Anda di halaman 1dari 10

Golongan Kurang Upaya(OKU)

Maksud:
seseorang yang tidak berupaya menentukan
sendiri bagi memperoleh sepenuhnya
ataupun sebahagiandaripada keperluan
biasa seseorang individu atau tidak dapat
hidup bermasyarakatsepenuhnya
disebabkan sesuatu kekurangan, sama ada
daripada segi fizikal ataupun mental,dan
sama ada ia berlaku semenjak lahir ataupun
kemudiannya
.
Atlet sukan OKU yang berjaya

• Nama: Eddy Bernard


• Sukan: Lompat jauh
• Pencapaian: Memenangi dua pingat emas untuk
Sukan Para ASEAN 2017
• Nama: Anas Zul Amirul
• Sukan:Berenang
• Pencapaian:Memenangi pingat emas di Pusat
Akuatik Nasional
• Sumbangan:Mengharumkan nama negara
• Nama: Shukor Farhan Suliman
• Sukan: Berbasikal
• Pencapaian: memenangi pingat emas dalam acara
3km
• Nama: Jamery Siga
• Sukan: Berenang
• Pencapaian: memenangi pingat emas dalam acara
50m kuak kupu-kupu
• Sumbangan: memberi harapan baharu kepada
murid-murid pendidikan khas.
Peranan Masyarakat dalam membantu
OKU
 Menyediakan pelbagai kemudahan
pihak kerajaan perlulah mengambil langkah
efektif dengan memperbanyakkan infrastruktur
atau kemudahan awam kepada mereka. Hal ini
adalah untuk memudahkan OKU bergerak
dengan selesa. Sebagai contoh, kemudahan
lorong khas, laluan pejalan kaki atau tempat khus
us untuk meletakkan kenderaan, tandas khas OK
U dan lain
Memberi peluang pekerjaan
Kita boleh membantu mereka dengan
memberikan peluang perkerjaan berdasarkan
tahap kemampuan dan kemahiran yang dimiliki
mereka.Sekiranya mereka mempunyai
keistimewaan dalam bidang seni kraf tangan,
agensi tertentu bolehlah mengambil mereka
sebagai pekerja ataupun melatih mereka untuk
menambahkan kemahiran dalam bidang tersebut.
Mewujudkan pengangkutan awam untuk
OKU
Pengangkutan awam amat penting untuk
golongan oku, supaya dapat memudahkan
mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat
lain. Oleh itu, semua pihak perlu mengambil
inisiatif untuk mewujudkan banyak lagi
kemudahan pengangkutan awam untuk golongan
OKU.Malah,bas perlulah direka khas untuk golon
gan OKU, supaya golongan yang berkerusi roda
dapatmenaiki bas ini dan mampu bergerak ke
satu tempat.
Menganjur program pendidikan
Pihak kerajaan haruslah menyediaka program
pendidikan buat mereka. Pengecualian bayaran
yuran haruslah diberi bagi mengurangkan
bebanan buatmereka. Bagi pelajar yang
cemerlang, insentif perlulah diberi kepada
mereka bagimeningkatkan semangat ingin belajar
dalam diri mereka.
Nilai-nilai yang dapat dipupuk dalam isu ini ialah:
 Nilai menghormati hak golongan kurang berupaya.
Kita mesti menerima mereka seperti insan biasa
kerana Tuhan telah mencipta mereka.
Nilai rasional
Kita mesti memikirkan impak yang baik dapat
diperoleh daripada golongan OKU.
Nilai sanggup berkorban untuk negara
Hal ini kerana, golongan kurang upaya ingin memberi
sumbangan kepada negara dalam sukan serta
mengharumkan nama negara.

Anda mungkin juga menyukai