Tn Hj Safri b Mohd Salih
(Yang Dipertua PIBG SMK Dato Panglima Perang Kiri)
3.

Yang Dihormati En. Abdul Rahim B. Abdul Majid


(Penolong Kanan Pentadbiran)

4. Yg. Dihormati Pn. Siti Zarinan Bt Mohd Darudin


(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

5. Yang Dihormati Cik Hajah Noorlida Bt Hashim


( Penolong Kanan Kokurikulum)
6. Barisan Guru Kanan, rakan-rakan guru serta para pelajar yang dikasihi
sekalian.
Assalamualaikum wbt. Dan salam sejahtera .
Bersongkok bersampin segak berseri
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis ramah mesra aidil fitri
Bersamalah kita meraikannya
Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan
Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di
Dataran Panglima yang ceria ini untuk meraikan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
peringkat sekolah bagi tahun 2016.

UCAPAN YDP

Hadirin yang dihormati :


Bagi menyempurnakan Majlis pada pagi ini, Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Tn Hj Safri b Mohd Salih, untun menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG atas ucapan
sebentar tadi.

UCAPAN PENGETUA

Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

6.
Lemang dihidang enak rasanya
Nasi daging pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan pengetua bermadah kata
Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang
berusaha, Puan Hajah Siti Khadijah Bt Ngosman, Pengetua SMK Dato Panglima
Perang Kiri n untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan
7

Selesai menyampaikan
ucapan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada PN. PENGETUA ats ucapan sebentar
tadi.

Pergerakan ke booth
masing-masing

Ketupat lemang nasi impit laksa


Mi kuah bihun sup tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Marilah kita sama-sama menjamu selera
Dipersilakan YDP PIBG dengan diiringi Puan Pengetua serta pihak pentadbir dan juga
guru-guru untuk bergerak ke dewan untuk menikmati juadah yang telah sedia
dihidangkan.
Para pelajar sila bergerak ke booth jamuan masing-masing untuk persediaan bagi
pengadilan booth paling cantik.

PENUTUP/
MAJLIS BERSURAI

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jari disusun maaf dipinta.
Para pelajar sila bergerak ke booth jamuan masing-masing untuk persediaan bagi
pengadilan booth paling cantik.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wasssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai