Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PERMOHONAN PENAJAAN KARNIVAL SUKAN PERMAINAN


DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2019
( FUTSAL, BOLA JARING, PETANQUE, BOLING DAN
PERMAINAN DALAMAN-EXPLORACE )

TARIKH
21- 24 OKTOBER 2019

TEMPAT
SPORT PRIMA PANDAN ( FUTSAL )
SK TMN CENDANA ( BOLA JARING )
SK TANJUNG PUTERI RESORT ( BOLING )
SMK SERI KOTA PUTERI ( PETANQUE )
SK TAMAN RINTING 2 ( MINI E PERMAINAN DALAMAN “EXPLORACE”)

ANJURAN BERSAMA
SMK BANDAR SERI ALAM ( FUTSAL )
SK TMN CENDANA ( BOLA JARING )
SK TANJUNG PUTERI RESORT ( BOLING )
SMK SERI KOTA PUTERI ( PETANQUE )
SK TAMAN RINTING 2 (PERMAINAN DALAMAN )

DENGAN KERJASAMA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG
PERTUBUHAN GURU PENDIDIKAN KHAS DAERAH PASIR GUDANG
1.0 TUJUAN
Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan
persetujuan penajaan dalam bentuk kewangan atau barangan atau kedua-duanya
sekali daripada pihak [ ] agar menjadi sebahagian penyumbang ke arah kejayaan
penganjuran Karnival Sukan Permainan Daerah Pasir Gudang Tahun 2019.

2.0 PENGENALAN
Aktiviti Sukan dan Permainan adalah suatu bentuk aktiviti yang boleh mengeratkan
hubungan semua lapisan masyarakat. Dalam konteks pendidikan ia mampu
mencetuskan semangat kesukanan dan persaingan yang sihat di kalangan murid di
samping memberikan kesedaran pentingnya sukan kepada semua. Oleh yang
demikian, penganjuran Karnival Sukan Permainan Pendidikan Khas peringkat daerah
Pasir Gudang tahun 2019 menekankan pencarian bakat dan potensi dari akar umbi
melalui sekolah-sekolah rendah dan menengah di dalam pelbagai cabang bidang sukan
untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih jauh. Ia juga diharapkan dapat
membantu murid berkeperluan khas ini melibatkan diri secara aktif dalam lapangan
sukan dan permainan di samping menjalani hidup yang sihat.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di dalam pelbagai bidang sukan dan
permainan dengan lebih menyeluruh
3.2 Memberikan pendedahan kepada murid tentang pentingnya kecerdasan kepada
kesihatan tubuh badan
3.3 Membentuk sahsiah murid agar lebih berdisplin dengan aktiviti sukan permainan yang
terancang
3.4 Mencari bakat dan mengilap potensi murid bagi mewakili Daerah Pasir Gudang.
3.5 Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas di Daerah Pasir Gudang
menunjukkan bakat dan kebolehan dalam acara-acara yang dipertandingkan.
3.6 Mewujudkan daya saing dan semangat juang yang tinggi di kalangan murid
berkeperluan khas.
3.7 Membentuk jati diri dan semangat kesukanan yang tinggi dalam diri setiap murid .
3.8 Mewujudkan suasana interaksi dan komunikasi yang baik di antara semua pasukan yang
menyertai karnival ini.

4.0 JUSTIFIKASI PENAJAAN


4.1 Menunjukkan bahawa pihak tuan melalui kepimpinan tuan selaku pengurus
besar, sangat prihatin dan memandang serius terhadap kecemerlangan murid
khususnya bakat-bakat MBK yang berpotensi dalam bidang yang disertai.
4.2 Meningkatkan lagi kualiti dan potensi bakat-bakat MBK ke peringkat tertinggi.
4.3 Persiapan dan medan bagi mencungkil bakat-bakat terbaik oleh MBK untuk
diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi
4.4 Menyediakan platform kepada [ ] menjadi rakan kongsi dan sebagai sebahagian
tanggungjawab sosial koporat. ( CSR )
5.0 PERINCIAN JUMLAH PESERTA DAN AHLI JAWATAN KUASA
Jumlah peserta : 300 orang peserta
Jumlah AJK : 80 orang guru
6.0 ANGGARAN TAJAAN
BIL PERKARA ANGGARAN (RM) JUMLAH (RM)
1. Hadiah ( Sijil dan Piala)
1.1 sukan permainan - futsal( menengah & 2 X RM 60 120.00
rendah ) 2 X RM 40 80.00
- Johan 2 X RM 40 80.00
- Naib Johan 280.00
- Ketiga

1.2 sukan permainan – bola jaring ( menengah & 10 X RM 10 100.00


rendah )
- Sagu Hati

1.3 sukan permainan – tenpin boling( menengah 2 X RM 60 120.00


& rendah ) 2 X RM 40 80.00
- Johan 2 X RM 40 80.00
- Naib Johan 280.00
- Ketiga

1.4 sukan permainan – petanque


( kategori – BP – ( junior L & P , senior L & P, DS, 6 X RM 30 180.00
CP ) 6 X RM 30 180.00
- Johan 6 X RM20 120.00
- Naib Johan 6 X RM 10 60.00
- Ketiga 540.00
- Keempat

1.5 sukan permainan – Mini Explorace


( Menengah & Rendah ) 2 X RM 60 120.00
- Johan 2 X RM 40 80.00
- Naib Johan 2 X RM 40 80.00
- Ketiga 2 X RM 30 60.00
- Keempat 2 X RM 30 60.00
- Kelima 400.00

2. Makanan (Majlis Perasmian)


- Makanan Peserta
RM 5 X 300 orang 1500.00
1500.00
3. Cenderamata
- ‘goodies beg – 32 sekolah RM 10 X 32 320.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 3,420.00

6.1: Sumbangan dan tajaan boleh disalurkan kepada :-

PERTUBUHAN GURU PENDIDIKAN KHAS (PGPK) PASIR GUDANG


No. Akaun : 01087010064170 (Bank Islam)

7.0 PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar pihak tuan sudi memberi sumbangan dan tajaan demi
merangsang dan menaikkan semangat MBK yang menyertai program dan pertandingan ini.
Adalah menjadi harapan agar program yang disertai ini akan dapat memberi manfaat kepada
semua pihak khususnya Murid Berkeperluan Khas ini untuk bergelar pemimpin dan ikon
masa depan.

Disediakan Oleh:

(PN. SALMAH BTE SHAHARI)


Jawatan : Jawatankuasa Sumbangan & Tajaaan

Disahkan Oleh:

(PN. NORHARIADEKA BT TUMIRUN)


Jawatan : Pengerusi PGPK Pasir Gudang

Anda mungkin juga menyukai