Anda di halaman 1dari 10

PROFIL MURID

NAMA MURID TARIKH LAHIR KATEGORI SEKOLAH ALAMAT

: CHANG KUAN LAN : 13 SEPTEMBER 2002 : AUTISME : SJK (C) CHONG HWA WEI SIN, K. TERENGGANU : 622, LORONG JAMBU, JLN. BUKIT BESAR, 21100 K. TERENGGANU

NAMA BAPA PEKERJAAN BAPA NAMA IBU PEKERJAAN IBU

: CHANG CHEE KONG : BEKERJA SENDIRI : LOW YUER MEI : SURI RUMAH

Catatan : Kuan Lan merupakan murid yang mempunyai emosi yang tidak stabil dan bermasalah dari segi tingkah laku. Dia juga cepat terganggu dengan bunyi bising dan mood sentiasa berubah-ubah menyebabkan proses P&P terganggu.

PENGENALAN Terapi berkuda ternyata mendatangkan banyak manfaat antaranya menyembuhkan berbagai penyakit seperti masalah mental, autisme, hyperaktif, sindrom down, celebral palsy, slow learner dan lain-lain lagi. Terapi berkuda adalah satu bentuk terapi yang melibatkan penggunaan kuda dalam rawatan pemulihan. Ia dilaksanakan oleh petugas yang terlatih dari segi pengurusan dan latihan berkuda. Menunggang kuda telah dijadikan sebagai latihan terapi di Paris .Ia telah diasaskan oleh seorang lelaki bernama Chassigne. Di seluruh dunia, ahli terapi fizikal telah menggunakan hippotherapy selama lebih daripda 30 tahun dahulu. Sejak 1970 di Amerika Syarikat ahli terapi fizikal, terapi pekerjaan dan pakar patologi pertuturan bahasa telah menggunakan pergerakan kuda dalam terapi mereka. Pada tahun 1992, Amerika Hippotherapy Association (AHA) telah dibentuk bagi menyediakan satu forum pendidikan, komunikasi dan penyelidikan antara profesional kesihatan menggunakan pergerakan kuda dalam rawatan.

DEFINISI DAN KONSEP TERAPI BERKUDA Menurut Lisa McCallum (Seorang terapis berkuda). "Menunggang kuda adalah kegiatan menyenangkan bagi banyak orang, tapi bagi kanak-kanak yang memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu kaedah penyembuhan". Definisi Hippo (badak air) berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu Hippocrates yang bermaksud kuda. Terapi Menurut Mosby (2001) ialah rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah mengalami sebarang penyakit atau kecederaan bertujuan untuk mengembalikan kefungsian badan secara normal. Kesimpulannya Hippoterapi bermaksud kaedah rawatan pemulihan menggunakan kuda

OBJEKTIF TERAPI BERKUDA  Membantu murid yang memiliki masalah mental dan emosi, membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi.  Membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara kuda dan penunggangnya.  Membantu mengatasi rasa ketakutan (terapi emosi).  Menanam keyakinan dan keberanian dalam diri murid.  Melatih murid supaya mematuhi disiplin.  Pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat sekitar.  Berinteraksi sesama rakan lain khususnya dan juga masyarakat luar amnya.  Membentuk sikap bertanggungjawab dan menghormati orang lain.

KEPENTINGAN TERAPI BERKUDA  Meliputi seluruh tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, termasuk fizikal dan mental. Penunggang kuda biasanya terhindar dari masalah sakit belakang.  Membantu mencerahkan penglihatan mata kerana terdapat ransangan terhadap saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan galloping kuda.  Menuggang kuda baik untuk merawat segala masalah tulang belakang murid  Seluruh anggota dalam tubuh badan manusia termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum.  Menjadikan penunggang kuda sihat dan bertenaga.  Meningkatkan daya kepekaan dan daya tumpuan murid

SPESIFIKASI ALATAN BIL. 1. Ladam Digunakan sebagai alas ALATAN NAMA ALATAN KEGUNAAN

pada tapak kaki kuda bagi mengelakkan kecederaan

2. Pelana Digunakan untuk mengalas duduk yang diletakkan pada bahagian atas belakang kuda

3. Tali kekang Digunakan untuk mengawal pergerakkan jurulatih kuda oleh

4. Lilitan Digunakan pada bahagian

muka kuda yang dililit supaya penunggang dapat mengawal pergerakan menunggang. kuda ketika

PERANCANGAN AKTIVITI Kelas Masa Mata Pelajaran Tajuk Objektif : 1 Wawasan : 30 minit : Pendidikan Jasmani : Menunggang kuda : Di akhir pengajaran murid dapat : i. Meningkatkan koordinasi pengamatan dan pergerakan tangan, kaki dan badan. ii. iii. Penerapan Nilai Menambah kemahiran motor halus dan motor kasar Mengetahui cara naik dan turun kuda

: Tekun, sabar, berdisiplin.

LANGKAH PERLAKSANAAN Pengenalan : y Memperkenalkan kuda kepada murid : Mengajar mereka cara mendekati kuda, Tempat yang selamat untuk berdiri berhampiran kuda, Mengenali peralatan asas seperti pengekang, ladam, tali kekang, pelana, lilitan dan rakap Langkah 1: y Cara menaiki kuda y Seterusnya murid diajar cara-cara menaiki kuda dengan selamat.

Cara menuruni kuda Seterusnya murid diajar cara-cara menuruni kuda dengan selamat.

Menunggang dengan bantuan Setelah murid mahir menaiki dan menuruni kuda mereka dibawa menunggang kuda mengelilingi sekitar kawasan terapi dengan bantuan jurulatih. Menunggang sambil melakukan pergerakan. Murid juga diminta melakukan beberapa pergerakan mudah seperti

mengangkat tangan, memegang pinggan, membongkok dan lain-lain.

Langkah 2: y Menunggang sambil menyanyi . Adakalanya murid akan mengikut jurulatih menyanyi lagu semasa menunggang kuda. y Ini dapat memberikan mereka keseronokan dan kepuasan.

Menunggang menggunakan tali panjang. (longing) Murid akan diajar menunggang kuda menggunakan tali panjang, ini bermakna mereka menunggang kuda dengan sendiri tetapi jurulatih tetap mengawasi kuda tersebut dengan memegang tali kekang kuda yang panjang . Kuda akan mengelilingi jurulatih dalam jarak kepanjangan tali tersebut.

Langkah 3 : y Menunggang mengikut arahan. Seterusnya murid akan diajar bagaimana menggerakkan kuda samada laju, perlahan, ke kiri atau ke kanan mengikt arahan jurulatih. Arahan ini berterusan sehingga mereka faham dan mampu melakukannya sendiri. y Menunggang sendiri Selepas segala arahan telah difahami dan boleh dilakukan sendiri, murid akan dibiarkan menaiki kuda sendiri. Namun demikian, jurulatih tetap memberi pengawasan sehingga mereka telah benar-benar mahir.

Penutup : y y Jurulatih membawa murid berjalan-jalan dengan menunggang kuda. Memberi pujian kepada murid yang dapat menunggang kuda dengan baik.

LAPORAN PERLAKSANAAN AKTIVITI TERAPI BERKUDA NAMA AKTIVITI TEMPAT PENGLIBATAN Terapi berkuda : Menunggang kuda : Pusat Ekuin Terengganu Equestrian Resort : 4 orang membantu meningkatkan keyakinan diri, meningkatkan

keseimbangan badan, membantu murid untuk lebih fokus, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya. Terapi ini telah dijalankan di Pusat Ekuin Terengganu Equestrian Resort yang dibantu oleh tiga orang pekerja dan dua orang pengurus. Pekerja tersebut yang digelar groomer adalah terlatih serta bertanggung jawab memastikan kuda sihat dan bersedia untuk melatih murid. Dalam aktiviti terapi berkuda ini, murid didedahkan terlebih dahulu oleh jurulatih tentang peralatan-peralatan asas seperti pengekang, ladam, tali kekang, pelana, lilitan dan rakap. Selepas itu, murid dibawa pada kuda yang ingin ditunggang, dan menyentuh kuda tersebut terlebih dahulu. Ini kerana sentuhan bulu kuda dapat memberi rangsangan kepada kulit murid tersebut. Selain itu, bunyi dan bau kuda juga adalah satu rangsangan positif menyebabkan murid begitu bermotivasi untuk meneruskan sesi latihan terapi. Selepas itu, jurulatih menunjukkan cara bagaimana untuk naik dan turun kuda supaya kemahiran asas ini dapat dikuasai oleh murid sebelum aktiviti menunggang kuda dijalankan. Melalui aktiviti ini khususnya murid-murid pendidikan khas yang mempunyai masalah kurang daya koordinasi, kekuatan otot yang menyebabkan mereka berjalan agak perlahan dan sering terkulai. Melalui aktiviti menunggang kuda ini dapat membangkitkan kekuatan otot apabila murid perlu menyeimbangkan tubuh mereka di atas kuda. Selain ini, kelajuan kuda yang berubah juga memberi kesan kepada tubuh murid sekali gus membuatkan perkembangan motor mereka bertambah baik. Melalui aktiviti ini juga murid berpeluang untuk memberi arahan kepada kuda. Sebagai contoh apabila jurulatih memberi arahan satu, dua dan tiga, mereka akan spontan berkata 'go'. Banyak lagi arahan mudah yang telah mereka pelajari dalam sesi terapi ini serta dapat meningkatkan kemahiran bercakap dan kognitif lebih-lebiah lagi pada kanak-kanak autisme bermasalah dalam pertuturan dan memahami arahan.

Sepanjang menjalankan sesi terapi berkuda dan kelihatan pelbagai riaksi yang ditunjukkan oleh murid-murid samada gembira dan takut ketika pertama kali menunggang kuda

NAMA : NURUL SYUHADA BINTI MAT SAT NO I/C : 891027-11-5476 REFLEKSI Bagi tugasan ini iaitu terapi berkuda ini, saya mendapati bahawa banyak pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperolehi menerusi terapi yang dijalankan. Kelebihan dalam melaksanakan terapi berkuda ini adalah saya dapat meluaskan pengetahuan yang baharu dalam melaksanakan dan merancang setiap aktiviti dalam terapi berkuda yang telah dijalankan. Selain itu, saya juga perlu meneliti setiap aktiviti terapi yang dijalankan dapat mencapai objektif yang ingin dicapai agar aktiviti ini dapat memberi perubahan kepada murid tersebut. Terapi berkuda ini memberi penekanan terhadap keseimbangan badan, membantu murid untuk lebih fokus, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya. Secara tidak langsung, terapi berkuda ini dapat membantu postur badan murid menjadi lebih baik jika terapi ini dapat dijalankan secara berkala. Kekangan ketika menjalankan pencarian maklumat berkenaan terapi berkuda ini adalah kebanyakkan maklumat yang ditemui kurang memuaskan dan hanya sedikit sahaja berkaitan dengan terapi berkuda ini. Walaubagaimanapun, saya membuat pencarian maklumat di perpustakaan awam dan mendapat maklumat yang diperolehi. Walaupun tidak banyak, namun maklumat tersebut mampu membantu saya dalam menyelesaikan tugasan yang telah diberikan ini dengan sebaik mungkin. Cadangan yang perlu dilakukan dalam aktiviti terapi berkuda adalah selain penglibatan murid-murid dalam menjalankan aktiviti terapi berkuda ini, guru juga perlu turut terlibat sama dan lebih mahir daripada murid dalam menunggang kuda. Selain itu, guru juga perlu tahu cara dan teknik yang betul yang digunakan oleh jurulatih sepanjang terapi berkuda ini dijalankan. Ini kerana melalui pengalaman guru menunggang kuda, guru juga boleh berkongsi pengalaman tersebut bersama murid-murid dan juga boleh menerangkan secara ringkas terapi berkuda ini kepada ibu bapa murid yang terlibat. Secara keseluruhannya, aktiviti amali terapi berkuda ini dapat dijalankan dengan baik dengan kerjasama dan kolaborasi yang baik dengan semua pihak yang banyak membantu.

Anda mungkin juga menyukai