Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PROJEK LAWATAN TERAPI RENANG

SEBELUM PROGRAM

Sebelum melakukan amali terapi air ini, penyelaras mata pelajaran Pendidikan Khas iaitu Mohd. Munirul Hakim dan penolongnya telah membuat satu kertas kerja untuk menjalankan program atau kemahiran terapi renang dimana terapi renang ini boleh digunakan untuk melatih kanak-kanak khas melakukan regangan atau membetulkan otot-otot mereka. Ia juga boleh menguji daya tahan motor kasar dan motor halus mereka dengan berkesan kerana ia banyak menggunakan otot kaki dan tangan untuk menguak ketika di dalam air.

Pensyarah Pendidikan Khas kami iaitu Puan Harlina bt. Ishak telah mengarahkan untuk melakukan kertas kerja dan menjalankan aktiviti air ini. Maka kelas PK-MP-PR-2 telah mengadakan suatu mesyuarat kecil untuk melantik jawatankuasa yang terlibat untuk melakukan tugas-tugas yang penting contohnya dokumentasi, setiasusaha dan sebagainya. Ia berperanan untuk menunjukkan bukti cara kerja setiap ahli jwatankuasa yang dilantik.

SEMASA PROGRAM

Kami bertolak dari IPG kampus Darulaman ke Darulaman Country Golf Club pada jam 8 pagi dan bertolak dengan menggunakan sebuah bas. Antara jumlah pelajar lelaki dan perempuan adalah seramai 60 orang. Akan tetapi pelajar perempuan pergi dalam jam 10 pagi kerana Hotel P.J di Jitra telah menutup premisnya untuk servis pembersihan kolam renang maka dengan ini mereka dikerahkan ke kolam renang pihak lelaki untuk menjalankan amali terapi renang ini.

Setelah sampai disana, kami pelajar lelaki menukar pakaian yang sesuai untuk mandi di kolam renang tersebut. Selepas itu, kami melakukan aktiviti regangan untuk mengelakkan sebarang kekejangan otot berlaku ketika berada di dalam air. Selain itu juga, kami diajar oleh En. Chee Pao Kam dan En. Yusri dari jabatan Pendidikan Jasmani untuk memberi tunjuk ajar cara yang betul untuk berenang kepada kami.

Kami didedahkan dengan cara memasuki dan keluar dari kolam renang dengan betul. Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku contohnya kekejangan otot. Selain itu, kami juga didedahkan dengan berjalan di tepi kolam air untuk melihat tahap ketinggian air dan individu itu sendiri. Ia bertujuan untuk melihat tahap atau ketinggian antara kedalam kolam itu dan ketinggian peserta. Jika tidak melakukannya, maka akan menyebabkan ada peserta yang lemas. Setelah itu, kami di kerahkan melakukan aktiviti skipping atau melompat ketika berada di dalam air. Ia bertujuan untuk menguji kekuatan kaki dan kestabilan badan ketika melakukan aktiviti tersebut. Lagi, kami secara berpasangan peru melakukan aktiviti apungan dengan menggunakan alat yang sesuai untuk peserta yang baru untuk berenang.

Setelah aktiviti ini dijalankan, kami melakukan aktiviti regangan dan menukar baju sukan untuk pulang ke IPG kampus Darulaman. Jadi dengan ini kami berganti dengan pelajar perempuan untuk mereka melakukan aktiviti air tersebut. Denganini, kami telah mendapat satu input yang baru untuk mengaplikasikan sesuatu aktivviti air apabila di sekolah nanti. Ia juga dapat digunakan ketika membawa murid khas melakukan aktiviti kolam dengan berkesan kerana En. Chee telah menerangkan otot apa yang digunakan ketika berenang dan ia adalah salah satu penyembuhan terhadap otot-otot yang gagal berfungsi jika ia dilakukan dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai