Anda di halaman 1dari 10

http://pendidikanjasmanikesihatansainssukan.blogspot.com/2011/04/kajian-berkaitandaya-tahan.

html
Sistem kardiovaskular merupakan salah satu sistem biologi yang menyokong sistem lain
seperti sistem respiratori, sistem endokrina dan sebagainya berfungsi dengan berkesan.
Sistem kardiovaskular memainkan peranan yang penting untuk mengangkut oksigen
kepada sel dan membawa keluar sisa metabolisme serta produk sel ke bahagian lain
tubuh.
Dalam sistem kardiovaskular terdapat tiga bahagian utama iaitu jantung, darah dan
pembuluh darah. Powers dan Howley (2004), menyatakan daya tahan kardiovaskular
adalah keupayaan tubuh badan bagi mengangkut oksigen ke seluruh badan bagi
menghasilkan tenaga untuk digunakan dalam menjalani aktiviti fizikal. Semasa latihan,
badan seseorang perlu meningkatkan keupayaan dan daya tahan kardiovaskular
supaya dapat menghasilkan kerja dengan menggunakan jumlah oksigen yang
maksimum. Dalam latihan, badan dapat menyesuaikan struktur dan fungsinya agar
dapat membenarkan sistem kardiovaskular menghantar jumlah oksigen yang maksimum
ke anggota tubuh yang bekerja dan meningkatkan penggunaan oksigen.
Corbin dan Lindsey (2005), menyatakan bahawa daya tahan kardiovaskular adalah
kemampuan tubuh seseorang dalam melakukan aktiviti dalam jangka masa panjang
tanpa henti. Daya tahan kardiovaskular memerlukan jantung yang kuat, paru-paru yang
sihat dan salur darah yang baik untuk membekalkan sel badan dengan oksigen. Bagi
mengukur tahap keupayaan daya tahan kardiovaskular atau kecergasan aerobik
seseorang atlet, banyak ujian-ujian telah dibina yang mana masing-masing mempunyai
batasan atau limitasi tertentu seperti kesahan yang rendah. Antara jenisjenis ujian yang
telah dibina untuk menguji daya tahan kardiovaskular adalah ujian Bleep (20m shuttle
run test, Pacer), ujian Aero, ujian Protokol Bruce, ujian Treadmill Balke, ujian Yo-Yo,
ujian berjalan satu batu, ujian berlari 1.5, 2, dan 3 batu, ujian berlari 15 minitBalke,
ujian Cooper, ujian berjalan Rockpot, ujian berjalan 2 batu, ujian VO 2max, dan pelbagai
variasi ujian menapak.
Kajian demi kajian terus dijalankan oleh para pengkaji untuk memajukan bidang ini
supaya hasilannya dapat digunakan untuk pengukuran yang lebih berkesan dan efisen
yang dapat membantu guru pendidikan jasmani dan jurulatih melaksanakan program
pengukuran keupayaan daya tahan kardiovaskular. Ia juga dapat membantu individu
yang ingin meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Ujian kecergasan terutama daya
tahan kardiovaskular menjadi sangat penting dan sering dijalankan untuk mengukur
tahap kecergasan seseorang. Beberapa pengkaji berpendapat, latihan akan dapat
meningkatkan kecergasan terutamanya daya tahan kardiovaskular.

Dr. Iakata et. al (1996) telah mengkaji kesan latihan terhadap kecergasan kardiovaskular
di kalangan orang tua. Sampel kajian terdiri daripada 10 orang lelaki sedentari dan 8
orang atlit terlatih berusia 58 tahun hingga 62 tahun.Lelaki sedentari berlatih selama 32
minggu, manakala atlet menghentikan latihan mereka selama 12 minggu. Pengkaji
menguji kapasiti aerobik dan keupayaan kardiovaskular subjek semasa permulaan dan
pada akhir kajian dengan menggunakan Treadmill. Kajian mendapati bahawa
keupayaan kardiovaskular subjek meningkat semasa menjalani latihan. Melalui latihan,
lelaki sedentari dapat meningkatkan fungsi manakala atlet yang menghentikan latihan
akan menurun.
Pada tahun yang sama, Melanson, Freedson dan Jugbluth (1996) pula telah
menjalankan kajian ke atas pelari ( N = 16 ), peluncur in-line skating ( N = 19 ) dan
individu yang tidak mendapat latihan sistematik ( N = 7 ). Kajian ini adalah untuk menguji
hipotesis latihan larian dan latihan in-line skating dalam peningkatan kardiorespiratori.
Kajian yang dijalankan adalah ujian pra dan post VO2max dan ujian treadmill ( maximal
treadmill ). Selepas sembilan minggu, didapati peningkatan VO 2max boleh dicapai
melalui intensiti latihan.
Mc Ardle dan Katch & Katch (1996) pula telah menjalankan kajian tentang perbezaan
keupayaan VO2max di antara lelaki dan wanita. Hasil kajian mendapati bahawa 15%
-30% VO2max wanita lebih rendah berbanding VO2max lelaki dalam kumpulan yang
sama. Perbezaan VO2max di antara lelaki dan wanita dipengaruhi oleh perbezaan
komposisi tubuh dan kepekatan hemoglobin. Walaubagaimanapun, kapasiti aerobik
wanita yang aktif secara amnya lebih tinggi berbanding lelaki sedentari.
Carroll, Cooke dan Butterly (2000), pula telah menjalankan kajian melihat perkaitan
antara laporan aktiviti fizikal kesenggangan kendiri (LTPA) dan VO2max
dengan viscosity plasma dan konsentrik hemtokrit (Hct). Kajian ini dijalankan ke atas
subjek lelaki pertengahan umur . Hasil kajian menunjukkan pertalian antara LTPA dan
VO2max dengan viscosity plasma dan konsentrik Hct di kalangan subjek tidak
merokok dan kumpulan sosio-ekonomi tinggi.
Penggunaan ujian daya tahan kardiovaskular juga digunakan bagi melihat
keberkesanan sesuatu latihan. Millet , Jaouen , Borrani dan Candau (2002), telah
menjalankan kajian latihan daya tahan yang mempengaruhi ekonomi larian dan
pengambilan oksigen (VO2) dalam latihan berat dengan berlandaskan fasa primari dan
komponen VO2. Kajian yang dijalankan ke atas lima belas atlet selama empat belas
minggu menggunakan ujian larian padang, larian 300 meter, ujian lompatan dan
pengukuran kekuatan konsentrik lower-limb bertujuan menilai pengaruh kombinasi
latihan bebanan dan latihan daya tahan ke atas ekonomi larian dan kinetik VO2 bagi
atlet jarak jauh. Hasilan kajian mendapati latihan beban membantu meningkatkan

kekuatan maksimum dan ekonomi larian dengan tiada pengaruh secara langsung ke
atas VO2 kinetic dalam latihan berintensiti tinggi.
Carter, Banister dan Blaber (2003), pula telah menjalankan kajian tentang kesan umur
dan jantina ke atas perubahan kadar nadi selepas latihan daya tahan. Kajian tersebut
telah dijalankan selama dua belas minggu ke atas dua puluh empat subjek pelari jarak
jauh yang dibahagikan kepada empat kumpulan berdasarkan umur dan jantina iaitu
subjek berumur 19 21 tahun seramai 6 lelaki dan 6 perempuan. Manakala dua lagi
kumpulan adalah subjek berumur 40 45 tahun seramai 6 lelaki dan 6 perempuan.
Hasil kajian mendapati berlaku pengurangan yang jelas kadar denyutan jantung pada
keadaan rehat pada empat kumpulan umur tersebut. Walau bagaimanapun kumpulan
subjek berumur 19 21 tahun menunjukkan pertambahan yang banyak dalam jumlah
kuasa selepas program tamat.
Perkembangan ujian menapak selepas ujian menapak Harvard diperkenalkan sangat
pesat. Pelbagai variasi daripada ujian ini muncul dengan dapatan-dapatan kajian yang
meyakinkan. Sykes (1998), telah membina ujian menapakChester yang digunakan di
United Kingdom. Ketinggian bangku yang digunakan adalah pelbagai berdasarkan umur
dan sejarah aktiviti fizikal subjek. Ketinggian bangku adalah antara 0.15m hingga 0.30m.
Subjek perlu menapak sebanyak 15 kali seminit dan tempo akan meningkat kepada 20
kali seminit selepas dua minit. Apabila subjek mencapai 80% kadar nadi maksimum,
ujian akan dihentikan. Pengukuran adalah berdasarkan skala yang telah disediakan.
Buckley et al (2004), menjalankan ujian untuk menilai kesahan dan
kebolehpercayaan Chester Step Test (CST) dalam mengukur VO2max dan sebagai
latihan aerobik. Ujian CST dijalankan sebanyak dua kali pada hari yang berlainan.
Subjek kajian adalah 7 lelaki dan 6 perempuan dengan purata umur 22.4 tahun. Kadar
nadi, VO2max dan kadar penggunaan tenaga diukur dalam setiap fasa CST. Hasil
dapatan kajian menunjukkan, kesahan CST untuk mengukur VO2max dipersoalkan
tetapi mempunyai kebolehpercayaan berasaskan uji-ulanguji.
Pramanik (2001), pula menjalankan ujian kecergasan fizikal ke atas pelajar perubatan di
Kathmandu, Nepal dengan menggunakan ujian menapak. Subjek teridiri daripada 62
lelaki dan 44 perempuan berumur antara 18-19 tahun. Ketinggian bangku yang
digunakan ialah 10 inci dengan ritma 20 tapakan seminit. Ujian dijalankan selama 3
minit. Kadar nadi selama 30 saat selepas tamat ujian iaitu antara 1-1.5 minit, 2-2.5 minit
dan 3-3.5 minit. Indeks Kecergasan Fizikal (PFI) dikira menggunakan formula berikut:
Jangkamasa Latihan
PFI = ------------------------------------------- x 100
2 x (3 kadar nadi pemulihan)

Norma bagi kecergasan fizikal yang digunakan adalah < 40 (sangat lemah), 41-50
(lemah), 61-70 (sederhana), 71-80 (cergas) dan 81-90 (sangat cergas).Dapatan kajian
menunjukkan, kecergasan 10.4% pelajar di kolej tersebut lemah, 23.6% sederhana,
39.6% cergas, dan 17.9% sangat cergas.
Tidak ketinggalan Chiasson dan Tremblay (2002), menggunakan ujian
menapak Canadian Home Fitness Test sebagai salah satu ujian dalam bateri ujiannya
untuk menguji kecergasan fizikal pelajar kolej. Subjek kajian adalah pelajar kolej lelaki
(423) dan perempuan (427) yang berumur antara 17-20 tahun. Hasil dapatan kajian
menunjukkan, ujian menapak merupakan ujian yang dapat mengesan perbezaan yang
nyata terhadap adipositi.
Ujian menapak Queen College pula digunakan oleh Satipati Chatterjee, Pratima
Chatterjee dan Amit Bandyopadhyay (2003), untuk menguji kesahan dalam mengukur
VO2max di kalangan pelajar perempuan. Subjek kajian adalah 40 pelajar perempuan
yang tidak aktif dan mempunyai sosioekonomi yang sama dari universiti Calcutta,
Kolkata. Scholander micro-gas analyzerdigunakan untuk menganalisis VO2max secara
langsung selepas subjek menjalani latihan berbasikal. Pengukuran secara tidak
langsung menggunakalan protokol ujian menapak Queen College. Dapatan kajian
menunjukkan, ujian ini dalam bentuk asal tidak boleh digunakan untuk mengukur
VO2max secara terus tetapi boleh diubahsuai untuk digunakan terutama jika ketiadaan
peralatan ujian makmal.
Sementara itu Stanley Sai-chuen Hui dan Peggy Pui-Yee Cheung (2004), telah
menjalankan ujian menapak 3 minit yang berbeza ritma ( 22, 26 dan 30 tapakan seminit)
untuk menilai ujian menapak 3 minit dengan kadar tapakan yang manakah mempunyai
kesahan yang tinggi. Subjek kajian merupakan 50 kanak-kanak berbangsa Cina dengan
purata umur 8.92 tahun. Ketinggian bangku yang digunakan ialah 30.5cm. Kadar nadi
direkodkan selama 15 saat setelah subjek menamatkan setiap ujian. VO2max subjek
diuji dan diukur menggunakan protokol ujian treadmill. Ujian anthropometric juga
dilakukan ke atas subjek. Setiap ujian menapak 3 minit yang dijalankan dikorelasikan
dengan ujiantreadmill dan anthropometric. Hasil dapatan kajian menunjukkan, ujian
menapak 3 minit dengan 26 minit tapakan seminit mempunyai kesahan yang paling
tinggi dan merupakan ujian yang sesuai untuk menguji daya tahan kardiovaskular
kanak-kanak berbangsa Cina.
Selain ujian menapak, ujian Bleep juga merupakan ujian yang sangat popular dan dilihat
lebih dominan bagi menguji daya tahan kardiovaskular. Ujian Bleepsemakin
berkembang dengan pelbagai nama digunakan seperti 20m multi stage fitness, Leger
Shuttle Run dan Pacer. M.K. Stickland (2003), menjalankan kajian untuk menguji

ketepatan ujian 20m Multi Stage Run Testbagi menganggar VO2 submax di kalangan
remaja. Sampel kajian terdiri daripada 60 lelaki dan 62 wanita (umur 25.3 25.1).
Persamaan secara regressi oleh Leger et al (1988), dan Leger dan Goudry (1989), diuji
secara sistematik untuk kedua-dua jantina sampel secara berasingan. Hasil kajian
mendapati ujian secara berasingan antara gender menunjukkan ketepatan yang lebih
tinggi dalam menganggar VO2submax mengunakan ujian 20m Multi Stage Run
Test. Tomkinson et al (2003), pula telah menjalankan analisis penurunan prestasi
aerobik berdasarkan 55 kajian yang dijalankan di 11 negara menggunakan 20m Shuttle
Run Test. Data dikumpul dari tahun 1981-2000. Jumlah subjek yang terlibat dalam kajian
dan analisis ini adalah 129882 orang kanak-kanak dan remaja. Hasil analisis tersebut
menunjukkan prestasi kecergasan kanak-kanak dan remaja semakin menurun dari
tahun 1981 hingga 2000 pada kadar 0.43% setahun kerana trend gaya hidup sekular
yang semakin berkembang.
Eider Onate et al (2006), turut menjalankan kajian untuk menguji kesahan ujian20m
Multi Stage Run Test dalam mengesan penyakit asma yang digunakan dalam Program
Pendidikan Jasmani di Sepanyol. Sampel kajian terdiri daripada 826 orang pelajar (460
lelaki dan 366 perempuan) berumur antara 6 hingga 12 tahun. Ujian dijalankan
menggunakan kaedah silang antara ujian 20m Multi Stage Run Test, Larian secara
bebas dan item soalan International Asthma and Allergies in Childhood (ISAAC). Kajian
mendapati bahawa ujian 20m Multi Stage Run Test tidak sah untuk mengenal pasti
kanak-kanak yang menghidap penyakit asma.
Aziz A.R. et al (2004), menjalankan kajian perbandingan prestasi pemain bola sepak
berdasarkan posisi antara ujian 20m Multi Stage Shuttle Run Test, Yo-yoIntermitten
Test dan Treadmill . Subjek terdiri daripada 21 orang pemain bola sepak remaja
kebangsaan Singapura. Hasil kajian mendapati Yo-yo Intermitten Test tidak signifikan
dengan VO2max daripada ujian yang dijalankan menggunakan 20m Multi Stage Run
Test dan treadmill. Namun begitu, bagi menguji daya tahan kardiovaskular pemain bola
sepak Yo-yo Intermitten Testlebih sesuai digunakan berbanding 20m Multi Stage Run
Test.
Selepas kajian perbandingan prestasi pemain bola sepak berdasarkan posisi antara
ujian 20m Multi Stage Shuttle Run Test, Yo-yo Intermitten Test danTreadmill, Aziz A.R. et
al. (2005), menjalankan pula kajian perbandingan Maximal Oxygen Uptake (MOuptake)
dalam ujian 20m Multi Stage Run Testdengan ujian treadmill. Subjek terdiri daripada 8
atlet yang terlibat dalam sukan daya tahan dan 8 atlet yang terlibat dalam sukan
berpasukan. Hasil kajian mendapati MOuptake dalam 20m Multi Stage Run Test lebih
rendah berbanding dalam ujian treadmill bagi atlet daya tahan tetapi sama bagi atlet

berpasukan. Hasil kajian, penyelidik membuat kesimpulan, jenis sukan khusus


merupakan faktor penting dalam menguji VO2submax terutama bagi atlet daya tahan.
Sementara itu, Flouris A.D. et al (2005), telah menjalankan kajian meningkatkan
keberkesanan ujian 20m Multi Stage Shuttle Run Testmenggunakan algorithma. Subjek
kajian terdiri daripada 110 lelaki remaja.Portable gaz analyzer digunakan dalam ujian
treadmill untuk menentukan tahap VO2max daripada 70 subjek untuk mendapatkan
kesahan silang. Hasil kajian mendapati algorithma untuk VO2CR menggunakan 20m
Multi Stage Shuttle Run Test dapat meningkatkan kecekapan ujian ini dalam
menentukan aspek kesihatan dan kecergasan.
Jantine D. Slinger et al (2006), telah mengkaji perhubungan antara ujian prestasi aerobik
dengan bentuk tubuh. Subjek terdiri daripada 502 orang kanakkanak berumur antara 10
15 tahun. Subjek kajian terdiri daripada 53% subjek lelaki dan 47% perempuan.
Subjek menjalani menjalani ujian basikalergometer dan Shuttle Run untuk menguji
prestasi aerobik. Body Mass Index (BMI) dan peratus lemak (menggunakan skin fold)
diukur untuk mengira Fat Free Mass Normalised to the stature (FFMI) dan Fat Mass
Normalised to Stature (FMI). Hasil kajian mendapati terdapat perhubungan antara
bentuk tubuh dan prestasi dalam ujian aerobik.
Ash et al (2007), telah mengkaji persamaan dalam menganggarkan VO 2 peak
menggunakan Leger 20m Shuttle Run (LST) dan tindak balas denyutan nadinya.
Sampel terdiri daripada 17 wanita berumur antara 11 hingga 20 tahun dan 17 lelaki
berumur antara 23 hingga 25 tahun. Subjek menjalani ujian treadmill dan LST. Hasil
kajian mendapati keputusan LST berada di bawah atau di atas anggaran VO 2max
berbanding treadmill. Hasil kajian mencadangkan Body Mass Index (BMI) dan kadar
nadi submaximal boleh digunakan untuk menganggarkan VO2max .
John Cairney (2007), menjalankan kajian kesan motivasi ke atas pengukuran
kecergasan aerobik yang menggunakan ujian lapangan. Subjek kajian terdiri daripada
2245 orang pelajar berumur 9 tahun dripada 75 buah sekolah di Kanada. Penyelidik
menggunakan ujian Children Self-perception for Physical Activity Scale (SSAPPA) untuk
menentukan tahap motivasi subjek terhadap aktiviti fizikal dan Leger Shuttle Run
Test untuk menentukan kapasiti aerobik. Hasil kajian mendapati terdapat perhubungan
yang signifkan antara tahap motivasi dan kapasiti aerobik. Penyelidik menjelaskan,
penghargaan kendiri mempunyai perhubungan yang sangat kompleks dengan ujian
prestasi.
http://cikguwanupsi.blogspot.com/2009/09/cooper-test.html
PENGENALAN

Ujian Cooper adalah satu bentuk ujian berlari ataupun berjalan dalam tempoh masa
yang telah di tetapkan dalam masa (12minit) yang dijalankan di padang ataupun
balapan dan merupakan satu aktiviti yang di gunakan sebagai salah satu ujian yang di
jalankan terhadap seseorang untuk menguji tahap kecergasan kardiovaskular
seseorang individu tersebut. Ujian ini sebenarnya melibatkan pengguanaan sistem
tenaga aerobik di mana ia dijalankan pada intensiti yang rendah tetapi jangka masa
yang panjang dan penggunaan oksigen yang lebih lama serta memerlukan daya
ketahanan yang tinggi. Ujian ini sebenarnya telah di asaskan oleh Keeneth H. Cooper
pada tahun 1968 bretujuan untuk menguji kecergasan dalam pasukan tentera Amerika
Syarikat. Selain daripada itu, ujian cooper ini juga adalah membantu pelaku menentukan
VO2 max dengan ketepatan yang munasabah, dan tanpa keperluan peralatan yang
mahal. Ujian ini memerlukan seseorang individu berjalan ataupun berlari mengikut masa
yang ditetapkan dalam tempoh 12 minit dalam balapan yang berukuran 400meter
panjang dan setiap 50meter di tandakan jarak dengan menggunakan kon. Apa yang di
maksudkan di sini ialah masa akan mempengaruhi jarak larian seseorang. Selepas
12minit pengadil atau pencatat masa akan mengambil jarak yang dapat di lakukan oleh
individu atau pelaku berkenaan dalam tempoh masa tersebut.Jadi apa yang dapat kita
jelaskan di sini ialah ujian cooper adalah bagi mengukur jarak dalam masa yang di
tetapkan. Mengikut pada kajian luar Negara,ujian cooper ini sesuai di jalankan oleh
pelaku samada lelaki ataupun wanita mengikut peringkat umur.
KAITAN UJIAN COOPER DENGAN FISIOLOGI
Menurut Mc Ardle ( 1991 ) daya tahan kardiovaskular boleh didefinisikan sebagi
kemampuan otot-otot atau jantung melaksanakan kerja berulang-ulang kali untuk
mengatsi rintangan atau beban yang tinggi pada jangka masa yang panjang dan dapat
mengatasi kelesuan.Daya tahan kardiovaskular merupakan keupayaan jantung dan
system peredaran darah berfungsi secara berterusan semasa seseorang itu melakukan
kerja untuk tempoh masa yang lama. Kecergasan kardiovaskular bergantung kepada
kombinasi efisien tiga komponen seperti :- Paru-paru Jantung Saluran darah Oleh itu,
ujian ini penting kerana melibatkan komponen komponen kecergasan dalam tubuh
manusia OBJEKTIF UJIAN COOPER Di antara objektif yang dapat di peroleh semasa
menjalankan ujian cooper dalam masa yang di tetapkan dalam tempoh 12 minit ini
ialah :- Dapat menentukan tahap kecergasan kardiorespiratori seseorang individu.

Menentukan tahap keupayaan dan kecergasan kardiovaskular dalam diri seseorang.


Bagi menentukan kadar VO2 max setiap pelaku ataupun atlet yang menjalani ujian ini.
KELEBIHAN UJIAN COOPER
Setiap ujian ataupun aktiviti latihan yang di jalankan mempunyai kelebihan dan
kekurangannya. Di antara kelebihan melakukan ujian cooper ini ialah :- Ujian ini
dijalankan dengan had masa yang telah ditetapkan. Boleh dijalankan dalam kumpulan
yang ramai ataupun di lakukan secara individu. Ujian ini tidak memerlukan peralatan
yang mahal hanya memrlukan perbelanjaan yang sedikit kerana alatan ujian ini adalah
ringkas dan mudah di kendalikan. Satu ujian kardiovaskular yang mudah dan dapat
menghasilkan keputusan yang tepat jika di lakukan dengan betul. Ujian ini sebenarnya
dijalankan dalam persekitaran yang terbuka dan bukan di jalankan di dalam makmal.
KEKURANGAN UJIAN COOPER
Walaupun ujian ini mempunyai banyak kelebihannya, namun begitu terdapat juga
beberapa kelemahan pada ujian cooper ini. Ujian cooper sebenarnya bergantung
kepada keadaan persekitaran kerana jika cuaca hujan maka ujian tidak dapat dijalankan
dengan sempurna Bentuk ujian cooper ini juga adalah cepat mengundang seseorang
pelaku itu keletihan. Setiap pelaku yang kekurangan daya tahan berkemungkinan
tidak menghabiskan latihan ini.
KAJIAN LETERATUR UJIAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR MASA LAMPAU
Kajian pada masa lampau dalam ujian cooper melihatkan bagaimana ujian ini telah di
jalankan oleh Kenneth H. Cooper pada tahun 1968 bertujuan untuk menguji kecergasan
dalam pasukan tentera Amerika Syarikat.
UJIAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR MASA KINI DI MALAYSIA Kajian ini ingin
melihat kebolehpercayaan Ujian Larian/Berjalan Satu Batu, Ujian Larian/Berjalan Satu
Setengah Batu dan Ujian PACER dan tahap persetujuan rujukan kriteria dan rujukan
norma berbanding dengan noma ujian yang telah diperkenalkan oleh Prudential
FITNESSGRAM dan American College of Sports Medicine (ACSM, 1999). Ketika ini
pelbagai ujian lapangan digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan bagi
tujuan mengukur tahap kecergasan kardiovaskular di kalangan pelajar sekolah
menengah Malaysia. Di antara ujian lapangan yang biasa digunakan bagi tujuan

tersebut ialah Ujian Larian/Berjalan Satu Setengah Batu, Ujian Larian/Berjalan Satu
Batu dan Ujian PACER. Persoalannya ialah sejauhmanakah kebolehpercayaan setiap
satu ujian tersebut dapat diterima pakai di negara kita bagi menganggarkan tahap
kemampuan pengambilan isipadu maksima oksigen pelajar lelaki dan perempuan
berumur 13, 14 dan 15 tahun. Sejauhmanakah anggaran kebolehpercayaan rujukan
kriteria bagi Ujian Larian/Berjalan Satu Batu dan Ujian PACER serta Indeks Jisim Badan
melalui proportion of agreement ( Pa ) dan modified kappa ( Kq ) dengan
menggunakan piawaian FITNESSGRAM (Cooper Institute for Aerobics Research,
1992) ke atas pelajar lelaki dan perempuan berumur 13, 14 dan 15 tahun.
Sejauhmanakah anggaran kebolehpercayaan rujukan kriteria bagi Ujian Larian/Berjalan
Satu Setengah Batu melalui proportion of agreement ( Pa ) dan modified kappa ( Kq )
dengan menggunakan piawaian American College of Sports Medicine (ACSM, 1999) ke
atas pelajar lelaki dan perempuan berumur 13, 14 dan 15 tahun.
KAEDAH / METHODOLOGI UJIAN COOPER
Kajian untuk menguji tahap kecergasan seseorang pelaku yang menjalaninya.
Membantu setiap pelaku atau individu menentukan VO2 max dengan ketepatan yang
munasabah, dan tanpa keperluan semasa peralatan yang mahal. Dijalankan di
padang ataupun trek olahraga. Untuk mendapatkan garisan permulaan sudut 45
hendaklah di tentukan Masa di tetapkan 12 minit bagi setiap pelatih. Setiap kon
diletakkan pada jarak 50 meter. VO2MAX diperoleh berpandukan formula: (Distance
covered in metres - 504.9) 44.73 Berlari mengelilingi trek balapan. Dilakukan
secara solo atau berkumpulan. Keputusan ujian diambil kira dari :- jarak larian
jantina Umur PROSEDUR UJIAN COOPER Pastikan ujian dijalankan di padang /
balapan Padang / balapan mestilah berukuran 400 meter Memerlukan seorang
pencatat masa/jarak Pelatih terlebih dahulu di minta untuk memanaskan badan
dengan berjoging dan meregangkan otot sebelum ujian. Masa ujian di tetapkan
12minit Pelatih dibenarkan berjalan atau berlari dan jarak akan di ambil selepas
pelatih menghabiskan ujian dalam tempoh 12minit. Pastikan peralatan ujian berfungsi
dengan baik Pastikan di setiap kon penanda 50m terdapat pencatat masa / jarak
Pastikan pelatih/atlet menghabiskan larian 12minit di garisan penamat yang di
tetapkan. Lelaki umur (tahun) Tahap kecergasan untuk jarak (km) yang dilalui dalam
masa 12minit Sangat lemah Lemah Sederhana Baik Sangat baik Bawah 30 <1.60 1.601.99 2.00-2.39 2.40-2.79 >2.80 30-39 <1.50 1.52-1.83 1.84-2.23 2.24-2.63 >2.64 40-49

<1.36 1.36-1.67 1.68-2.07 2.08-2.47 >2.48 50-59 <1.25 1.28-1.59 1.69-1.99 2.00-2.39
>2.40 Jadual ini menunjukkan pengukuran aerobik Cooper yang piawai bagi lelaki sihat.
Apakah tahap kecergasan seorang lelaki yang sihat berumur 45 tahun yang telah berlari
sejauh 1.75 km dalam masa 12 minit ? VO2 max = ( jarak larian dalam meter) 505 /45
= _____________ ml/min/kg.

Anda mungkin juga menyukai