Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA PROGRAM KELESTARIAN GOTONG ROYONG BERSIHKAN SUNGAI

PUTATAN ANJURAN KELAB ALAM SEKITAR SMK PUTATAN, SABAH

1.0 Pendahuluan

Sungai merupakan suatu aset sumber alam yang perlu dijaga dan dipelihara. Suatu
ketika dulu, Malaysia mempunyai banyak sungai yang bersih yang menjadi tempat tinggal
habitat flora dan fauna. Namun, kini kebanyakan sungai di Malaysia menjadi semakin tercemar
dan kurang dikunjungi oleh penduduk setempat. Masalah seperti pencemaran air sungai dan
kepupusan habitat sepanjang sungai merupakan isu utama yang dihadapi oleh sungai-sungai
di Malaysia disamping masalah lain seperti kebersihan akibat pembangunan yang tidak
terkawal di sepanjang sungai tersebut.

Sungai Putatan yang terletak berhampiran daerah Putatan, Sabah, adalah merupakan
salah satu daripada beribu anak sungai di Malaysia yang menghadapi masalah seperti yang
dinyatakan di atas. Kadar pencemaran dan kebersihan di sepanjang sungai ini sangat
membimbangkan. Malahan, sejak penularan wabak pandemik Covid-19 sejak Mac lalu, topeng
muka, botol cecair pembasmi kuman dan sarung tangan pakai buang antara sampah paling
banyak ditemui beberapa kawasan tertentu di tebing Sungai Putatan dan tidak diendahkan
atau dibiarkan saja oleh penduduk setempat. Ini dikhuatiri akan mengundang penularan viru
tersebut di kalangan masyarakat setempat memandangkan jangka hayat virus tersebut adalah
selama 14 hari dan sehingga sekarang vektor (haiwan) pembawanya yang masih belum
dikenalpasti.

2.0 Tema Aktiviti: Kuman Dibasmi, Sungai Dicintai

Namun begitu, sungai ini agak bertuah kerana kumpulan Kelab Pencinta Alam yang
diketuai oleh Guru Penasihat Cikgu Mohamad Farid dari SMK Putatan dan sokongan padu dari
pihak Pengetua sendiri ingin membantu mempertingkatkan kualiti kebersihan di sepanjang
sungai ini melalui aktiviti gotong royong bertemakan ‘Kuman Dibasmi, Sungai Dicintai` yang
akan dijalankan di sepanjang tebing sungai Putatan. Keperihatinan sekolah dan dibantu oleh
masyarakat setempat merupakan suatu usaha yang murni dalam memelihara dan memulihara
sungai Putatan yang dipenuhi sampah sarap dan kotoran seperti topeng muka dan sarung

1
tangan yang mengundang kepada risiko penularan wabak Covid-19 samada melalui bekas
cecair badan atau pembawaan haiwan perosak tertentu.

Bagi menyokong keprihatinan masyarakat setempat dan Kelab Pencinta Alam SMK
Putatan, kelab ini bekerjasama dengan kumpulan Malaysia River Lovers, Malaysia Nature
Society (Cawangan Sabah), Sabah Parks, beserta komuniti penduduk setempat seperti JKKK
Kampung Sailan, Kampung Ulu Putatan, Kampung Kuala Putatan, dan Kampung Pasir Putih
dalam melaksanakan program gotong royong membersihkan di sepanjang Sungai Putatan ini.
Kerjasama ini juga akan dibantu oleh agensi kerajaan yang terlibat seperti Pejabat Kesihatan
Daerah (Kota Kinabalu dan Penampang), Jabatan Pengairan dan Saliran (Sabah), Majlis
Daerah Putatan dan Jabatan Alam Sekitar (Sabah). Adalah diharapkan melalui program
seumpama ini, kesedaran terhadap kepentingan menjaga kebersihan sungai ini dapat
diterapkan kepada komuniti masyarakat setempat. Disamping itu, program ini dijangka
mampu memperbaiki kualiti hidup komuniti setempat melalui pemeliharaan kebersihan sungai
secara mapan dan bebas Covid-19.

3.0 Objektif

3.1 Mengadakan program ‘local communities’ participation’ dan lawatan tapak bersama
komuniti setempat bagi penyediaan cadangan gerak kerja gotong-royong dan
pemilihan kawasan-kawasan tebing sungai yang telah dikenalpasti.

3.2 Mengadakan seminar tentang pencegahan Covid-19.

3.2 Menjalankan kempen kesedaran kepentingan sungai dan kempen penanaman pokok.

3.3 Menjalankan ‘klinik penyelengaraan tanaman landskap hiasan dan kebun komuniti’
dengan komuniti setempat bagi memastikan penyelenggaraan pokok disepanjang
sungai terjaga dan dalam keadaan baik.

4.0 Justifikasi

4.1 Program seumpama ini, perlu diadakan memandangkan kepentingan menjaga sumber
alam sungai ini amat penting untuk diterapkan kepada komuniti masyarakat setempat.
Disamping itu, program ini juga boleh membantu komuniti setempat dalam mencegah
penularan Covid-19 kerana sampah-sarap yang banyak ditemui adalah terdiri daripada

2
topeng muka dan sarung tangan manusia sejak Mac yang lalu. Selain itu, program ini
dijangka mampu memperbaiki kualiti hidup komuniti setempat melalui pemeliharaan
sungai secara mampan

4.2 Bagi menyokong keprihatinan masyarakat setempat dan Kelab Pencinta Alam SMK
Putatan, kepakaran daripada kumpulan Malaysia River Lovers, Malaysia Nature Society
(Sabah), Sabah Parks beserta komuniti penduduk setempat seperti JKKK kampung-
kampung sekitar akan melaksanakan program gotong-royong dan pembersihan di
sepanjang Sungai Putatan ini. Kerjasama ini juga akan dibantu oleh agensi kerajaan
yang terlibat seperti Pejabat Kesihatan Daearah (Kota Kinabalu dan Penampang),
Jabatan Pengairan dan Saliran (Sabah), Majlis Daerah Putatan, dan Jabatan Alam
Sekitar (Sabah).

5.0 Tempoh dan Tempat Program

5.1 Tempoh: 17 Julai 2020 -25 Disember 2020 (Kelab Pencinta Alam SMK Putatan akan
turun pada hari sabtu pada minggu 2 dan 4 setiap bulan)

5.2 Tempat: Sungai Putatan, Sabah. (2KM dari SMK Putatan). Gotong royong akan
dimulakan di Kuala Sungai Putatan. Pemilihan lokasi ini kerana ia merupakan lokasi
yang strategi menjadi pilot projek yang akan memberi impak yang terbaik untuk fasa-
fasa seterusnya.

6.0 Senarai Pakar Dan Aktiviti

Berikan maklumat lengkap mengenai setiap pakar yang dicadang berserta aktiviti:

Penceramah/ Pakar Bidang Kepakaran Aktiviti


Cikgu Mohamad Farid Biologi/ Sains Local Communities
(Guru Penasihat Kelab Participation / gotong-
Pencinta Alam SMK royong
Putatan)

Pengerusi Ekologi Local Communities


Malaysian Rivers Lovers Participation / gotong-
royong

Pengerusi Ekologi Kempen Kesedaran


Malaysian Nature Society Kepentingan Sungai /
(Sabah) gotong-royong

3
Wakil Biodiversiti Kempen Penananam
Sabah Parks Pokok

Wakil Pegawai Kesihatan Awam Seminar Pencegahan


Pejabat Kesihatan Daerah Covid-19
(Kota
Kinabalu/Penampang)

Unit Pembersihan Pengairan dan Saliran Gotong-royong


Jabatan Pengairan dan
Saliran (Sabah)

Unit Hortikultur Botani Klinik Penyelengaraan


Majlis Daerah Putatan Tanaman Landskap
Hiasan

Jabatan Alam Sekitar Alam Sekitar Kebun Komuniti


(Sabah)

7.0 Anggaran Perbelanjaan

Perbelanjaan Program
Bil. Perkara Jumlah (RM)
1 Pengangkutan
- Logistik ke tapak dan local communities
participation
RM5,000 (Sekolah)
- Pembentangan pelan induk
- Pembentangan akhir aktiviti
-
2 Penginapan
- Program ‘local communities’ participation’ RM10,000 (Dibiayai oleh Sabah
- Pembentangan penyediaan pembersihan Parks dengan kerjasama
sungai Pejabat Kesihatan Daerah Kota
- Aktiviti-aktiviti dan klinik yang dijalankan Kinabalu & Penampang)

3 Peralatan dan Percetakan Pelan


- Penyediaan pelan inventori dan analisis
RM15,000 (Dibiayai oleh Sabah
- Penyediaan pelan induk Parks)
- Peralatan praktikal penanaman kebun-
komuniti
- Peralatan penyelenggaraan tanaman
4 Peralatan dan Bahan Program Pengindahan
- Tanaman landskap lembut

4
- Bahan binaan landskap kejur RM100,000 (Dibiayai Majlis
- Bahan tanaman kebun komuniti Daeah Putatan)
- Tanaman pokok bakau dan pokok
Nipah
JUMLAH PERBELANJAAN SEKOLAH RM 5,000.00
JUMLAH PERBELANJAAN PEMBIAYA LUAR RM 125,000.00
JUMLAH KESELURUHAN PROJEK `KUMAN RM 130,000.00
DIBASMI, SUNGAI DICINTAI`

8.0 Risiko Program

Aktiviti gotong-royong ini adalah aktiviti yang berisiko yang memungkinkan berlakunya
kemalangan semasa aktiviti ini di jalankan. Kemalangan dapatlah ditakrifkan sebagai perkara
yang terjadi bila ianya tidak diberi perhatian, perkara yang tidak di sangka-sangka, yang tidak
diramal dan tidak di rancangkan kepada seseorang, tidak dijangka akan berlaku, atau kejadian
yang tidak diingini seperti kecederaan atau kematian. Terdapat tiga aspek yang mengundang
kepada risiko ketika menjalankan aktiviti ini, iaitu: -

8.1 Aspek Aktiviti

8.1.1 Setempat (static) – kegiatan dimana alam sekitar tidak bertukar. Contohnya:
Murid dan peserta cuai dan tergelincir ke dalam sungai. Cadangan Mengatasi:
Setiap murid dan peserta wajib memakai jaket keselamatan dan pemilihan
lokasi tebing yang cetek dan selamat.

8.1.2 Bergerak (dinamik) – kegiatan dimana alam sekitar bertukar dengan


Contohnya: air deras tiba-tiba menjadi deras. Cadangan Mengatasi: Sentiasa
peka dengan maklumat cuaca yang dikeluarkan Jabatan Kajicuaca Malaysia
dan bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (Sabah) terhadap
sebarang aktiviti luarbiasa sungai-sungai di kawasan hulu.

8.2 Aspek Tempat

8.2.1 Lokasi tebing yang jauh di pedalaman, dan jauh dari radius pertolongan cemas
dan bantuan segera jika berlaku insiden tidak diingini. Salah satu cara biasa
untuk menangani masalah ini ialah dengan menempatkan pihak perubatan

5
dalam skala radius yang selamat dari lokasi ataupun memilih lokasi yang tidak
terlalu jauh ke dalam.

8.3 Aspek Peralatan

8.3.1 Peralatan yang tidak berfungsi dan agak berbahaya untuk digunakan. Cara
mengatasinya adalah dengan memastikan pihak-pihak terlibat melakukan
persiapan rapi sebelum program dimulakan dan didokumentasikan agar rekod
pemeriksaan dapat disemak semula.

8.4 Aspek Manusia

8.4.1 Peserta alpa dan kurang berhati-hati akan risiko kemalangan

8.4.2 Tidak mempunyai kebolehan untuk mengelakkan kemalangan

8.4.3 Kurang mengambil perhatian kepada arahan

8.4.4. Kurang bertanggungjawab/lalai kepada diri sendiri, orang lain dan peralatan

8.4.5 Ingin menunjuk-nunjuk, lemah, dan takut

Bagi mengatasi masalah ini, setiap peserta (murid, pegawai, dan komuniti setempat)
wajib menghadiri bengkel pengurusan keselamatan selama 1 hari di tempat masing-
masing (yang akan dianjurkan oleh Jabatan dan Peringkat masing-masing dan diselia
oleh Pejabat Kesihatan Daerah).

8.5 Aspek Organisasi

8.5.1 Ketua kurang pengetahuan mengenai bahaya alam sekitar

8.5.2 Tidak berkebolehan untuk menjauhkan bahaya kepada diri sendiri dan kumpulan

8.5.3 Kurang penerangan mengenai kebolehan yang di perlukan

8.5.4 Penerangan tidak jelas

8.5.5 Kurang boleh menjadi ketua dan tidak boleh membetulkan masalah

8.5.6Tidak tahan dengan tekanan

8.5.7Kurang pengalaman untuk mengajar

6
Bagi mengatasi masalah ini, pemilihan ketua program dan organisasi pelaksana akan
dibuat dengan teliti selaras dengan pengalaman dan kepakaran masing-masing serta
tidak bertindih sesame mereka.

Anda mungkin juga menyukai