Anda di halaman 1dari 23

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.

4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR Oleh Salmi bte Haji Lilek Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPTAR.

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menguji tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Julai 2007 IPTAR. Seramai 18 orang peseta kajian terlibat dalam kajian ini. Responden menjalankan ujian larian 2.4 km semasa ujian pra dan dalam enam minggu mereka menjalankan tempoh rawatan dengan melakukan senaman dan latihan. Selepas itu ujian pos dilakukan untuk melihat perbezaannya. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular pelajar lelaki lebih cergas berbanding pelajarperempuan untuk keduadua ujian pra dan pos. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular antara ujian pra dan ujian pos (T=10.0, p< .01). Bagaimanapun tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular mengikut jantina dalam ujian pra(U = 29.0, p>.05) dan ujian pos (U = 84.0, p>.05). Perbezaan juga tidak signifikan dalam tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular mengikut kategori umur dalam ujian ujian pra(U = 33.5, p> .05) dan ujian pos (U = 27.0, p > .05). Dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada jurulatih lain untuk menjalankan ujian kecergasan terhadap pelajarnya.

PENGENALAN Daya tahan kardiovaskular merupakan salah satu komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan yang bertujuan untuk menguji daya ketahanan fizikal seseorang individu dalam jangkamasa yang panjang. Daya tahan kardiovaskular diterjemahkan sebagai keupayaan sistem peredaran darah dan sistem jantung membekalkan oksigen kepada

individu agar dapat melakukan aktiviti yang berterusan. Faria (1970) menyatakan daya tahan kardiovaskular adalah berkadaran dengan

151 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

ketinggian intensiti latihan yang dilakukan oleh individu, iaitu semakin tinggi tahap latihan yang dilakukan semakin tinggi tahap kecergasannya.

Bagi mencapai tahap kecergasan ini, setiap individu perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti fizikal mengikut kemampuan dan kaedah masing-masing. Mereka yang mempunyai tahap kecergasan tinggi khususnya kecergasan kardiovaskular akan terhindar dari pelbagai masalah. Misalnya penyakitpenyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan lain-lain lagi. Menurut Jackson dan Pollock (1973), melalui aktiviti-aktiviti kecergasan ini, individu dapat mengatasi masalah kesihatan yang berkaitan dengan ketegangan mental, gangguan fikiran, sakit jantung, tekanan darah tinggi, sakit otot dan sakit belakang.

Selaras dengan penjelasan tafsiran tersebut, Sharkey (1990) menyatakan bahawa kecergasan fizikal merupakan aspek-aspek yang berkait dengan prestasi jantung, peparu dan otot-otot badan. Selain itu, disebabkan kecergasan fizikal melibatkan perlakuan manusia pastinya ia

mempengaruhi kualiti minda seperti kesedaran minda dan kestabilan emosi. Kualiti perspektif kesihatan ini harus dimiliki oleh seseorang ahli sukan termasuklah pemain bola sepak (Beck, 1991; Hazeldine, 1992). Walaupun perkembangan fizikal dipengaruhi oleh umur, jantina, tabiat senaman dan amalan pemakanan, kecergasan yang optimum tidak mungkin dicapai kecuali dengan aktiviti fizikal yang efisien (Heyward, 1997).

152 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

PERNYATAAN MASALAH Seseorang individu yang cergas bukan sahaja dilihat dari bebas dari sebarang penyakit, malahan dilihat juga dari aspek kecergasan fizikal mereka. Tahap kecergasan guru pelatih sering kali diukur setiap semester, namun ianya jarang digunakan sebagai panduan untuk membentuk norma kecergasan. Jurulatih sering kali menggunakan norma yang sedia ada yang dikeluarkan oleh Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan Kecergasan Malaysia melalui Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK).

Guru pelatih juga perlu mengekalkan tahap kecergasan mereka pada tahap optima agar dapat memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di institut perguruan. Mereka juga memerlukan tahap kecergasan yang tinggi juga kerana perjuangan untuk menumpukan perhatian semasa di bilik kuliah agak panjang. Sebelum ini belum ada norma yang khusus untuk menguji tahap kecergasan guru pelatih di IPTAR. Hanya norma yang terkandung dalam modul yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru digunakan oleh pensyarah-pensyarah Pendidikan Jasmani untuk menguji tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular pelajar-pelajar IPTAR. Kajian ini diharap dapat membentuk satu norma khas untuk dijadikan panduan kepada pensyarah PJ di IPTAR untuk mengkatogerikan guru pelatih mereka samada kurang cergas, sederhana dan cergas.

Pendidikan Jasmani merupakan satu mata pelajaran ke arah kecergasan fizikal. Ia merupakan satu proses berterusan melalui aktiviti fizikal dan jasmani yang dimajukan untuk mempertingkatkan tahap kesihatan

153 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

individu di samping membantu memperkayakan aspek psikomotor, kognitif, efektif dan sosial (Yusof Ismail, 2000). Objektif dan matlamat PJ cukup baik dan berkesan dan guru pelatih seharusnya mengambil pelbagai inisiatif dan keratif agar pelaksanaan kuliah PJ berjalan dengan lancar dan licin.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk : 1. Mengenalpasti tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani IPTAR semasa ujian pra 2.4 km dilakukan.

2. Mengenalpasti tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani IPTAR semasa ujian pos 2.4 km dilakukan.

3. Mengenalpasti perbezaan dalam tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP IPTAR bagi ujian pra dan ujian pos 2.4km

4. Mengenalpasti

perbezaan

tahap

kecergasan

daya

tahan

kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani IPTAR mengikut jantina.

154 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

5. Mengenalpasti

perbezaan

tahap

kecergasan

daya

tahan

kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani IPTAR mengikut umur.

PERSOALAN KAJIAN 1. Apakah tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani di IPTAR semasa ujian pra 2.4km ?

2. Apakah tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani di IPTAR semasa ujian pos 2.4km?

3. Apakah perbezaan dalam tahap Kecergasan Daya Tahan Kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani IPTAR bagi ujian pra dan ujian pos 2.4km ?

4. Apakah perbezaan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani IPTAR mengikut jantina?

5. Apakah perbezaan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani IPTAR mengikut umur ?

155 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

METODOLOGI Kajian ini berbentuk eksperimen, iaitu semua guru pelatih pengkhususan Pendidikan Jasmani yang menjalani kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tun Abdul Razak. Guru-guru pelatih akan diuji tahap kecergasan mereka berdasarkan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan. Dalam ujian ini aspek yang akan diuji ialah daya tahan kardiovaskular. Ujian-ujian daya tahan kardiovaskular ini diubahsuai dari kajian Cooper (1970). Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan untuk melakukan sesuatu kerja yang beterusan dalam tempoh masa yang agak lama tanpa berasa penat. Keupayaan ini menjadi ukuran kecekapan sistem jantung dan sistem peredaran darah untuk membekalkan oksigen yang cukup untuk keperluan bekerja dengan lebih lama dan cekap (Wee Eng Hoe, 1997). Di dalam penyelidikan tahap kecergasan. Di dalam kajian ini penyelidik menggunakan ujian larian 2.4 km.

PENGELOLAAN UJIAN Sebelum ujian dijalankan semua guru pelatih telahpun mengikuti kuliahkuliah Pendidikan Jasmani yang diadakan dua minggu sekali. Persediaan ini perlu dilaksanakan seawal mungkin untuk penyesuaian fizikal dan fisiologi. Semasa ujian amali dijalankan, guru pelatih dikehendaki berlari pada intensiti yang telah ditetapkan. Ujian dilakukan dua kali iaitu pada minggu kelapan dan pada minggu kelima belas iaitu 6 minggu selepas ujian kali pertama. Menurut Blessing (1995), peningkatan tahap kecergasan dan kemahiran akan berlaku selepas enam hingga lapan minggu menjalani sesi-sesi latihan. Peningkatan ini merangkumi

156 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

penguasaan kemahiran, teknik, takik termasuk juga aspek psikologi dan stamina yan berlaku ke atas seserang individu ataupun atlit.

INSTRUMEN KAJIAN Dalam menjalankan kajian ini, penyelidik menggunakan Ujian Larian 2.4 km untuk menguji dan menilai tahap daya tahan kardiovaskular guruguru pelatih yang menjadi sampel dalam kajian ini. Di samping itu, penyelidik juga menggunakan jam randik, trek yang sesuai untuk jarak larian sejauh 2.4 km dan seterusnya borang-borang ujian untuk mencatat data.

SAMPEL KAJIAN Di dalam kajian ini, sampel terdiri daripada 18 orang guru pelatih yang mengambil pengkhususan Pendidikan Jasmani di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Abdul Razak. Sampel terdiri daripada 8 perempuan dan 10 lelaki yang berumur antara 18 hingga 21 tahun.

ANALISIS DATA Data-data yang diperolehi adalah dalam bentuk skor mentah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam UKJK. Tahap

kecergasan mengikut norma Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan yang mengkelaskan seperti dalam Jadual 1.

157 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

Jadual 1 : Norma Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK)

Catatan Masa (min) < 10 < 12 10.01-12.00 12.01-14.00 12.01 14.00 14.00 16.00 14.01 16.00 16.01 18.00 > 16.01 > 18.01

Jantina Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan

Tahap Kecergasan Sangat Cergas Sangat Cergas Cergas Cergas Sederhana Sederhana Kurang Cergas Kurang Cergas Sangat Kurang Cergas Sangat Kurang Cergas

_____________________________________________________

Panduan penganugerahan ini juga adalah berdasarkan kepada catatan masa yang diambil selepas subjek selesai melakukan larian 2.4 km iaitu melakukan larian sebanyak enam pusingan dalam trek 400 meter. Jadual 1 dan Jadual 2 di bawah menunjukkan Penganugerahan yang diberi dengan catatan masa yang diperolehi.

DAPATAN KAJIAN Bahagian ini akan menjelaskan tentang dapatan kajian bagi menjawab beberapa persoalan kajian dalam penyelidikan ini. Data-data telah

158 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

dianalisis menggunakan SPSS versi 16.0 untuk mencari min ujian pra dan ujian pos bagi melihat perbezaannya.

Demografi Responden Jadual 2 menunjukkan demografi responden dari segi jantina, umur dan berat.

Jadual 2: Demografi responden __________________________________________________________ Faktor Kategori Bilangan Peratus (%)

Jantina

Lelaki Perempuan

10 8 10 8 8 6 4

55.6 44.4 55.6 44.4 44.4 33.3 22.3

Umur

18-19 tahun 20-21 tahun

Berat

40-55 kg 56-70 kg 71 kg

___________________________________________________________

Dapatan kajian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2 menunjukkan seramai 18 responden terlibat dalam kajian ini. Dari segi jantina seramai 10 orang atau 55.6% responden lelaki manakala 8 orang atau 44.4% adalah perempuan. Ini menunjukkan responden lelaki lebih ramai sedikit daripada perempuan. Bagi umur pula seramai 10 orang atau 55.6% juga adalah responden yang berumur antara 18-19 tahun sementara selebihnya

159 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

berumur antara 20-21 tahun seramai 8 orang atau 44.4%. Manakala dari segi berat pula, seramai 8 orang atau 44.4% seberat 40-55 kg, ini diikuti oleh responden seberat 56-70 kg seramai 6 orang atau 33.3% dan selebihnya seberat lebih 71 kg seramai 4 orang atau 22.3%. Rajah 3.1 jelas menunjukkan perbezaan responden dari segi jantina, umur dan berat.

Rajah 3.1 : Demografi responden dari segi jantina, umur dan berat

Tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani di IPTAR semasa ujian pra 2.4km Jadual 3a dan Jadual 3b menunjukkan keputusan ujian pra larian 2.4 km berkaitan dengan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani di Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Kota Samarahan. Dapatan kajian menunjukkan seramai 4 daripada 10 pelajar yang cergas atau hanya 40% sahaja. Sementara masing-masing seorang atau 10% sederhana dan kurang cergas, manakala

160 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

4 pelajar atau 40% juga berada dalam keadaan sangat kurang cergas sewaktu ujian pra dilakukan. Bagi pelajar perempuan pula, daripada lapan pelajar hanya seorang atau 11% sahaja yang cergas, ini diikuti seramai 3 orang atau 33% sederhana, dan masing-masing 2 orang atau 22% menunjukkan tahap kecergasan yang kurang cergas dan sangat tidak cergas.

Berdasarkan norma larian 2.4 km ini, tahap daya tahan kardiovaskular bagi pelajar lelaki adalah min = 14.89 iaitu berada dalam tahap kurang cergas, manakala pelajar perempuan min = 16.48 tahap sangat kurang cerdas. Ini menunjukkan bahawa tahap kecergasan pelajar lelaki lebih baik berbanding pelajar perempuan sewaktu ujian pra dilakukan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3a, Jadual 3b, Jadual 3c dan Rajah 3.2.

161 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

Jadual 3a : Catatan masa dan tahap kecergasan semasa ujian pra untuk peserta lelaki Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Nama Responden Terrence Juah Sadit Limbai Zainalabidin Muhammad Hafiz Muhammad Muhaz Aluintina Jamit Clerence Nicholas Michael Beti Muaz Abd. Rahman Alexzanda Ngu Catatan (min) 13.02 11.56 10.53 11.02 21.23 17.24 15.40 18.20 19.17 11.56 Tahap Kecergasan Sederhana Cergas Cergas Cergas Sangat Kurang Cergas Sangat Kurang Cergas Kurang Cergas Sangat Kurang Cergas Sangat Kurang Cergas Cergas

162 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

Jadual 3b : Catatan masa dan tahap kecergasan semasa ujian pra untuk peserta perempuan Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Nama Responden Ellis Benard Kristine Inschie Angelina Andrew Aemas George Fairuz Nor Azwin Rita Jimbon Mimi Johna Cecelia Cindy Catatan (min) 13.44 15.15 14.10 19.52 21.21 15.42 16.50 16.50 Tahap Kecergasan Cergas Sederhana Sederhana Sangat Kurang Cergas Sangat Kurang Cergas Sederhana Kurang Cergas Kurang Cergas

Jadual 3c: Min dan Sisihan Piawai tahap kecergasan pelajar lelaki dan permpuan semasa ujian pra

Jantina Lelaki Perempuan Keseluruhan

N 10 8 18

Min 14.89 16.48 15.60

Sisihan Piawai 3.87 2.66 3.39

163 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

16.5 16 15.5 15 14.5 14 Lelaki 14.89

16.48

Min

Rajah 3.2 : Min tahap kecergasan pelajar PPISMP, IPTAR semasa ujian pra

Tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani di IPTAR semasa ujian pos 2.4km Jadual 4a dan Jadual 4b menunjukkan keputusan ujian pos larian 2.4 km berkaitan dengan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani di Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Kota Samarahan. Dapatan kajian menunjukkan seramai 5 daripada 10 atau 50% pelajar yang cergas iaitu meningkat 10% daripada ujian pra. Ini diikuti seramai 2 orang atau 20% pelajar kurang cergas sementara selebihnya iaitu 3 orang atau 30% berada dalam keadaan

164 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

sangat kurang cergas. Bagi pelajar perempuan pula, daripada lapan pelajar hanya seorang atau 11% sahaja yang cergas, ini diikuti seramai 6 orang atau 66.7% sederhana iaitu meningkat sebanyak 33.3% berbanding ujian pra, dan hanya seorang orang atau 11% menunjukkan tahap kecergasan yang kurang cergas.

Jadual 4a : Catatan masa dan tahap kecergasan semasa ujian pos untuk peserta lelaki Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Nama Responden Terrence Juah Sadit Limbai Zainalabidin Muhammad Hafiz Muhammad Muhaz Alvintino Jamit Clerence Nicholas Michael Beti Muaz Abd. Rahman Alexzanda Ngu Catatan (min) 11.20 11.17 10.45 20.03 10.21 15.09 15.27 16.07 18.36 10.59 Tahap Kecergasan Cergas Cergas Cergas Sangat Kurang Cergas Cergas Kurang Cergas Kurang Cergas Sangat Kurang Cergas Sangat Kurang Cergas Cergas

165 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

Jadual 4b : Catatan masa dan tahap kecergasan semasa ujian pos untuk peserta perempuan Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Nama Responden Ellis Benard Kristine Inchie Angelina Andrew Aemas George Fairuz Nor Azwin Rita Jimbon Mimi Johna Cecelia Cindy Catatan Tahap Kecergasan (min) 14.50 Sederhana 14.32 13.35 15.25 18.11 15.09 14.23 15.27 Sederhana Cergas Sederhana Kurang Cergas Sederhana Sederhana Sederhana

Jadual 4c: Min dan Sisihan Piawai tahap kecergasan pelajar lelaki dan permpuan semasa ujian pos Jantina Lelaki Perempuan Keseluruhan N 10 8 18 Min 13.84 15.02 14.36 Sisihan Piawai 3.60 1.41 2.83

166 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

15.2 15 14.8 14.6 14.4 14.2 14 13.8 13.6 13.4 13.2

15.02

Min 13.84

Lelaki

Perempuan

Rajah 3.3 : Min tahap kecergasan pelajar PPISMP, IPTAR semasa ujian pos

Perbezaan dalam tahap Kecergasan Daya Tahan Kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP IPTAR bagi ujian pra dan ujian post 2.4km Jadual 5 menunjukkan perbezaan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP IPTAR antara ujian pra dan ujian pos. Ujian bukan Parametrik Wilcoxon T digunakan sebab bilangan peserta kajian hanya 18 orang. Dapatan kajian seperti dalam Jadual 3.4 menunjukkan terdapar perbezaan yang signifikan (T=10.0. p

167 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

<.01) antara ujian pra dengan ujian pos. Keseluruhan pelajar menunjukkan berlakunya peningkatan larian 2.4 km semasa ujian pos dilakukan. Ini bermakna tahap kecergasan pelajar meningkat selepas tempoh rawatan selama enam minggu. Perubahan dan perbezaan ini berlaku jelas menunjukkan bahawa latihan yang dilakukan dapat juga meningkatkan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular pelajar. Ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Johnson dan Nelson (1986) yang menyatakan latihan yang dijalankan selama enam hingga lapan minggu akan dapat meningkatkan tahap kecergasan seseorang indivivu atau atlit-atlit. Nisbah tersebut dicadangkan agar tahap kemajuan kecergasan dibuat dari hari ke hari, kuasa dari minggu ke minggu, kelajuan dari bulan ke bulan dan daya tahan dari tahun ke tahun. Peningkatan yang dramatik dalam jangkamasa pendek perlu dilihat sebagai keputusan langsung kemajuan latihan harian. Pada tahun 1960an, empat hingga enam sesi latihan seminggu adalah memadai untuk atlit elit, tetapi pada hari ini tidak mencukupi. Atlit bertaraf antarabangsa perlu merancang dua atau tiga sesi latihan sehari. Ini akan meningkatkan potensi fisiologi dan psikologi yang tentu akan meningkatkan pencapaian. Namun peningkatan dalam bilangan sesi latihan perlu mengambil kira kapasiti individu dan keperluan untuk latihan berbeza intensiti. Justeru itu, dapat diperjelaskan bahawa perubahan akan berlaku terhadap tahap kecergasan dan kemahiran pemain dalam sesi latihan yang dijalankan selama beberapa hari. Ujian pos yang dijalankan selepas sesi latihan dalam jangkamasa enam hingga lapan minggu akan memberi perubahan terhadap fungsi fisiologi dan psikologi pemain tersebut. Perbezaan dari segi tahap pencapaian berlaku selepas sesi latihan

168 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

dijalankan. Perubahan fungsi fisiologi dan psikologi ini akan memberi prestasi yang baik menjelang hari kejohanan berlangsung.

Jadual 5 : Perbezaan Ujian Pra dan Ujian Pos Larian 2.4 km Ujian N Min Sisihan Piawai Pos-Pra (T) 10.0 p

Pra Post

18 18

15.60 14.36

3.39 2.83

.001

Perbezaan tahap kecergasan tahap kecergasan Daya Tahan kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP pendidikan jasmani mengikut jantina semasa ujian pra dan ujian pos 2.4km Berdasarkan norma larian 2.4 km ini, min tahap daya tahan kardiovaskular untuk ujian pra bagi pelajar lelaki adalah 14.89 iaitu berada dalam tahap kurang cergas, manakala min pelajar perempuan ialah = 16.48 iaitu pada tahap sangat kurang cergas. Min daya tahan kardiovaskular untuk ujian pos bagi lelaki ialah 13.84 dan min pelajar perempuan ialah 15.02. Secara perbandingan terdapat pengurangan masa yang diambil dalam ujian pos berbanding dengan ujian pra untuk keduakedua pelajar lelaki dan perempuan. Ini menggambarkan terdapat peningkatan dalam tahap daya tahan kardiovaskular untuk kedua-dua jantina dalam ujian pos.

169 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

Untuk melihat perbezaan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular antara pelajar lelaki dan perempuan untuk ujian pra dan ujian pos, ujian bukan parametrik Mann Whitney U digunakan. Keputusan ujian ini seperti yang digambarkan dalam Jadual 6 tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut jantina untuk kedua-dua ujian pra (U = 29.0, p > .05) dan ujian post ( U = 84.0, p > .05 ).

Jadual 6

: Perbezaan tahap kecergasan semasa Ujian Pra dan Ujian Pos Larian 2.4 km mengikut Jantina

Ujian Pra

Jantina Lelaki Perempuan

N 10 8 10 8

Min 14.89 16.48 13.84 15.02

SP 3.87 2.66 3.60 1.41

U 29.0

p .328

Pos

Lelaki Permpuan

84.0

.594

Perbezaan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani mengikut kategori umur bagi ujian pra dan ujian pos Jadual 7 menunjukkan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP IPTAR Pendidikan Jasmani mengikut katogeri umur bagi ujian pra dan ujian pos. Dapatan kajian ujian pra menunjukkan min = 15.78, SP = 3.65 bagi pelajar yang berumur 18 19 tahun, manakala min = 15.23, SP = 3.10 bagi kategori umur 20 21 tahun. Dalam ujian pos, min dan sisihan piawai bagi pelajar dalam kategori

170 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

umur 18-19 tahun ialah masing-masing 14.85 dan 3.07. Bagi kategori umur 20-21 tahun min ialah 13.40 dan sisihan piawai ialah 2.23.

Dapatan dari kedua-dua ujian pra dan pos menunjukkan pelajar dari kategori umur 20-21 tahun mempunyai catatan masa yang lebih baik dari kategori umur 18-19 tahun. Gambaran ini menunjukkan pelajar dari kategori umur 20-21 tahun adalah lebih cergas dari umur 18-19 tahun. Walaupun mengikut teori Bompa (1994), faktor usia mempengaruhi tahap kecergasan seseorang individu atau atlit, tetapi dalam kajian ini julat dalam kategori umur antara 18-19 tahun dan 20 21 tahun adalah terlalu kecil, berkemungkinan teori Bompa sukar untuk diperlihatkan.

Untuk melihat perbezaan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular antara pelajar dari kategori umur 18-19 tahun dan 20 -21 tahun untuk ujian pra dan ujian pos, ujian bukan parametrik Mann Whitney U digunakan. Keputusan ujian ini seperti yang digambarkan dalam Jadual 7 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut kategori umur untuk kedua-dua ujian pra (U = 33.5, p > .05) dan ujian pos ( U = 27.0, p > .05 ).

Jadual 7

: Perbezaan tahap kecergasan semasa Ujian Pra dan Ujian Pos Larian 2.4 km mengikut kategori umur Umur 18 -19 thn 20 -21 thn N 12 6 Min 15.78 15.23 SP 3.65 3.10 U 33.5 p .815

Ujian Pra

171 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

Pos

18 -19 thn 20 -21 thn

12 6

14.85 13.40

3.07 2.23

27.0

.399

KESIMPULAN Kajian yang dijalankan ini merupakan satu perintis bagi mengenalpasti tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani IPTAR memandangkan program ini merupakan generasi pertama yang mengikuti kursus tersebut di IPTAR. Dapatan kajian nanti diharap dapat dijadikan panduan dan rujukan pensyarah Pendidikan Jasmani yang lain untuk menjalankan ujian larian 2.4 km di samping menjalankan ujian-ujian kecergasan yang lain seperti ujian kelajuan, ketangkasan, koordinasi, kelenturan dan seumpamanya. Pada

keseluruhannya, kajian ini masih lagi mempunyai sedikit kelemahan terutamanya dari aspek persampelan dan metadologi kajian. Adalah dicadangkan agar diperbanyakkan sampel agar dapat dilihat dengan jelas perbezaan antara ujian pra dan ujian pos.

RUJUKAN Beck, M. 1991. Soccer Fit Tranning & Health For Soccer Players. Blessing. (1995). Advanced studies in physical education and sport. Ontario, Canada :Thompson Pub., Co

172 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

Bompa , T.O. (1994). Theory and methodology of traning : The key to athletic performance. Iowa : Kendal/hunt Pub. Co. Cooper K.H. (1970). The New Aerobics. New York: Bantam Faria I.E. (1970). Cardivaskular Response to Exercise as Influenced by Tranning Various Intensities. Research Quarterly 41. Hazeldine, R. (1992). Fitness For Sports. Marlborough, Wilthsire: The Crowood Press Ltd. Heyward, V.H. (1997). Advanced Fitness Assesment and Exercise Prescription Champaign. Human Kinetics Books Jackson & Pollock (1973). Generalize Equating for Predicting Body Density of Men. British Journal of Nutrition, 40, 497-504. Johnson, B.L., & Nelson. J.K. (1986). Practical Measuring For Evaluation in Physical Education Ed. ke-4. Louisiansa State University: Burgess. Wee Eng Hoe (1997). Kecergasan: Satu Pandangan Hidup Sihat. Fajar Bakti. Shah Alam, Selangor. Yusuf Ismail (2000). Personaliti, Motivasi Pencapaian Dan Motivasi Sukan Di kalangan Atlit Universitu. Laporan Akhir Projek Penyelidikan 75-85. Januari-Disember 1994. Sharkey, B.J.(1990) Physiology of fitness. Campaign,IL:Human Kenetics, 66-78, 331-335

173 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Anda mungkin juga menyukai