Anda di halaman 1dari 6

1.0 APA ITU PROGRAM ZIARAH CAKNA ?

• Program Ziarah Cakna merupakan lawatan guru ke rumah murid untuk bertemu dengan ibu bapa.
• Guru dapat mengumpulkan maklumat keluarga murid, memahami latar belakang murid berdasarkan tempat mereka
dibesarkan dan secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dan guru.
• Program ziarah ke rumah anak-anak murid yang memerlukan bantuan, mempunyai masalah disiplin, kehadiran dan
pemberian sumbangan.
2.0 TUJUAN PROGRAM ZIARAH CAKNA
• Memperluaskan amalan penyayang dengan membudayakan amalan ziarah ke rumah murid
• Merapatkan hubungan antara ibu bapa dan warga sekolah
• Meningkatkan persefahaman antara ibu bapa dan guru berfokuskan pembangunan kemenjadian murid
3.0 OBJEKTIF
• Berkongsi kemenjadian diri murid bersama-sama ibu bapa/penjaga
• Memahami latar belakang keluarga murid
• Berkongsi pandangan antara ibu bapa/penjaga dan guru bagi mengembangkan potensi murid
• Mengambil berat masalah murid
4.0 SEKOLAH PENYAYANG
• “Sekolah Penyayang” bermaksud sekolah sebagai “rumah kedua” kepada pelajar. Sekolah merupakan tempat khas
pelajar yang membolehkan mereka berasa diterima dan dilayan dengan baik.
• Guru yang bertanggungjawab mestilah sentiasa memberikan nasihat kepada pelajar terutama pelajar yang
menghadapi masalah, terutamanya masalah pelajaran. Apabila seseorang pelajar yang bermasalah mendapat
bimbingan yang baik daripada guru, perasaan kasih terhadap sekolah akan wujud dalam lubuk sanubarinya.
• Selain itu, kurikulum di sekolah dapat memupuk perasaan penyayang dalam kalangan warga sekolah. Kurikulum
sekolah perlu menekankan nilai masyarakat melalui mata pelajaran Pengetahuan Moral, Pendidikan Islam dan
KOMSAS.
4.0 KEBAIKAN PROGRAM
• Mengurangkan gejala sosial dalam kalangan murid
I. Vandalisme
II. Merokok
III. Lumba haram
• Meningkatkan pencapaian akedamik murid
• Mengurangkan masalah kehadiran sekolah dalam diri murid
5.0 NILAI-NILAI YANG DIPUPUK DALAM ISU
• Nilai kasih sayang
• Nilai bertanggungjawab
• Nilai saling membantu dan bekerjasama

Anda mungkin juga menyukai