Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Jurnal

PENGENALAN Berdasarkan dari jurnal yang diambil dari Seminar Penyelidikan Jabatan Pendidikan Jasmani Institut Perguruan Tun Abdul Razak, 2008. Kajian ini bertujuan untuk menguji tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam kalangan guru-guru pelatih. Daya tahan kardiovaskular merupakan salah satu komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan yang bertujuan untuk menguji daya ketahanan fizikal seseorang individu dalam jangkamasa yang panjang. Daya tahan kardiovaskular diterjemahkan sebagai keupayaan sistem peredaran darah dan sistem jantung membekalkan oksigen kepada individu agar dapat melakukan aktiviti yang berterusan. Faria (1970) menyatakan daya tahan kardiovaskular adalah berkadaran dengan ketinggian intensiti latihan yang dilakukan oleh individu, iaitu semakin tinggi tahap latihan yang dilakukan semakin tinggi tahap kecergasannya. Menurut Jackson dan Pollock (1973), melalui aktiviti-aktiviti kecergasan ini, individu dapat mengatasi masalah kesihatan yang berkaitan dengan ketegangan mental, gangguan fikiran, sakit jantung, tekanan darah tinggi, sakit otot dan sakit belakang. Selaras dengan penjelasan tafsiran tersebut, Sharkey (1990) menyatakan bahawa kecergasan fizikal merupakan aspek-aspek yang berkait dengan prestasi jantung, peparu dan otot-otot badan.

KRITIKAN Kajian ini berbentuk eksperimen. Guru-guru pelatih akan diuji tahap kecergasan mereka berdasarkan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan. Aspek yang akan diuji ialah daya
1

tahan kardiovaskular. Ujian-ujian daya tahan kardiovaskular ini diubahsuai dari kajian Cooper (1970). Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan untuk melakukan sesuatu kerja yang berterusan dalam tempoh masa yang agak lama tanpa berasa penat. Keupayaan ini menjadi ukuran kecekapan sistem jantung dan sistem peredaran darah untuk membekalkan oksigen yang cukup untuk keperluan bekerja dengan lebih lama dan cekap (Wee Eng Hoe, 1997). Di dalam kajian ini penyelidik menggunakan ujian larian 2.4 km sebagai medium. Sebelum ujian dijalankan semua guru pelatih telah pun mengikuti kuliah- kuliah Pendidikan Jasmani yang diadakan dua minggu sekali. Menurut Blessing (1995), peningkatan tahap kecergasan dan kemahiran akan berlaku selepas enam hingga lapan minggu menjalani sesi-sesi latihan.

KESIMPULAN Dapatan kajian dianalisa menggunakan SPSS statistik deskriptif iaitu min dan sisihan lazim untuk skor Ujian Pra dan Ujian Pos. Keseluruhan pelajar menunjukkan berlakunya peningkatan larian 2.4 km semasa ujian pos dilakukan. Ini bermakna tahap kecergasan pelajar meningkat selepas tempoh rawatan selama enam minggu. Perubahan dan perbezaan ini berlaku jelas menunjukkan bahawa latihan yang dilakukan dapat juga meningkatkan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular pelajar. Hal ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Johnson dan Nelson (1986) yang menyatakan latihan yang dijalankan selama enam hingga lapan minggu akan dapat meningkatkan tahap kecergasan seseorang individu atau atlet-atlet.

Anda mungkin juga menyukai