Anda di halaman 1dari 4

Karnival 1M1S Panglima 2018

KEM SUKAN PANGLIMA 2018

1. PUNCA KUASA : i. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1989 Penyertaan Pelajar Dalam
Sukan
ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2010 Pelaksanaan Dasar 1
Murid 1 Sukan

2. PENGENALAN
2.1 Karnival 1M1S Panglima merupakan program yang diwujudkan bersandarkan
Dasar SATU MURID SATU SUKAN (1M1S) dan dimasukkan dalam takwim SMK
Dato’ Panglima Perang Kiri untuk pelajar-pelajar Panglima. Tahun ini, Unit Sukan
telah merangka satu pertandingan yang berprestasi tinggi dan peningkatan dalam
keberkesanan serta pengurusan sejajar dengan misi induk sekolah. Secara tidak
langsung pelajar-pelajar dapat mengadaptasi dan mengaplikasi pengetahuan
yang telah dipelajari semasa proses PdP di samping dapat bersaing secara sihat
untuk mengumpul markah dalam kokurikulum.

3. OBJEKTIF
3.1 Menyempunakan misi sekolah dan melonjakkan kecemerlangan dalam
pencapaian kokurikulum seiring dengan Dasar 1Murid 1Sukan
3.2 Meningkatkan bilangan pelajar yang mewakili sekolah ke pertandingan peringkat
daerah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.
3.3 Menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti fizikal serta dapat
meningkatkan kecergasan
3.4 Mengcungkil bakat-bakat baru untuk mewakili sekolah ke Pertandingan MSS
Daerah Batang Padang
3.5 Melahirkan pelajar yang sentiasa bersedia serta cepat dan cekap bertindak
dalam sesuatu tugasan atau cabaran yang melibatkan multiaktiviti.

4. MATLAMAT PROGRAM
4.1 Dapat mendedahkan kepentingan fisiologi yang terdapat dalam pertandingan
sukan permainan
4.2 Mengekalkan tahap kecergasan fizikal, mental, emosi dan nilai-nilai yang positif
4.3 Dapat mengaplikasi teknik-teknik dalam pertandingan sebenar MSSD dan
MSSPK

5. SASARAN PENGLIBATAN
5.1 Semua guru tingkatan
5.2 Semua pelajar lelaki dan perempuan

1
Karnival 1M1S Panglima 2018

6. PELAKSANAAN
6.1 Jadual Pelaksanaan

BIL PERKARA TARIKH HARI

6.1.1 Pemilihan pemain setiap pasukan 05.11.2013 Rabu

6.1.2 Pendaftaran pasukan 05.11.2013 Rabu

6.1.3 Kem Sukan Panglima 06.11.2013 Khamis

6.2 Jawatan Kuasa Kem Sukan 1Murid 1Sukan 2013

PENASIHAT PN. HJH. SITI KHADIJAH BT. NGOSMAN

PENGERUSI PN. HJH. NORMAH BT. MD NURUDDIN

EN. MUHAMAD HATTA B. AJID


PEGAWAI
EN. ZAIRI B. OSMAN
TEKNIKAL
PN. SAIZATUL AKMAR BT. BAHAROM

EN. ZAIRI BIN OSMAN (HOKI)


EN. MUHAMAD HATTA B. AJID ( FUTSAL)
PENGADIL
PN. NOORHANIM BT. MOHD. NOOR (BOLA JARING)
EN. MOHD.NAZRI B. MOHD. RAMLI (STATISTIK)

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

2
Karnival 1M1S Panglima 2018

PENDAPATAN PERBELANJAAN
Bil
Perkara Jumlah (RM) Perkara Jumlah (RM)

1 Peruntukan 1M1S 500.00 Pingat


Futsal : 15 x RM 3.00 45.00
Bola Jaring : 15 x RM 3.00 45.00
Hoki (L) : 15 x RM 3.00 45.00
Hoki (P) : 15 x RM 3.00 45.00
Piala : 4 x RM 20.00 80.00

Jumlah 260.00

Minuman
10 kotak x RM 10.00 100.00
Makanan
140 bungkus roti x RM 1.00 140.00

Jumlah 240.00

JUMLAH KESELURUHAN 500.00 JUMLAH KESELURUHAN 500.00

8. PENUTUP

Adalah diharapkan agar Kem Sukan Panglima ini dapat melahirkan ramai
bakat baru yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang tertinggi supaya
mampu mengharumkan nama sekolah khususnya dan nama daerah serta negeri
amnya.

Disediakan oleh,

……………………………
(En. Zairi Bin Osman )

3
Karnival 1M1S Panglima 2018

Setiausaha Sukan

SMK Dato’ Panglima Perang Kiri

Disemak oleh:

…………………………………….

(Pn. Hjh. Normah Bt. Md Nuruddin)

Penolong Kanan Kokurikulum

SMK Dato’ Panglima Perang Kiri

Disahkan oleh:

…………………………………….

(Pn. Hjh. Siti Khadijah Bt. Ngosman)

Pengetua

SMK Dato’ Panglima Perang Kiri

Anda mungkin juga menyukai