Anda di halaman 1dari 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN,27200 KUALA LIPIS,

PAHANG DARUL MAKMUR

WAJ 3114
BINA INSAN GURU ( BIG )
KERTAS KERJA:

SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA


PENSYARAH:

ENCIK SARUDIN BIN MD AMIN


Unit Kokurikulum
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur
DISEDIAKAN OLEH:

SABARIAH BINTI BAHRUM


( 670819-06-5084 )
2012111360080
Program Pensiswazahan Guru ( PPG )
Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian

.BIODATA DIRI

Nama

Sabariah Binti Bahrum

No.I/C

750318-10-5666

Unit

PSV1

Ambilan

Februari 2012

Alamat Sekolah

SK. Felda Lurah Bilut, 28800 Bentong, Pahang.

No.Tel Sekolah

09-2377355

Alamat Rumah

No:983, Jalan Desa Damai 37,Taman Desa Damai,


28700 Bentong, Pahang.

No. h/p

012-9013120

E-mail

sabariahbahrum@gmail.com

a. KERTAS CADANGAN
PROGRAM GOTONG ROYONG
SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA
1.0 PENDAHULUAN
Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi
matlamat falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu,
berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik
darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan
matlamat tersebut.

Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang


perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran
Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui
pertandingan

3K.

Persekitaran

yang

bersih

dan

ceria

dapat

membantu

mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan


efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan,


kesihatan

dan

kebersihan

telah

merancang

untuk

menganjurkan

satu

aktiviti gotong-royong perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang
telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat
memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya
menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah.
Di samping itu, aktiviti akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek

pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan


kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes .

Adalah menjadi harapan agar murid, ibu bapa, guru serta warga SK Lurah Bilut akan
memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai
matlamatnya. Program ini telah memberi impak yang besar terhadap pembangunan
pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh negara. Sekolah-sekolah lebih ceria dan ia
selaras dengan tema Sayangi Kawasan Sekolah Anda. Program ini diharap dapat
mengubah budaya warga sekolah dan masyarakat setempat kepada budaya yang
lebih baik. Kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja sekolah dan kerjasama
yang diberikan oleh warga SK Lurah Bilut serta kepimpinan Guru Besar akan
membuahkan hasil yang diharapkan.

Program gotong-royong yang dicadangkan ini adalah meliputi kegiatan serta aktiviti
yang telah dirancang untuk menyemai nilai murni yang tinggi melalui kesedaran
kebersihan dan kesihatan diri kerana apa yang pasti dengan adanya tahap
kesihatan yang tinggi ianya akan menjamin keharmonian seseorang dan
memastikan kejayaan yang menyeluruh. Selain daripada melalui kesedaran
kesihatan, program ini juga menekankan aspek kebersihan dari segi fizikal dan
persekitaran. Untuk belajar dengan selesa maka seseorang itu sentiasa berada
dalam

situasi

yang

bersih

dan

menjaga

kebersihan

diri

atau

tempat

pembelajarannya supaya rasa selesa dan tenang ketika menjalani aktiviti-aktiviti di


sekolah. . Disamping itu, penekanan utama juga diberikan kepada kesihatan diri .
Untuk

mendapat

kesihatan

yang

optimum

maka

perlulah

seseorang

itu

mengamalkan cara hidup yang sihat, sama ada dari segi pemakanan ataupun aktiviti
harian yang lain.
2.0Tujuan

Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan persekitaran


sekolah dan seterusnya menanamkan sikap menyayangi kawasan sekolah terhadap
semua warga sekolah. Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan
semua pihak. Sekolah yang ceria akan memastikan murid dapat belajar dan berada

di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan dapat menimba
ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.
.
Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan memberikan mereka semangat untuk
memberikan ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa lebih
selesa ketika berada di sekolah atau mengikuti program yang diadakan oleh pihak
sekolah yang melibatkan ibu bapa. Mereka juga berasa bangga dan yakin untuk
menempatkan anak-anak untuk menimba ilmu dan melakukan pelbagai aktiviti
dalam suasana yang selamat dan ceria.

3.0 Nama Program


KECERIAAN SEKOLAH

4.0 Tema Program


SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA

5.0 Matlamat

Matlamat gotong-royong ini adalah untuk memberi pendedahan yang sebenar


kepada warga sekolah mengenai amalan keceriaan serta menyemai sifat cintakan
kebersihan dan keceriaan sekolah. Memandangkan amalan ini kurang mendapat
pendedahan yang sebenar dan murid kerap kali kurang mengambil perhatian dan
mengabaikan amalan kebersihan di persekitaran sekolah berbanding di rumah .
Namun demikian sebenarnya cara amalan kebersihan ini mempunyai ciri-ciri yang
khusus dan piawaian yang sempurna. Murid kurang memahami maksud sebenar
ceria , indah , wangi , bersih , berfungsi dan selamat.
Melalui aktiviti gotong royong ini , warga sekolah juga boleh ,meningkatkan rasa
tanggungjawab terhadap kebersihan di mana mereka melibatkan diri dengan aktiviti
membersihkan persekitaran sekolah tersebut. Matlamat penting program ini adalah
untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kebersihan dan

keceriaan serta melahirkan warga sekolah yang peka terhadap persekitaran yang
selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

Selain itu, memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang
ceria, selesa, bersih dan

harmoni

untuk anak-anak belajar. Ibubapa

dapat

bekerjasama dengan kakitangan sekolah iaituguru-guru dan pekerja serta wakil


PIBG untuk menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih
serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu
pagi dan petang.Kawasan yang menjadi tumpuan ialah tempat rehat wakaf dan
kawasan belakang sekolah yang terbiar agar boleh memberi tempat untuk murid
membaca, berbincang dan mengulangkaji di tempat yang selesa dan ceria.

6. 0 Objektif
Objektif program ini adalah:
i.Mewujudkan kawasan tempat rehat wakaf dan taman sekolah yang lebih
ceria dan harmonis. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah
penting bagi meningkatkan mutu pendidikan dan menjadikan iklim sekolah
yang ceria, tenang dan selesa penting untuk mencapai visi dan misi sekolah
serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
ii.Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang
bersih, indah, selamat dan ceria.
iii.

Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan maksimum.

iv.

Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama erat

antara murid

, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan segala aktiviti yang


berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan
sekolah.
v.Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah
disediakan

vi.Mengembeling

tenaga

dan

idea

yang

bersepadu

dalam

merealisasikan

keberkesanan aktiviti.

7.0 Format Pelaksanaan

Manual Pelaksanaan Program


BIL

PELAKSANAAN TUGAS

1 Penyediaan kertas kerja program :


- Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan

TINDAKAN
Setiausaha
Program

persetujuan dari pihak-pihak penganjur dan pelaksanaan


program melalui mesyuarat dan bersemuka.
- Mesyuarat kali pertama.
2

Pelantikan AJK Program secara rasmi.

Setiausaha
Program

Menetapkan sebuah tempat bagi pelaksanaan kerja3

kerja asas

Setiausaha

program :

Program

Cadangan : bilik mesyuarat sekolah.


4

Mesyuarat AJK Program kali ke 2.

Setiausaha
Program

Menjalankan kerja-kerja penyediaan , percetakan dan


5

mengirim surat menyurat , kad dan surat jemputan.

Setiausaha
Program

Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan khidmat


6

pos laju , e-mel, mesin faksimili atau pertemuan peribadi


(kepada agensi-agensi dan individu yang terlibat )

Setiausaha
Program

AJK Peralatan

Menyenaraikan dan menyediakan peralatanperalatan yang perlu digunakan untuk gotong royong

Menyediakan hadiah dan cenderahati

AJK Hadiah

Tempahan makanan untuk jamuan.

AJK Jamuan

Menyediakan dewan untuk kegunaan Ucapan Perasmian


10 dan

AJK Persiapan Tempat

Pelancaran.
11 Kerja pembersihan tempat / kawasan gotong royong.

Semua AJK dan


peserta.

8.0 PENGANJUR
Program ini dianjurkan oleh unit 3K dengan kerjasama Unit Hal-Ehwal-Murid dan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

9.0 CADANGAN TARIKH


10 Mei 2014 ( Sabtu )

10.0TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Lurah Bilut, 28800 Bentong

11.0 FOKUS KAWASAN

Kawasan yang menjadi fokus program gotong royong ini adalah bilik-bilik darjah,
bilik-bilik khas seperi pusat sumber , makmal sains, pondok bacaan, kantin dan
kawasan riadah / wakaf / rehat sekitar sekolah. Matlamatnya supayakawasan ini

lebih bersih, indah dan ceria serta dapat memberi manfaat kepada murid serta
warga sekolah.

i.

Kawasan Rehat / Wakaf / Riadah perlu diceriakan dengan :

Meletakkan pavement dari bangunan sekolah ke wakaf dan antara wakaf.


``

Menyediakan tong sampah kitar semula memandangkan ianya adalah tempat


tumpuan pelajar.
Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.
Memperbanyakkan tanaman hiasan
Menanam rumput

Tempat Rehat Wakaf yang ceria boleh dijadikan tempat yang menarik dan boleh
menarik minat murid untuk belajar , berbincang dan melakukan pelbagai aktiviti
terutama sekali ketika menjalankan aktiviti kokurikulum kerana sekolah ini terdapat
dua sesi persekolahan. Maka amat sesuai sekali kawasan rehat wakaf yang ceria,
menarik dan selesa dijadikan salah satu tempat untuk menjalankan aktiviti.

ii.Kawasan Sekitar Sekolah perlu juga diceriakan untuk :

Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.


Memperbanyakkan tanaman hiasan
Menanam rumput
Memperbanyakkan wakaf atau tempat berehat pelajar
Meletakkan buku-buku bacaan di wakaf/ sudut bacaan tersebut
Menanam pokok sebagai teduhan

Kawasan ini juga sesuai Pengajaran dan Pembelajaran

dilakukan. Kawasan

tersebut boleh di ubahsuai menjadi kawasan istirehat murid-murid ketika rehat dan
juga menjadi tempat perbincangan dan belajar semasa proses P&P dijalankan.

12.0 PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN:

Seluruh warga SK Lurah Bilut iaitu guru-guru, pekerja sekolah , murid-murid tahun 4,
5 dan 6 , serta AJK PIBG.

12.0 Carta Organisasi


Organisasi pelaksanaan program

JAWATANKUASA INDUK
Penasihat
Puan Zainah binti Abu Bakar (Guru Besar)
Pengerusi
Puan Saadiah binti Awang (Guru Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi I
Puan Naziah binti Ahmad (Guru Penolong Kanan Kurikulum)
Naib Pengerusi II
Encik Zihan bin Mohd Zaki
(Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum)
Setiausaha
Puan Roslah binti Ishak (Guru Penyelaras 3K)
Naib Setiausaha
Puan Sabariah binti Bahrum
( Penyelaras 3K)
Bendahari
Puan Das Maniar binti Hasan
Ahli Jawatankuasa
Encik Ramhuzaimi binti Abdul Rahman
Puan Nor Aisyah binti Othman
Puan Hanisah binti Ishak
En Anuar bin Mohd Shah (wakil PIBG)

AJK PELAKSANA

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA


PENYAMBUT TETAMU

PERALATAN

Encik Darus bin Wahab


Puan Subiyanti binti Sulaiman
Puan Roslawati binti Baharum
Puan Faezah binti Mohd Sedir
CENDERAHATI DOKUMENTASI

Encik Omar bin Ramli


Encik Rizal bin Harun
En. Mohamed bin Mahmud
Encik Asiff bin Mokhtar
JAMUAN

Pn. Sharmilla bt Mat


Pn. Kamalia bt Sidik

Puan Suryati binti Man


Puan Nurin binti Mazla

PENGERUSI MAJLIS

BUKU PROGRAM

Puan Faridah binti Mustafa

Pn Zarina binti Hassan

BACAAN DOA

PERSIAPAN TEMPAT

Ustaz Suhaimi bin A Rahman

Encik Yasim bin Jusoh

SIARANRAYA

DOKUMENTASI

Encik Nawi bin Pungut


Encik Hafizi bin Hasan

Cik Murugamah

13.0 Tentatif Program

1.Semua guru, murid dan pekerja berkumpul di tapak perhimpunan sekolah.


2.Ucapan aluan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lurah Bilut.
3.Semua yang hadir dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut tempattempat yang telah ditetapkan

4.Aktiviti- aktiviti :

Meletakkan pavement di tempat-tempat yang tertentu. Menyediakan tong sampah


kitar semula memandangkan ianya adalah tempat tumpuan pelajar.
Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.
Menghias kelas dan bilik-bilik khas
Memperbanyakkan tanaman hiasan
Menanam rumput
Meletakkan buku-buku bacaan di pondok/ wakaf bacaan.

14.0Anggaran perbelanjaan
Cadangan anggaran perbelanjaan bagi menjayakan program ini telah dirancang
dengan baik agar program ini dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar.
Kebanyakkan sumber yang digunakan untuk menjayakan aktiviti ini disumbangkan
oleh ibu bapa, pihak kantin, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.. Berikut disenaraikan
anggaran perbelanjaan untuk aktiviti ini :

BIL

PERKARA
1

JUMLAH

PERBELANJAAN

Perbelanjaan cetakan
1. Buku Program

RM 0.50 X 10

RM 5.00

2. Surat-menyurat

RM 0.50 X 4

RM 2.00

PERBELANJAAN CETAKAN
2Peralatan:
1.Tin cat

RM 25.00 X 3

2.Berus cat

RM 2.50 X 10

3.Cangkul

RM 6.00 X 5

4.Plastik Sampah

RM 1.00 X 2

5.Tong Sampah

RM 50.00 X 10

6.Paku

RM 25.00 X 1

RM 75.00 RM 25.00 RM 30.00 RM 2.00 RM 500.00 RM 25.00

JUMLAH

20RM120.00

8.Kayu / papan

RM

8.00X

30RM240.00
RM 547.00

RM 2.00 X 100

RM 200.00

PERBELANJAAN JAMUAN
Hadiah dan Cenderahati
PERBELANJAAN HADIAH

5
JUMLAH

6.00X

Jamuan makan tengah hari

4
JUMLAH

RM

PERBELANJAAN PERALATAN

3
JUMLAH

7.Gergaji

Lain-lain perbelanjaan
PERBELANJAAN KESELURUHAN

RM 200.00
RM 10.00

X1

RM 10.00
RM 10.00
RM 100.00
RM 757.00

15.0 Penutup

Adalah diharapkan aktiviti Gotong Royong Perdana 1 Malaysia ini akan dapat
menghasilkan satu kawasan persekitaran sekolah yang ceria, bersih, selamat serta
dapat menarik minat murid untuk datang ke sekolah. Selain itu ianya juga adalah
selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan sekolah
sebagai pusat pengembangan ilmu kepada seluruh masyarakat serta tempat yang
dapat menjamin kesihatan murid dan seluruh warga sekolah khasnya dan ibu bapa
dan masyarakat setempat Dalam menjalankan aktiviti gotong royong perdana
muhibbah ini, dapat menggalakkan dan mengeratkan hubungan rapat dan mesra

antara masyarakat dan pihak sekolah. Ini akan dapat menarik perhatian semua
pihak untuk saling bekerjasama antara satu sama lain.
Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah serta semua
pihak yang terlibat dan menjadikannya sebagai amalan kepada murid-murid dalam
menghadapi kehidupan harian. Semoga segala sumbangan, kebaikan dan jasa baik
ibu bapa yang sama menjayakan program ini diberkati dan dirahmati.

Disediakan oleh:

.
( SABARIAH BINTI BAHRUM )
Setiausaha Program
SK Lurah Bilut, Bentong
Pahang Darul Makmur

Setelah disemak bahawasanya kertas kerja ini DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN


di atassebab-sebab berikut:

..

..

Anda mungkin juga menyukai